SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, October 25, 2012

SEKITAR LAWATAN BTPN TERENGGANU KE SMK TTJ....

PERLAWANAN PERSAHABATAN SMKTTJ VS SMK TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMMAD, KUANTAN PAHANG, 120 OKT. 2012

ALHAMDULILLAH..... Pasukan SMKTTJ telah berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 9-1. Walaupun, kebanyakan pemain masih di dalam keletihan selepas mengharungi perjalanan dengan bas selama hampir 8 jam dari Seremban dan permainan pada jam 9 pagi, tanpa minum pagi yang sempurna dan hujan , para pemain masih mampu menunjukkan mutu permainan yang baik.
Perlawanan ini adalah sebagai satu hadiah kepada semua pemain yang telah penat berlatih pada sepanjang tahun dan lawatan ini adalah sebagai satu acara santai bagi menghargai mereka. Pada perlawanan ini juga , pasukan sekolah , buat pertama kalinya memakai jersey baru lengkap berjenama Adidas yang dibeli khas oleh pihak sekolah. Ternyata semangat daripada jersey baru ini, meresap ke dalam diri pemain dan seterusnya berjaya mempamerkan mutu permainan yang hebat. Lawatan ini juga sebagai satu cara kita memberikan semangat kepada pemain-pemain bawah 14 tahun yang akan memasuki kem latihan pasukan kebangsaan di SMK TTJ bermula pada 21 OKtober 2012 sehingga 31 Disember 2012. Kem latihan ini adalah sebagai persiapan untuk menghadapi pertandingan Remaja Asia di Vietnam pada Mac 2013 nanti. Seramai 8 pemain sekolah terpilih mewakili negara. Lawatan ini , pada asalnya dirancang untuk ke Singapura. Namun disebabkan , sekolah2 di Singapura sedang menghadapi peperiksaan pada ketika ini, maka, perlawanan dan lawatan ini dipinda ke Kuantan, Pahang. InsyaAllah, jika diizinkan allah, pada tahun hadapan, pihak sekolah akan mengatur perlawanan ke tempat-tempat lain di sekitar Malaysia dan ke luar negara.

Monday, October 22, 2012

SEKITAR LAWATAN BTPN, TERENGGANU KE SMK TAMAN TUANKU JAAFAR, 22 OKTOBER 2012...

Lawatan penanda Arasan BTPN, Terengganu , pada hari ini menutup acara tahunan sekolah pada tahun sessi persekolahan 2012 ini. Kunjungan ini adalah merupakan siri Benchmarking kali kedua , selepas kunjungan kumpulan pegawai cemerlanga seluruh PKG dan BTPN , seluruh negara yang berkunjung ke sekolah ini pada Jun 2012 yang lalu. Rombongan ini terdiri daripada seramai 39 pengetua dan Guru Besar yang menjadi pengerusi PKG seluruh Terengganu, PPD dan pegawai PKG di Terengganu. Tujuan kunjungan adalah untuk mempelajari pembudayaan dan pembestarian pendidikan yang dilaksanakan di SMKTTJ.
kehadiran rombongan ini pada jam 10.30 pagi tadi telah disambut oleh Tuan pengetua, GPK dan guru-guru sekolah di hadapan pintu pagar sekolah sebelum diarak masuk ke Bilik Konfrensi untuk sessi taklimat dan penerangan. Setiap ahli rombongan juga dihadiahkan dengan buah tangan berupa sekeping DVD yang memuatkan video Korperat sekolah dan Pembentangan powerpoint yang telah disampaikan sendiri oleh Tuan pengetua. Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Amir, PP BTPN, Terengganu dan dibantu oleh Encik Mokhtar, pengetua sebuah sekolah di Terengganu.
Pelawat kemudiannya dibawa melawat beberapa tempat dan bilik berkaitan dengan aaplikasi ICT. Antar tempat yang dilawat ialah, Bilik Rawatan (kolaborasi bersama KPJ Hospital, Seremban), Perpustakaan, Bilik IT Guru (Kerjasama dengan PIBG), Bilik Radio Sekolah, Bilik APD, Makmal Komputer, Bilk peperiksaan dan pejabat. Antara sesi yang menarik ialah demostrasi P & P menggunakan Active Board di Bilik APD. SMKTTJ mempuanyai active Board paling banyak di negeri ini iaitu sebanyak 8 buah. Sekolah ini juga dipilih sebagai 'pilot project' bagi pembelajaran menggunakan active Board. Inovasi juga adalah sesuatu yang menjadi budaya di sekolah ini. Kita sentiasa melakukan inovasi pada setiap masa. oleh itu, tidak hairan jika ada pelawat yang hadir sebelumnya akan dapat melihat perubahan yang cepat dan banyak di dalam masa yang singkat. Antara innovasi yang boleh dilihat ialah penggunaan TV LED dan set komputer dengan monitor LED yang terdapat di Bilik Konfrensi. Begitu jugalah dengan Bilik IT Guru yang baru sahaja disiapkan dalaan bulan Oktober 2012 ini. Pembudayaan dan innovasi ini telah menjadi kemestian dan perubahan-perubahan ini akan sentiasa berlaku pada sepanjang tahun.
Rata-rata , para pelawat telah berpuashati dan kami berharap agar segala harapan mereka sebelum menjejakkan kaki di buni SMKTTJ untuk mempelajari pembudayaan dan pembestarian akan dapat diperolehi di sini. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua anggota lawatan dari Terengganu. Tahniah dan terimam kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan majlis kita pada hari ini. Yakinlah bahawa kita berada di landasan yang benar untuk menuju ke arah sekolah cemerlang! ....LONJAKKAN KECEMERLANGAN...

