SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, September 26, 2011

SEKITAR MAJLIS JALINAN MESRA AIDIL FITRI SMKTTJ 2011
















PADA 23 SEPTEMBER 2011, yang lalu, bertempat di ruang legar dan Dataran Cendiakawan , berlangsunglah Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri SMK TTJ bagi sessi 2011. Majlis seperti ini dimaklumkan adalah yang julung kali diadakan melibatkan seluruh pelajar, guru, staf, kakitangan swasta dan masyarakat setempat yang melibatkan AJK Masjid Taman Tuanku Jaafar, AJK Surau Assobirin, Taman Tuanku Jaafar , wakil Kolej INTI, Nilai, Polis Senawang (Cif Inspektor Jusman), dan wakil PIBG, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Wanita Malaysia, Tunku Eli, Encik SMith dan Puan Fang dari FAM dan ramai lagi. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Rembau iaitu, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sambutan amat menggalakkan. Kehadiran pelajar yang pada awalnya dijangkakan seramai 500 orang sahaja, telah bertambah menjadi lebih daripada 1000 orang. Antara faktor yang mendorong pertambahan ini adalah berita mengenai kehadiran YB Khairy Jamaluddin, yang menjadi daya penarik dan mendapat sambutan yang paling hangat pada hari berkenaan.

Makanan pada hari ini telah disumbangkan oleh para guru , prelajar dan PIBG serta kantin sekolah.

Acara yang bermula sekitar jam 10 pagi, iaitu dengan kehadiran YB Khairy Jamaluddin . YB Khairy juga telah bersetuju untuk menyampaikan sedikit motivasi peraangsang sebelum menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar, khusunya pelajar SPM dan PMR. Sikap 'sporting' beliau yang sanggup berucap di tengah panas di astaka bersama-sama pelajar yang tekun mendengar di tengah -tengah panas, ternyata menarik perhatian pelajar.

Setelah selamat menjamu selera dengan hidangan yang enak, beliau juga telah sudi bergambar beramai-ramai di dataran untuk kenang-kenangan. Ternyata sambutan pada kali ini amat meria.h dan berjaya mencapai matlamat.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk selain sebagai menyambut perayaan aidil fitri , ia juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan mesra dan ukhwah sesama warga sekolah daripada segenap lapisan dan masyarakat setempat. Pada hari ini lah kita dapat bermesra dan bergembira , dengan melupakan sejenak tugas dan beban kerja yang berat , untuk sama -sama bergembira. Ternyata setiap warga sekolah berada di dalam suasana yang riang dan gembira. Hubungan beginilah yang sentiasa menjadi harapan pihak sekolah. Kita boleh berjaya dengan kesatuan dan kesepaduan jiwa untuk kita sama-sama mengorak langkah ke arah kecemerlangan. Kita tidak akan boleh maju dan cemerlang jika kita sentiasa di dalam perasaan curiga dan bersikap 'seperti enau di dalam belukar'. Hanya denga perpaduan dan jalinan mesralah kita mampu menjadi kuasa pencabar kejayaan di samping sekolah-sekolah lain.

Kita berharap program ini akan berterusan dan menjadi salah satu tradisi kecemerlangan di SMK TTJ...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 16, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN TTJFC (SMKTTJ) DENGAN KL INTERNATIONAL SCHOOL














Perlawanan Persahabatan antara SMKTTJ dengan KL International School berlangsung di Kuala Lumpur pada hari sabtu , 12 Oktober 2011 yang lalu. Pemergian pasukan ini diiringi oleh Puan Yusrina Hanim , Penolong Pengurus pasukan Bolasepak Perempuan SMKTTJ.

Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan untuk menghadapi perlawanan yang lebih besar lagi selepas ini, selepas balik daripada Kejohanan Piala Gothia di Sweden tempohari. Ia juga sebagai persediaan awal untuk menghadapi perlawanan persahabatan pada hari sabtu ini, 17 September 2011, di SMKTTJ akan menjadi tuan rumah.

Bagi tahun 2011 nanti, pasukan bolasepak perempuan SMKTTJ telah merancang beberapa program ke arah memantapkan lagi pasukan. Selain beberapa siri perlawanan persahabatan yang akan diteruskan, aktiviti lain adalah seperti:

1. Talent ID pada hujung bukan September ini
2. Kejohanan Futsal SMKTTJ pada Oktober 2011
3. Fitness Test pada disember 2011
4. Lawatan ke Sekolah Sukan luar negara ( dijangkakan Singapura) Januari 2012
5. Pelancaran Skim Insentif Kecemerlangan Sukan 2012
6. Pemasangan Papan Tanda Projek Bolasepak Perempuan SMKTTJ di padang sekolah (
Menghala ke Stesen Komuter Sg. Gadut

Semoga dengan inisiatif yang dilakukan ini , ia akan dapat menyemarakkan minat pelajar terhadap sukan khususnya bolasepak. Kepada pelajar, rebutlah peluang ini untuk sama-sama mengangkat nama sekolah kita ke tahap tertinggi..InsyaAllah..


3.

Kunjungan Raya ke Rumah Pengetua





Kunjungan beberapa orang guru bersama keluarga masing-masing memang sesuatu yang menggembirakan. Kehadiran mereka bersama anak-anak menjadikan suasana amat meriah. kesempatan ini memberi peluang kita bertemu dan berbual mesra dan berbual berkaitan keuarga dan perkara yang luar daripada tugas di sekolah. Lebih daripada 20 orang guru bersama kaum keluarga hadir. Bagi pihak keluarga , pengetua mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian guru-guru dan keluarga hadir. Moga-moga hubungan kekeluargaan SMK TTJ akan bertambah erat dan berterusan.

raya di sana sini







Alhamdulillah...dalam kesibukan urusan sekolah, sempat jugalah pengetua melakukan ziarah hari raya aidil fitri ke 2 buah rumah guru SMKTTJ pada 13 September 2011 yang lalu. Kedua-dua rumah itu ialah rumah Puan Shara'ayah dan Puan Mastura Walaupun agak terlewat daripada rombongan guru-guru lain, tetapi alhamdulillah, sempat juga hadir.

