SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, December 1, 2009

2010-'LONJAKKAN KECEMERLANGAN




Sejak 2008, kita telah memulakan slogan sekolah dengan "KITA MEMANG HEBAT'. Rasionalnya ialah supaya semua warga sekolah dan masyarakat khususnya di Jelai ini sedar akan kehebatan yang ada di SMK Jelai Felda. Kalau selama ini kita didedahkan dengan isu sosial yang seringkali menjejaskan nama sekolah kita, diharapkan pada 2008 dahulu, kita dapat membuka mat setiap warga sekolah bahawa disebalik masalah kecil yang diwar-warkan, hakikatnya kita punyai kehebatan yang jauh lebih besar berbanding sesetengah sekolah. Oleh itu kita harus berbangga dan berasa megah bahawa kita sebenarnya berada di sebuah sekolah yang hebat! Sekadar menyebut beberapa kehebatan:
Johan PSS Negeri Sembilan 2004, 2005, dan bertanding di peringkat kebangsaan. Naib johan Thinkquest Kebangsaan 2007 dan Second Best Coach 2007;

Oleh itu, pada tahun 2009, kita mengajak seluruh warga sekolah dan masyarakat agar "BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN', iaitu dengan cara mengembleng seluruh kekuatan yang ada dengan sokongan semua pihak untuk kita mencipta kecemerlangan. Ini kerana kita percaya "Kecemerlngan akan melahirkan beberapa kecemerlaangan lain" dan "Kecemerlangan akan menutup kegagalan yang ada'. Ini kerana kita yakin, kita sukar untuk menutup mulut orang daripada memperkatakan kelemahan kita. Apa yang boleh kita lakukan ialah terus mencipta kebaikan dan kejayaan. Secara tidak langsung orang akan lebih menumpukan perhatian kepada isu kejayaan tersebut. Usaha ini sudah seharusnya datang daripada semua pihak, guru, staf, pelajar , ibubapa, PPD, JPNS , Jemaah Nazir dan seluruh anggota masyarakat khususnya di Felda Jelai ini. Oleh itu, komitmen dan usaha gigih perlu dilakukan dan dilakukan dengan CEPAT dan LUARBIASA!

Hakikatnya , kita telah berjaya melaksanakan strategi berkenaan. Beberapa kejayaan telah dicapai pada tahun 2009 ini antaranya:

1. Johan Olahraga MMSDT 2009 dengan rekod 39 emas!
2. 5 atlet disenaraikan untuk ke SUKMA 2010
3. 6 atlet ke Kejohanan Olahraga Mini Olimpik (Kebangsaan)
4. 5 Atlet ke Kejohanan Terbuka Malaysia 2009 ( Antarabangsa)
5. Johan ThinkQuest Kebangsaan 2009
6. Best Coach Kebangsaan ThinkQuest 2009
7. Johan NMakmal Komputer Terbaik Negeri Sembilan 2009
8. 10 Anugerah Kecemerlangan PPD Tampin 2009
9. 6 guru Cemerlang (GC)- Jumlah Teramai di Tampin 2009
10. Program BADAR dengan kerjasama Masjid di sekitar Jelai Felda
11. Program bersama 6 NGO Kebangsaan termasuk MUSLIM AID ASIA
12. Program bersama JPW Jelai Felda- baca Yasin, solat Hajat, solat Dhuha setiap jumaat dan musim peperiksaan PMR/SPM
13. Program Marhaban bersama JPW Jelai 2
14. Koloberasi bersama Lakeland High school Australia dalam program ThuinkQuest.
15. Kursus Laman Blog bersama MUSLIM AID
16. Kursus Aprisiasi Seni bersama PERIMU- Persatuan Pencinta Seni Malaysia

Banyak lagi kejayaan yang telah dicapai melalui usaha bersama menjana kecemerlangan ini.

Oleh itu, wajarlah rasanya kita menjadikan tahun 2010 ini sebagai tahun kita mencipta kejayaan lebih besar! Ini bermaksud kita harus tingkatkan pencapaian ke tahap tertinggi, dalam semua bidang dan KITA BUAT KEJUTAN! Sasaran kita sudah pastilah dalam bidang akademik!

Dan , kita berdoa dan sama-sama kita lonjakkan kecemerlangan kita pada tahun ini dengan menjadi SEKOLAH CEMERLANG...

Saya yakin, semua warga SMK Jelai Felda sudah bersedia melakukannya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...