SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR BATIN.. Pada Sepanjang ramadan , umat Islam berpuasa menahan lapar dan dahaga serta nafsu, melakukan amal ibadah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Selain ibadah puasa, umat Islam sentiasa disarankan untuk meningkatkan amalan-amalan sunat di samping amalan wajib. sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan yang berakah dan membawa seribu rahmat...kerana selain ganjaran pahala kebajikan ditingatkan berganda-ganda malah ada suatu malam yang bersamaan pahala solat seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar...
Kini, setelah sebulan berpuasa , tibalah masanya seluruh umat Islam di seluruh dunia merayakan hari kemenangan menahan lapar dan nafsu , merayakan hari raya Aidil Fitri..
Hari Raya ini adalah hari kemenangan dan hari kegembiraan. Seluruh umat islam disarankan untuk bergembira di samping melahirkan kesyukuran di atas kurniaan Allah yang maha besar ini. umat islam digalakkan agar kunjung mengunjung antara satu sama lain, terutamanya sanak saudara dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim .
pada hari raya ini lah semua sanak saudara dapat berkumpul bermaaf-maafan di dalam suasana penuh kemesraan dan kasih sayang. Segala kesalahan dan kesilapan, mohon diampuni semoga perhubungan dan kasih sayang terjalin erat...
bagi kanak-kanak, kegembiraan pada hari raya ini memang tidak terkata. Penantiaan sekian lama, memang amat dinanti-nantikan. Keriangan mereka terserlah beberapa hari sebelum hari raya lagi. Permainan bunga api sentiasa menjadi suatu kemestian bagi menambah keriangan hari raya ini. Ketika tibanya syawal , kegembiraan mereka sampai ke kemuncaknya.
Dengan berpakaian serba baru dan serba cantik, mereka sentiasa di dalam keadaan gembira. Sebaik membuka mata pada waktu pagi sehinggalah terbenam matahari hingga ke malam, keriangan dan kegembiraan bagaikan tidak dapat dipisahkan daripada mereka. Itulah seperti yang selalu diungkapkan oleh masyarakat dari turun temurun, sesungguhnya hari raya ini adalah hari kegembiraan bagi kanak-kanak...sementara kegembiraan bagi ibubapa adalah ketika melihat anak-anak mereka bergembira...
Bagi, kita para guru, sudah semestinya kedatangan anak-anak didik berkunjung ke rumah adalah sesuatu yang menggembirakan. Kemesraan dan kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka , menjadi penawar kepada segala masalah yang bersarang di kepala...Kadang-kadang di sekolah , kita sentiasa serius dan tegas kerana kehendak tugas dan tanggungjawab..jadi, pada hari raya yang mulia ini, kita dapat menjalin hubungan yang lebih mesra dan tidaklah serius seperti selalu... Cuma..mohon maaf kepada anak-anak didikku...tak berkesempatan menyediakan juadah yang baik...tak sempat....apapun terima kasih...