MAJLIS GRADUASI SMKTJJ..SEJARAH TERCIPTA...18 OKTOBER 2012..INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY, NILAI

ALHAMDULILLAH... sejarah tercipta di SMK TTJ , apabila buat pertama kali di dalam sejarah penubuhan sekolah selama 11 tahun, Majlis Graduasi bagi meraikan tamat tingkatan 5 bagi seluruh pelajar tingkatan 5 dan calon SPM 2012 , berjaya diadakan. Lebih menarik, majlis ini diadakan di INTI International University , Nilai, sebagai menandakan jalinan kerjasama yang erat antara INTI dan SMKTTJ di dalam usaha meningkatkan kecemerlangan di sekolah ini. Tahniah kepada semua graduan dan terima kasih kepada INTI International University yang telah memberikan peluang untuk kita menggunakan kemudahan yang ada dan membantu menyediakan dewan dengan keperluan yang mencukupi. Tahniah kepada semua jawatankuasa majlis yang diketuai oleh Penyelaras, Puan Fadhilah Hashim dan Event manager, Puan Rosiah serta jawatankuasa lain yang telah berusaha keras menjayakan dan menjadikan majlis ini sebagai satu sejarah!
Majlis Graduasi kali ini telah menjemput tetamu istimewa sebagai Pro Censelor yang pertamanya, Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau. Tetamu lain adalah Pengurus Cosmopint Seremban, Encik Mohd. Hafis Shukor, pengurus maybank Senawang , Encik Asri Ninggal, Encik Haslin, Penolong pengarah BTN, Negeri Sembilan, naib Presiden INTI ( Student Affairs), YDP PIBG, Dato Nordin, AJK PIBG dan ibu bapa.
Majlis ini antara lain bertujuan untuk memberikan pengiktirafan terhadap pencapaian para pelajar di dalam pembelajaran mereka dan sebagai suntikan semangat terakhir sebelum menduduki peperiksaan SPM , pada 5 November 2012 nanti. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan dalam suasana penuh istiadat dan meriah serta 'Glamour' seperti mana yang dinyatakan oleh YB Khairy di dalam ucapannya. Menurut beliau, inilah pengalaman kali pertama beliau paada sepanjang perkhidmatan beliau sebagai YB , sebuah sekolah mejayakan Majlis Graduasinya di dalaam suasana penuh Glamour dan hebat! Syabas ! buat semua warga sekolah yang telah memberikan sokongan dan komitmen tinggi di dalam menjadikan majlis ini sebagai suatu pengalaman bermakna buat semua , khususnya calon SPM 2012.
Sejumlah 227 graduan telah menerima sijil garaduasi daripada YB Khairy di dalam majlis ini daripada jumlah penuh seramai 256 orang. Ini sudah pastilah merupakan pencapaian yang amat memberangsangkan kerana ia merupakan pengalaman kali pertama. Rata -rata para graduaan teruja menantikan majlis ini. Ini terbukti melalui sambutan yang diberikan untuk menyertai majlis ini. Pada majlis ini juga Saudari Amirah Farzana telah dinobatkan sebagai penerima pertama anugerah pengetua di atas kecemerlangan akademik.
Walaupun pada awalnya majlis ini seakan-akan akaan ditangguhkan duisebabkan penyertaan pelajar yang sedikit, namun kita berjaya mengatasi masalah tersebut, dan akhirnya seramai 227 pelajar memberikan respon yang cukup hebat untuk menyertainya.
Sudah menjadi adat bagi sesuatu yang baru , penerimaan otrang terhadap program ini agak perlahan dan hampir mengecewakan . namun , keyakinan yang ada pada setiap AJK , membolehkan kita mengatasi masalah tersebut. Ada sebahagian ibu bapa juga yang agaak negatif pada awalnya. Ada ibu bapa yang menganggap ia merupakan kerja yang sia-sia dan mempersoalkan keperluan untuk mengadakan majlis ini. Namun , kita tetap yakin , bahawa, pada saat-saat terakhir begini suntikan semangat sebegini amat perlu. Pengalaman berada di pentas menerima sijil graduasi memberikan impak psikologi untuk para pelajar bersungguh-sungguh mengejar impian agar pada suatu hari kelak , mereka akan benar-benar berada di majlis konvokasyen sebenar di Universiti nanti.
alhamdulillah, walaupun penyertaan awal ibu bapa seramai 12 orang sahaja, namun akhirnya ramai penjaga yang hadir pada saat akhir. ternyata mereka turut teruja dengan semanagat anak-anak mereka semasa menerima sijil dan sikap mereka terhadap mencapai kecemerlangan. Ia sesuatu pengalaman yang belum pernah mereka rasai sebelum ini...
InsyaAllah, pada tahun hadapan, kita berharap agar pendapat penyertaan penuh semua pelajar dan ibu bapa. Beberapa kolej dan Universiti juga telah bersetuju untuk memberikan kemudahaan kepada kita untuk mengadakan majlis ini di tempat mereka.

