Sebahagian calon SPM 2009 telahpun menamatkan peperiksaan mereka . Kepada yang berjaya menamatkannya sehingga ke hari terakhir, syabas diucapkan. Kepada yang tidak sempat menamatkannya disebabkan masalah kesihatan atau penyakit, diharapkan bersabar!Kepada yang gagal menamatkan SPM mereka disebabkan sikap malas, ponteng peperiksaan atau sengaja mencari susah, sudah pasti , ini merupakan suatu yang merugikan.Masa selama 2 tahun akan sia-sia saja.
Ada yang sudah mengisytiharkan hari tamat SPM inii sebagai Hari Merdeka!!!!....Merdeka daripada bebanan kerja sekolah dan tekanan untuk mencapai kejayaan cemerlang! Wajar juga pelajar berasa sedemikian. Namun, janganlah Merdeka ini diraikan selama-lamanya! Masa yang ada, begitu berharga dan rugi jika dibuang begitu saja.
Ada yang sudah lega kerana tidak perlu lagi bangun awal untuk ke sekolah! Bolehlah...tetapi jangan lupa solat subuh! Rezeki banyak pada pagi-pagi hari!..
Apa yang menjadi persolan sekarang ialah , ke mana haluan pelajar ini selepas SPM tamat!. Antara kebiasaan yang berlaku ialah:
1. Bekerja- Kebanyakannya bekerja untuk mencari pengalaman dan berhasrat untuk 'memegang duit hasil titik peluh sendiri' atau untuk tujuan menyimpan wang kerana mungkin ada 'projek' yang dirangcang. Ini suatu yang baik. Sekurang-kurangnya terisi masa dengan kerja yang berfaedah, mendapat pengalaman dan tahu betapa 'peritnya' mencari rezeki! Kalau selama ini ramai yang kerjanya 'menadah tangan' meminta wang daripada ibu bapa, sekurang=kurangnya kini mereka tahu harga dan nilai wang! Apatah lagi jika gaji yang diperolehi itu sedikit dan keperluannya besar dan banyak!
2. Berehat sambil membantu keluarga di rumah- Ini suatu yang amat baik dan wajar dilakukan oleh bekas calon SPM. S elepas beberapa tahun belajar dan setelah banyak tenaga dan masa digunakan oleh ibubapa untuk memastikan mereka berjaya dalam pelajaran, sampailah masanya mereka membantu ibubapa dengan kerja-kerja di rumah. Sekurang-kurangnya mengajar adik-adik lain untuk persiapan menghadapi peperiksaan.
3. Belajar dan mendapatkan kemahiran tambahan. Ini juga suatu yang amat baik. Pelajar perlu ingat pada zaman ini, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai kelayakan akademik yang tinggi , tetapi juga perlu ada kemampuan dan kebolehan tambahan. Kemahiran ini juga berguna apabila mereka berjaya menyambung pelajaran selepas keputusan SPM keluar. Kemahiran komputer,kemahiran bahasa kedua, ketiga dan sebagainya amat penting.
4. Namun, pelajar juga boleh menyumbangkan tenaga mereka kepada sekolah dan beberapa bidang tertentu. Ini sudah pastilah akan menimbulkan beberapa perbahasan di kalangan bekas pelajar ini. Namun ia suatu yang amat baik untuk difikirkan. Ada di kalangan bekas pelajar ini yang mempunyai kemahiran. Ada yang mahir Al Quran boleh membantu sekolah dalam program-program berkaitan. Bekas atlet sekolah , mungkin boleh membantu melatih rakan-rakan di sekolah. Pelajar yang bagus akademik , mungkin boleh menjadi rakan rujuk mata pelajaran atau mentor kepada pelajar yang lemah. Banyak lagi yang mereka boleh bantu .
Mungkin ramai pelajar yang boleh membantu sekolah dalam pelbagai perkara.
Sekurang-kurangnya ini dapat membalas jasa sekolah yang telah membentuk pelajar menjadi orang yang berjaya. Kepada anak-anak didik yang dikasihi di SMK Jelai Felda...SELAMAT BERCUTI PANJANG DAN SELAMAT MENEMPUH ALAM REALITI KEHIDUPAN SEBENAR...Ingat lagi kata-kata saya tu...
No comments:
Post a Comment