SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, December 3, 2009

MESYUARAT REFLEKSI PENGETUA NEGERI SEMBILAN

Mesyuarat refleksi pengetua dan Pengarah JPNS berlangsung di Hotel Naza , Melaka pada 2 -4 Disember 2009. Program pada kali ini dipenuhi dengan taklimat dan penerangan mengenai perkembangan semasa dan prospek pada tahun hadapan 2010 yang lebih mencabar!

Seperkara yang nyata, terdapat banyak perubahan yang terpaksa dihadapi. Antaranya ialah:

1. Pemotongan sehingga 60% peruntukan daripada KPM terhadap peruntukan pada tahun
hadapan.
2. Ketiadaan peruntukan untuk naik taraf bagi pembangunan sekolah. Hanya melibatkan peruntukan pembaikan kecil.
3. Pemotongan peruntukan untuk perjalanan keluar pegawai-pegawai untuk aktiviti luar dan mesyuaarat.
4. Pembayaran utiliti akan ditanggung sendiri oleh pihak sekolah dengan menggunakan peruntukan yang ada.
5. Pengembalian semula Bayaran Tambahan (wajib) yang sebelum ini dihapuskan pada tahun hadapan. Ini bermakna ibu bapa wajib menjelaskan bayaran ini di samping sumbangan PIBG dan bayaran-bayaran lain . Justeru itu, kutipan bayaran ini akan menjadi kewajiban bagi semua sekolah. Kegagalan akan menyebabkan sekolah dikenakan tindakan atau audir bersyarat.

Apa yang nyata, kita harus bersedia memulakan langkah-langkah penjimatan. Beberapa langkah penjimatan harus dilaksanakan. Antaranya;

1. Penggunaan pendingin udara dihadkan bermula jam 9 pagi
2. Bilangan keluar pegawai untuk aktiviti luar akan dikurangkan. Kemungkinan ada
pegawai yang akan menjalankn beberapa tanggungjawab untuk beberapa kerja dan
tugasan.
3. Perolehan berdasarkan keperluan dan keutamaan sahaja.
4. Penumpuan kepada program dalaman sekolah
5. Fokus kepada program kecemerlangan di sekolah terutamanya yang berkaitan dengan
akademik.

Bagi semua warga SMK Jelai Felda, kita harus bersikap terbuka dan berlapang dada dan menerima perubahan ini dengan ikhlas. Kita juga berdoa agar, ekonomi negara akan bertambah baik agar kita akan menikmati semula kemudahan seperti sediakala. Namun yang nyata, walau bagaimana keadaan dan rintangan yang ada, kita tidak boleh lupa akan tanggungjawab kita dalam mendidik anak bangsa. Pendidikan anak-anak kita di Jelai tidak harus terganggu atau terkurang sedikitpun demi masa depan merekaru itu, kit. Justea harus memikirkan cara terbaik untuk kita menyediakan kemudahan terbaik agar anak-anak kita mendapat pendidikan yang maksimum!

Ibubapa juga , harus sedar akan tanggungjawab mereka untuk membantu sekolah dalam menyokong segala dasar KPM ini demi memastikan kejayaan anak -anak mereka. Pembayaran yuran pada AWAL TAHUN dan SEPENUHNYA sudah pasti akan membantu pihak sekolah dalam segala perancangan yang akan dilakukan.

Namun, seperti kata Tuan Hj. Azam Md. Atan, YDP PKPSM Kebangsaan, kita jangan mudah panik, berbelanja mengikut kemampuan kita dan berusaha mencari alternatif lain agar pendidikan anak-anak kita tidak terjejas!

Suatu berita baik yang diterima ialah, pengesahan oleh Tuan Ketua Sektor Jaminan Kualiti , Pn. Hjh Kalsom, bahawa nama SMK Jelai Felda DISENARAIKAN sebagai calon Anugerah Sekolah Cemerlang, mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas buat semua warga sekolah khususnya para guru, staf dan pelajar serta komuniti yang telah membantu kejayaan ini.

Oleh itu, kita mesti mula berusaha dari sekarang untuk menhadapi cabaran-cabaran ini! Kita yakin, seluruh warga SMK Jelai Felda , sekali lagi akan membuktikan bahawa KITA MEMANG HEBAT! AYUH!.... KITA BUKTIKAN...

6 comments:

Anonymous said...

saya tertarik dengan langkah ke-6 tersebut - meningkatkan kecemerlangan akademik. Panitia saya memang menetapkan sasaran mulai 2010, 100% kelulusan SPM Ekonomi Asas.

Tuntas said...

Syabas Encik Eaizan. Idea peningkatan kecemerlangan akademik ini boleh dikongsi bersama rakan.Panitia kena fikir kaedah menarik minat pelajar terhadap subjek dan meningkatkan pencapaian mereka. Cikgu tentu ada idea untuk dikongsi bersama..

Anonymous said...

Panitia Ekonomi Asas telah merancang 7 program peningkatan akademik pada tahun 2010. Semua draf kertas kerjanya telah disiapkan. Program pertama - Orientasi Ekonomi Asas- bagi pelajar tingkatan 4 yang mengambil ekonomi asas pada 2010 akan dijalankan pada minggu ke-2 persekolahan 2010. Kerana didapati ada kesan positif kepada pencapaian prinsip perakaunan pelajar tingkatan 4 UiTM/2009 apabila mereka didedahkan lebih awal gambaran keseluruhan mata pelajaran,teknik belajar dan prospek mata pelajaran tersebut.

omar said...

Bagus idea dan perancangan tu. Memang benar, pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar, menjawab soalan dan guna subjek itu dalam hidup mereka. Jadi mereka taklah meraba sepanjang tahun.Kalau betul caranya insyaAllah, pelajar pasti akan mudah menerima dan memahaminya.

omar said...

Bagus idea dan perancangan tu. Memang benar, pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar, menjawab soalan dan guna subjek itu dalam hidup mereka. Jadi mereka taklah meraba sepanjang tahun.Kalau betul caranya insyaAllah, pelajar pasti akan mudah menerima dan memahaminya.

omar said...

Bagus idea dan perancangan tu. Memang benar, pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar, menjawab soalan dan guna subjek itu dalam hidup mereka. Jadi mereka taklah meraba sepanjang tahun.Kalau betul caranya insyaAllah, pelajar pasti akan mudah menerima dan memahaminya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...