SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, May 29, 2010

PEPERIKSAAN DATANG LAGI...

Musim peperiksaan datang lagi! Rata-rata semua sekolah sedang menjalankan peperiksaan pertengahan tahun di semua sekolah.

Peperiksaan pertengahan tahun ini sebenarnya amat penting. Ia menjadi kayu ukur akan pencapaian pelajar selepas 6 bulan mengikuti pelajaran. Ia juga amat penting bagi para guru dan pihak sekolah untuk melihat kesan daripada pembelajaran selama 6 bulan ini dan menjadi asas untuk menilai dan meramalkan pencapaian pada hujung tahun nanti, Ia juga bertujuan untuk merangka program peningkatan bagi pelajar agar pencapaian mereka selari dengan sasaran yang ditetapkan. Setiap pelajar mestilah berusaha gigih dan memastikan agar setiap sasaran yang ditetapkan tercapai.agi

Dalam menghadapi musim peperiksaan ini, setiap pelajar hendaklah sudah mempersiapkan diri mereka dengan segala pengetahuan yang diperlukan bagi mereka menjawab soalan-soalan berasaskan pengajaran yang diterima. Pelajar juga perlu bersiap dari segi mental. Pelajar mestilah menganggap setiap peperiksaan adalah penting!Justeru itu, mood atau gaya pembelajaran pelajar mestilah berbeza-beza apabila peperiksaan semakin hampir.

Masalah kita yang paling besar di sekolah ini hanyalah pada pencapaian pelajar dalam akademik. Kita tidak risau dengan pencapaian dalam bidang lain seperti sahsiah, ko-kurikulum dan disiplin. Ini kerana kita telahpun menunjukkan kemampuan yang tinggi di dalam aspek berkaitan. Memanglah tidak 100%, namun perubahan yang berlaku sudah amat nyata. Namun, kita masih menunggu bilakah masanya untuk kita membuat lonjakan di dalam akademik. Peningkatan memang ada. Namun untuk jadi hebat, kita mesti mampu membuat lonkaan yang boleh 'membuka mata' masyarakat dan pihak JPNS.

Kita sebenarnya mampu dan punyai kebolehan untuk membuat 'lonjakan' tersebut. Ada beberapa faktor yang saya lihat, kita mempunyai kelebihan. Antaranya ialah:

1. Guru-guru yang rajin dan sentiasa sudi bekorban demi kejayaan pelajar
2. Galakan daripada PIBG di dalam setiap program pendidikan
3. Galakan dan sokongan pentadbiran sekolah dalam memastikan program pendidikan
berjalan lancar
4. Skim insentif SKOR A yang mendorong sikap berlumba-lumba untuk cemerlang.
5. Kemudahan ICT. WIFI yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri dan mendapat
maklumat sebanyak mungkin.
6. Jarak rumah kediaman pelajar yang dekat dengan sekolah dan tiada nya masalah
pengangkutan yang membolehkan pelajar hadir ke sekolah tanpa masalah.
7. Persekitaran sekolah yang ceria , yang dapat merangsang minda pembelajaran
8. Doa dan munajat setiap minggu, baca yasin, solat hajat, solat dhuha 2 kali
seminggu untuk mendoakan kejayaan pelajar.

Ada banyak lagi kemudahan yang ada di sekolah ini, yang memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan selesa. Namun soalnya, adakah pelajar mahu merebut peluang yang terhidang di depan mata atau sekadar menjadi pemerhati, tanpa melakukan apa-apa tindakan yang berfaedah kepada diri masing-masing. Sebenarnya amat mudah untuk berjaya. Tumpukan kepada cita-cita/ tujuan dan rangka strategi yang betul untuk mencapainya serta "BUAT', untuk memastikan kita berjaya. Selain itu, para pelajar juga perlu membuang tabiat dan sikap negatif yang membantutkan usaha ke arah kejayaan selama ini. Antaranya ialah:

1. Lupa kepada niat untuk belajar sebagai suatu ibadah, amanah daripada ALLAH yang
akan dipersoalkan kelak.
2. Tanggapan peperiksaan sama seperti aktiviti persekolahan biasa.
3. Ponteng sekolah, ponteng kelas dan tidak menyiapkan kerja rumah, latihan dan
kerja kursus.
4. Membuang masa dan tidur semasa peperiksaan berjalan.

Di dalam hal ini. ibubapa juga perlulah turut sama membantu anak-anak mereka. Pengorbanan ibubapa juga turut dituntut agar memainkan peranan mereka membantu ke arah kejayaan anak-anak mereka. Sikap lepas tangan dan menyerahkan segala urusan mendidik kepada guru semata-mata , sudah tentulah tidak tepat. Apatah lagi, merekalah yang akan memetik hasil daripada kejayaan anak-anak mereka ini. Guru dan pihak sekolah , hanya berkongsi gembira dan kepuasan!

Akhirnya , diharapkan pada tahun ini kita akan dapat mencatat kejayaan yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelum ini. Yakinlah. Dengan semanagat 'KITA MEMANG HEBAT', saya yakin kita akan mencipta lonjakan tersebut!

'SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN'

Wednesday, May 26, 2010

Subject: How lucky are we reminder

As sad as this is it makes you grateful and appreciative of the way we live and the things we have. It just proves no matter how bad things seem there is always someone suffering more than we will ever know.

Have a close look at both of the photographs & read the messages below them. Forwarding this message to as many people as you can won't fulfil a wish; nor deleting it will cause any misfortune; but its our moral duty to be concerned...towards humanity

" PULITZER PRIZE " winning photo taken in 1994 during the Sudan famine.



The picture depicts a famine stricken child crawling towards an United Nations food camp, located a kilometer away.

The vulture is waiting for the child to die so that it can eat it. This picture shocked the whole world. No one knows what happened to the child, including the photographer Kevin Carter who left the place as soon as the photograph was taken.

Three months later he committed suicide due to depression.

This was found in his diary,

Dear God, I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I pray that He will protect this little boy, guide and deliver him away from his misery. I pray that we will be more sensitive towards the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us that how fortunate we are and that we must never ever take things for granted.

Please don't break.. keep on forwarding to our friends on this good day.. Let's make a prayer for the suffering in anywhere any place around the globe and send this friendly reminder to others; think & look at this...when you complain about your food and the food we waste daily.........

Gambar ini mungkin sudah lama. tetapi memadailah sebagai peringatan dan panduan kepada semua agar menghargai makanan dan nasib mereka yang susah dan kebuluran. Kita di sini amat bernasib baik dapat hidup dengan mewah, tetapi kita seringkali membazir, terlalu memilih dan tidak menghargai pemberian Allah...Apakah kita akan hanya sedar akan nilai makanan dan susah hanya setelah kita mengalami nasib seperti kanak-kanak di dalam gambar ini! FIKIRKANLAH...

Tuesday, May 25, 2010

LAWATAN KE MUSLIM AID MALAYSIA




PADA 24 MEI 2010, dalam rangka mengadakan mesyuarat bersama UHNCR, kami telah singgah di pejabat Muslim Aid Malaysia bertempat dui tingkat 6, Bangunan Mutiara, Bangsar Kuala Lumpur. Dalam kunjungan itu kami sempat bertemu dengan warga kerja Muslim Aid terutamanya Encik Muhammad dan Encik Wan Rusli yang merupakan Pengarah Muslim Aid Malaysia.

Kunjungan ini selain bertujuan untuk mengadakan mesyaurat dan melihat proposal berkaitan projek dengan UHNCR, ia juga sebagai kunjungan hormat kepada rakan NGO sekolah ini yang sangat aktif dan banyak menyumbang tenaga membantu pelajar sekolah dan sekolah ini sendiri di dalam pelbagai program sejak tahun 2009 yang lalu. Melalui Muslim Aid juga kita telah berjaya menjalin hubungan dengan 5 NGO lain di peringkat Kebangsaan dan juga yang paling baru ialah dengan UHNCR iaitu salah satu badan di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Kita juga sedang berusaha di dalam pelbagai aktiviti lain dengan bantuan Muslim Aid.

Dalam perbincangan kami ini, pihak Muslim Aid , terutamanya pengarah Encik Wan Rusli melahirkan kekagumamn terhadap penglibatan kita dan kejayaan yang kita capai. Pelbagai cerita menarik tentang sekolah yang didengarinya dan beliau amat kagum! Beliau juga melahirkan harapan agar kita dapat menjadi agen bagi Muslim Aid dalam menjalankan program mereka di kawasan ini. Mereka juga bersetuju untuk menjadikan SMK Jelai Felda sebagai SEKOLAH ANGKAT Muslim Aid Malaysia, yang berperanan sebagai agen dan rakan aktiviti mereka. Kita melahirkan kesyukuran dan penghargaan yang amat tinggi di atas cadangan ini!

Muslim Aid Malaysia adalah sebagai sebuah cawangan daripada badan induknya iaitu Muslim Aid International yang berpusat di kota London. Pengasasnya ialah saudara Yusoff Islam atau lebih terkenal dengan nama popnya Cat Stevans. Akativiti mereka adalah berasaskan bantuan kemanusiaan di serata dunia, tanpa mengira agama dan bangsa, meliputi aktiviti, bantuan, perubatan, pelajaran dan sebagainya. Aktiviti popular ialah seperti Kelas pengajian di CBS (Community Base School ) dan Qurban For LIfe, iaitu bantuan daging korban ke serata dunia! (lihat link di blog ini-Donate For Ummah)

bagi pihak sekolah, saya mengucapkan terima kasih terhadap Muslim Aid Malaysia terutamanya kepada Encik Muhammad yang telah memberikan sumbangan dan bantuan dalam pelbagai aktiviti di sekolah ini. Malahan Muslim Aid sentiada menyokong program kita. Kita berharap hubungan ini akan berterusan dan kita akan meneroka kerjasama dalam bidang-bidang lain atau menjadikan Muslim Aid sebagai jambatan bigi kita berhubungan dengan 'dunia luar' yang lebih luas lagi. sebagai salah satu usaha melonjakkan nama sekolah kita ke peringkat tertinggi! TERIMA KASIH..MUSLIM AID MALAYSIA...