Monday, October 15, 2012

Sunday, October 14, 2012

MERANCANG KECEMERLANGAN BOLASEPAK REMAJA PEREMPUAN BERSAMA FAM..12 OKTOBER 2012

Pertemuan antara Tuan pengetua dengan Pn. Zhang dan Encik Smith Ampuling bertujuan untuk merangka program dan mencari jalan penyelesaian ke arah memantapkan lagi program Pembangunan Akar Umbi Bolasepak remaja Perempuan FAM yang berpusat di SMK TTJ ( bagi Negeri Sembilan). Pertemuan ini sebenarnya telah lama diatur , namun disebabkan oleh kesibuakanmasing-masing, maka baru kinilah pertemuan ini dapat direalisasikan. Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan program pembangunan bolasepak perempuan di negeri ini , khususnya bolasepak remaja Perempuan. Memandangkan sebahagian besar pemain negeri Sembilan dan Malaysia itu sendiri (bawah 17 tahun) berada di SMKTTJ, maka secara tidak langsung ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pencapaian pasukan ini agar lebih hebat dan mantap.
Dalam pertemuan ini , pihak sekolah melalui Tuan Pengetua sendiri telah menberikan jaminan untuk membantu pembangunan bolasepak ini dan bersedia bekerjaasama dengan pihak FAM khususnya Puan Zhang selaku ketua jurulatih bolasepak Remaja Malaysia. Beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak FAM , khusunya kakitangan akan sedia dibantu oleh pihak sekolah melalui jawatankuasa pembangunan bolasepak remaja perempuan sekolah yang diketuai oleh Puan Mogannambal. Buat masa ini juga pihak sekolah telah menyediakan beberapa peralatan seperti jersey khusus bagi pasukan ini. Pihak sekolah juga telah berusaha mengumpulkan sedikit dana , khusus bagi membantu perjalanan pasukan ini khususnya bagi melaksanakan aktyiviti riadah dan lawatan. Ini semua adalah hasil usaha sekolah sendiri.
Masalah dana memang merupakan suatu masalah yang agak besar yang dihadapi oleh program ini. Sehingga kini , bantuan yang diturunkan oleh FAM sendirei adalah amat terhad. Justeru itu , sebahagian pemain terpaksa menampung sendiri kos-kos berkaitan dengan pakaian latihan dan jersey perlawanan. Justeru itu, pihak sekolah sedang cuba berusaha membantu sekadar yang termampu untuk memberikan sedikit keselesaan kepada pemain dan pasukan. Sekolah ini sering dikunjungi oleh beberapa pasukan daripada luar negara untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Sehingga kini pasukan seperti Australia Barat, China, Singapura telah pun mengadakan perlawanan persahabatan di sini.
Bagi pihak sekolah sendiri, antara usaha untuk membantu kejayaan program ini ialah dengan inisiatif mewujudkan kelas sukan yang sebahagian daripada pelajarnya ialah pemain bolasepak remaja perempuan ini. Apa yang diharapkan hasil pertemuan ini ialah persefahaman akan dapat dijalin dengan lebih baik dan program ini akan berjalan dengan lancar dan sukses...

