SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, April 22, 2014

AKHIRNYA...TAHNIAH DAN SYABAS!...SMKTTJ...JOHAN ANUGERAH PIBG CEMERLANG KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH TERBAIK....

 ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR..ke hadrat Ilahi di atas kejayaan SMKTTJ menjulang Piala dan Hadiah Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Terbaik...di dalam Konvensyen & Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang di adakan di MAEPS, Serdang , Selangor pada 19 April , 2014 yang lalu..

Dengan kemenangan ini, SMKTTJ telah berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM30,000.00 , Piala utama dan Piala Iringan serta sijil.

Kegembiraan dan kepuasan yang tidak terhingga tergambar di setiap wajah para ibubapa, guru dan pelajar yang hadir memberikan sokongan dan hadir meraikan kejayaan ini.

Sesungguhnya kejayaan ini amat besar ertinya terhadap pengorbanan, komitmen dan kesungguhan serta kepuasan setelah segalanya dibalas oleh Allah dengan kejayaan yang hebat ini...!

Tidak hairanlah ramai diantara para ibubapa yang hadir pada majlis ini turut menitiskan airmata kegembiraan dan kepuasan dengan kejayaan ini.  Inilah kejayaan yang bukan sedikit ertinya terhadap pengorbanan semua pihak terutamanya para ibubapa hebat sekolah ini yang sanggup mengorbankan waktu, tenaga, mwang ringgit dan perasaan di dalam membantu sekolah demi untuk melakarkan kecemerlangan yang hebat ini.

Mereka ini yang saban hari hadir ke sekolah memberikan khidmat dan sentiasa bersama sehingga malam hari dan sentiasa berlapang dada dan rela bekorban untuk bersama-sama menjayakan setiap program yang dianjurkan. Mereka berkorban tanpa mengira masa, dan tenaga serta wang ringgit demi untuk meringankan bebanan para guru di dalam memastikan anak-anak mereka dapat pendidikan yang terbaik .

Kegembiraan mereka ini juga turut dikongsi bersama oleh Yang Berbahagia Dato Pengarah JPNS , Dato Hjh. Kalsom Binti Khalid yang hadir sama pada majlis tersebut.


 Saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga sekolah, guru-guru, para pelajar, SMKTTJ Partner's , swasta, NGO, Agensi awam, Komuniti dan terutama ibubapa SMKTTJ yang hebat ini...


Kejayaan ini adalah bukti kesungguhan kita dan keyakinan kita bahawa KITA MAMPU CEMERLANG... Terima kasih buat ibubapa hebat ini yang sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa yakin dan percaya terhadap segala perancangan  sekolah di dalam mengejar kecemerlangan..semoga kita akan diberkati Allah dan semoga Allah membalkas segala kebaikan semuanya dengan kejayaan buat diri dan keluarga tuan-tuan..

Tahniah kepada YDP PIBG, Dato hj. Mohamad Nordin yang sentiasa komited dengan usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah dan senttiasa yakin akan hala tuju dan kaedah yang dilaksanakan oleh sekolah untuk mencipta kecemerlangan.

Ternyatalah...ANDA MEMANG HEBAT...

dan teruslah kita menCIPTA KEJAYAAN....


Monday, April 21, 2014

PEMBENTANGAN AKHIR PENILAIAN PIBG CEMERLANG PRKT KEBANGSAAN, PUTRAJAYA, 24 MAC 2014...


Hari yang dinantikan  akhirnya tiba juga iaitu pembentangan akhir penilaian PIBG Cemnerlang Peringkat kebangsaan yang diadakan di KPM,  PutraJaya


Pad hari ini , SMKTTJ akan bertarung dengan beberapa buah sekolah untuk muncul sebagai johan di dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan. . SMKTTJ bertanding di dalam kategori Sekolah Menengah Bandar bersama beberapa buah sekolah . Antaranya ialah SMK SeaFeild, Subang Jaya, SMK Tuanku Bainun, Ipoh,  Walaupun begitu, SMKTTJ layak untuk bertanding untuk merebut hadiah-hadiah di dalam kategori Johan PIBG Cemerlang kategori Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah dan Johan keseluruhan.

