SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, December 28, 2009

MENCARI MASA MENANAM BUNGA DAN BUAH2AN-SEBAGAI HOBI...











KALI ini, saya lari sedikit daripada cerita di sekolah. Ini berkaitan 'usaha' saya mencuri masa lapang untuk memenuhi satu lagi hobi saya iaitu menanam pokok-pokok dan bunga.

Sebenarnya, hobi ini memanga telah tertanam sejak kecil dahulu lagi. Almaklum sebagai orang kampung, bercucuk tanam sudah menjadi kebiasaan. Sejak kecil, saya suka menggunakan masa cuti sekolah untuk menanam sayur dan pokok buah-buahan. Antara sayur yang menjadi kegemaran untuk saya tanam ialah cili, kacang panjang, ubi kayu, bendi. Pokok yang saya suka tanam pula ialah pokok durian, rambutan dan pokok pisang. Apabila dah bekerja dan tinggal di taman perumahan, hobi itu ikut sama.

Rumah saya kini , sudah banyak ditanam dengan pokok bunga. Malangnya kebanyakan pokok itu jenis yang tidak berbunga. Pokok yang paling banyak ditanam adalah pokok palma. Dulu pernah juga ada banyak pokok-pokok renek, berbunga yang ditanam. Masalahnya, tiada masa dan kepakaran nak 'mendandan' pokok -pokok itu. Jadi saya putuskan , tanam sahaja pokok palma. Ia mudah penjagaannya, tidak banyak daun yang gugur dan tahan lama.

Jadi, baru-baru ini ketika saya sibuk menanam pokok palma dan pokok bunga di luar kawasan rumah, anak lelaki saya menyatakan yang pokok bunga dan terlalu banyak. "Tanamlah pokok buah-buahan. Ada juga faedahnya!". Saya bagitau, " Ada juga gunanya pokok-pokok bunga ini. Sekurang-kurangnya memberikan kesegaran pada mata memandang!". Namun dia tak setuju. Jadi untuk tidak menghampakannya, saya belilah 2 batang anak rambutan untuk ditanam di rumah ini. Saya minta dia tolong tanam dan doakan agar pokok itu cepat berbuah..!

Ada juga sebatang pokok jenis berbunga yang baru saya tanam. Sebenarnya, anak benih bunga dah lama terbiar di dalam pasu bunga lain. Jadi, disebabkan 'desakan' isteri saya yang menerima benih itu dari temannya, saya 'cucukkan sahaja di dalam pasu kosong di luar bilik tidur. Ha..Ha..Hari ini dia dah berbunga! Cantik!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...