Thursday, October 11, 2012

Pra -Graduasi di INTI International College & University, Nilai.

SMK Taman Tuanku Jaafar ..bakal tercatat satu sejarah kegemilangan sekolah apabila buat pertama kalinya , sekolah ini akan menganjurkan Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar yang menamatkan tingkatan 5 pada sessi persekolahan 2012 ini. Majlis yang bakal diadakan pada 18 Oktober ini akan berlangsung di INTI International College and University , NILAI .
Bagi menjayakan majlis yang pastinya menjadi satu mercu tanda kegemilangan sekolah ini, sepasukan AJK utama program telah berlepas ke INTI untuk meninjau keadaan dewan dan kelengkapan yang terdapat di sana dan merancang persiapan yang perlu dilakukan pada masa kejadian itu nanti. Ini merupakan satu inisiatif awal yang dilakukan oleh pengurusan program ini yang diketuai oleh Puan Fadhilah Hashim, KB Teknik dan Vokasional yang bertindak sebagai Penyelaras program. Turut sama di dalam lawatan ini adalah Pengurus Acara, Puan Hjh Rosiah, Puan Yusrina Hanim, Puan Sabariah Seman (Fotografi/ Krew Lensa), Cik Khalila (ICT), Puan fadhilah Mustafa Johari ( pengurusan pentas dan dewan), Puan Roziah (Jamuan), Ustazah Rafeah, puan Rohayati, Puan Noraishah. Tuan pengetua juga turut hadir memantau persiapan dan kedudukan dewan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas bagi kelancaran program itu nanti.
Pihak sekolah , mengucapkan syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada INTI College kerana memberikan kemudahan menggunakan tempat dan kemudahan peralatan bagi menjayakan majlis Graduasi SMKTTJ buat kali pertama ini. semua ini adalah hasil daripada hubungan baik antara sekolah dan pihak INTI dan merupakan satu daripada impak program Kolaborasi sekolah dan agensi-agensi luar seperti INTI College ini.
Rata-rata ahli rombongan berpuashati dengan kemudahan yang terdapat di sini. Mungkin ada beberapa perkara yang perlu ditokok tambah bagi menambahserikan lagi majlis itu nanti. Semua perkara ini telah dibincangkan bersama dan kita yakin di bawah pimpinan Puan fadhilah Hashim , selaku penyelaras dan Puan Rosiah sebagai pengurus Acara, majlis ini akan memberikan kesan kenangan terindah buat para Graduan SPM SMKTTJ pada kali ini.
Walaupun , ini merupakan kali pertama majlis seumpama ini diadakan, namun kerterujaan untuk menjayakannya amat jelas terlihat pada wajah setiap guru dan para pelajar. Walaupun pada awlnya, majlis ini menghadapi masalah , namun masalah tersebut dapat di atasi dan sambutan para pelajar amat memuaskan. Dijangkakan hampir semua 256 orang pelajar tingkatan 5 sekolah ini akan menyertai majlis ini. Moga-moga ia akan sukses dan meninggalkan kenangan terindah buat kita semua . InsyaAllah...

