SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, June 27, 2010

PERAYAAN HARI GUR U PERINGKATNEGERI SEMBILAN-15000 HADIR....

















Semalam. 26 JUN 2010, mencatat sejarah apabila jamuan makan malam sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan dihadiri seramai 15000 orang guru . Jamuan makan ini ditaja oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebagai penghargaan terhadap kejayaan di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di negeri ini yang mencatat keputusan yang terbaik.

Kemeriahan sudah terasa sejak 2 minggu sebelum tarikh ini apabila Padang MPS di bandar ini dipenuhi dengan khemah besar. Suasana meriah dan gembira pastinya terasa di benak setiap guru yang hadir. Kawasan sekitar Taman Tasik Seremban telah mula dipenuhi ribuan manusia bernama guru yang datang dengan kereta sendiri dan bas sewa khas. Pada waktu maghrib, tumpuan sudah pastilah di Masjid Negeri. Beberapa kenalan lama sempat ditemui di Masjid ini, termasuklah Dato Hj. Rohani, Mantan Pengarah pelajaran Negeri Sembilan yang lalu.

Turun dari kawasan masjid menuju ke Padang MPS, kehebatan dan kemeriahan suasana dapat dirasakan dengan kehadiran begitu ramai guru. Kontigen guru dari SMK Jelai Felda turut bersama. Ada yang datang dengan kenderaan sendiri dan ada juga yang datang dengan menaiki bas sewa khas dari Jelai Felda. Semangat tinggi dan komitmen dalam menjayakan program 'untuk guru' ini amat dibanggakan. Kalau bukan guru sendiri yang meraikan dan menjayakannya , siapa lagi!

Pada malam itu, tetamu utama sudah pastianlah YAB Menteri Besar dengan barisan EXCO dan pegawai tinggi kerajaan negeri. Hiburan pada malam itu diserikan oleh Badan Kebudayaan Negeri dengan tetamu istimewanya MAWI...! Ah..! Apa lagi..ramailah peminat yang menyerbu...dan yang pasti , mereka itu semuanya CIKGU...Cikgu pun manusia biasa juga...ada yang diminati dan mahu berhibur...Tak apalah..malam itupun untuk cikgu-cikgu juga..Mungkin nak lepas tension agaknya..!

Malam itu juga sebenarnya mempunyai makna yang besar. Malam itu kita dalam keadaan yang santai, boleh berbual dengan rakan-rakan, guru-guru dan kenalan yang telah lama tidak berjumpa. Sudah pasti ia bukan soal makan! Jadi, bagi semua guru, terimalah pemberian dan anugerah ini dengan ikhlas dan dengan ucap syukur serta terima kasih kepada kerajaan negeri yang sudi menjadi penaja. Ada juga cakap-cakap yang kurang manis mempersoalkan majlis ini. Namun lihatlah sudut positifnya..Mungkin inilah KALI PERTAMA DAN TERAKHIR kita diraikan sebegini...Alhamdulillah...

Kepada semua guru, bekas guruku,,dan semua warga sekerja bernama GURU.. 'SELAMAT HARI GURU....

Malam tadi juga sesuatu yang membanggakan apabila YAB Menteri Besar menyebut nama SMK Jelai Felda di atas kejayaan kita di dalam Pertandingan Project ThinkQuest Anjuran Perdana Leadership Foundation. Berita dan wajah Wirawati SMK Jelai Felda terpampang di dada televisyen!....

Wednesday, June 23, 2010

TAHNIAH! TEAM THINKQUEST SMKJF-NAIB JUARA KEBANGSAAN 2010!

















TAHNIAH...! Team ThinkQuest SMK Jelai Felda sekali lagi membuktikan kehebatan dengan muncul sebagai Naib Juara Kebangsaan dalam National Level Educational Project Contest 2010< Anjuran Perdana Leadership Foundation, di Putrajaya, hari ini. Sebagai naib Juara, team SMK Jelai Felda membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1200.00 dan 2 orang jurulatih sekolah iaitu Encik NurHaslin dan Pn. Marniemariam juga menerima saguhati berupa wang tunai.