Wednesday, August 15, 2012

MESYUARAT GURU -GURU ICT SEMPENA PROGRAM PEMBUDAYAAN AL-QURAN DAN TADARUS PERDANA TAMAN TUANKU JAAFAR, 1 OGOS 2012

Dalam persiapan untuk menghadapi perlancaran Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana komuniti, satu mesyuarat jawatankuasa ICT program telah dilangsungkan pada 1 OGOS 2012 di Balai Konfrensi sekolah. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk merangka pelan penggunaan skype dan live steaming antara sekolah-sekolah yang terlibat bersama jawatankuasa induk ICT program iaitu di bawah Cosmopoint Seremban, yang dipengerusikan oleh Tuan pengetua sendiri dan Encik Hafiz Shukor, iaitu Pengurus Pusat Cosmopoint Cawangan Seremban.
Semua sekolah telah menghantar wakil dan taklimat adalah berkisar sekitar beberapa keperluan asas yang perlu ada oleh semua sekolah yang terlibat dan menetapkan hari percubaan penggunaan skype berkenaaan. Mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan percubaan penggunaan skype pada hari isnin , 6 ogos 2012 , jam 10 pagi. semua guru ICT sekolah diminta bersedia pada waktu berkenaan bagi menguji tahap kesediaan penggunaan skype dan live streaming di semua sekolah.
Mesyuarat juga memaklumkan URL bagi penggunaan live streaming bagi tujuan semua sekolah erkenaan dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di lokasi utama , SMK Taman Tuanku Jaafar, semasa program berkenaan berlangsung. Mesyuarat juga telah memutuskan jadual aktiviti berkaitan ICT yang akan dilakukan pada hari berkenaan. Pihak sekolah SMK Taman Tuanku Jaafar juga telah menyediakan 2 otrang pelajar yang akan bertindak sebagai wartawan bagi menemuramah pengetua dan guru besar serta beberapa pelajar yang berda di lokasi-lokasi lain.
mesyuarat tamat sekitar jam 12 tengahari dan pengerusi memohon agar semua sekolah bersedia gar perjalanan program tidak akan tergendala .

PEMBUDAYAAN AL-QURAN DI MANA-MANA...

Salah satu daripada aktiviti di dalam Program Ihya Ramadan SMK Taman Tuanku Jaafar yang menarik ialah aktiviti bertadarus dan membaca Al-Quran yang dilaksanakan di peringkat sekolah ini. Selain daripada program menginfakkan Al-Quran di kalangan para guru , staf dan para pelajar, program tadarus dan membaca Al-Quran di sekolah juga dijadikan agenda utama. Melalui aktiviti atau program ini, para pelajar, guru dan staf digalakkan untuk membaca Al-Quran pada setiap waktu terluan dan pada waktu rehat. Pada waktu rehat, radio sekolah akan memperdengarkan bacaan Al-Quran selama 20 minit bagi menandakan berlangsungnya program membaca Al-Quran. para pelajar, guru dan staf akan membaca Al-Quran di mana-mana ruang yang ada sama ada secara individu atau berkumpulan.
Pada waktu ini juga akan terlihatlah kelompok-kelompok pelajar Islamyang berjalan sambil memegang naskah Al-Quran di tangan masing-masing sambil bergetak ke tempat mereka akan membaca Al-Quran.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah di Surau, di pondok-pondok bacaan, di kantin dan di bilik-bilik guru atau di pejabat. bagi para pelajar, Al- Quran yang digunakan adalah terdiri daripada Al-Quran yang disumbangkan oleh penderma melalui program Infak Al-Quran yang dilancarkan oleh pihak sekolah sempena Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana Komuniti Taman Tuanku Jaafar.
Melalui program infak Al-Quran, pihak sekolah telah dapat mengumpul lebih daripada 1200 naskah Al-Quran. Ini bermakna , semua pelajar Islam sekolah ini akan dapat memiliki sebuah Al-Quran sebagai milik mereka sendiri untuk menjadikan amalan membaca Al-Quran ini sebgai satu budaya hidup mereka.
Pemandangan sebegini adalah sesuatu yang baru bagi sekolah ini. Sambutan para pelajar terhadap program ini amat menggalakkan .
Program ini sebenarnya bertujuan supaya mendekatkan diri semua warga sekolah terutamanya para pelajar dengan Al-Quran dengan harapan akan menjadikan mereka insan yang berakhlah mulia. Sesungguhnya Al-Quran merupakan mukjizat yang menjadi penawar segala penyakit hati. Semoga hati-hati mereka akan menjadi semakin lembut untuk menerima ajaran, lembut menerima dan melaksanakan perintah Allah.
Sepertimana yang diketahui , kebanyakan masalah sosial dan masalah remaja sekarang berpunca daripada jiwa mereka yang kosong dengan ajaran agama. Ada di kalangan mereka juga tidak pernah melaksanakan solat dan ibadah-ibadah lain serta semakin jauh dengan jalan-jalan kehidupan Islam. Justeru itu , hati-hati mereka menjadi keras dan sukar dibentuk dan dilentur.
Justeru itu, kita berharap dengan mendekatkan diri dengan agama, sentiasa membasahkan lidah dengan bacaan Al-Quran, maka, mereka akan menjadi semakain hampir dengan Allah, penciptanya.
Diharapkan , sikap dan amalan-amalan membaca Al-Quran ini akan kekal di dalam sanubari mereka dan menjadi amalan mereka agar segala pendidikan yang diterima pada sepanjang Ramadan ini tidak hilang begitu saja. insyaAllah, pihak sekolah akan memastikan para pelajar sentiada didedahkan dengan cara hidup Islam yang murni melalui pelbagai program kerohanian selepas ini. Pembentukan jiwa yang mulia amat besar pengaruhnya di dalam pembentukan peribadi dan tingkahlaku setiap pelajar.