Friday, October 5, 2012

MAJLIS RESTU ILMU PMR & SPM SMK TTJ 2012...3 OKTOBER 2012..

Antara usaha terakhir yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk menaikkan semangat para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam terutamnya PMR dan SPM ialah majlis Restu Ilmu. Di peringkat sekolah SMK TTJ, majlis ini telah dilangsungkan pada tarikh 3 oktober 2012 yang lalu di perkarangan Dataran Cendiakawan dengan tetamu istimewa pada kali ini ialah YDP PIBG kita sendiri iaitu, Yang Berusaha Dato Mohd. Nordin Bin Mohammad.
Acara sambutan bermula sejak jam 8.00 pagi dengan ucaapan daripada wakil pelajar yang akan menduduki peperiksaan iaitu, NorAdeela dan diikuti dengan ucapan Tuan pengetua dan YDP PIBg. Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau menegaskan akan segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah di dalam mempersiapankan setiap pelajar PMR & SPm dengan segala pengetahuan dan kemahiran agar mereka dapat menghadapi peperiksaan dengan mudah. Pelbagai usaha dilakukan , bermula sejak awal tahunb, melalui perancangan teliti. Antara perancangan yang dilakukan ialah: 1. Program motivasi dan teknik belajar - Jan- Mac 2. Program Teknik Menjawab Soalan dalam bentuk bengkel -April - Julai 3. Program Gerak Gempur - Ogos hingga oktober/ November. 4. Perkampungan Ilmu siri 1 5. perkampungan Ilmu siri 2 6. Kelas Tambahan - Tingkatan 1 - 5 bermula Febuari - oktober/ November 7. perkamopungan Ilmu siri 2 8. Solat Hajat, dhuha dan baca yasin kecemerlangan pada setiap minggu pada hari Jumaat. 9. Program lonjakan saujana dan mentor -mentee 10. Program portal Mystar 11. Kelompok pelajar - 3 kumpulan 12. suntikan Akhir peperiksaan 13. Pemantauan kehadiran setiap hari selepas peperiksaan percubaan dengan sasaran kerhadiran penuh. Kumpulan pelajar dipantau dan diambil tindakan oleh pihak pewngurusan pada setiap hari.seperti contoh: a. pengetua bagi tingkatan 3 & 5 b. GPK 1 bagi pelajar tingkatan 4
Justeru itu, rasanya , segala usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dan guru-guru, terserah kepada pelajar untuk menggunakan segala peluang untuk memastikan kecemerlangan mereka.
Di dalam majlis ini, YDP PIBG, terlah memberikanmotivasi berdasarkan pengalamannya di dalam memajukan perniagaan menerusi usaha gigih beliau sendiri. Antara perkara yang dinyatakan oleh beliau untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan dan juga pelajatran adalah: 1. keinginan atau visi dan halatuju 2. keyakinan untuk berjaya 3. kejujuran terhadap diri dan kerjaya 4. Sifat taat kepada suruhan Allah, terutamanya berkaitan solat 5. sabar Ternyata, kesemua amanat di atas adalah sesuatu perkara yang asas untuk mencapai kejayaan. bergantung kepada diri pelajar sendiri. Sama ada mereka yakin dengan diri mereka sendiri atau tidak.
Majlis pada kali ini juga diakhiri dengan majlis bersalam dan memohon restu para pelajar kepada guru-guru. Mohon restu agar dihalalkan pengajaran guru dan restu agar beroleh kejayaan. Inilah tradisi kita saban tahun. di samping itu, pelajar juga telah dihadiahkan dengan set peperiksaan yang terdiri daripada pensil 2B , pembaris dan pemadam.
Pemberiaan ini sebenarnya adalah suatu motivasi untuk memantapkan semangat mereka untuk menghadapi peperiksaan nanti. penyampaian cenderamata ini telah dilakukan oleh Dato Nordin untuk seramai lebih daripada 500 pelajar iaitu calon PMR dan SPM 2012. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka...aminnnnn Moga-moga pada tahun ini nama dan kecemerlangan SMKTTJ akan lebih bergemerlapan dan berkilauan...menjadi satu sejarah..iaitu Sejarah Kejayaan dan Kecemerlangan SMKTTJ !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...