SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, September 10, 2016

Watsapp kelas...

Saya  menerima keratan akhbar berkaitan penggunaan watsapp kelas di sebuah sekolah yang menimbulkan masalah di kalangan guru-gurunya. Ia disampaikan melalui watsapp kelas yang dihantar oleh seorang penjaga, dengan kata-katanya, "harap-harap tidak berlaku di sekolah kita".

Saya melihat, kata-kata penjaga ini merupakan suatu menifestasi kesedaran dan kefahaman yang jitu akan fungsi dan tatacara penggunaan watsapss kelas di kalangan ibubapa khususnya dan para guru amnya di SMKTTJ.

Saya yakin , tujuan utama cadangan penggunaan watsapp kelas ini adalah bertujuan amat murni. Antara tujuan utamanya ialah untuk mewujudkan satu sistem saluran informasi berkaitan perkembangan kemajuan anak-anak murid dan program -program sekolah untuk menjadi panduan dan tindakan ibubapa. ia juga bertujuan mewujudkan jalinan komunikasi yang mudah dan berkesan di antara guru dan sekolah dengan ibubapa agar mereka saling mengenali dan memahami peranan masing-masing di dalam memajukan para pelajar yang merupakan anak-anak ibubapa ini dan anak murid kepada guru berkenaan.

Secara amnnya, ia memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Bagi ibubapa, mereka dapat mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah  terus daripada sumber yang benar, tanpa merujuk kepada anak-anak mereka yang sering kali memberikan informasi yang bercanggah. Ibubapa tidak lagi menjadi mangsa 'penipuan' anak-anak mereka dengan maklumat-maklumat yang tidak betul. Ia juga amat menjimatkan masa dan wang ringgit ibubapa berkenaan untuk datang berjumpa guru setiap kali ingin mendapatkan maklumat atau terpaksa menelefon sekolah untuk bercakap dengan guru terbabit atau pengurusaan sekolah mengenai sesuatu hal. Kerapkali , maklumat yang diperlukan tidak dapat diperolehi dengan cara ini, disebabkan gagal bercakap dengan guru berkenaan kerana guru juga perlu mengajar dan melakukan pelbagai aktiviti lain di sekolah. Ada juga guru-guru yang memasukkan informasi -informasi penting seperti kehadiran, jadual waktu persekolahan dan senarai kerja rumah pada hari berkenaan untuk ibubapa memantau dan memastikan anak-anak menyiapkannya di rumah. Bukankah ini suatu kemudahan yang amat besar buat ibubapa?

Bagi guru pula, banyak maklumat yang diperlukan berkaitan dengan pelajar dapat diperolehi dengan segera melalui penggunaan watsapp ini. Maklumat seperti kehadiran pelajar, kesihatan pelajar atau apa sahaja mudah diperolehi dengan berhubung terus melalui watsapps kelas. Ini kerana penjaga akan dapat menerima watsapps ini di mana-mana sahaja ada capaian internet dan tidak terlalu menggangu urusan penjaga berkenaan.  Ia pasti sukar  diperolehi secara menelefon penjaga yang kerapkali tidak diangkat penggilannya atau di luar pejabat, mesyuarat dan sebagainya.  Segala permasalahan para pelajar di dalam kelas dapat disampaikan terus kepada penjaga untuk diambil tindakan bagi pihak penjaga pula. Justeru itu, ia pastilah sesuatu yang turut memnberikan manfaat kepada guru juga.

Namun begitu, bagi memastikan penggunaan watsapps ini tidak menimbulkan masalah, semua pihak sebenarnya harus memahami dan menghayati tujuan dan manfaatnya secara jujur dan ikhlas. Bagi saya terdapat beberapa garis panduan yang perlu difahami terlebih dahulu. Antaranya ialah:

1. Ibubapa WAJIB  menghargai serta menghormati usaha dan pengorbanan guru ini. Guru mengorbankan masa dan keselesaan serta menggunakan telefon mereka untuk kemudahan ibubapa.
2. Watsapp kelas ini adalah usaha murni dan khidmat sukarela guru-guru.Ia bukan suatu KEMESTIAN atau TUGAS WAJIB guru.
3. Ia hanya digunakan untuk tujuan menyampaikan maklumat berkaitan perkembangan sekolah dan kemajuan murid SAHAJA.
4. Ia bukan laman sembang bual atau tujuan mempromosi barangan atau medan untuk bertelagah atau mempersoalkan sesuatu perkara .
5. Sebarang ketidakpuasan hati terutama di kalangan penjaga , hendaklah BERJUMPA guru atau pengurusan sekolah secara berdepan.
6. Saluran maklumat daripada guru adalah tertakluk kepada keselesaan dan kelapangan guru. Perlu diingat bahawa guru mempunyai tugas hakikinya iaitu MENGAJAR dan melakukan tugas-tugas khas di sekolah.
7. Guru bukanlah telefonis yang hanya duduk menanti watsapp ibubapa dan menjawabnya dengan segera.
8. Guru-guru dan sekolah punyai HAK untuk 'remove' penjaga /ibubapa yang menyalahgunakan khidmat ini pada bila-bila masa.
9. Watsapp kelas ini hanya melibatkan sekolah (guru kelas/ guru mata pelajaran/ pengurusan/ pibg-sarana) dan IBUBAPA sahaja. PELAJAR tidak dibenarkan sama sekali.