LAWATAN MUHIBBAH KE MAMPAN CORPORATION-

Kesempatan yang ada digunakan untuk melakukan lawatan ke pejabat YDP PIBG, Dato Mohamad Nordin di mampan Corperation bersama dengan Saudara mohd. Azam, jurulatih olahraga MSN merangkap penasihat kepada pasukan olahraga sekolah. Kunjungan hormat ini sengaja dilakukan bagi merapatkan silaturahim pihak sekolah dan YDP PIBG. Di samping itu, lawatan juga adalah bertujuan untuk berbincang dengan beliau mengenai masa depan pasukan olahraga sekolah yang baru diaktifkan bermula pada hujung tahun 2011 yang lalu. Antara perkara yang dicadangkan adalah hasrat sekolah untuk mendapatkan jurulatih olahraga yang betul-betul baik dan komited dengan tugas dan mampu melonjakkkan pencapaian olahraga sekolah ke tahap yang tertinggi.
Berdassarkan pencapaian pada kejohanan olahraga peringkat Daerah pada tahun ini, ada di antara pelajar yang dicungkil bakatnya semasa talent ID pada hujung tahun lalu , telahpun menunjukkan prestasi yang baik. Seorang pelajar tingkatan 2 telah mendapat tempat kedua di dalam acara 400 meter, walaupunn berbekalkan pengalaman yang amat sedikit. Justeru itu, dicadangkan agar pasukan olahraga sekolah akan bertandang di peringkat PPD dan Jabatan menggunakan nama sekolah sementara bagi pertandingan di peringkatterbuka, mereka akann diserapkan ke dalam pasukan Mampan Corperation. Begitu jugalah sebahagian daripada atlit-atlit di bawah bimbingan Encik mohamad Azam yang sekarang ini berlatih di Jelai Felda. Sambutan yang diberikan terhadap cadangan ini amat menggalakkan dan pada dasarnya beliau bersetuju. hakikat yang perlu disedari di SMK Taman Tuanku Jaafar ini ialah, kita masih lagi jauh pencaaapaian kita kebelakang berbanding sekolah-sekolah lain . maksudnya ialah kita tidak mempunyai pencapaian yang membanggakan terutama di dalam bidang Ko-Kurikulum berbanding sekolah lain di Seremban dan Negeri Sembilan ini. Pencapaian kita hanya di peringkat Daerah Seremban dan kita juga tidak mencatat kejayaan menjadi johan atau Naib Johan bagi banyak acara. Perkara ini penting, kerana untuk menjadi sebuah sekolah yang hebat dan cemerlang, kita sebenarnya perlu mempunyai pencapaian yang tinggi di dalam bidang ko-kurikulum. Oleh itu, kesediaan YDP PIBG membantu meningkatkan pencapaian di dalam bidang ini
Dalam lawatan ini juga, kami sempat melawat pejabat beliau yang indah dan juga gimnisium beliau yang serba lengkap. beliau juga menawarkan Gyimnisium itu kepada pihak sekolah untuk berlatih.