Rombongan sekolah yang turut memberi sokongan kepada pasukan sekolah adalah seramai 22 orang, termasuklah pasukan pelapis sekolah. Turut hadir ialah pengetua, GPK 1Tuan Hj. Kasim, Pn. Hjh Faizah dan suami serta isteri Encik NurHaslin dan anaknya yang sentiasa menjadi penyokong kuat pasukan sekolah. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan komitmen atas kejayaan sekolah ini. ANDA MEMANG HEBAT!..

Walaupun kita sekadar menjadi Naib Juara, namun ia suatu pencapaian yang amat besar dan amat membanggakan. Sebagai sebuah sekolah luar bandar, kategori felda, kita sebenarnya sudah mengalahkan banyak lagi sekolah-sekolah yang 'besar' dan dikatakan hebat. ini suatu pencapaian yang benar-benar hebat! Kita juga merupakan satu-satunya sekolah felda yang berjaya di Malaysia ini!

Diharapkan kepada 'wirawati' ThinkQuest kita, jangan bersedih hati . Kita masih hebat! Rata-rata tetamu dan sekolah lain amat mengkagumi sekolah kita. Kitalah satu-satunya pasukan yang mempunyai identiti ThinkQuest yang tersendiri berbanding sekolah lain yang ada. Ramai tetamu, termasuk VIP daripada Oracle berasa kagum dengan pasukan kita. Cuma rezeki bukan milik kita untuk menjadi johan!

Saya mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anggota team termasuk jurulatih yang telah berhempas-pulas menaikkan nama sekolah kita. Bagi anggota pasukan yang akan menamatkan tingkatan 5 dan meninggalkan sekolah, hanya ucapan jutaan terima kasih yang saya ucapkan!. Jasa dan sumbangan baktiu anda akan menjadi kenangan di dalam sejarah kegemilangan sekolah ini.

Bagi pasukan pelapis sekolah, anda harus bermula dari sekarang! Belajar dan timbalah ilmu daripada 'senior' anda agar kegemilangan ini dapat diteruskan! Tradisi kegemilangan ICT di SMK Jelai Felda mesti di kekal dan dipertahankan. Inilah aset dan 'permata' yang mampu melonjakkan kita di mata masyarakat ke peringkat tertinggi.

Bagi jurulatih kita, rancanglah program untuk mengekalkan kejayaan kita ini. Kita akan menjadikan ThinkQuest sebagai salah satu agenda utama kita. Bantuan berupa peruntukan khas mungkin boleh diwujudkan bagi kita merangka aktiviti ke arah tersebut!

Bagi warga SMK Jelai Felda, berbanggalah dengan kejayaan ini dan ambillah semangat pasukan ini untuk kita terapkan di dalam setiap usaha kita di dalam setip bidang! Kita Boleh! dan Kita Memang Hebat!

Sunday, June 13, 2010

WORLD CUP..WORLD CUP...WORLD CUP FEVER...






WORLD CUP FEVER!....Acara sukan paling meriah di atas muka bumi ini kembali lagi...Kejohanan Bolasepak Teragung dan Terhebat..!

Itu adalah kata-kata dan gambaran yang dapat diungkapkan akan kehebatan dan kehangatan acara bolasepak terhebat di atas muka bumi ini iaitu Bolasepak Piala Dunia. Kehadiran world cup 2010, ini amat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak, tidak kira peringkat usia, jantina, kaum atau budaya. Bolasepak adalah sukan utama di muka bumi ini dan bagi peminat bolasepak ia sesuatu yang sukar diungkapkan! Kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun sekali ini pastinya tidak mahu dilepaskan. Bagi peminat bolasepak, sudah pasti telah bersiap sedia dengan perancangan dan jadual harian baru yang diatur khusus untuk menghadapi kedatangan world cup ini.

Suasana malam pastinya akan berubah! Bagi World Cup 2010 Afrika Selatan ini, ia memberikan sedikit kelegaan kepada peminat. Waktu siaran yang lebiih awal dengan jarak waktu selama 6 jam berbanding waktu di Malaysia, memberikan peluang kepada peminat untuk duduk di depan TV atau skrin besar di besar di kedai mamak sejak jam 7 malam, membawa ke pukul 10 malam dan bersambung pula ke jam 2.00 pagi! Ha..ha..Tak tidurlah kesudahannya!

World Cup tahun ini mengimbas semula kejohanan-kejohanan yang lalu bermua sejaktahun 1974 lagi!. Ketika itu , tiada siaran langsung seperti sekarang. Keputusan didengar melalui radio sahaja! Siaran langsung pula hanya ada pada perlawanan akhir sahaja! Seingat saya , siaran langsung ini bermula sejak 1986, apabila siarannya ketika itu ditaja oleh rakyat Malaysia! Hebat! Begitulah hebatnya minat peminat-peminat bolasepak di Malaysia. Sejak itu, hampir semua World Cup dapat dilihat secara langsung!. Tambah menarik pada tahun ini semua siaran di dalam HD... Nampak jelas seperi berada di stadium!

Minat saya terhadap bolasepak ini memuncak ketika menjadi pengadil bolasepak dahulu..Saya akan 'set'kan jam mengikut waktu siaran dan meletakkan jam loceng itu di pangkal telinga supaya tidak terlepas perlawanan. Tidur pun di ruang tamu , di depan televisyen! Sebelum bermula world cup juga ,saya akan bersedia dengan video tape untuk merakamkan perlawanan. Jika terlelap, esoknya boleh menonton semula selepas balik dari sekolah. Saya merakamkan perlawanan tersebut untuk tujuan meneliti pergerakkan pengadil dan keputusannya di atas padang untuk tujuan pembelajaran. Alhamdulillah...saya sempat berjaya ke peringkat antarabangsa..tetapi tidaklah ke world cup!

Namun ada juga kebimbangan dengan kehadiran world cup ini..iaitu sindrom tidak cukup tidur!...Harap-harap ia tidak akan menjejaskan kualiti kerja . Kepada peminat bolasepak, hati-hatilah...

Bagi bolasepak Malaysia, saya kira banyak yang boleh dipelajari. Namun yang paling penting ialah mengambil tindakan yang drastik dan mengikut tren semasa bolasepak dunia. Sesuatu yang Malaysia perlu akui ialah, bolasepak Malaysia belum layak ke Piala Dunia...bukan 5 tahun, bukan 10 tahun lagi...Apa yang pasti ialah, semua pasukan yang ingin ke piala dunia perlu ada syarat berikut:

1. Mempunyai pemain yang bermain di liga utama Eropah.
2. Kualiti permainan yang tinggi hasil pengalaman pemainnya di peringkat tinggi
3. Setiap liga tempatannya mempunyai pemain import yang berkualiti tinggi.
4. Pemain yang tegap dan ketahanan fizikial yang cukup tinggi.
5. Pemanya yang matang, tahap disiplin yang tinggi terutamanya mempunyai visi untuk
bermain di peringkat tertinggi , bukan setakat di liga Malaysia sahaja.

Soalnya, semua di atas tidak dimiliki oleh Malaysia...!

Siapa juara pada tahun ini...? Saya memilih Brazil. Sepanyol, German dan Holland..Juara?...Mungkin Sepanyol..walaupun hati saya memang ingin melihat Brazil yang menang...

Kepada peminat bolasepak....enjoy the game!

Monday, June 7, 2010

CUTI SEKOLAH SUDAH BERMULA...TUGAS TETAP DITERUSKAN..




Bermula pada 5 Jun 2010 yang lalu, bermulalah cuti persekolahan bagi pelajar SMK Jelai Felda dan semua pelajar sekolah di negara ini. Namun bagi pelajar terpilih daripada kumpulan Elit sekolah, mereka tetap meneruskan aktiviti pembelajaran dengan mengikuti kelas tuisyen selama 2 minggu bermula pada 7 Jun hingga 17 Jun 2010 ini. Kela stuisyen ini dinamakan sebagai Perkampungan Ilmu.

Pelajar yang diterima masuk menyertai kelas ini adalah pelajar terpilih berdasarkan pencapaian cemerlang di dalam setiap mata pelajaran. Ia ditentukan mengikut merit dan bukan mengikut kelas atau tingkatan.

Perkampungan Ilmu ini disusun dengan setiap subjek akan diajar untuk tempoh bermula jam 8 pagi hingga jam 4 ptg. Minuman pagi dan makan tengahari disediakan bagi memudahkan pelajar mengikuti kelas dengan tenang dan selesa.

Penyertaan pelajar dalam program ini juga diketatkan dengan syarat pelajar akan disingkirkan jika gagal hadir sebanyak 2 kali. Keadiran pada setiap sessi juga dicatatkan dan dipantau. Pemantauan juga akan dilakukan oleh pihak penjaga pelajar yang telah dibekalkan dengan jadual tusyen bagi memastikan anak-anak mereka hadir dan tidak ponteng.

Pengorbanan guru-guru di sekolah ini tiada bandingannya dan amat saya hargai. Komitmen dan kesungguhan mereka untuk memastikan kecemerlangan pelajar di sini amat tinggi. Perancangan program ini disusun oleh mereka sendiri dan mereka sanggup mengorbankan masa cuti untuk kemajuan pelajar di sini. Bagi sekolah yang mempunyai pelajar yang berpencapaian sederhana seperti di Jelai Felda ini, usaha seperti ini merupakan sebahagian daripada pelbagai usaha yang difikirkan untuk membantu pelajar. Pelbagai usaha dilakukan. Inilah sebenarnya konsep yang dipegang oleh semua warga di sekolah ini iaitu, kita mesti berusaha dan melakukan sesuatu yang besar dan luarbiasa untuk mencatat kejayaan yang juga luarbiasa.

Cuma kita berharap agar semua pelajar yang terlibat dan penjaga mereka mempunyai wawasan dan impian yang sama seperti guru-guru di sini. Semoga kita akan mencatat kejayaan yang gemilang lagi pada tahun ini.

Friday, June 4, 2010

RESPON TOPIK "MEMBANGUNKAN MASYARAKAT JELAI

Banyak komen yang diberikan oleh bekas pelajar dan anak jati Jelai Felda yang sempat saya baca di dalam facebook SMK Jelai Felda. Bagus juga , apabila kita dapat berbincang tentang sesuatu isu yang berada di persekitaran sekolah dan masyarakat Jelai felda.

Bagi saya, semua orang sudah tahu masalah yang melanda masyarakat Jelai Felda ini. Kita boleh menuding kepada sesiapa sahaja, dalam semuanya boleh mengakui berkongsi kesalahan dalam apa yang berlaku di dalam masyarakat tersebut. Namun soal yang lebih penting ialah setiap orang, setiap pihak yang berkaitan memainkan peranan dan memikirkan apakah TINDAKAN yang perlu diambil , di dalam lingkungan kuasa masing-masing untuk mengatasinya. kini adalah masalah untuk bertindak! Bukan masa untuk menuding jari, mencari siapa salah. Kini adalah masa kita memikirkan 'APA LAGI YANG KITA TIDAK BUAT UNTUK MENGHALANG MASALAH ITU DARIPADA TERUS BERLAKU!

Kita harus berfikiran positif! Tiada guna kita mencari kesalahan atau memikirkan masalah yang ada. Ini kerana, ia tidak akan mengubah keadaan. Malah akan lebih menyulitkan lagi.

Tanggungjawab setiap orang atau institusi bertanya diri sendiri.

1. Bagi ibu bapa , tanyalah, 'Apa lagi yang kami tidak buat untuk menghalang anak kami daripada melakukan perkara tersebut?
2. Bagi , sekolah, tanyalah diri kita, 'Apa lagi yang kita tidak buat untuk membantu pelajar kita daripada terlibat dengan gejala tersebut.
3. Bagi warga Jelai Felda , tanyalah diri kita, "Apa lagi yang aku tak buat untuk bantu masyarakat aku di sini.

Semua orang harus bertanya soalan yang sama! Barulah kita akan berfikir dan memikirkan jalan keluar terhadap masalah tersebut. Minda kita akan jadi kreatif mencari jawapan kepada masalah yang timbul.

Untuk itu, peranan sekolah adalah untuk melatih dan mendidik para pelajar membuka minda, melihat kehidupan di dalam perspektif yang lebih luas. Kita melatih pelajar dan menyediakan segala ilmu untuk mereka bertindak sebagai agen perubahan masyarakat. Merekalah yang akan mengubah keluarga mereka, ibubapa mereka dan saudara mara mereka dan seterusnya masyarakat mereka. Tidak dinafikan hanyalah dengan jalan agama, perubahan itu akan berjaya! Agama Islam sudah menyediakan segala peraturan hidup dan geraklaku yang lengkap dan betul dan tidak akan menyimpang jika dihayati dengan sejujurnya.

Bagi yang lain, lihatlah peranan masing-masing.. JAWABLAH soalan tadi....APAKAH YANG BELUM AKU/ KAMI LAKUKAN UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT AKU...dan jangan sekali-kali hanmya tahu menyuruh orang lain mengambil tindakan, sedangkan kita hanya pandai bercakap..tetapi tiada tindakan...FIKIR-FIKIRKAN...

MESYUARAT PEKERJA & STAF SERTA PERTEMUAN DENGAN PENJAGA PELAJAR PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU..

Semalam, saya agak sibuk dengan pelbagai tugas seharian. Meronda kawasan sekolah, memantau perjalanan peperiksaan semester pertama , memantau tugas pekerja pembersihan kawasan swasta, berjumpa dengan tetamu dan menghadiri mesyuarat

Dua mesyuarat atau pertemuan yang menarik ialah mesyuarat dengan kakitangan sokongan dan pekerja pembersihan swasta. Mesyuarat ini merupakan post mortem pencapaian setengah tahun prestasi mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Perkara pertama yang ditekankan ialah soal keikhlasan di dalam bekerja dan sikap jujur. Ikhlas berkaitan dengan menganggap kerja itu sebagai ibadah yang selain mendapat gaji tetapi yang lebih penting ialah mendapat ganjaran pahala. Rezeki yang pkan ialah kita harapkan ilah rezeki yang halal, yang akan kita berikan buat makan kepada anak-anak kita yang kekal kesannya hingga ke akhirat nanti. Jangan pula kita mendapat rezeki yang haram akibat sikap kita yang suka mencuri tulang atau bekerja sambil lewa sahaja. Setiap kekurangan dalam tugas kita hendaklah kita tampung dengan bekerja lebih masa dan bekerja dengan lebih kuat.

Perkara kedua yang disampaikan ialah berkaitan dengana kreativiti dan innovasi. Dalam bekerja , kita mestilah kreatif dan sentiasa mempunyai keinginan untuk membuat innovasi terhadap kerja kita. Ini akan memberikan kita manfaat kepada 5 perkara:

1. Ia menunjukkan tahap pemikiran yang ada pada diri kita.
2. Ia menunjukkan bahawa kita adalah seorang pekerja yang berfikir
3. Ia menunjkkan bahawa kita mempunyai visi atau sasaran yang hendak dicapai.
4. Ia menunjukkan bahawa seorang pekerja itu sentiasa meletakkan kepentingan
organisasi melebihi kepentingan dirinya sendiri.
5. Ia memberikan kepuasan diri dan menjadikan diri kita'bernilai'

Oleh itu, setiap orang mestilah mempunyai sasaran dalam bekerja dan mempunyai keinginan melakukan sesuatu melebihi atau melampaui tugas hakiki yang diberikan. Melalukan kerja rutin, adalah tahap pekerja biasa. Melakukan kerja seperti diarahkan adalah biasa. Mengemukakan idea, merangka perancangan menjayakannya dan melaksanakannya dengan cemerlang tanpa arahan yang banyak adalah cemerlang!. Bagi seorang tukang kebun, melakukan kerja rutin, menyiram bunga, memotong rumput, menabur baja sepertimana yang ada di dalam spesifikasi tugas adalah biasa. Tetapi jika mereka boleh merancang suatu projek menyemai bunga dengan banyak untuk tujuan mencantikkan kawasan sekolah , hasil idea mereka sendiri, itulah yang dikatakan kreativiti dan pekerja yang cemerlang!

Oleh itu sebagai warga SMK Jelai Felda, naik,turun dan jatuh bangunnya sekolah adalah tanggungjawab bersama. Sekolah bukan milik pengetua, pentadbir sahaj, tetapi ia adalah milik semuanya yang bernama WARGA SMK JELAI FELDA. Dibahu kita, kita ada tugas, ada tanggungjawab, ada amanah yang akan ditanya di akhirat nanti..

SELAMAT BERTUGAS DENGAN CEMERLANG..BUAT SEMUA STAF DAN PEKERJA SMK JELAI FELDA..

SELEPAS TAMAT mesyauarat dengan pekerja dan staf tadi, saya terus menemui penjaga pelajar program Perkampungan ilmu di Bilik gerakan. Apa yang saya tekankan kepada mereka ialah tanggungjawab mereka untuk memastikan kehadiran anak-anajk mereka ke program berkenaan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah. Guru-guru telah bekorban masa cuti untuk melaksanakan program ini pada sepenjang musim cuti sekolah ini. Sudah pastilah, ibu bapa perlu bekorban pula untuk memastikan anak-anak mereka hadir . Saya memperingatkan ibubapa supaya bekorban dengan tidak mengganggu anak mereka untuk hadir ke sekolah mengikuti program ini dengan program lain yang tidak berkaitan dengan pelajaran mereka. Malangnya , daripada 60 orang pelajar yang akan mengikuti program ini, hanya 12 orang penjaga yang hadir....siapa yang hendak dipersalahkan.... SAYA PERSALAHKAN IBU BAPA ...

Tuesday, June 1, 2010

Mavi Marmara : Bertaqwa dan Berjihadlah Saudaraku

www.iLuvislam.com

Im Koyube

Editor : Im Koyube






Semalam, dunia dikejutkan dengan serangan askar Israel terhadap konvoi kemanusiaan yang membawa ratusan aktivis pro-Palestin dari pelbagai negara. Seluruh dunia bersedih,pilu dan berdukacita dengan berita serangan dan pembunuhan yang berlaku.




Pastinya, serangan askar Israel terhadap kapal Mavi Marmara adalah satu tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.



Misi murni 'Flotila Kebebasan' untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza mungkin tidak mampu dicapai, namun sebenarnya mereka telah berjaya. Mereka sukses memberikan mesej kepada seluruh dunia bahawa Israel adalah jahat dan kejahatan mereka semakin menjadi-jadi.



Firman Allah SWT :






"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri."

(Surah Al-Maidah, 82)




Alhamdulillah, saya dapat menghubungi seorang rakyat Palestin yang pakar dalam 'Jureselem Studies', Dr. Abdullah Maarof sebentar tadi untuk membincangkan isu ini. Beliau kini merupakan
'senior visiting lecturer' di Universiti Malaya. Menurutnya, serangan semalam menyebabkan banyak negara mengutuk keras tindakan mereka termasuk negara-negara yang pro-Israel. Selain itu, hampir semua media menyiarkan apa yang telah berlaku. Sudah pasti berita-berita tersebut mampu mengubah persepsi sebahagian masyarakat dunia yang masih menyokong Israel atau yang masih kabur tentang kezaliman Israel.



Menurut Dr. Abdullah Maarof, Israel dapat menguasai Palestin kerana mereka menguasai ekonomi dan media. Mereka menggunakan media untuk meraih simpati masyarakat dunia dan melobi kuasa ekonomi antarabangsa. Namun, peranan media dalam menghebahkan peristiwa semalam pasti mampu menyuntik semangat dan kesedaran di kalangan masyarakat dunia terutamanya Muslim untuk terus membantu membebaskan Palestin.



"Kemungkinan kerajaan Israel tidak menjangka untuk membunuh ramai orang dalam kapal Mavi Marmara. Namun pembunuhan yang berlaku (dan ramai yang dibunuh) pasti ada kesannya akan datang," kata Dr. Abdullah Maarof.








Jika kita membaca forum-forum internet seluruh dunia, bukan sahaja ahli
forum Islamik yang mengutuk tindakan ganas itu, malah banyak forum lain
yang hangat menyatakan kebencian mereka seperti muselive.com dan
macam-macam lagi.



Apabila ditanya tentang kemungkinan akan berlaku peperangan besar sekali lagi di Gaza, pakar 'Juruselem Studies' itu memberitahu bahawa ia mungkin berlaku. Selain itu, Hamas telah mengisytiharkan 'intifada' untuk menentang kezaliman Israel.






Firman Allah SWT :





"Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu."

(Surah Al-Maidah, 62)





Peristiwa semalam sepatutnya membuatkan kita sedih dan simpati. Kesedihan itu mestilah kesedihan yang memberikan kita inspirasi untuk terus berusaha (mengikut kemampuan masing-masing) membebaskan Al-Quds; tanah suci kita.






"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang
yang beriman, yang mendirikan soat dan menunaikan zakat, seraya mereka
tunduk (kepada Allah)."

(Surah Al-Maidah : 55)





Allah SWT menjanjikan kemenangan untuk umat Islam. Adakah kita ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang berjuang untuk kemenangan itu? Fikir-fikirkan.





"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah
jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya,
supaya kamu mendapat keberuntungan."

(Surah Al-Maidah : 35)






Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dan berjihad di jalan-Nya.

MESYUARAT PERLAKSANAAN SKPM

Semalam telah diadakan mesyuarat khusus untuk membincangkan gerakkerja pemantapan dan tindaksusul terhadap dapatan atau penilaian SKPM yang lalu. Berdasarkan kepada pencapaian 85.55% pada 2009 yang lalu, mesyuarat telah menetapkan beberapa tindakan iaitu:

1. Mengkaji kekurangan di dalam setiap elemen
2. Memastikan dapatan tersebut diimplimenkan/ diambil tindakan
3. Mencadangkan beberapa penambahbaikan/ inovasi
4. Membuat laporan pencapaian dan perkembangan
5. Melaksanakan penilaian kendiri percubaan hasil daripada tindakan tadi.

Mesyuarat semalam bertujuan memberikan garis panduan yang perlu diambil oleh setiap jawatankuasa yang dibentuk. Diharapkan jawatankuasa ini akan dapat memulakan tugas mereka dengan segera. Sasaran penilaian kendiri percubaan adalah pada bulan Julai nanti. Untuk memastikan jawatankuasa ini dapat melaksanakan tugas dengan berkesan, beberapa orang guru lagi akan dibekalkan kepada jawatankuasa sedia ada untuk menjadikannya agar lebih telus dan teliti.

Dalam mendapatkan penilaian yang tepat dan menjadikan tugas jawatankuasa ini berkesan, kita telah menggariskan beberapa perkara:

1. Jawatankuasa hendaklah menjalankan tugas dengan tegas, adil, telus dan berani
serta ikhlas.

2. Jawatankuasa tidak hanya berperanan menyatakan apa kelemahan, tetapi juga mampu
memberikan cadangan penambahbaikan. Ini untuk memastikan kita sama-sama
bertanggungjawab dan bergerak sebagai satu pasukan.

3. Jawatankuasa juga diberikan kuasa untuk bertindak 'menyediakan' segala keperluan
yang sepatutnya berdasarkan dapatan mereka. Tidak perlu menunggu atau menyerahkan
kepada pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan selanjutnya.

4. Setiap orang perlu ikhlas dan bersikap terbuka terhadap teguran dan bertindak
segera memastikan setiap cadangan dilaksanakan.

Sebenarnya, kita punyai keyakinan bahawa pencapaian kita pada tahun ini akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Namun kita mestilah sentiasa meletakkan diri kita di dalam keadaan 'terancam', supaya kita tidak berasa relaks dan mudah berpuashati.

Sasaran kita sudah pasti pada elemen pencapaian pelajar di dalam akademik. Ini adalah bidang yang kita masih lemah. Namun pelbagai usaha telah kita ambil. Pelbagai inovasi, tindakan dan tindakan drastik telah diambil untuk memastikan kita dapat mencapai matlamat kita khususnya di dalam bidang akademik ini.

Komitmen dan iltizam yang tinggi dan tidak pernah putus asa harus sentiasa menjadi keutamaan setiap warga sekolah. Kita harus sentiasa positif terhadap segala halangan yang mendatang. Ini kerana kita yakin, 'setiap masalah adalah berupa peluang untuk kita meningkatkan kemampuan kita ke arah lebih baik'. Kita harus bertindak sepertimana di dalam prinsip spring, " semakin kuat tekanan dan dugaan yang dihadirkan kepada kita, maka semakin kuatlah tindakbalas kita untuk menghadapi dan mengatasi dugaan dan tekanan tersebut!". InsyaAllah, Allah akan memberikan kita kekuatan dan membalasnya dengan kejayaan. SELAMAT BERJUANG...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...