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010










PADA 15 Mei 2010 yang lalu , pihak sekolah sekali lagi mengadakan program gotong royong perdana , kali ini sempena Sambutan Hari Guru 2010.

Walaupun, program ini hanyalah bersifat sukarela dan tanpa paksaan, namun warga sekolah tetap bersemangat menyahut saranan KPM untuk menyumbang tenaga dan menjayakan program KPM. Ia juga membuktikan kehebatan kita terutamanya para guru, bahawa kita sanggup berkorban demi profesion kita. Walaupun dianggarkan kehadiran pelajar hanyalah separuh daripada sepatutnya, namun, ia tidak mematahkan semangat mereka yang hadir untuk menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Pertandingan mengutip sampah bagi tingkatan 1
2. Mengecat dinding tangga di blok C
3. Mengemas dan membersihkan bilik-bilik khas
4. Menanam bunga
5. Membersihkan kebun pertanian

Bagi saya, aktiviti menanam bunga d i taman sains menjadi pilihan. Dengan bantuan pelajar 3UIAM, seperti Athirah, Sabrina, Mas dan rakan-rakan lain serta pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 2, kami menanam pokok bunga raya dan bunga janda kaya di taman tersebut.

Alhamdulillah sehingga kini . nampaknya semua pokok tersebut hidup subur!

Acara paling menarik ialah pertandingan memungut sampah oleh pelajar tingkatan 1. Setiap kelas berjaya mengutip sampah melebihi 90 kilo! Johannya ialah pelajar 1 UIAM yang berjaya mengutip sampah sebanyak hampir 120 kilo!

Nampaknya pelajar-pelajar ini amat bersemangat...macam-macam pula barangan terbuang dan sampah yang dimasukkan ke dalam plastik sampah mereka..! Asalkan namanya sampah ...semua dikutip!

Pihak sekolah melalui PIBG juga telah menyediakan makanan dan minuman bagi semua peserta.

Kepada yang hadir dan menyumbang tenaga, ucapan terima kasih dan tahniah diberikan. Semoga kita akan terus berusaha menjadikan sekolah kita cemerlang dan hebat!

COMMUNITY PROGRAMME-KOLOBERASI DENGAN MUSLIM AID & UHNCR (UNITED NATION)






PADA 24 Mei 2010, yang lalu saya bersama dengan Encik NurHaslin Moksin dan Cik Shafariza (Schoolnet Facilitator) telah berkunjung ke pejabat UHNCR ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian) di Kuala Lumpur. Tujuan kami ke sana adalah untuk bermesyuarat menjayakan satu lagi program koloberasi sekolah dengan agensi luar iaitu bersama Yayasan Kenmanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan UHNCR.

Pihak Muslim Aid Malaysia diwakili oleh Encik Muhammad Kamarulazizi (Pengurus Dana) sementara pihak UHNCR diketuai oleh Cik Katrina bersama 2 orang lagi pegawainya.

Perbincangan tertumpu kepada projek bimbingan terhadap guru-guru di Community School Base di bawah kelolahan UHNCR untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan perlaksanaan kurikulum di dalam bilik darjah. Antara objektf program ini ialah:

1. Memberikan pendedahan kepada guru-guru UHNCR berkaitan perlaksanaan kurikulum sekolah Malaysia di dalam bilik darjah.
2. Membantu mereka merangka rancangan pelajaran harian, tahunan.
3. Mendedahan aspek aplikasi kaedah pengajaran
4. Pendedahan terhadap aktiviti ko-kurikulum, Hem dan sukan
5. Pendedahan terhadap pengurusan bilik darjah dan disiplin
6. Pendedhan terhadap budaya dan sosio-masyarakat di Felda Jelai

Melalui program ini beberapa perancangan yang disusun adalah melibatkan:

1. Program penempatan guru-guru berkenaan mejalani latihan di SMK Jelai Felda dan
sekolah Kebangsaan Jelai yang berdekatan.
2. Bengkel post- MOrtem mingguan
3. Lawatan Pemantauan guru-guru SMK Jelai Felda ke School Base Community UHNCR
4. Program lanjutan secara berkala dan berterusan
5. Program keluarga angkat dengan masyarakat di Jelai Felda.

Bagi SMK Jelai Felda, kita amat berbangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak UHNCR dan Muslim Aid Malaysia, bagi kita turut sama menyumbang bakti di dalam program ini. Secara tidak langsung program ini akan dapat memberikan peluang kepada kita dalam aspek:

1. Menjalin hubungan koloberasi dengan sebuah badan antarabangsa UHNCR (United
Nation)
2. Memberi peluang menyumbang tenaga dan kepakaran kita di peringkat tertinggi.
3. Dapat bertukar fikiran dan pengalaman dengan guru-guru berkenaan tentang
pendidikan.
4. Meningkatkan imej kita di mata masyarakat tentang kemampuan kita.