KURSUS ACTIVE BOARD BAGI GURU KELAS KRK-9 jULai 2012

Wednesday, August 1, 2012

Penyerahan Naskah Al-Quran Kali Ke 2- Program Pembudayaan al-Quran dan Tadarus Perdana Komuniti Taman Tuanku Jaafar 2012.-20 Julai 2012

Perlaksanaan Program pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana Komuniti semakin rancak dengan setiap sekolah yang terlibat memasuki peringkat kedua pengagihan naskah Al-Quran kepada para pembaca yang terdiri daripada para pelajar di sekolah -sekolah berkenaan. Bagi SMK Taman Tuanku Jaafar, perlaksanaan aktiviti telah dilakukan oleh Tuan Pengetua di Dataran Cendiakawan selepas tamat aktiviti kerohanian Jumaat pada 20 Julai 2012 yang lalu. Dalam majlis berkenaan sebanyak 300 naskah Al-Quran lagiu telah diagihkan kepada para pelajar Islam tingkatan 4 dan 3 (sessi pagi) . Bagi pelajar sessi petang terutamanya pelajar tingkatan 1 dan 2 , telah pun dilaksanakan sebelum ini. Pengagihan peringkat ke 3 dijangkakan akan dilaksanakan pada minggu ini , 3 Ogos 2012.
Rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan kegembiraan menerima sumbangan Al-Quran ini. Bagi menjayakan aktiviti tadarus ini, beberapa aktiviti telah diatur bagi memastikan aktiviti pembudayaan ini berjalan. Antaranya ialah, pembacaan Al-Quran pada waktu rehat pada setiap hari. Pada masa ini , para pelajar akan membawa bersama naskah Al-Quran ini ke mana -mana tempat pilihan mereka dan memulakan pembacaan. Bagi menandakann waktu membaca Al-Quran ini, pihak radio sekolah telah menyiarkan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara sekolah sehingga tamat waktu rehat.
Suasana dan budaya membaca Al-Quran ini amat menarik. Di mana-mana akan terlihat pelajar yang membawa Al-Quran dan di mana-mana juga akan terlihat pelajar yang berkumpul membaca Al-Quran secara bertadarus atau secara membaca sendirian.ternyata suasana dan budaya Al-Quran itu dapat dihidupkan terutamanya bersempena dengan kehadiran Ramadan ini. Jka sebelum ini , masa rehat mereka diisi dengan berbual kosong atau bermain, kini, mereka mengisnya dengan membaca Al_Quran.
Sumbangan Al-Quran juga masih diterima daripada penyumbang-penyumbang dan dijangkan , kita akan dapat mengagihkan Al_quran ini kepada semua pelajar Islam. Di samping itu juga kita berhasrat untuk menyumbangkan atau memanjangkan sedekah para penyumbang ini kepada NGO atau badan tertentu yang juga sudah memohon untuk mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah.
Apa yang kita harapkan adalah agar budaya Al_Quran ini akan terus hidup di dalam sekolah dan masyarakat di taman Tuanku Jaafar dan juga kawasan senawang ini. InsyaAllah, jika setriap penerima komited denbgan visi dan matlamat program inii, InsyaAllah kita akan dapat mewujudkan suatu komuniti Al-Quran di sekitar Taman Tuanku Jaafar ini dan Senawang. Usaha ini seterusnya akan dapat melahirkan dan membentuk semula generasi Al-Quran di kalangan anak muda semoga ia akan dapat memberikan kesejahteraan kepada masyarakat setempat. InsyaAllah , kita yakin, jika semuanya berjalan lancar, generasi muda kita akan dapat diasuh melalaui kehebatan Al-Quran sebagai mukjizat daripada Allah.

Refleksi Pengetua Sekolah Menengah Negeri Sembilan Kali ke 2 2012 - di Hang Tuah Herritage World, Melaka.- 26, 27 Julai 2012.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...