Orang yang paling penting , tidak lain  YDP PIBG SMKTTJ sendiri yang akan membuat pembentangan yang sudah pastinya memerlukan persembahan yang terbaik untuk menarik perhatian para ahli panel penilai pada hari tersebut.


Namun ternyata sokongan yang diberikan oleh ibubapa terutamanya ibu-ibu Sarana dan para guru amat hebat. beberapa orang ibu Sarana yang lengkap dengan pakaian rasmi korperat Sarana serta guru, sentiasa sedia memberikah khidmat dan sokongan kepada YDP PIBG.

Kehadiran mereka ini bukan hanya sekara memberikan sokongan, malahan mempunyai tugas untuk membantu membawa segala dokumen yang berkaitan dan menjadi pembakar semangat kepada pembentang kita.

Turut hadir ialah Tuan Pengetua sendiri yang akan menjadi sebahagian daripada orang yang akan berhadapan dengan ahli panel penilai untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan. Sudah pastilah segala maklumat yang diberikan dan bahan-bahan persembahan menjadi perkara penting untuk memastikan kita berjaya.

Suatu yang hebat ialah sikap kerjasama dan setiakawan yang ditunjukkan oleh para ibu-ibu Sarana ini dan guru-guru yang hadir membantu. Inilah kehebatan yang istimewa bagi Sarana ibubapa di SMKTTJ.

Tahniah buat ibu-ibu Sarana yang hebat! Semoga kita akan terus berjaya dan tabah di dalam menjayakan PPPM khususnya di dalam menukar fungsi tradisional PIBG iaitu selain hanya  sebagai tetamu kepada menjadi pembantu dan rakan akrab di dalam merangka kecemerlangan PIBG...

Syabas ! buat YDP PIBG dan Good luck



Sunday, April 13, 2014

SEKITAR PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SMKTTJ - 5 APRIL 2014-DATARAN CENDIAKAWAN











PERUBAHAN PERANAN PIBG 360 DARJAH DI DALAM MESYAUARAT AGONG PIBG KE 13, 29 MAC 2014..


Perlaksanaan Sarana yg ternyata hebat di SMKTTJ. inilah peranan PIBG yg sebenar. Ibubapa dan guru bersama menjayakan program sekolah. Ibubapa bukan hanya sekadar jemputan ttp memberikan sumbangan tenaga, idea, dan sama2 mengurusakan perjalanan program. Saya tidak pernah melihst gambaran seperti ini selama 30 dalam pendidikan. Tahniah buat guru2 yang sporting dan menerima konsep Sarana dan peranan pibg seperti ini. Seperti kata Pengetua SMK KOTA BAHRU, Kelantan; 'SMKTTJ telah berjaya mengubah peranan PIBG sebanyak 360 darjah'. Syabas buat semua. 


komitmen yang hebat ini terbukti di dalam persiapan dan perlaksanaan Mesyuarat Agong PIBG SMKTTJ kali ke 13 pada 29 Mac 2014 yang lalu. Pihak ibubapa telah berganding bahu menjayakan program ini dan terlibat sama sebagai AJK perlaksanan. 


Ibubapa tidak lagi hanya sekadar hadir memenuhkan tempat kosong dan balik setelah tamat mesyuarat, namun kini mereka turut terlibat membantu, hatta beberapa hari sebelum hari langsung mesyuarat. bermula daripada persiapan awal seperti bunga manggar hinggalah kepada sebagai juru acara, menempah dan menyediakan cenderahati, barangan cabutan bertuah, menyusun kerusi , menyampaikan taklimat sarana kepada ibubapa lain yang hadir dan mengemas ruang mesyuarat setelah tamat mesyuarat. 


Inilah sebenarnya hasrat yang dititipkan di dalam PPPM dan elemen ke 9 di dalam PPPM itu, iaitu penglibatan menyeluruh secara terus ibubapa di dalam aktiviti sekolah. memang inilah kehebatan yang ada di sini yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga sekolah dan menjadi tandatanya kepada kebanyakan sekolah lain yang masih gagal melakukannya seperti di SMKTTJ...Buat ibubapa dan seluruh warga sekolah, saya titipkan penghargaan ini melalui sajak saya di bawah ini...

 
Tahniah dan hanya Allah yg dapat membalas segala kebaikan semua.