Apa yang menjadi harapan kita ialah , projek ini akan berjaya dan mendapat bantuan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak , guru-guru, para pelajar, komuniti dan pemimpin masyarakat.

Bagi pihak sekolah , projek ini adalah sebahagian daripada perancangan kita untuk mewujudkan koloberasi dan jalian dengan agensi luar selepas kita berjaya mengadakan jalinan dengan Komuniti Felda, NGO peringkat Kebangsaan, Rakan sekolah di Indonesia (SMA 13, Bandung, Insdonesia, dan banyak lagi. Ini bersesuaian dengan prinsip Sekolah Berprestasi Tinggi yang mensyaratkan wujudnya hubungan luar di peringkat tinggi seperti ini.

Pada rancangannya kita akan melibatkan kepimpinan tertinggi di Daerah ini bagi membantu kita menjayakan program ini.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU....

SELAMAT HARI GURU buat semua guru di Malaysia, khususnya kepada guru-guru di SMK Jelai Felda, Gemas, yang telah menunjukkan komitmen dan semangat tinggi untuk membentuk imej sekolah dan memadamkan imej lama. Berkat usaha dan keyakinan bahawa kita boleh mencipta kecemerlangan dan dengan moto awal "KITA MEMANG HEBAT", kita telahpun membuktikan bahawa kita memang berkemampuan dan punyai kekuatan untuk mencipta kejayaan.

Sebenarnya sudah banyak kejayaan yang kita kecapi hasil usaha gigih kita dan keyakinan akan kemampuan kita. Nama SMK Jelai Felda, terkenal di seluruh negeri , malah ke peringkat kebangsaan. Keunggulan kita bidang olahraga mengatasi pencapaian sekolah-sekolah sukan di negeri ini, malah atlit kita sudah mampu mencipta nama di peringkat antarabangsa. Dalam bidang ICT, terutamanya dalam ThinkQuest, kita memang sentiasa unggul. Di peringkat Kebangsaan dan Negeri Sembilan, kehebatan kita memang diakui dan begitu terkenal! Kita juga mencipta nama yang harum dalam Pendidikan Khas. Kita mencipta keunggulan dengan pelbagai anugerah. Semua ini adalah berkat ketabahan para guru semua.

Dalam usaha untuk terus cemerlang, kita memerlukan bukan hanya setakat pengorbanan, malahan memerlukan perubahan pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan sentiasa mencabar kemampuan kita! Ternyata, kemampuan kita tiada batasannya! Ditambah dengan semangat untuk "membentuk imej baru dan mencabar imej lalu", membolehkan kita melakukan sesuatu dengan kaedah baru, pemikiran baru dan di luar kebiasaan! Saya yakin, setiap dari kita sudah dapat melihat hasilnya!

Perhatian kita sekarang hanyalah untuk menumpukan usaha dan tenaga serta pemikiran kita bagi melonjakkan kecemerlangan akademik kita. Memang banyak cabaran dan rintangan yang harus kita hadapi. Tetapi yakinlah bahawa, Allah akan sentiasa membantu hambanya yang ikhlas berjuang ke arah kebaikan. Kita sudah dapat mengecapkan kejayaan dalam bidang-bidang lain, berkat usaha kita. Kita juga yakin, Allah akan membantu kita juga dalam mencapai kejayaan akademik kita.

Mendidik anak-anak di luar bandar dan di Felda ini memang tinggi cabaraTidak semua guru yang sanggup mengajar di kawasan-kawasan seperti di mana kita berjuang sekarang ini. Kesukaran , keperitan dan tenaga yang terpaksa kita curahkan bukan sedikit. Kesabaran, ketabahan, pengorbanan dan risikonya amat menduga kekuatan dan jati diri kita. Kita berhadapan dengan masalah yang asas dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian dan pembentukan sahsiah anak-anak didik kita, berbanding guru-guru di kawasan lain. Tetapi, yakinlah sedikit kejayaan dan perubahan yang dapat hasilkan dan kita sumbangkan , adalah terlalu manis berbanding dengan rakan-rakan kita di sekolah lain. Kesukaran itulah yang sebenarnya merupakan 'tonik' kepada kekuatan dan senmangat kita selama ini. Kesukaran itulah pengalaman paling berharga dalam perjuangan kita!

TAHNIAH...BUAT KITA SEMUA YANG BERGELAR GURU...

TAHNIAH DAN SYABAS! BUAT SEMUA GURU DI SMK JELAI FELDA, GEMAS!

ANDA 'MEMANG HEBAT'


SELAMAT HARI GURU

Tuesday, May 11, 2010

JOM UNDI VIDEO PELAJAR KITA...