Pengurusan sekolah tidak boleh memaksa guru-guru untuk dilibatkan di dalam watsapss kelas ini. Namun saya yakin, jika diberikan penerangan yang tepat tentang manfaat dan tujuan  penggunaan watsapp ini, para guru tidak akan keberatan untuk menyertainya.  Sepertimana yang kita tahu, guru-guru sentiasa punyai sikap terpuji untuk melihat kejayaan anak murid mereka dan menerima segala usaha yang menjadikan urusan mereka menjadi mudah.

Seperkara yang penting juga ialah pengurusan sekolah mestilah berusaha menyediakan kemudahan internet percuma kepada guru tanpa melibatkan guru terpaksa menggunakan data telefon mereka ketika berada di sekolah. Alhamdulillah, di SMK TTJ , pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menyediakan perkhidmatan internet Unifi berkelajuan 50Mb di samping kemudahan Yes (Ytl) .

Pengurusan sekolah juga perlu merancang penggunaan watsapps ini dengan turut terlibat secara bersama. Ia bukan hanya dapat mewujudkan rasa tanggungjawab bersama , juga sebagai sokongan dan pelindung kepada guru-guru terlibat daripada masalah yang timbul. Di SMK Taman Tuanku Jaafar ini, kita telah membahagikan guru-guru dan pengurusan  ini mengikut kelas masing-masing. Contohnya:

1. Admin setiap kelas adalah guru tingkatan berkenaan.
2. Ahli terdiri dari guru-guru mata pelajaran terlibat
3. Pengurusan:
    3.1 .  Tingkatan 5 dan 3   -Pengetua / Ketua Bidang Bahasa
    3.2    Tingkatan 4             -GPK Pentadbiran / Ketua Bidang Teknik & Vokasional
    3.3    Tingkatan 2              GPK Hem / Ketua Bidang  Kemanusiaan
    3.4    Tingkatan 1             -GPK Petang/  Ketua Bidang Sains & Matematik
    3.5    PPKI                      -GPK PPKI

4. 2 orang AJK PIBG/ Sarana bagi setiap tingkatan

Tujuan kita mengadakan struktur sebegini adalah untuk memastikan semua maklumat dan persoalan yang timbul di dalam setiap perkara berkaitan sekolah dan kemajuan pelajar dapat dijawab dan mengikut kapasiti setiap ahli. Sebarang isu yang tidak mampu dijawab oleh mereka yang di luar kapasiti mereka, akan dengan mudah dijawab oleh pihak lain. Umpamanya, jika guru-guru tingkatan tidak dapat menjawab isu berkaitan pengurusan sekolah, maka guru berkenaan tidak perlulah menjawabnya, kerana ia akan dijawab oleh pihak pengurusan atau pengetua. Begitu jugalah , jika timbul perkara yang berkaitan dengan peranan PIBG atau Sarana, yang akan dijawab oleh ajk yang terdapat di dalam tingkatan berkenaan.

Kaedah ini, bukan sahaja tidak membebankan para guru untuk menjawab semua perkara, malah ia juga bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat. Selain itu, semua isu yang ditimbulkan juga diketahui oleh semua pihak dan diselesaikan secara bersama.  Kawalan disiplin di dalam penggunaan watsaps ini juga dapat dipantau dengan berkesan. Ibubapa juga tahu bahawa segala isu yang ditimbulkan juga sampai ke pengetahuan pengurusan sekolah untuk dipertimbangkan untuk tindakan. Pengetua dan pengurusan juga berperanan memantau sebarang kes salahguna watsapps ini dan boleh memberikan peringatan atau arahan tindakan yang perlu diambil oleh admin. Dengan ini, para guru akan terasa mereka dilindungi oleh pengurusan sekolah.

Kesimpulannya, kefahaman dan penghayatan akan fungsi dan manfaat penggunaan watsapp ini perlu pada kedua-dua belah pihak, guru/ sekolah dan ibubapa. Bagi ibubapa , anggaplah ini sebagai suatu rahmat dan sumbangan murni guru di dalam membantu mendidik anak-anak kita ke arah kecemerlangan. Banyak kemudahan yang disediakan dan masalah yang dapat diselesaikan.

