SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, June 3, 2013

PENGHARGAAN TERHADAP WARGA ISTIMEWA...

 Tradisi penghargaan terhadap setiap warga sekolah masih diteruskan bagi sessi persekolahan 2013 ini dengan pemaparan wajah-wajah mereka di ruang parkir utama sekolah.

Wajah-wajah ini sebenarnya memperlihatkan komitmen dan eltizam setiap warga , sama ada guru atau staf , bersemangat dan berikrar akan berganding bahu bersama-sama untuk memikul amanag dan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti demi untuk mengangkat  nama dan maruah sekolah ini.

paparan wajah ini adalah sebagai tanda terima kasih juga kepada semua warga yang terlibat di dalam pembangunan kecemerlangan sekolah ini bagi sessi 2012 yang lalu.  Bagi warga yang telah meninggalkan sekolah, di ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan.

 Selain daripada paparan wajah-wajah guru dan staf sessi 2012 , turut dipaparkan buat pertama kalinya adalah wajah-wajah pelajar sasaran mencipta kecemerlangan straight A'S di dalam PMR dan SPM.

Paparan ini merupakan satu penghormatan terhadap mereka kerana:

1. Mereka adalah kelompok terpilih yang diperakui kehebatan dan kemampuan akademik mereka untuk mencipta kecemerlangan.

 2. Mereka juga adalah kelompok sandaran kecemerlangan untuk membolehkan mereka mencipta sejarah kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan awam.

3. Terpikul dibahu mereka satu tanggungjawab yang amat besar bagi memastikan sasaran sekolah melalui mereka akan dapat direalisasikan. Mereka MESTI mencapai sasaran yang ditetapkan kerana segala harapan diletakkan kepada mereka.

4. Mereka juga membawa bersama imej dan maruah diri, keluarga dan sekolah di dalam memastikan sasaran dicapai.  Tiada pilihan bagi mereka selain memastikan mereka berusaha segigih dan pada tahap maksimum untuk belajar dan terus belajar disamping sentiasa mengekalkan prestasi terbaik.

Secara tidak langsung , ini merupakan suatu motivasi dalaman yang kukuh untuk memastikan setiap pelajar terus mencipta kejayaan.

Pemilihan calon-calon ini adalah berdasarkan kepada "cocostar" sekolah dan mengikut ranking serta pencapaian semasa. Bilangan calon ini bagaimanapun boleh berubah berdasarkan pencapaian semasa  dan keputusan-keputusan peperiksaan yang dijalankan.

Aktiviti ini sebenarnya adalah sebahagian daripada program pemantauan akademik terhadap kelompok sasaran atau headcount pelajar. ia bolehlah dianggap sebagai salah satu intervensi yang dilaksanakan untuk memastikan headcount ini akan tercapai.

Antara program lain yang telah dilaksanakan adalah:

1. mentor-mentee
2. Lonjakkan saujana
3. Program pembudayaan pembelajaran sekolah cemerlang
4. modul mata pelajaran/ latihtubi
5. akujanji dan graf pencapaian individu
6. 3 penjuru/ pembentangan laporan kepada penjaga
7. pembelajaran berkelompok
8. Bengkel/ klinik mata pelajaran
9. perkampungan ilmu
10. Gerak gempur
11. bicara pengetua/ motivasi pengetua
12. skim insentif target A
13. Anugerah Kecemerlangan Akademik
14. Ikon pelajar

Semoga diharapkan dengan inisiatif ini akan menyemarakkan lagi semangat para pelajar SMKTTJ untuk berlumba-lumba mencipta kejayaan dan berharap Budaya Mencipta Kecemerlangan ini akan menjadi budaya buat semua pelajar dan seluruh warga sekolah... InsyaAllah..

SERLAHKAH KEHEBATAN.....


Sunday, June 2, 2013

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SMKTTJ 2012-

 TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS DENGAN LEBIH CEMERLANG..

Ucapan tahniah dan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan kepada kecemerlangan sekolah kepada semua penerima anugerah .

Pada kali ini, seramai 10 orang warga sekolah menerima APC ini :

1. Encik Kalaiselvam a/l Muniandy -GPK Ko-kurikulum
2. Hjh. Noraini Othman -KB Sains & Matematik
3. Encik Rais - Ketua Guru Disiplin
4. YM Tunku Adham Tunku Zainal Rashid - Bahasa Inggeris
                                     5. Pn. Juliana Hassan- Guru Disiplin
                                     6. Pn. Radziah Hussin- Kemahiran Hidup
                                     7. Hjh. Zainawati Zakaria - Bahasa melayu
                                     8. Pn. Mastura Abdullah - matematik
                                     9. Pn. Boon @Embun bt Eli - Sains
                                    10. Pn. Asmah Abdullah - Staf pejabat

Penerima- penerima  anugerah ini juga didoakan agar sentiasa mengekal dan meningkatkan perkhidmatan terhadap sekolah secara berterusan. penerimaan anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) ini sebenarnya adalah satu tanggungjawab besar terhadap penerimanya:

1. Tanggungjawab untuk menyakinkan kepada semua orang bahawa  pemilihan kita itu sememangnya layak dan kita memang seorang yang cemerlang.