Saya sempat melihat video yang dihasilkan oleh pelajar sekolah ini. Memang menarik! Ia hasil kerja para pelajar 5 UIAM untuk pertandingan membina video Tmnet. Bakat dan kebolehan pelajar sebegini memang patut dikembangkan dan digalakkan. Sebagai sekolah yang telah meletakkan kebitaraan ICT sebagai salah satu watak sekolah, kemampuan pelajar ini seharusnya dipuji dan menjadi pendorong kepada lebih ramai pelajar lain untuk menuruti jejak mereka. Kita harapkan agar mereka berjaya.

Gambar dan penceritaan adalah diambil di sekitar gugusan Jelai Felda Tahniah kepada para pelajar yang begitu komited dengan usaha memertabatkan ICT di Jelai ini. Begitu juga kepada guru-guru seperti Encik NorHaslin, Cik Marniemariam, Pn. Norhayati Abdullah dan Cik Shafazira yang tekun membantu pelajar kita.

Marilah kita semua warga sekolah SMK Jelai Felda membantu dan menyokong usaha pelajar kita ini. Ini adalah salah satu usaha kita untuk mengangkat martabat SMK Jelai Felda ke mercu kecemerlangan. Kita memberikan tumpuan dan perhatian khusus kepada kemajuan ICT di sekolah ini, kerana melalui ICT lah kita mudah mencatat nama dan kejayaan. Memahami keadaan sekolah kita yang jauh daripada bandar besar dan kemampuan kewangan yang sedikit, ICT memberikan kita peluang dan ruang mencipta kejayaan tanpa batasan. Dengan kos yang murah, kita boleh menyertai pertandingan bertaraf nasional atau internasional dengan mudah. Inilah cara pemikiran atau 'smart thinking' yang patut ada kepada semua pelajar dan warga sekolah. Inilah kekuatan kita yang orang lain sukar menggugatnya. Seperti kata John C. Maxwell: Untuk cipta kecemerlangan kita mestilah:

1. Tumpuan 80% dalam kekuatan yang kita ada

2. Tumpuan 15% daripada apa yang kita pelajari

3. Tumpuan 5% terhadap apa yang kita lemah

Oleh itu, bagi SMK Jelai Felda , kita yakin kekuatan dan kepakaran ada pada ICT (selain Olahraga dan Pendidikan Khas)yang merupakan salah satu watak sekolah kita. Inilah peluang kita bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Oleh itu, semua warga sekolah, wajib menyokong usaha pelajar kita dan unit ICT kita ini. Seseuai dengan kedudukan sekolah kita sebagai 1 daripada 6 buah Sekolah Bestari bertaraf 5 Bintang di N. Sembilan.. Kita patutnya berasa begitu bangga. Lihat fakta berikut:
1. Naib Johan ThinkQuest Kebangsaan 2007
2. Johan ThinkQuest Kebangsaan 2009
3. Second Best Coach ThinkQuest 2007
4. Best Coach ThinkQuest 2009
5. En. NurHaslin- JU Kebangsaan dan wakil Malaysia ke ThinkQuest International S'pore
6. Johan ThinkQuest N. Sembilan 2009
7. N. Johan PBL N. Sembilan 2009
8. Johan Pengguna Paling Aktif 2009
9. N. Johan Pengguna paling Ramai 2009
10.Sekolah menengah tunggal dijemput mengadakan pameran di Hari ICT NS

Di peringkat sekolah kita juga mencipta nama dengan budaya ICT yang hebat:

1. Blog bagi semua unit dan panitia
2. Blog kelas
3. Penyelaras Program Imarah Masjid Melalui ICT di semua masjid Gugusan Jelai Felda
dengan kerjasama MAINS, Jabatan Agama Islam N.S, Felda Wilayah, Muslim Aid
Malaysia.

Nah! Ayuhlah warga SMK Jelai Felda...Berikan sokongan dan doa di atas usaha putera dan puteri ICT kita semoga mereka akan mencipta kejayaan sekali lagi...

Bagi yang ingin mengundi: ikuti langkah berikut:

1. Daftar akaun di BlueHyypo.com.my
2. Dapatkan ID dan Password melalui e-mail yang akan dihantar
3. Melalui e-mail, click pada 'CLICK HERE'
4. Di laman web BlueHyypo, Masukkan ID dan Password( yang diberi melalui e-mail) dan
Log in
5. Click pada TV
6. Click pada Central School Got Talent-
7. Cari Video SMK Jelai Felda dan Click pada simbol 'bintang' di bawahnya...PILIHLAH
5 BINTANG!
8. Sehingga keluar isyarat..'Thank you'...Selesai..dan anda telah melengkapkan
KOMITMEN anda sebagai warga SMK JELAI FELDA yang prihatin dan bercita-cita besar..



UNDIAN TERBUKA KEPADA SEMUA....EX-STUDENT..PENDUDUK JELAI FELDA..APALAGI...AYUH!UNDiiiiiiiiiiiiii

Wednesday, May 5, 2010

KURSUS ICT KEPADA AJK MASJID GUGUSAN JELAI FELDA






SELAMAT BERKURSUS kepada semua AJK Masjid di gugusan Felda Jelai , Gemas yang berlangsung pada petang ini di Makmal Komputer sekolah. Dianggarkan seramai 40 peserta yang terdiri daripada 10 orang AJK daripada setiap masjid di felda ini akan menghadiri kursus berkenaan. Kursus ini adalah berupa salah satu daripada aktiviti yang dirancang di dalam Program Imarah Masjid Melalui ICT yang dianjurkan oelh SMK Jelai Felda dengan kerjasama semua masjid di felda ini, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Felda Wilayah dan NGO Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para AJK masjid untuk membolehkan mereka mengakses maklumat dari Internet dan juga melalui laman blog setiap masjid yang sedang dalam proses menyiapkannya, serta daripada web atau blog MAINS dan Jabatan Agama Islam. Secara tidak langsung para AJK akan dapat memantau perjalanan blog dan dapat memberikan input untuk dimuatkan di dalam blog masjid mereka.

Para AJK diharapkan tidak berasa khuatir atau bimbang kerana segala urusan berkaitan blog akan diuruskan oleh kumpulan blogger sekolah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap blog masjid. Ia akan dibantu oleh Muslim Aid Malaysia yang bertindak sebagai penyelaras blog.

SMK Jelai Felda berasa bangga dan berbesar hati dapat memnyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan di kalangan AJK masjid dan ahli kariah setempat. SMK Jelai Felda akan bertindak sebagai penyelaras program terutama dalam memberikan latihan dan membantu menyediakan prasarana bagi menjayakan program ini. Diharapkan usaha ini akan mendapat sambutan daripada setiap AJK masjid.

Tahniah kepada Unit ICT sekolah yang telah menunjukkan komitmen tinggi untuk menjadikan program ini suatu realiti. Tahniah khusus kepada Encik NorHaslin yang sejak beberapa hari sehingga ke saat akhir ini masih berusaha mempersiakan kemudahan khususnya internet dan peralatan tambahan laptop dan sebagainya. Juga terima kasih kepada Cik Marniemariam, Cik Shafazira, Encik Abu Darda dan semua bloggers sekolah yang memberikan bantuan yang 'superb' demi kejayaan program ini.

SELAMAT BERKURSUS.....DAN MENEROKA DUNIA ICT...DUNIA TANPA SEMPADAN...

Tuesday, May 4, 2010

SKOR A-INSENTIF AKADEMIK DAN OLAHRAGA 2010












SKOR A 2010- Kembali lagi. Kali ini dengan insentif kecemerlangan yang lebih hebat!

Program Skor A ini telah berjalan sejak tahun 2008 yang lalu. Ia adalah berupa skim insentif galakan kecemerlangan akademik kepada para pelajar untuk mencapai tahap A di dalam setiap kali peperiksaan dan ujian bulanan. Antara objektif utama dalam perlaksanan program ini ialah:

1. Menggalakan persaingan sihat antara pelajar dalam mencipta kecemerlangan
2. Menggalakkan pelajar berlumba-lumba mencapai tahap A dalam setiap kali
peperiksaan dan ujian.
3. Memastikan setiap pelajar mengekalkan pencapaian A dalam ujian-ujian bulanan dan
peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan percubaan.
4. Menggalakkan pelajar yang lemah berusaha mencapai tahap sekurang-kurangnya D di
dalam setiap kali ujian.
5. Meningkatkan kualiti dan kualiti pencapaian dalam peperiksaan awamm
6. Memberikan suatu bentuk penilaian baru terhadap pencapaian pelajar yang
berasaskan kepada pencapaian sepanjang tahun dan bukan kepada satu-satu
peperiksaan sahaja.(Pelajar terbaik berdasarkan jumlah baucer yang dikutip pada
sepanjang tahun)
7. Memberikan satu perubahan kepada ganjaran kejayaan di dalam peperiksaan awam.

Prinsip yang digunapakai di dalam program ini ialah:

1. Setiap kejayaan pelajar hendaklah diberikan ganjaran dan penghargaan
2. Setiap penghargaan dan ganjaran mestilan diberikan ketika pelajar berkenaan
mencipta kejayaan , tanpa menunggu bagi tempoh yang lama.
3. Pelajar telah ditetapkan sasaran yang harus dicapai mengikut kemampuan dan usaha
mereka. Terpulang kepada pelajar untuk berusaha mencapainya.
4. Setiap pelajar punyai peluang yang sama untuk mencipta kejayaan
5. Ibubapa berperanan membantu kejayaan anak kerana daripada kejayaan mereka, akan
membantu pula ibubapa dalam menjelaskan yuran PIBG atau yuran sekolah.


Program ini telah memberikan manfaat dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar di dalam peperiksaan. Peningkatan paling ketara adalah pada kualiti mata pelajaran di dalam peperiksaan awam, di mana bilangan pelajar yang mendapat gred A di dalam subjek telah meningkat. Program ini amat berkesan kepada pelajar yang rajin dan mahu berusaha. Data pencapaian SPM 2009 (bilangan A)

SUBJEK 2009 2008 2007

1. BM 36 22 23
2. BI 9 3 4
3. PI 31 18 36
4. SEJ 5 3 5
5. MAT 26 23 24
6. SN 8 6 3
7. PSV 7 3 4
8. TASAWUR 4 2 1
9. PERABOT 2 0 0

Apa yang menjadi harapan sekolah ialah semua pelajar berusaha sedaya upaya meningkatkan pencapaian mereka. Inisiatif sekolahg sudah dilakukan. Tidak banyak sekolah di negara ini yang menyediakan skim insentif seperti ini, cuma ia terpulang kepada pelajar untuk merebutnya.

Memanglah ada orang berkata, ini lebih kepada insentif atau motivasi luaran. Bagaimana dengan motivasi dalaman. Saya kira, aspek ini telah terlalu banyak diberikan penekanan kepada pelajar. Pelajar telah tahu dan sering diberitahu tentang peri pentingnya kecemerlangan dan nilai kecemerlangan di dalam harga diri dan maruah diri setiap orang daripada mereka. Contoh-contoh telah banyak mereka lihat malahan di sekitar mereka juga , mereka dapat melihatnya dengan jelas. Namun , dengan adanya insentif ini, sekurang-kurangnya kita dapat mendorong pelajar untuk mengejar kejayaan. 'Setiap kejayaan ada ganjarannya. Jika kamu mahu ganjarannya, kamu harus mencipta kecemerlangan. Untuk terus cemerlang, kamu harus berusaha bersungguh-sungguh...!'

Bagi unit Kokurikulum pula terutamanya Unit Olahraga , pihak sekolah masih meneruskan skim insentif Olahraga dan Olahraga Plus Akademik. Skim ini khusus kepada para atlit sekolah, sebagai galakan untuk mereka bergiat aktif dan mencipta kecemerlangan di dalam olahraga dan juga akademik. Skim ini serupa sepertimana program atau skor A akademik, iaitu pemberiaan baucer atas kejayaan mendapared A dalam sett giap peperiksaan dan pingat. Umpamanya, bagi pingat emas peringkat daerah (MSSDT) akan mendapat RM10.00 dan jika memecahkan rekod, akan mendapat tambahan RM10.00.

Sambutan para pelajar amat menggalakkan. Pencapaian terbaik hasil program ini ialah pada un 2009, di mana kita telah mencatat kejayaan 39 pingat emas dalam kejohanan olahraga MSSDT berbanding 27 emas pada tahun sebelumnya.

Skim ini juga adalah sebagai pendorong kepada ibu bapa agar terus menggalakkan penglibatan anak-anak di dalam olahraga yang menjadi salah satu watak sekolah ini. Penjaga sudah sewajarnya menyokong program ini, kerana telah mencatatkan kejayaan dan dapat membantu pengurangan perbelanjaan menjelaskan yuran di sekolah.

Namun, akhir-akhir ini ada juga ibu bapa yang tidak dapat melihat kebaikan skim ini dan kebaikan serta faedah penglibatan anak-anak di dalam olahraga. Olahraga dikatakan penyebab anak-anak mereka di dalam peperiksaan. Tuduhan ini adalah tidak benar kerana kebanyakan pelajar yang melepak dan gagal itu bukannya daripada golongan ini, sebaliknya daripada golongan pelajar yang tidak pandai menguruskan masa.

Alhamdulillah pada tahun ini juga seramai 5 atlit kita telah terpilih mewakili Negeri Sembilan dalam SUKMA di Melaka.

Kepada para pelajar , ayuh rebutlah peluang ini dan buktikan kehebatan kita!

Sunday, May 2, 2010

MESYUARAT AGONG PIBG...RUANG BERTUKAR FIKIRAN...






MESYUARAT AGONG PIBG adalah medan dan wadah bagi setiap ibubapa dan pihak sekolah khususnya para guru untuk berbincang dan merangka strategibagi kecemerlangan anak-anak di sekolah. Melaluinya ibu bapa dapat mengutarakan pandangan dan idea bernas serta menghulurkan bantuan berupa wang ringgit, tenaga dan idea bagi kemajuan sekolah. Di samping mengetahui perkembangan dan masalah anak-anak di sekolah, ibubapa perlu sanggup bersama-sama pihak sekolah berkorban dan menyatakan komitmen mereka.

Mesyuarat Agong PIBG bukanlah medan untuk mencari salah sekolah atau berebut jawatan. Jika untuk meluahkan rasa tidak puas hati, saluran yang paling baik adalah datang dan berbincang di sekolah. Ini kerana ruang masa yang ada di dalam mesyuarat adalah sempit, singkat dan terbatas.

Tahniah kepada semua ibu bapa yang telah sempat menghadiri mesyuarat PIBG sekolah yang baru berlalu. Namun, tidak semua kumpulan sasaran itu hadir. Kebanyakan yang hadir adalah 'muka biasa' , yang seringkali hadir di dalam setiap majlis dan taklimat kecemerlangan yang diadakan di sekolah. Mereka ini adalah kumpulan yang cukup prihatin akan kemajuan anak-anak mereka. Namun, kumpulan ibu bapa yang mana anak-anak mereka perlu diberikan bantuan, amat kurang. Justeru itu, maklumat penting tidak sampai kepada kumpulan ini dan bantuan daripada ibu bapa mereka tidak dapat diberikan.

Diharapkan juga, pihak ibu bapa mestilah memainkan peranan pro-aktif di dalam menyokong segala program yang dianjurkan di sekolah untuk kemajuan anak-anak mereka. Komitmen ini bukan sekadar menyatakan sokongan , tetapi mestilah diikuti dengan tindakan terhadap program yang disusun. Tugas ibu bapa adalah memastikan anak-anak mereka mematuhi setiap program yang dirancang dan menyokong dengan segala bentuk bantuan yang termampu. Bagi sekolah ini, cabaran yang paling besar bagi ibubapa adalah untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah pada setiap hari. Ibubapa perlu mengambil tindakan pro-aktif dengan berusaha datang ke sekolah, bertanyakan guru untuk memastikan anak-anak berada di dalam kawasan sekolah.

Bagi memastikan perjalanan program PIBG berjalan lancar, setiap ibu bapa dan guru haruslah bersama-sama memainkan peranan melibatkan diri di dalam setiap aktiviti PIBG. PIBG bukanlah persatuan guru-guru, tetapi adalah persatuan ibubapa dan guru-guru sekolah ini. Ia bermaksud, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab memastikan kelancaran persatuan ini di tangan guru semata-mata. Sebenarnya terlalu banyak kepakaran dan kelebihan yang dapat disumbangkan oleh ibubapa dan masyarakat di dalam memajukan sekolah. Ibubapa harus ke hadapan menghulurkan bantuan secara sukarela. Bagi pihak sekolah, kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima bantuan ini. Inilah salah satu aspek penting di dalam konsep 'memasyarakatkan sekolah dan menyekolahkan masyarakat' yang kita war-warkan selama ini.

Diharapkan pada tahun ini, PIBG SMK Jelai Felda akan terus gah dan bergerak lebih aktif bagi memastikan setiap anak didik di felda Jelai ini mendapat manfaat daripada komitmen kita bersama.

Tahniah kepada AJK yang dilantik dan diucapkan "SELAMAT BERTUGAS DENGAN CEMERLANG".

Saturday, May 1, 2010

SEKITAR MESYUARAT AGONG PIBG SMK JELAI FELDA











MESYUARAT AGONG PIBG SMK JELAI FELDA telah diadakan pada 29 April 2010 yang lalu dan telah dirasmikan oleh YB Dato Hjh Zainab Nasir, Exco NS serta dihadiri oleh Tuan PPD Tampin, Tuan Hj. Mad Aris Azis.

Program telah bermula pada jam 3.00 petang. Kehadiran ibu bapa dan tetamu telah disambut dengan hujan yang lebat kira-kira pada jam 2.30 petang. Walau bagaimanapun, alhamdulillah..segalanya dapat dijalankan dengan lancar, Namun kehadiran agak terjejas dengan hanya kira-kira 182 orang ibu bapa yang hadir. Seperti biasa , yang ramai hadir adalah kaum ibu...

Sempena dengan mesyuarat ini juga telah dilancarkan program, 'SATU KELUARGA ,SATU BUKU', Anjuran Pusat Sumber Sekolah. Perlancrannya amat menarik dengan YB Dato Zainab 'terpaksa' memecahkan ais yang agak tebal lagi keras untuk mengeluarkan buku di dalamnya sebagai gimik perlancaran. Apa yang diharapkan ibu bapa, guru serta semua staf sekolah dapat menyumbang ke arah program ini. Difahamkan satu pertandingan kelas terbanyak menumbang buku akan mendapat 3 bintang dalam Program Menggapai Bintang dan gambar kelas berkenaan ( 3 pemenang) akan dipamerkan di dinding berhadapan pejabat selama 1 tahun..Menarik kan..!

Pada hari berkenaan juga, YDP PIBG bagi sessi 2010-2011 telah dimenangi oleh Encik Zakaria Umar. Begitu juga dengan Naib YDP iaitu Encik Jupri. Semua AJK lama dikekalkan dan ditambah dengan ahli baru..

Pada akhir program diadakan cabutan bertuah..Menariknya hadiah cabutan bertuah ini kebanyakannya adalah berupa barangan makanan mentah seperti beras, minyak masak dan lain-lain.

Acara lain yang turut diadakan ialah penyampaian hadiah kecemerlangan SPM 2009 dan beberapa hadiah kecemerlangan PMR 2009 dan SPM 2008 yang tidak dituntut lagi. Ini merupakan hadiah daripada insentif skor A yang terdapat di sekolah ini.

Terima kasih kepada semua guru dan pihak-pihak yang telah menjayakan program ini. Segala kekurangan perlulah diatasi segera bagi memastikan ia tidak berulanga pada masa hadapan. Terima kasih kepada YB Dato Hjh Zainab yang sudi menerima undangan sekolah dan menyumbang sebanyak RM3500.00 kepada PIBG.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...