,jika hari ini
Satu kebaikan yang anda lakukan
Tidak terlihat oleh manusia
Sesungguhnya Allah telah melihatnya.

Jika hari ini
Tidak ada orang
Mengucapkan terima kasih di atas
Kebaikan yang anda berikan,
Sesungguhnya Allah telah
Pun memberikan pahala di atas kebaikan itu.

Jika hari ini
Tidak ada orang yang mencoretkan
Penghargaan buat kebaikan yg diberikan
Sesungguhnya Allah telahpun
Mencatatnya di dalam buku amalan kebaikan

Jika hari ini
Tiada orang yg menghulurkan hadiah
Serta ganjaran di atas kebaikan
Yang diberikan
Sesungguhnya Allah telah menyediakan syurga
Dengan segala kebahagian
Yang berganda buat anda

'Qul inna solati
Wanusuki
Wamahyaya wamamati
Lillahi robbilalamin...

Terima kasih
Buat manusia hebat
Seluruh warga dan ibubapa
SMKTTJ....

23 MAC 2014
Tasik Jaya .
(11 photos)








 

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK SARANA SMKTTJ DI HADAPAN TASKFORCE KPM, 7 MAC 2014, PUTRAJAYA.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang paling bertuah buat PIBG dan sMKTTJ secara keseluruhannya apabila kecemerlangan Program Sarana yang dilaksanakan di SMKTTJ mendapat pengikhtirafan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia apabila dijemput untuk membentangkan perlaksanaan Sarana di hadapan Taskforce KPM , di Putrajaya.

TaskForce ini dipengerusikan oleh Yang berbahagia, Timbalan Ketua Pengarah  Dato Hj. Sufaat bin Tumin dan disertai oleh semua pengarah-pengarah JPN negeri-negeri di seluruh negara.

Pembentangan telah dilakukan oleh Dato YDP PIBG. Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan pengetua dan beberapa orang guru serta ibubapa yang sanggup datang memberikan sokongan .

Tajuk pembentangan adalah berkaitan perkongsian amalan terbaik Sarana di sekolah, terutamanya yang berkaitan dengan Sarana Ibubapa yang merupakan sesuatu yang sukar dilaksanakan dikebanyakan sekolah , namun berjaya dengan cemerlang di SMKTTJ.

Ternyata pembentangan ini mendapat pujian yang hebat daripada Dato Sufaat sebagai pengerusi panel dan beberapa orang pengarah negeri yang hadir.  Menurut  Dato Hj. Sufaat, ternyata Sarana yang dipaparkan oleh SMKTTJ amat berbeza dengan amalan yang berlaku di sekolah-sekolah lain dan kita telah berjaya memberikan menifestasi dan pengertian yang sebenarnya tentang Sarana.
Kehadiran ibu-ibu Sarana yang memberikan sokongan ternyata begitu mengujakan para ahliu TaskForce di  atas komitmen dan pengorbanan yang dilakukan oleh para ibu-ibu Sarana ini.

Sebenarnya mereka ini, begitu teruja untuk bersama memberikan sokongan dan kerjasama dengan bersedia seawal jam 6.30 pagi di Masjid Taman Tuanku Jaafar untuk bergerak ke Putrajaya.

Kepuasan dan kegembiraan terlihat jelas pada wajah ibu-ibu Sarana dan para guru yang bersama apabila segala kerja keras mereka selama ini mendapat pujian dan penghargaan yang tinggi oleh pihak KPM.

Kerjasama dan kesatuan antara para guru dan ibu-ibu ini amat mengkagumkan. Inilah sebenarnya realiti dan keperluan pewujudan Sarana ibubapa ini sebenarnya. Bukan hanya ibubapa dan para guru dapat bekerjasama di dalam segenap aktiviti dsan program yang dianjurkan , namun yang lebih penting adalah keakrabab dan hubungan baik antar kedua-duanya. Tidak ada lagi jurang yang memisahkan antara ibubapa dan para guru. Kita sudak menjadi sebahagian daripada warga sekolah SMKTTJ yang hebat...

Tahniah dan Syabas!

LAWATAN BENCHMARKING SMK KOTA BAHARU, KELANTAN , 21 MAC 2014

Kecemerlangan Program Sarana Ibubapa dan sekolah di SMKTTJ terus mendapat perhatian daripada sekolah-sekolah lain.

