SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, January 23, 2014

LAWATAN PPD RANAU, SABAH KE SARANA SMKTTJ -21 JAN 2014

 TETAMU pertama Program Sarana di SMKTTJ bagi sessi 2014 ini adalah rombongan pegawai PPD Ranau Sabah.

Rombongan yang terdiri daripada 27 orang terdiri diketuai oleh Tuan PPD Ranau sendiri iaitu Puan Amni bersama dengan pengetua dan guru besar.

Rombongan telah selamat sampai ke SMKTTJ sekitar jam 11 pagi dengan disambut oleh Pengetua , YDP PIBG Dato Nordin, GPK 1, GPK Hem, Penyelia Petang, Guru Kelab lensa dan ibu-ibu Sarana yang setia menanti menyambut kehadiran para tetamu sejak daripada jam 8.30 pagi lagi.

Rombongan agak lewat sampai kerana dimaklumkan mereka telah menghadiri satu majlis perjumpaan bersama Y. Berbahagia Dato Pengarah JPNS di JPNS.

Walaupun acara sambutan diadakan dengan serba ringkas, namun ternyata ia amat istimewa kerana para tetamu disambut sendiri oleh ibu-ibu Sarana  dan Pibg. Mereka juga telah 'dihidangkan' dengan penglibatan aktif oleh para ibu-ibu Sarana ini yang telah menguruskan perjalanan majlis sepenuhnya.


 Malahan pengacara majlis, penyampaian cenderamata , penyediaan dan hidangan makanan, menjawab soalah-soalan juga telah diserahkan kepada para ibu-ibu Sarana ini . para ahli rombongan juga berpeluang dapat berinteraksi terus dengan ibu-ibu Sarana dan PIBG tentang penglibatan dan komitmen mereka semua di dalam menjayakan program Sarana ini di SMKTTJ.

Ternyata penglibatan aktif dan hebat para ibu-ibu Sarana ini khususnya telah menarik minat dan memeranjatkan mereka semua. Seperkara yang pasti, ahli rombongan ternyata kagum dengan tahap penglibatan mereka menjayakan program ini dan komitmen yang ditunjukkan oleh ibu-ibu Sarana ini di dalam membantu menjayakan program-program Sarana di sekolah ini.

Kepetahan dan kebijaksanaan puan Azlin yang menjadi pengacara pada hari berkenaan ternyata memeranjatkan mereka. Mereka menjangkakan para ibu-ibu Sarana ini adalah guru-guru sekolah ini.

Inilah kehebatan ibubapa Sarana SMKTTJ yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain. SYABAS SARANA!

 Lawatan penanda aras ini , dinyatakan oleh Tuan PPD Ranau merupakan antara acara wajib yang  mesti lakukan di dalam siri lawatan mereka ke semenanjung. Sesungguhnya suatu kebanggaan buat seluruh warga SMKTTJ kerana kejayaan Sarana sekolah ini telah jauh tersebar hingga ke Sabah dan menjadi pilihan untuk mereka melakukan lawatan.

Sessi taklimat Sarana  telah dikendalikan sendiri oleh Tuan Pengetua dengan ucapan aluan di laukan oleh YDP PIBG.



`Antara perkara yang diperlihatkan di dalam sessi taklimat tersebut adalah berkaitan dengan strategi perlaksanaan sarana, pra -syarat untuk berjaya dan implikasi atau impaknya terhadap kemajuan sekolah dan hubungan antara sekolah dan ibubapa. Selain itu turut diudedahkan adalah aktiviti -aktiiviti yang telah dilaksanakan oleh ibu-bapa Sarana dan anaka-anak merekan.


 TuanPPD Ranau sendiri telah melahirkan rasa kagumnya terhadap perlaksanaan Sarana ini dan telah turut mempelawa  agar PIBG dan Sarana  SMKTTJ untuk datang membuat lawatan balas ke Ranau, Sabah.
Semoga sesuatu yang baik dan indah dapat dijadikan bekalan pulang buat tetamu ini dan perlaksanaan Sarana di Ranau juga akan bertambah cemerlang.

Taahniah dan terima kasih buat semua khusunya ibu-ibu sarana dan PIBG yang membantu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...