2.  Untuk membuktikan bahawa anugerah ini bukanlah sesuatu target atau kemuncak sumbangan dalam perkhidmatan , tetapi apa yang lebih penting ialah memberikan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan berupaya menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi/ sekolah.

3. Untuk membuktikan bahawa budaya kerja cemerlang adalah menjadi budaya hidup kita sendiri. Ini memberi makna bahawa walaupun tanpa APC, perkhidmatan kita memang berkualitiu dan cemerlang. penerimaan APC hanyalah sebagai motivasi atau suntikan dan pengikhtirafan terhadap mutu  kerja kita. Tanpanya, perkhidmatan kita memang SUDAH BERKUALITI.

4. Anugerah APC adalah membawa imej budaya cemerlang yang menjadi darah daging kita.  Ini bermakna, sebelum atau selepas kita menerima APC , budaya kerja kita memang berkualiti. Imejnya adalah imej pekerja yang sentiasa cemerlang dan bukannya bermusim. Jika  selepas menerima APC , kualiti kerja kita menurun:
1. Ini memburukkan imej anugerah itu secara tidak langsungnya.

2. Menunjukkan kita bekerja hanya untuk capai anugerah semata-mata

3. Kita bukanlah pekerja yang berkualiti sebenar-benarnya alias pura-pura/ menunjuk-nunjuk.

Pemilihan penerima APC ini dinilai oleh banyak pihak dan kata putus adalah kepada Tuan Pengetua. Antar kaedah yang digunapakai di SMKTTJ ialah :

1. Setiap Bidang dan Unit akan mencadangkan nama calon
2. Saringan beberapa nama di peringkat Bidang
3. Saringan di peringkat pengurusan
4. Saringan diperingkat pengetua.

Kriteria penting di dalam memilih penerima ini antaranya ialah:

1. melihat ranking kecemerlangan guru dan staf pada tahun berkenaan.
2. melihat kecemerlangan prestasi semasa
3. melihat komitmen dan kesungguhan, kerjasama/ teamwork calon
4. melihat X -factor yang ada di dalam diri calon
5. melihat ciri kepimpinan di dalam diri calon/ mampu menjadi leaders.

Justeru itu, pemilihan tidak sama sekali melihat faktor senioriti atau telah lama berkhidmat semata-mata atau melihat hubungan baik pekerja dengan majikan semata-mata. keutamaan adalah leaderships dan kualiti kerja.

Prinsip ini sesuai dengan visi kita untuk mewujudkan 'leaders amongs leaders". Pekerja yang mampu menjadi pemimpin sahaja yang mampu memahami  dan menghayati hala tuju organisasi berbanding dengan seorang pekerja yang hanya bekerja semata-mata kerana itu tugasnya dan semata-mata untuk menyiapkan tugas yang diberi tanpa memikirkan keuntungan dan perolehan organisasi berkenaan.

Saya selalu  menasihatkan guru dan staf agar sentiasa bertindak dengan berpandukan kepada prinsip:

"apakah keuntungan dan faedah yang organisasi ini perolehi berbanding dengan memikirkan apa yang saya boleh dapat daripada organisasi ini.' . Pokoknya, di dalam kita bekerja , keutamaan adalah organisasi kita melebihi kepentingan diri kita sendiri. inilah semangat dan prinsip kerja yang harus dan wajib ada pada diri setiap pekerja.

Memang kelihatannya sukar! Namun, jika hayati prinsip di dalam agama kita yang mengajarkan kita,"

" hidup ini adalah untuk kita menyumbang kepada kesejahteraan semua makluk dan alam semesta. Lebih banyak kita menyumbang, maka lebih banyaklah ganjaran pahala dan kebaikan yang bakal kita terima . Apa yang penting adalah usaha ikhlas kita. terpulanglah kepada Allah untuk membalas segala amalan kita. Namun kita harus yakin, Allah tidak sesekali mensia-siakan hambanya yang baik..."

Justeru itu, Tahniah buat semua warga APC 2012 dan teruskanlah kecemerlangan anda.

bagi yang belum bernasih baik terpilih, tingkatkanlah sumbangan dan kualiti kerja anda. InsyaAllah..rezeki anda akan menyusul ...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...