Kali ini , kita menerima kunjungan daripada SMK Kota Baharu , Kelantan. Hasrat mereka untuk melihat program Sarana ini diluahkan melalui Puan Norizan yang baru berpindah sebagai guru daripada SMK Kota Baharu.
Alhamdulillah, kita menerima kunjungan ini sebagai satu penghargaan dan penghormatan terhadap usaha gigih seluruh warga sekolah ini terutamanya para ibubapa yang selama ini berhempas pulas menjayakan program ini sebaik mungkin.

Seawal jam 9 pagi pada tarikh yang dijanjikan, rombongan SMK Kota Baharu selamat berada di perkarangan sekolah ini dengan jumlah peserta lawatan seramai 40 orang yang terdiri daripada para guru dan para pelajarnya. Rombongan ini diketuai sendiri oleh Pengetua sekolah berkenaan dan barisan guru penolong kanan yang lain.

Walaupun pada hari ini adalah hari persekolahan bagi sekolah kita, (Jumaat) , namun kita menerima kehadiran mereka dengan penuh bangga dan tidak sedikit pun menimbulkan masalah. Ini kerana segala urusan sambutan dan penyediaan bahan dan cenderahati serta susunan program dilaksanakan oleh para ibubapa!

Menerusi lawatan ini, kita berpeluang memaparkan konsep baru tentang peranan PIBG yang sudah jauh berbeza daripada peranan dan pemahaman tentang PIBG selama ini. Para ibubapa kini sudah mampu memikul segala amanah yang diberikan seperti mana yang selalu dilakukan oleh para guru sebelum ini. Mereka mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab untuk menjayakan lawatan ini sepenuhnya dan para guru tidak terganggu malah terus berada di kelas untuk menjalankan P & P .

Di sini ibubapa berperanan di dalam menyambut, memberikan penerangan dan sebagai fasilitator di dalam kelas, membacakan doa, menjadi juruacara, menempah dan menghidangkan makanan, menyediakan bahan pameran dan dokumentasi , serta menjawab soalan-soalan dan berkongsi pengalaman secara terus dengan para tetamu.

Taklimat Sarana disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri.




Aturacara pada hari itu dimulakan dengan sessi salam perkenalan oleh juruacara, Puan Azlin dan diikuti dengan sarapan pagi. Setelah itu, bacaan doa dan diikuti dengan taklimat Sarana oleh Tuan Pengetua sendiri. Setelah itu, sessi soaljawab diadakan di mana segala soalan dijawab terus oleh ibubapa yang hadir. Seterusnya para pelawat dibawa meninjau ke kelas-kelas untuk melihat perlaksanaan program keceriaan kelas di sekolah ini.

Indahnya program pada kali ini ialah apabila ia dilakukan sendiriri oleh ibubapa. Perkongsian pengelaman secara terus oleh para ibubapa adalah sesuatu yang amat menarik kerana ia berlaku secara jujur tanpa tapisan dan diedit mengikut citarasa sekolah.

Ternyata para pelawat amat berpuashati dan berasa selesa berada di sekolah ini pada sepanjang sessi lawatan. Seperti kata Tuan Pengetua SMK Kota Baharu, " Sesungguhnya sekolah ini telah berjaya merubah peranan tradisi PIBG sebanyak 360 darjah!..".

Seterusnya, para pelawat di bawa melawat secara bebas di semua kelas yang berada di sekolah ini secara bebas dan dapat bertanya secara terus kepada ibubapa dan para pelajar. Mereka dapat berkongsi pengalaman secara terus dengan ibubapa yang selama ini memang terlibat secara terus menlaksanankan program ini.

Bagi pihak sekolah , kita tetap berbangga kerana sekurang-kurangnya , kini, SMKTTJ sudah mula menjadi perhatian dan minat untuk sekoalh lain untuk menimba pengalaman dan pengetahuan dengan sekolah ini telah tercapai. SMKTTJ kini sudah mampu mengubah imejnya selama ini dan menjadi sebuah sekolah yang menjadi perhatiaan dan tumpuan orang ramai di seluruh negara.

Ketika orang lain, baru ingin memulakannya, kita sudah mampu berlari jauh dan menjadi ikutan kepada orang lain...Syabas! buat semua...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...