Bagi guru pula, janganlah kita melihatnya sebagai suatu bebaban. Banyak juga urusan kita yang boleh kita selesaikan dengan kewujudan watsapp kelas ini. Anggaplah ia sebagai suatu pengorbanan dan amal jariah kita dan niatkanlah ia sebagai suatu ibadah yang akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Yakinlah bahawa rezeki Allah itu datang daripada pelbagai cara dan nescaya Allah akan gantikan segala pengorbanan para guru dengan keberkatan yang perkara yang jauh lebih baik.

  

Wednesday, September 7, 2016

GOTONG -ROYONG CLASSROOM MAKEOVER YTL FROGVLE-7 SEPT 2016

Hari ini , Program Gotong Royong menyiapkan kerja-kerja mengecat bilik FrogVle Classroom Makeover telah selamat disempurnakan dengan bantuan dan kerjasama  bersama 15 anggota RAMD Kem Taman Tuanku Jaafar , bermula pada jam 2.30 petang tadi.

Turut hadir membantu adalah guru-guru , termasuk Tuan Pengetua sendiri, Cik Khalila, Cikgu Roslan, Cikgu Roslidawati, Ustazah Rafeah, Ustazah Rahayu serta ibu-ibu Sarana dan YDP PIBG iaitu Kol Hj. Samsirudin.

Kerja-kerja mengecat pada hari ini meliputi bahagian dalam bilik darjah serta bahagian luar kelas dengan berpandukan corak warna dan susunan warna yang telah ditetapkan oleh pihak YTL sendiri.

Alhamdulillah, kerja-kerja mengecat dapat disempurnakan pada jam 5.00 petang.

Kejayaan program gotong royong ini adalah bukti kesungguhan setiap warga sekola dan ibubapa serta komuniti setempat di dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Ia juga adalah bukti kejayaan program Sarana yang begitu sinonim dengan nama SMKTTJ.

Selepas ini , kerja-kerja sentuhan terakhir terhadap bilik ini akan diadakan sebelum ia menerima kamasukkan meja dan kerusi serta alat penghawa dingin yang akan disumbangkan oleh pihak YTL sepertimana yang dijanjikan di dalam perjanjian bersama sebelum ini.

Aktara aktiviti yang akan diteruskan di bilik ini  ialah: pemasangan LCD, softboard di bahagian depan dan belakang kelas, pemasangan TV atau skrin bersain 8 kaki lebar, kipas dan beberapa eksosari tambahan yang akan menjadikan bilik ini amat selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui program ini , pihak sekolah khususnya PIBG akan menampung sebahagian kos pemasangan beberapa alatan dan kemudahan tertentu dan pihak YTL pula akan menyumbangkan kerusi dan meja serta alat pendingin hawa. InsyaAllah, setelah kerja-kerja mengecat dan pemasangan softbord ini siap disempurnakan, pihak sekolah akan menerima pula kerusi dan meja tersebut. InsyaAllah juga, program memasang kerusi dan meja ini juga akan diadakan secara gotong royong..

Kewujudan bilik ini akan menyediakan ruang pembelajaran ICT yang sangan kondusif dan selesa buat para pelajar. Guru-guru sudah pasti berasa bangga kerana ini merupakan suatu lagi kemudahan canggih di dalam program ICT yang disediakan oleh pihak sekolah dan PIBG. Pastinya guru-guru diharap agar dapat memanfaatkan semaksima mungkin segala kemudahan dan keselesaan yang ada di bilik ini bagi menghasilkan pembelajaran yang menyeronokan sesuai dengan pendidikan Abad ke 21 yang sering disarankan penggunaanya secara meluas. Bagi komuniti pula , bilik ini akan menjadi 'one stop centre' bagi komuniti terlibat di dalam program sekolah dan menggunakan kemudahan ini untuk kemajuan komuniti khususnya di dalam usaha menyebar luas pengetahuan dan kemahiran ICT di dalam kalangan masyarakat yang seterusnya akan membantu mengembangkan kemahiran dan pembelajaran anaka-anak mereka. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan jalinan antara sekolah dan komuniti seperti yang disarankan di dalam anjakan ke 9 PPPM iaitu Sarana Ibubapa dan Sekolah.

Pihak sekolah akan terus berusaha menjadikan SMKTTJ sebagai sebuah sekolah yang terbilang dari segi penerapan kemahiran ICT di dalam pembelajaran dan menyediakan prasarana ICT yang serba lengkap.

Penambahan capaian internet yang lebih laju dan pemasangan LCD di semua kelas adalah menjadi visi sekoalh di dalam pemodenan ICT di sekolah ini. Diharapkan dalam tempoh 5 tahun lagi, semua kelas di SMKTTJ akan dilengkapkan dengan kemudahan LCD bagi kemudahan perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 secara menyeluruh...InsyaAllah...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...