SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, June 25, 2014

VISI SEKOLAH.dan SLOGAN...TRANSFORMASI SEKOLAH..

Banyak penulisan yang menyatakan bahawa untuk menjayakan sesuatu perancangan atau halatuju sesebuah organisasi, visi , amatlah penting dan menjadi keutamaan. Visi ini pula ada pelbagai bentuk, pandangan dan pemahaman . Masing-masing mempunyai pandangan dan tanggapan. Ada misi jangka panjang dan ada juga visi jangka pendek.  Sesuatu visi juga dikatakan mestilah sesuatu hasrat yang boleh dicapai.

Ada juga organisasi yang menetapkan hanya satu visi sahaja yang perlu diikut. Umpamanya, Kementerian Pendidikan menetapkan antara visinya ialah Pendidikan Berkualiti Penjaga Generasi Cemerlang.  Maka banyaklah sekolah yang mengikut visi ini dan dipamerkan di setiap sekolah masing-masing.  Ada juga timbul kekecohan dan kekeliruan sedikit masa dahulu, sama ada semua sekolah mesti menggunakan visi ini sebagai visi sekolah masing-masing. namun , perseoalan juga timbul, sejauhmana setiap sekolah mampu  menghayati visi ini sepenuhnya? Tidak bolehkah sekolah mempunyai visi masing-masing mengikut keperluan dan kemampuan mencapainya namun masih selari dengan visi KPM ini.

Pada pandangan saya, setiap sekolah di samping menjadikan visi KPM ini  sebagai tunjangnya, mereka mesti dibenarkan memilik visi masing-masing. Syarat paling utama ialah visi itu mesti boleh dicapai dan mudah difahami oleh setiap warga sekolah. bagi SMKTTJ,  saya menetapkan visi sekolah ialah "Ke Arah Sekolah Kluster".  Untuk memastikan visi tersebut dapat dicapai, setiap warga sekolah  mestilah menghayati apakah ciri-ciri sekolah Kluster tersebut dan mengambil langkah-langkah ke arah pencapaian hasrat tersebut.

Selain itu saya juga menetapkan antara  intipati di dalam visi tersebut adalah slogan "Kita Cabar Imej Lama dan Bina Imej Lama".

Justeru itu, di dalam menjayakan tranformasi sekolah ke arah sebuah sekolah yang cemerlang, slogan dan visi ini seringkali saya war-warkan kepada semua warga sekolah. Saya telah menggunakan slogan Kiat Cabar Imej Lama , Kita Bina Imej Baru ini  sejak sekian lama iaitu semenjak saya menjadi Guru penolong Kanan HEM di SMK Mambau dan SMK Dato Abd. Samad, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah serta di dua buah sekolah yang saya menjadi pengetua , bermula di SMK Jelai Felda dan kini di SMKTTJ.

Saya menggunakan ini sebagai slogan kerana ia mudah difahami oleh setiap orang. langkah pertama yang saya ambil adalah mengenalpasti  apakah imej lama yang sering dipalitkan kepada sekolah berkenaan. Untuk mendapatkan imej yang dimaksudkan , saya akan membuat kajian sedikit tentang apakah tanggapan orang terutamanya ibubapa dan masyarakat serta jabatan pendidikan Negeri tentang sekolah berkenaan. Ini boleh diperolehi dengan cara mendapatkan maklumat melalui data-data dan perbualan dengan masyarakat di mana-mana kesempatan yang diperolehi.

Senarai imej ini kemudiannya akan diperjelaskan kepada semua warga sekolah terutamanya, pelajar, guru, staf dan ibubapa serta apakah imej baru iaitu lawan daripada imerj berkenaan yang ingin kita bina. Perkataan 'CABAR' adalah membawa maksud setiap warga sekolah mestilah membuat 'penafian' terhadap imej berkenaan. Umpamanya, jika sekolah itu dilabelkan sebagai sebuah sekolah yang tiada disiplin para pelajarnya, maka kita mestilah menafikannya, bahawa kita bukan seperti itu. Penafian inilah yang membawa maksud "BINA" di dalam 'Kita Bina Imej Baru" itu. Ini bermaksud bahawa kita haruslah menafikan imej buruk yang kita miliki sebelum ini dengan mewujudkan imej baik yang menjadi lawan kepada imej blama tadi. Justeru itu, jika kita dikatakan sebagai seuah sekolah yang pelajarnya 'kaki ponteng', maka kita pastikan bahawa pelajar kita tidak akan ponteng dan imej baru yang terbentuk ialah pelajar kita mempunyai peratusan kehadiran yang tinggi dan tiada ponteng. Seterusnya ini akan membawa maksud pelajar kita adalah pelajar yang berdisiplin.

Slogan atau visi begini adalah mudah dan jelas kepada semua orang. Mudah kerana setiap warga sekolah tahu apakah imej lama atau kelemahan yang ada kepada mereka selama ini dan apabila mereka mampu mengubahnya kepada sesuatu yang sebaliknya, maka visi itu telah tercapai.

Untuk menentukan langkah - langkah atau tindakan untuk mencapainya juga adalah mudah. Ini kerana isu atau imej baru yang ingin dibina itu, jelas sekali kepada mereka. Oleh itu, kita hanya perlu memastikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mesti dipatuhi dan difahami oleh semua warga sekolah.

Melalui cara ini , kita dapat mengenalpasti dan mengatasi semua masalah atau isu yang wujud di sekolah berkenaan.

Contoh:

Imej Lama                                                                                     Imej Baru                                        

1. Prestasi Akademik Rendah/ Tiada Peningkatan                    Prestasi Tinggi/ Meningkat
2. Kes Ketidakhadiran pelajar Tinggi                                       Ponteng Sifar
3. Zon Selesa                                                                          Guru dan staf rajin/ berdedikasi
4. Persekitaran sekolah tidak ceria                                           Persekitaran cantik
5. Vandalisme                                                                          Tiada vandalisme

Melalui senarai yang dinyatakan tadi, maka bolehlah dirangkakan apakah tindakan yang mesti diambil terhadap setiap isu dan masalah tadi. Kita juga mudah untuk membuat semakan dan pemantauan terhadap pencapaian penyelesaian terhadap setiap masalah dan isu tersebut.

Alhamdulillah, sehingga kita, setiap warga didapati mudah menerimanya dan telah menunjukkan pencapaian yang hebat di dalam pembinaan imej baru tersebut.







Thursday, June 19, 2014

KESAN PEMBANGUNAN LEBUHRAYA LINGKARAN SELATAN KEPADA SMKTTJ , 17 JUN 2014

Pembangunan memanglah sesuatu yang kita kehendaki. Apatah lagi , pembangunan yang memang dapat memenuhi keperluan dan memudahkan kita dan orang ramai. Pembangunan juga menunjukkan kemajuan yang dicapai.  Pembangunan yang dijalankan juga, walaupun manfaat langsungnya kurang dapat kita nikmati, namun ia menimbulkan kegembiraan dan rasa bangga kita sebagai rakyat.

Hasrat kerajaan memang baik. Namun, cacatnya datang daripada perlaksanaannya. Lebih malang lagi, apabila kegagalan perlaksanaan itu memberikan kesan kepada pihak lain. Pihak lain yang menanggung kesannya.

Inilah yang berlaku di SMK Taman Tuanku Jaafar ini.  Pembinaan Lebuhraya Lingkaran Selatan yang berhampiran sekolah telah menjadikan pemandangan sekolah ini bertambah cantik dengan pemandangan yang indah. Pemandangan ke arah Stesyen LRT Sungai Gadut dan laluan keretapi utara selatan secara tidak langsung telah memperkenalkan SMKTTJ kepada umum.


Namun, pembangunan ini juga telah menyebabkan tebing sekolah runtuh dan longkang di padang sekolah yang pecah. Sementara itu, pagar sekolah yang berhampiran dengan tapak pembangunan itu juga sudah mulai condong dan menanti masa untuk rebah.

Keadaan ini adalah berpunca daripada pemotongan tebing yang terlalu hampir dengan sudut potongan yang terlalu tajam. Tebing yang bersebelahan dengan  SJK (T) ladang Seremban itu juga telah mula roboh. Nasib baik jugalah apabila musim panas akibat el Nino ini , membantu sedikit daripada keadaan menjadi bertambah teruk. Namun, tidak dapatlah dibayangkan jika hujan lebat turun dalam beberapa hari ini..

Saya  kira pihak berwajib terutama yang berkaitan dengan pembangunan ini perlu memantau dengan lebih kerap dan memastikan agar pihak kontraktor ini mematuhi segala peraturan dan spesifikasi di dalam pembangunan itu. Pada kontraktor -kontraktor ini memanglah keuntungan menjadi keutamaan , namun, keselamatan dan keselesaan para pelajar dan warga sekolah juga perlulah difikirkan.

Bagi pengurusan sekolah , isu-isu begini memanglah sesuatu yang memeningkan dan menambah beban masalah yang sedia ada.




https://www.facebook.com/photo.php?fbid=887447307948432&l=b338e6f75d








VIDEO SARANA SMKTTJ SEMPENA MESYUARAT PELAPORAN PENCAPAIAN TAHUNAN PPPM , KPM , 13 JUN 204

https://www.facebook.com/photo.php?v=886685361357960&l=3667999586364463947

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...