SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, December 14, 2009
TAPIAN GELANGGANG PAROI KEMBALI DIKUNJUNGI...
Setelah sekian lama, akhirnya Tapian Gelanggang Paroi kembali dikunjungi oleh pencinta kesihatan setelah ditutup untuk kerja-kerja menaiktaraf trek dan padang. Pada hari ahad lalu, 13 Disember 2009, saya turun buat pertama kali sejak premis berkenaan ditutup beberapa bulan yang lalu. Dapatlah berjumpa dengan rakan-rakan joging lama yang sama-sama menghuni trek berkenaan pada setiap petang dan hujung minggu dulu. Bilangan yang hadir pada hari tersebut , tidak begitu ramai. Mungkin ramai yang belum tahu gelanggang berkenaan sudah boleh digunakan oleh orang ramai.
Sebelum ini ada juga rakan-rakan yang cuma masuk untuk melepaskan 'gian' berlari di trek berkenaan, tetapi kena halau...sebab belum siap lagi...
Ada rakan yang suka berlari pada waktu malam. Almaklum, siang mungkin tidak berkesempatan. Lambat balik dari kerja dan sudah habis tenaga untuk berlari. Pasti kini mereka rasa lebih gembira apabila menara lampu ala stadium pun sudah di pasang. Kalau dipasang lampunya , bolehlah berlari di bawah cahaya lampu itu. Kalau tidak, terpaksalah bergelap saja.
Terbayang kegembiraan di wajah rakan-rakan 'kaki joging' dan 'kaki senamrobik' yang dapat kembali menjalankan aktiviti setelah 'menghilang' sejak sekian lama. Bagi peminat joging, ia sudah pasti suatu yang mengembirakan apabila kini mereka dapat berlari di atas trek sintatik baru. Tidaklah sakit kaki seperti dulu. Dulu treknya tak ubah seperti berlari di atas jalanraya. Malang sedikit kepada peminat senamrobik, kerana terpaksa juga'melenggok' dicelah-celah kabin, tin cat serta paip besar yang masih ada di situ kerana kerja -kerja menaiktaraf belum sempurna semuanya.
Apa yang nyata, bilangan orang terutamanya orang Melayu dan golongan tua yang semakin sedar akan kepentingan untuk melakukan senaman atau menjaga kesihatan. Tidak kurang juga anak-anak muda terutamanya gadis dan wanita yang tidak segan lagi untuk melakukan senaman atau erobik demi kesihatan.
Bagi saya yang telah lama menjadikan Tapian Gelangan Paroi ini sebagai tempat berjoging sejak tahun 80an dahulu, dapat merasi peningkatan kehadiran orang ramai terutamanya orang Malayu, golongan veteran ke sini untuk berlari, berjalan atau bersenamrobik. Kalau dulu, tidak sampai 10 orang golongan ini yang perihatin untuk bersenam. Kalau kita katakan kepada mereka, kenapa tidak bersenam? Jawapan yang biasa saya terima ialah:
1. Mengada-ngada...dah tua-tua, masih nak berlari. Macam orang muda...!
2. Tak payahlah ....kalau nak mati, mati juga....
3. Yang lebih ekstrem...daripada berlari tu...lebih baik duduk surau...
Namun sekarang orang mula sedar..kalau tak sihat, macamana nak beribadat?
Kalau sakit, bukan murah kos perubatannya...tentu lebih mahal daripada harga sepasang kasut, sehelai track -bottom atau kasut joging atau sehelai T-shirt...
Tidak akan ada orang yang sanggup menghabiskan masa lama duduk sahaja di hospital, daripada menghabiskan masa 1 atau 2 jam melakukan riadah dan senaman....
Kepada rakan-rakan joging dan pencinta kesihatan...keep going...happy running...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment