SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, April 30, 2010

TEAM THINKQUEST DAN PBL SMK JELAI FELDA DI PAMERAN ICT NEGERI SEMBILAN






TAHNIAH...khusus kepada team Thinkquest dan PBL sekolah ini yang telah dipilih khas oleh Oracle dan BTP Negeri untuk mengadakan pameran pada Pameran ICT Peringkat Negeri Sembilan di padang Rantau, Negeri Sembilan. SMK Jelai Felda merupakan satu-satunya sekolah menengah di Negeri Sembilan ini yang dijemput menyertainya. Terima kasih pameran tersebut. Seramai 10 orang pelajar bersama guru telah menyertai pameran ini dengan diketuai oleh Encik Norhaslin Moksin, Cik Marniemariam dan Cik Shafarina. Turut serta adalah isteri Encik Norhaslin yang bertindak sebagai pembantu, jurugambar dan 'bank bergerak sementara' bagi menjamin keselesaan pameran ini.

Saya telah berkesempatan hadir menziarahi mereka di padang Rantau pada pagi hari pameran tersebut. Ternyata semua pelajar dan guru amat bersemangat dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Walaupun penat dan terpaksa menyediakan pameran pada pagi berkenaan , mereka tetap bersemangat dan mampu menyediakan tapak pameran yang cukup profesional.

Ternyata pameran kita mendapat sambutan hangat pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah , guru dan orang ramai. Tumpuan utama pelajar adalah klip video "Aku Anak Felda", yang memaparkan bakat lakonan pelajar sekolah ini. Klip video ini juga dipertandingkan untuk program "School Got Talent" , anjuran ThinkQuest. Rata-rata pengunjung begitu kagum dengan kehebatan program ICT

Saya juga sempat bertemu dengan Pn.Hayati Harudin, Director Of Business Development Oracle, yang menyatakan kegamuman dengan penglibatan kita khususnya sumbangan Encik Norhaslin sebagai Jurulatih Utama (JU) Kebangsaan. Untuk makluman, pelajar kita juga akan turut menyertai pertandingan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun ini. 2009, telah menobatkan kita sebagai Johan Kebangsaan dan diharapkan tahun 2010 ini , kita akan mencipta sejarah pula di peringkat Antarabangsa.

Wednesday, April 28, 2010

kata-kata pencetus motivasi diri

KATA HIKMAT 1: PERPADUAN
Tidak ada kemenangan,
Jika tidak ada kekuatan
Tidak ada kekuatan,
kalau tidak ada kesatuan dan persatuan
Tidak mungkin wujud kesatuan atau persatuan
tanpa silaturrahim
Mahu menang, harus kuat
Mahu kuat harus bersatu
Mahu bersatu,
Wujudkan budaya silaturrahim
JENERAL SUDIRMAN – TNI
(Tentera Natsional Indonesia)

KATA HIKMAT 2: PESAN JIBRIL A.S
Pesan Jibril a.s
kepada Nabi Muhammad s.a.w

Hiduplah dengan apa cara yang kau sukai,
tetapi sesungguhnya kau tetap akan mati,
Cintailah sesiapa sahaja yang engkau sukai,
tetapi sesungguhnya engkau tetap akan berpisah,
Dan berbuatlah apa sahaja yang engkau sukai,
sesungguhhnya engkau akan diberi BALASAN dengannya



KATA HIKMAT 3 : Renungkan!
Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar.
Dia berikan kaktus berduri
Aku minta kupu-kupu ,
Diberikannya ulat berbulu..
Aku sedih dan kecewa
Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali
Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.

Itulah jalan tuhan,
Indah pada masa yang ditetapkannya..
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan,
tetapi dia memberi apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita rasa sedih, kecewa, terluka..
Tetapi jauh di atas sana,
Dia sedang mengatur apa yang terbaik untuk kehidupan kita

(oleh: Muhammad Farhan bin Omar Al Hafis)

Ini adalah sebahagian kata-kata pencetus motivasi diri ketika berhadapan pelbagai situasi

PASUKAN SMK JELAI FELDA 2010

SEK.MEN.KEB. JELAI(F)
73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN D.K.

TEL: 06-4347094 FAX : 06-4347096
SENARAI NAMA GURU DAN STAF SOKONGAN SMK JELAI (F), 73480 GEMAS, N.S.D.K.

BIL NAMA
1 OMAR BIN AHMAD (PENGETUA)
2 HJ. KASIM B ABD SAMAT (GPK PENTADBIRAN)
3 SYED NASEER B SYED MOHIDEEN (GPK HEM)
4 ABDUL RAHIM B. PENDEK (GPK KO-KU
5 KHAIRUDDIN B. ABDULLAH (KB BAHASA)
6 NOR ZILAH BT. MAZAHAR (KB. SAINS & MATEMATIK)
7 FATIMAH BT. SILONG (KB KEMANUSIAAN)
8 NOOR HASLIN BIN MOKSIN (KB. TEK & VOKS)
9 A RAHIM B MD. ARIFF
10 ADIBAH ZAKIYAH BT HAMZAH
11 ASMAH BT AWANG
12 ASMAH BT SAAD
13 ASRI BIN SARMEJAN
14 AZIZAN BIN MOHD ALI (G. CEMERLANG)
15 CHIN KEE SIENG
16 ENDERA YATI BT SUKIRMAN
17 EZDIANI BT ABD SALAM
18 FAIZAH BT MOHD YUSOF
19 FATIMAH NOOR BT MD YUSOH
20 HASIMAH BT KAMIS
21 JEEVARATNAM A/L J.S.A. NATHAN
22 KHAIRUL AZIZI B AHMAD 74
23 MARIANAH BT MOKTAR 75
24 MARNEMARIAM BT MAT DIAH 76
25 MARY MANOMANI A/P SOLOMON 77
26 MAZNAH BT OTHMAN
27 MOHAMAD ZIN BIN AHMAD (G. CEMERLANG)
28 MOHD ANAS BIN SAPUAN
29 MOHD ARPIZA BIN MOHD
30 MOHD NURUNNAZIF B JAMAL RASHID (CUTI BELAJAR)
31 MOHD REDZUAN BIN SAMSUDIN
32 MOHD ZULKIFLY BIN SUDA
33 MUSTAFAR BIN MOHAMED SOM
34 NOR AINUN BT IBRAHIM
35 NOR ASHIKIN BT AB RAHMAN
36 NOR AZILA BT AB KADIR
37 NOR EAIZAN BIN MOHD NOOR
38 NORAKUSUMA BT MOHD DIN
39 NORHAYATI BT ABDULLAH
40 NORHAYATI BT SAID
41 NORHAYATI BT SHAARI (G. CEMERLANG)
42 NORLIYANA BT ALI
43 NOR SHA SHA BT ALIAS
44 PANI MALAR PALANI SAMY
45 RAHIMAH BT JAMALI
46 RIZAL BIN KEMIS
47 ROHAYU BT ALI
48 ROSEDA BT ABU BAKAR
49 ROSIEMAIZAH @ SAYANG BT ABD RAOF (G. CEMERLANG)
50 ROSILA BT DAUD (G. CEMERLANG/ B&K)
51 ROSLAN B. SHARIF
52 SANIAH BT MAMAT
53 SAWALLIAH BT SAMSUDIN
54 SEPIAH YUNUS
55 SHAHRUL ANUAR B. ZAINAL ABIDIN
56 SIEVAKUMAR A/L GOVINDARAJU
57 SITI AISHAH BT AMIN
58 SITI SUHAILA BT ABDULLAH
59 SUGANTHI A/P SUBRAMANIAM
60 WATI BT JANTAN
61 YUSLINA BTE OTHMAN
62 ZULLIYANI BT AWANG
63 ZULKIPLI B. SULAIMAN (KEM PUSAKO)
64 ZUREENA BTE OTHMAN (G. CEMERLANG)
65 FATIMAH BT ALIAS (GSTT)
66 MOHD ISZWAN B. ISNIN (GSTT)
67 MOHAMAD ASHMIR B. BASIRON (GSTT P. KHAS)
68 NOR ISZANA BT ROSRAN (GSTT)
69 NORLINA BT JURAGAN (GSTT)
70 SITI BT ALI (GSTT)
71 ZAINAB BT DAUD (GSTT)
72 SITI FARAH BT MOHAMAD (GSTT PEN. KHAS)
73 HAZA SUHAIMI BIN ABD HAMID (GSTT P. KHAS)
BIL SENARAI STAFF SOKONGAN
1 ROSHAYATI BT ADAM KPT
2 AZMAN BIN MUSA PT
3 ROSSIDAH BT MIN PT
4 JUNAIDAH BT JOHAR PT
5 MOHD SUHAMI B. ISMAIL PAR
6 RAZALI B RUSLAN PAR
7 NORHAIDA BT RAMLEE PAR
8 SITI AZWANA BT MISRAN PPM
9 MASDIANA BT SALIM PPM
10 MISRAN B SADIN PAR
11 NORFATIMAH BT YUSOF PAR
12 KAMARIAH BT MAROP PM
13 BIDAH BT BUYUNG PM
14 NORBAITI BT RAMLI PM
15 ABU DARDA BIN IDRUS FT KOM
16 SHAHHUDIN BIN JOHAN PRA(K)
17 SHAFAZIRA BINTI ISMAIL (FASIS SCHOOL NET) KONTRAK


Monday, April 26, 2010

MTAQ PERINGKAT NEGERI SEMBILAN






MTAQ peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung di SMK Bukit Jalor pada hari ini dengan perasmian penutupnya dilakukan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita dan Syarahan. Johan keseluruhan dimenangi oleh Daerah Seremban 2. Bagi peringkat sekolah rendah pula, daerah Kuala Pilah paling menonjol dengan bilangan yang banyak mencatat kejayaan. Bagi daerah Tampin hanya sekadar memenangi 1 acara sahaja.

Bagi SMK Jelai Felda , kita mahun hadapan enghantar seorang wakil daerah iaitu bagi kategori Tilawah perempuan. Namun nasib tidak menyebelahi kita. Namun, diharapkan pada tahun hadapan, tumpuan harus diberikan bagi memastikan kita mencapai kejayaan.

Namun, kehadiran saya pada majlis ini menemukan saya dengan beberapa bekas rakan sekerja di sekolah lama dan daerah Rembau. Sempatlah bercerita tentang kisah lama.

Satu perkara lagi ialah, kehebatan kumpulan nasyid ITQANS yang sungguh nampak profesional! Saya telah lama mencadangkan agar kita mengadakan karnival nasyid di sekolah kita dan sekurang-kurangnya kita mempunyai kumpulan nasyid yang hebat, Mana tahu, suatu hari kita boleh menerbitkan album nasyid kita sendiri. Bantuan rasanya tidak menjadi masalah kerana kita mempunyai jalinan dengan PERIMU iaitu Persatuan Pencinta Muzik Malaysia yang telah sanggup membantu kita merealisasikan impian tersebut. Mungkin ini boleh difikirkan oleh guru-guru agama kita. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi jalan keluar kepada bakat seni yang hebat di kalangan pelajar sekolah ini dengan cara dan halluan yang betul.

SURAU AL-HIDAYAH SMK JELAI FELDA SEMAKIN CANGGIH...






DALAM usaha menjadikan surau sebagai pusat kegiatan pelajar, pihak sekolah melalui jawatankuasa surau Al-Hidayah dan Panitia Agama Islam telah berusaha melengkapkan kemudahan surau. Antaranya ialah memasang skrin, LCD Projektor, PA System baru yang berkuasa tinggi, mengubahsuai ruang untuk dijadikan bilik urusan surau, membina point/ plug baru , keyboard tanpa wayar dan memasang langsir pemisah antara lelaki dan perempuan.

Alat penghawa dingin sebanyak 2 unit yang dipasang tempohari masih tidak cukup dan pihak surau memerlukan sekurang-kurangnya 3 unit lagi alat tersebut. Pelbagai usaha dilakukan untuk merealisasikannya. Diharapkan agar . ada di kalangan penderma yang sanggup membantu pihak sekolah.

Pihak surau juga telah mendapat sponsor air minuman pada hari khamis daripada syarikat DMart Jelai Felda untuk kegunaan semasa bacaan yasin pada setiap malam Jumaat dan pagi Jumaat. Terima kasih diucapkan dan diharapkan akan ada penyumbang lain yang sudi membantu dalam aspek lain pula. Air minuman ini diminum oleh para pelajar yang berkunjung ke surau pada setiap masa. Alhamdulillah, perubahan tingkahlaku pelajar telah jelas kelihatan, berkat doa dan bacaan yasin yang dilakukan.

Bagi kegiatan BADAR pula, tabung derma yang dilancarkan pada setiap Jumaat, memberikan kelapangan sedikit untuk mereka menjalankan aktiviti. ini termasuklah minuman dan makanan biskut pada waktu malam, di mana terdapat ramai pelajar yang telah hadir mengulangkaji pelajaran di surau pada setiap malam.

Kemudahan streamyx dan internet tanpa wayar (WIFI) juga telah boleh digunakan di surau. Diharapkan para pelajar dapat mewnggunakan segala kemudahan ini untuk meningkatkan tahap akademik dan sahsiah mereka. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya dalam usaha kita mengangkat martabat sekolah kita ini.

Sekalung tahniah kepada Panitia Agama Islam dan Ustaz Rizal Kemis yang berusaha bersungguh-sungguh memajukan aktiviti surau. Semoga surau kita akan menjadi surau contoh dan terbaik untuk pelajar manfaatkan.

Friday, April 23, 2010

PEMBINAAN BLOG MASJID-MASJID GUGUSAN FELDAJELAI F






ALHAMDULILLAH..lanjutan daripada keputusan mesyuarat bersama AJK Masjid-masjid di sekitar gugusan Jelai Felda tempohari, blog-blog berkenaan telahpun terbentuk. Walaupun masih di peringkat awal dengan menyediakan header dan organisasi blog masjid berkenaan , namun usaha ini patut dipuji. Tahniah kepada blogger muda SMK Jelai Felda yang berani menyahut cabaran dan menyumbang tenaga dan idea bagi menyediakan blog dan menguruskannya selepas ini.

Ini adalah salah satu usaha kita dalam membentuk modal insan yang berguna kepada sekolah dan masyarakat. Pelajar-pelajar dilatih bukan semata-mata untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri mereka, namun mampu pula menyumbang dan menyebarluaskan ilmu yang diperolehi untuk kesejahteraan masyarakat. Tahniah juga kepada guru-guru , terutamanya En. Norhaslin, Cik Marniemariam dan Cik Shafadan Tuan Syed Nasir, yang begitu pro-aktif melaksanakan segala idea tentang pembangunan ICT di sekolah ini.

Hal ini sebenarnya selari dengan hasrat KPM mewujudkan sekolah Berprestasi Tinggi. Antara cirinya ialah sekolah yang ada menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Kepakaran dan kemudahan yang kita ada di dalam ICT, haruslah dimanfaatkan seluruhnya.

InsyaAllah, dijangkakan pada awal Mei 2010 ini akan diadakan kursus ICT dan Maklumat kepada semua AJK masjid gugusan Jelai Felda ini. Pemasangan streamyx kepada semua masjid , sedang dilaksanakan dan akhirnya nanti, seluruh masjid ini akan mempunyai jaluran internet dan WIFI. Hasrat akhirnya ialah untuk melihat fungsi masjid bukan sekadar tempat ibadat tetapi sebagai pusat ilmu dan maklumat. Anggota masyarakat juga diharapkan agar menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan untuk melayari internet, khususnya kepada para pelajar. Saya pasti, manfaat ini akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar-pelajar dan unsur negatif dapat dihindarkan.akhirnya, diharapkan para pelajar dan remaja dapat mendekatkan diri dengan masjid.

InsyaAllah dalam tempoh terdekat ini kita akan dapat merealisasikan hasrat untuk mewujudkan masyarakat perihatin di gugusan Jelai Felda ini.

Monday, April 19, 2010

SAJAK

Di Ruang Ini

Di ruang ini

Kita tiba-tiba
Menjadi asing
Dalam dunia sendiri-sendiri
Gurau tawa dan senyum menyapa
Tiba-tiba mati di ruang terbuka

Di ruang ini

Segala-galanya membeku
Kita tidak lagi bisa berkata-kata
Pada pena mewarna segala
Di atas helai-helai impian
Kita titip mimpi melayar usia.
Kita sangkutkan harapan menggunung cita


Di ruang ini

Wajah-wajah pelbagai warna
Kepala-kepala tunduk khusyuk di puncak usaha
Seribu rasa berbaur curiga
Seribu tumpu merungkai minda
Seribu cemas berbalut kecewa
Seribu kesal membalut alpa

Di ruang ini

Di penjurunya seribu cerita
Sejuta warna
Antara sanjungan dan puji melata
Antara sendu kecewa atau tawa melela
Antara kepuasan
Atau
Kekesalan melarat sengsara


Nukilan

Omar Ahmad


GURU TUA


Guru tua

Ia masih bisa tersenyum
Menyambut salam anak muridnya
Dalam parau suaranya
Yang tersekat-sekat
di kerongkong tua
Sambil menghela sisa-sisa nafas
Yang dihabiskan
Ketika meniti anak-anak tangga
Sambil mengepit nota-nota
Dan buku latihan
Yang masih disemaknya
Ketika sang isteri
Sudah lena dibuai mimpi

Guru tua

Ia masih di situ

Melontarkan ilmu tak pernah jemu
antara memutih uban di kepala
antara tebal cermin di mata
antara berdiri yang tidak sekukuh dulu
antara kapur, nota dan computer
antara senyum, tangis dan tawa

ribuan anak didik
yang kini berjaya
menjadi pemimpin
yang disanjung
yang dipuja

Guru tua

kasih dicurahnya berbaki tiada

biar tak pernah orang bertanya
ia masih ditakuk lama
hanya kerana
tak lulus periksa

-Omar bin Ahmad


Ketika Sendirian


Ketika sendirian

Kita seringkali menyedari
Betapa jauhnya kita
Dari diri sendiri
Kita saling tidak memahami
Kerana kita tidak pernah peduli
Antara nafsu membatasi iman
Antara alpa membatasi sedar
Antara akal membatasi rasa

Ketika sendirian

Kita seringkali
Menjadi perindu
Pada jejak-jejak semalam
Yang kita tinggalkan
Dengan Lumpur, debu dan pasir
Yang terpalit di kaki
Ketika kita menyusuri
lembah dan lurah
Bukit dan bukau
namun
kita harungi jua
bagai tiada kuasa
untuk kita melihat ke belakang
pada deru ombak
pada karang
pada bayu yang mesra menyapa
dan keputihan pantai
ketika berlabuh
dari satu perjalanan yang panjang

ketika sendirian

kita mula menyedari
bahawa kita
seringkali
tidak memperduli

Nukilan’
Omar Ahmad

Saturday, April 17, 2010

JOM UNDI VIDEO PELAJAR KITA...

Saya sempat melihat video yang dihasilkan oleh pelajar sekolah ini. Memang menarik! Ia hasil kerja para pelajar 5 UIAM untuk pertandingan membina video Tmnet. Bakat dan kebolehan pelajar sebegini memang patut dikembangkan dan digalakkan. Sebagai sekolah yang telah meletakkan kebitaraan ICT sebagai salah satu watak sekolah, kemampuan pelajar ini seharusnya dipuji dan menjadi pendorong kepada lebih ramai pelajar lain untuk menuruti jejak mereka. Kita harapkan agar mereka berjaya.

Gambar dan penceritaan adalah diambil di sekitar gugusan Jelai Felda Tahniah kepada para pelajar yang begitu komited dengan usaha memertabatkan ICT di Jelai ini. Begitu juga kepada guru-guru seperti Encik NorHaslin, Cik Marniemariam, Pn. Norhayati Abdullah dan Cik Shafazira yang tekun membantu pelajar kita.

Marilah kita semua warga sekolah SMK Jelai Felda membantu dan menyokong usaha pelajar kita ini. Ini adalah salah satu usaha kita untuk mengangkat martabat SMK Jelai Felda ke mercu kecemerlangan. Kita memberikan tumpuan dan perhatian khusus kepada kemajuan ICT di sekolah ini, kerana melalui ICT lah kita mudah mencatat nama dan kejayaan. Memahami keadaan sekolah kita yang jauh daripada bandar besar dan kemampuan kewangan yang sedikit, ICT memberikan kita peluang dan ruang mencipta kejayaan tanpa batasan. Dengan kos yang murah, kita boleh menyertai pertandingan bertaraf nasional atau internasional dengan mudah. Inilah cara pemikiran atau 'smart thinking' yang patut ada kepada semua pelajar dan warga sekolah. Inilah kekuatan kita yang orang lain sukar menggugatnya. Seperti kata John C. Maxwell: Untuk cipta kecemerlangan kita mestilah:

1. Tumpuan 80% dalam kekuatan yang kita ada

2. Tumpuan 15% daripada apa yang kita pelajari

3. Tumpuan 5% terhadap apa yang kita lemah

Oleh itu, bagi SMK Jelai Felda , kita yakin kekuatan dan kepakaran ada pada ICT (selain Olahraga dan Pendidikan Khas)yang merupakan salah satu watak sekolah kita. Inilah peluang kita bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Oleh itu, semua warga sekolah, wajib menyokong usaha pelajar kita dan unit ICT kita ini. Seseuai dengan kedudukan sekolah kita sebagai 1 daripada 6 buah Sekolah Bestari bertaraf 5 Bintang di N. Sembilan.. Kita patutnya berasa begitu bangga. Lihat fakta berikut:
1. Naib Johan ThinkQuest Kebangsaan 2007
2. Johan ThinkQuest Kebangsaan 2009
3. Second Best Coach ThinkQuest 2007
4. Best Coach ThinkQuest 2009
5. En. NurHaslin- JU Kebangsaan dan wakil Malaysia ke ThinkQuest International S'pore
6. Johan ThinkQuest N. Sembilan 2009
7. N. Johan PBL N. Sembilan 2009
8. Johan Pengguna Paling Aktif 2009
9. N. Johan Pengguna paling Ramai 2009
10.Sekolah menengah tunggal dijemput mengadakan pameran di Hari ICT NS

Di peringkat sekolah kita juga mencipta nama dengan budaya ICT yang hebat:

1. Blog bagi semua unit dan panitia
2. Blog kelas
3. Penyelaras Program Imarah Masjid Melalui ICT di semua masjid Gugusan Jelai Felda
dengan kerjasama MAINS, Jabatan Agama Islam N.S, Felda Wilayah, Muslim Aid
Malaysia.

Nah! Ayuhlah warga SMK Jelai Felda...Berikan sokongan dan doa di atas usaha putera dan puteri ICT kita semoga mereka akan mencipta kejayaan sekali lagi...

Bagi yang ingin mengundi: ikuti langkah berikut:

1. Daftar akaun di BlueHyypo.com.my
2. Dapatkan ID dan Password melalui e-mail yang akan dihantar
3. Melalui e-mail, click pada 'CLICK HERE'
4. Di laman web BlueHyypo, Masukkan ID dan Password( yang diberi melalui e-mail) dan
Log in
5. Click pada TV
6. Click pada Central School Got Talent-
7. Cari Video SMK Jelai Felda dan Click pada simbol 'bintang' di bawahnya...PILIHLAH
5 BINTANG!
8. Sehingga keluar isyarat..'Thank you'...Selesai..dan anda telah melengkapkan
KOMITMEN anda sebagai warga SMK JELAI FELDA yang prihatin dan bercita-cita besar..

video

Monday, April 12, 2010

PEMANTAUAN BERKELOMPOK JPNS KE SMK JELAI FELDA..

HARI INI ,SMK Jelai Felda didatangi oleh 9 pegawai daripada JPNS yang diketuai oleh Tn. Hj. Hamzah Bin Hj. Abu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah melakukan pemantauan berkelompok kali pertama bagi tahun 2010 ini. Tujuan kehadiran mereka adalah untuk memantau perjalanan sekolah dari semua aspek dan memberikan bantuan nasihat ke arah peningkatan dan perubahan pencapaian sekolah agar lebih cemerlang.

Pemantauan bermula seawal jam 7.10 pagi sehingga jam 3.30 petang. Satu sessi perbincangan bersama dengan pengurusan sekolah telah diadakan pada jam 1.30 tengahari dan diikuti dengan semua guru pada jam 2.30 petang.

Pada keseluruhannya, mereka berpuashati dengan pengurusan dan perjalanan sekolah. Namun terdapat beberapa aspek penting berkaitan P & P yang perlu diambil perhatian serius oleh setiap warga sekolah untuk kita meningkatkan pencapaian sekolah. Dalam hal ini, kita sebagai warga sekolah hendaklah setiasa bersikap proaktif dan bertindak segera terhadap segala komen dan teguran yang diterima. Sikap bertangguh dan tidak ambil pusing dan tidak kisah, akan hanya menampakkan kelemahan kita sendiri dan menunjukkan sikap kurang matang dan profesional kita sebagai pendidik. Hakikatnya perkara yang ditegur adalah perkara yang sama sahaja dengan apa yang diperkatakan selama ini.

Kita sebagai model kepada para pelajar harus menunjukkan sikap terpuji dan kualiti perkhidmatan dalam setiap aspek, sikap, mentaliti dan tindakan kita. Pelajar akan memerhatikan kita dan menilai kita setiap masa. Kitalah yang mencorakkan tingkahlaku dan pemikiran pelajar kita dan bukan pelajar yang menentukan tindakan dan pemikiran kita!

Namun, ucapan tahniah juga kepada semua guru yang telah menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan ke arah kecemerlangan. Penggunaan ICT hendaklah sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap kegiatan kita terutama dalam P & P, kerana kita sudah mencapai taraf 5 bintang dalam penilaian sekolah Bestari Malaysia!

Bagi para pelajar, anda harus segera berubah! Berubah ke arah kecemerlangan! Dunia hari ini menuntut kecemerlangan. Hanya orang yang cemerlang sahaja yang mampu bersaing di dalam dunia serba maju dan canggih. Dunia sudah jauh berubah dan kita harus selari dengan perubahan tersebut! Jika tidak , kita akan jadi kumpulan yang tertinggal dari arus kecemerlangan. jalan mudah ke arah tersebut ialah melalui perubahan sikap terhadap pelajaran. Benar, pelajaran bukanlah penentu kepada kejayaan dalam hidup , apatah lagi untuk kaya, tetapi , pelajaran adalah jalan pintas ke arah itu. Ia ibarat lebuh raya yang luas, selesa, dan cepat sampai ke destinasinya. Bukan,seperti terpaksa meredah hutan, semak samun dan onak duri yang akhirnya akan sampai juga ke destinasinya, tetapi terpaksa menghadapi kesukaran, cabaran dan risiko yang tinggi. Ingatlah juga, terdapat perbezaan antara orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu! Orang berilmu diangkat satu darjat lebih tinggi daripada orang yang tidak berilmu!

Jadikanlah tahun 2010 sebagai tahun membuktikan 'kita mampu menbuat lonjakan!

Friday, April 9, 2010

MERANGKA PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA DAN PERIMU...















Seperti yang dijanjikan pada hari ini perbincangan untuk merangka program bersama 2 buah NGO peringkat Kebangsaan iaitu Muslim Aid Malaysia dan Persatuan Pencinta Muzik Malaysia (PERIMU), telah diadakan di bilik pengetua. Kedua-dua wakil NGO berkenaan iaitu Encik Muhammad KamarulAzizi (Muslim Aid) dan Encik Yusri (Perimu) telah mencadangkan beberap progaram usahasama( kolaberasi) dengan SMK Jelai Felda.

Melalui perbincangan berkenaan, saya mempelawa pihak Muslim Aid untuk turut sama dalam program 'Imarah Masjid Melalui ICT', yang akan turut melibatkan Majlis Agama Islam N. Sembilan, Jabatan Agama Islam N. Sembilan, Pengurusan Felda Wilayah dan SMK Jelai Felda serta 4 buah masjid di gugusan Jelai Felda ini. Pihak beliau bersetuju dan akan memantau perjalanan program dai segi penyediaan Blog masjid, mencari bahan yang sesuai dan melatih pembantu atau Ajk ICT masjid (yang akan dilaksakan,

P_ihak Muslim Aid juga menawarkan kita untuk menjalin kerjasama dengan Muslim Aid dalam program pelarian di bawah UNHCR. Jika berhasil, SMK Jelai Felda akan menjadi sekolah angkat bagi program ini dengan dana disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNHCR! Hebat!

Untuk latihan pembinaan blog masjid, ia telah berlangsung pada jam 3,00 peatang tadi. beberapa orang pelajar telah diagih-agihkan untuk menjadi AJL ICT masjid , yang akan berperanan untuk mengendalikan blog, menyediakan bahan-bahan dn melatih AJK masjid dalam ICT.

Sasaran program ini adalah sehingga Jun, yang mana perlancaran program ini akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak sempena lawatannya ke Jelai 4 , dalam program penyerahan Geran kepada peneroka Felda Jelai 4.

Bagi Perimu pula, kita telah merancang penubuhan Kelab baru iaitu Kelab Rekriasi dan Kesenian bagi menampung bakat seni yang ada di sekoalh ini. Peruntukan juga akan disediakan oleh Perimu.

Sesungguhnya, terima kasih di atas bantuan dan sokongan kedua-dua wakil NGO ini yang tidak jemu-jemu membantu pihak sekolah. bagi sekolah ini adalah satu peluang untuk kita mencipta nama dan membuktikan kehebatan kita untuk menyumbang ke peringkat antarabangsa! Tidak banyak sekolah yang mendapat peluang untuk mengadakan kolaberasi dengan NGO Kebangsaan ini dan apatah lagi dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu!

Wednesday, April 7, 2010

OLAHRAGA MSSDT-SMK JELAI FELDA TETAP UNGGUL...
















Semalam, berakhirlah Kejohanan olahraga MSSDT 2010, yang berlangsung di SMK Dato Taha , Gemenceh. Sekali lagi SMK Jelai Felda tetap unggul , mengekalkan kejuaraan dengan pungutan 26 emas, 19 perak dan 11 gangga. pencabar terdekat adalah SMK Tunku Besar , Tampin dengan 18 emas. Kejayaan ini adalah suatu yang amat membanggakan. Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan olahraga sekolah yang telah berjaya membimbing atlet kita seteruanya menjadi juara. Diharapkan , semua yang terlibat akan terus berlatih untuk mengahadapi kejohanan olahraga MSSNS pada 20 April nanti. Saya yakin atlet kita akan tetap bersinar dan seterusnya terpilih mewakili negeri ke MSSM.

Dalam kegembiraan menghadapi kejayaan ini , diharapkan pihak Jawatankuasa pembangunan Olahraga Sekolah perlu memikirkan secara serius untuk memastikan kejayaan kita pada tahun hadapan.

Isunya pada tahun ini ialah kita ketiada pelapis untuk lelai kelas 2, dan perempuan kelas 2. Akibatnya kita hanya bergantung kepada pelajar tingkatan 1 dan 4. Umpamanya, bagi lelaki kelas 2, kebanyakan peserta adalah disertai oelh pelajar tingkatan 1. Pelajar ini yang kurang matang terpaksa berlawan dengan pelajar tingkatan 2 dan 3 daripada sekolah-dsekolah lain. Ada juga pelajar yang terpilih menarik diri pada saat akhir. untuk tahun hadapan, kita akan berhadapan dengan masalah atlet kelas 2, kerana kekurangan pelapis.

Pihak sekolah telah berusaha sedya upaya untuk menarik minat pelajar menyertai sukan olahraga yang menjadi satu daripada 'watak' sekolah. Rancangan untuk mengadakan kelas tuisyen, kelas persediaan pada waktu malam, skim insentif olahraga dan akademik, kemudahan, peralatan dan insentif lain telah diadakan. Namun, masih ada pelajar yang kurang berminat. Sebaliknya ramai yang tidak mahu berjuang untuk mencatat kecemerlangan dalam olaahraga. Alasan yang biasa diberikan adalah penat dan tidak dapat belajar! Ibu bapa juga ada yang tidak berminat menggalakkaan anak-anak bergiat aktif di dalam sukan olahraga ini. Alasan yang diberikan adalah sama!

Saya memohon jasa baik ibu bapa supaya memberikan sokongan terhadap program sekolah ini. Sukan olahraga adalah satu aktiviti yang telah mengangkat martabat SMK Jelai Felda ke pelusuk negara. Anak-anak Jelai ini telah bertanding dengan peserta luar negara di Stadium Bukit Jalil pada tahun lepas dalam Mini Olimpik! Kita telah melahir atlit yang bertaraf kebangsaan. Olahraga juga telah menutup segala cerita negatif berlaitan Jelai Felda! Ramai atlet negara yang hidup mewah sekarang ini! Ibu bapa harus sedar juga, peluang pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum untuk melanjutkan pelajaran juga telah terbuka luas! Ibu bapa harus berubah fikiran dengan melihat kejayaan bukan hanya dalam pelajaran. Kejayaan dalam hidup adalah begitu luas. Satu perkara yang saya pasti , atlet olahraga ini adalah terdiri daripada pelajar yang amat berdisiplin, hormat guru, mempunyai kematangan dan mampu menjadi pemimpin!

Semalam juga , saya sempat berbincang dengan jurulatih, Encik Azam, tentang langkah-langkah untuk mengatasi amaslah tadi. Beberapa insentif lain akan dicadangkan. Namun, apa yang paling penting adalah kesedaran para pelajar, bahawa:
1) Kejayaan dalam hidup bukan hanya bermaksud kerjayaan di dalam pelajaran. Kejayaan menjadi manusia yang baik dan berguna adalah lebih utama.
2) Ramai atlet sekarang yang berpelajaran tinggi, tubuh yang sihat menjadikan otak yang cerdas! Kelemahan hanyalah berpunca daripada kelemahan perancangan kita. Bukan kerana sukan itu!
3) Kemampuan kita menyumbang bakti adalah amat utama. Selain menaikkan imej diri, ia juga membentuk disiplin diri yang amat berguna pada masa hadapan.
4) Kehebatan yang dimiliki oleh para atlet, adalah suatu yang unik. Tidak semua orang mampu melakukannya. Ini boleh menjadi motivasi dalaman yang hebat!
5) Sukan juga memberi peluang untuk kita melihat dunia luar dengan cara yang mudah dan murah. Semakin hebat dan tinggi pencapain kita, semakin jaauhlah dunia yang akan kita terokai!

Kepada para ibu bapa, berikan kepercayaan dan keyakinan kepada anak-anak untuk bergiat aktif dalam sukan. Pelajar yang aktif ini akan dapat mengelakkan mereka daripada terjebak di dalm aktiviti yang tidak sihat.

Tahniah kepada Aida yang terpilih sebagai atlet wanita terbaik keseluruhan.

Semoga , kita akan terus kekalkan kejuaraan ini demi maruah dan nama henat kita!
Tahniah dan Syabas!

Friday, April 2, 2010

BANGKU REHAT, PONDOK ILMU, TAKWIM SEKOLAH DAN MURAL...













Pelbagai usaha untuk menceriakan kawasan sekolah di samping menyediakan kemudahan pembelajaran pelajar telah dilaksanakan. Semuanya ini adalah sebagai satu usahan untuk menjadikan kawasan sekolah yang kondusif, tenang, selesa dan indah sebagai tempat para pelajar mengikuti pembelajaran.

Sebanyak 12 set meja batu dan bangku telah dibeli oleh pihak sekolah untuk kemudahan pelajar berehat di samping mengadakan perbincangan sesama rakan serta mengulangkaji mata pelajaran pada waktu terluang atau pada waktu petang.

Pondok ilmu dan pondok rehat yang indah juga disediakan berhampiran dengan blok PPKI. Ia merupakan satu lanskap baru di sekolah ini yang memberikan gambaran menarik terhadap usaha meningkatkan tahap kemudahan pelajar di sekolah ini. Pondok ini diusahakan bersama oleh PPKI dan panitia Lanskap. Tahniah! Pengunjung pasti akan tertarik dan terpegun dengan keindahan seni taman di sekitaran pondok ini.

Panitia Bahasa Inggeris juga telah menghias dinding tepi kantin sebagai sudut Bahasa Inggeris. Encik Izwan dengan 'gengnya' sering kelihatan di sudut berkenaan , menyiapkan kerja-kerja melukis pada setiap petang, Ternyata banyak bakat seni lukis di kalangan warga sekolah.

Di sebelahnya pula, terdapat mural yang diusahakan oleh Encik Jeeva dan rakannya. Pihak sekoalh mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menjadi orang pertama yang pro-aktif dalam menyahut seruan saya untuk menjadi setiap sudut sekolah ini sebagai berinformasi, sesuai dengan kedudukan sekolah sebagai' learning organization'.

Takwim sekolah juga telah dipamerkan melalui banner besar di tapak perhimpunan. Diharapkan dengan adanya maklumat mengenai takwim ini, setiap warga sekolah akan peka dengan perkara dan aktiviti yang sepatutnya berlaku, sedang dan akan berlaku di sekolah ini. Setiap warga seharusnya menjadikan diri sentiasa bermaklumat.

Apa yang diharapkan kepada semua pelajar adalah agar mereka terus menghargai harta sekolah dan menghargai usaha meningkatkan kemudahan di sekolah ini, menjaganya dengan baik dan berasa bangga menjadi warga sekolah yang hebat ini.

Kepada semua guru, teruskan menjadi warga yang pro-aktif, sentiasa melihat ke depat, berani bercita-cita besar 'DARE TO DREAM'. Hanya dengan berfikiran positif akan menjadikan kita kreatif seterusnya berani melakukan innovasi.

kita pasti boleh berjaya kerana 'KITA MEMANG HEBAT'...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...