Hidangan makanan memang enak dan menyelerakan. Apalagi, perutpun belum diisi dengan makanan. Didoakan moga-moga kedua-dua mereka bertambah rezeki dan diberikan kelapangan dan kesihatan sepanjang hayat. Begitu jugalah dengan rakan-rakan guru yang sempat menziarahi mereka...

Kunjungan pada hari-hari perayaan sebegini memangnya membawa banyak kelebihan dan kebaikan. Pada hari ini , kita semua adalah sama dengan status rakan sekerja dan tidak dipisahkan dengan kedudukan dan jawatan. inilah menifestasi prinsip kerja yang selama ini dipegang iaitu, 'Kerja is kerja, Kawan is Kawan'. Dalam kerja, kita bekerja mengikut tugas dan peranan yang diberikan , namun di dalam majlis dan perhubungan di luar waktu kerja, kita adalah kawan dan rakan sekerja...

InsyaAllah , pihak sekolah juga akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya

KEGANASAN ISRAEL....



Di dalam kegembiraan menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu , kita tidak harus lupa dengan penderitaan , kesengsaraan dan perjuangann rakyat Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanahair mereka dan mendapatkan kedaulatan mereka. Kehidupan mereka sentiasa diancam dengan maut dan kerakusan rejim Israel.

Bersyukurlah kita semua dapat hidup di dalam negara yang aman damai ini dan jauh daripada kesengsaraan dan kekejaman. Cara yang wajar kita lakukan bagi menzahirkan kesyukuran ini adalah dengan menjaga perpaduaan dan keharmonian kita semua dengan mengelakkan diri daripada melakukan kezaliman dan perkara yang mampu menggugat keharmonian kita semua.

Bagi para pelajar gunakan ketenteraman negara kita ini untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pelajar. Sedarlah bahawa ribuan anak-anak Palestin yang menangis setiap hari kerana tidak dapat pergi ke sekolah untuk belajar dan terpaksa mengambil risiko berhadapan dengan peluru rejim Israel semata-mata untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah. Pemergian mereka ke sekolah belum tentu akan menjamin mereka mampu pulang dengan selamat. Kesukaran ini belum lagi dilihat dengan persekitaran tempat belajar mereka yang terpaksa belajar di kemah-kemah yang sempit dan panas dan belajar dengan ketiadaan kemudahan asas seperti buku, meja, kerusi dan belajar di dalam udara panas. Namun , mereka tempuhi semua ini dengan satu tekad untuk menimba ilmu dan menjadi generasi terpelajar yang mampu membela tanahair mereka kelak.

Berbanding dengan sikap kita. Kita dilimpahi dengan kemewahan dan kesenangan, namun masih ada yang tidak mahu ke sekolah. Kalu hadir pun, lebih suka bermain-main dan tidak serius semasa berada di dalam kelas. Kemudahan yang ada, kerap dirosakkan dan dikotori, kerana kita menanggap semua itu bukan harta kita. Kita sudah terlalu dimanjakan dan dimewahkan..,!

Bagi perlajar SMKTaman Tuanku Jaafar...bukalah mata dan fikiran dan hati anda...lihat kesengsaraan anak-anak Palestin dan mereka yang dihimpit kesusahan di serata dunia ini..Betapa beruntungnya kita berbanding mereka...Namun..Apakah kita pernak bersyukur di atas nikmat Allah ini... Ingatlah segala nikmat ini adalah milik Allah..dan Allah berhak menariknya semula...

Justeru itu, kita menyeru agar semua warga SMKTTJ memberikan kerjasama di dalam usaha membantu rakyat tertindas di serata dunia ini. Alhamdulillah, permulaan pertama, telah kita lakukan pada 22 Ogos 2011 yang lalu, dengan kita menyumbang kepada rakyat Palestin melalui NGO Aqsa Syarif... InsyaAllah selepas ini mungkin kita akan menyumbang pula kepada penderitaan rakyat Somalia yang dihimpit kebuluran ketika ini. InsyaAllah..

Tuesday, September 13, 2011

MESYUARAT PEMBANGUNAN SUKAN SMK TAMAN TUANKU JAAFAR



Rabu, 10 Ogos 2011
Tempat : Balai Konferensi, SMK Taman Tuanku Jaafar
Masa : 12.00 tengahari


Mesyuarat Pembangunan Sukan SMK Taman Tuanku Jaafar telah dijalankan dimana ia dihadiri oleh Tuan Pengetua - Tuan Omar bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum -Pn. Hjh. Zainab bt Nasir dan barisan guru-guru penasihat beberapa sukan dan permainan di SMK Taman Tuanku Jaafar.

Mesyuarat ini diadakan khusus bagi membincangkan program yang dirancang bagi membangunkan beberapa sukan yang berpotensi besar untuk dipertingkatkan pencapaian sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara sukan dan permainan yang dipilih adalah Bola Sepak Lelaki dan Perempuan, Bola Baling, Olahraga dan Softball. Dalam mesyuarat ini, kesemua barisan guru penasihat bola sepak perempuan iaitu Pn M. Moganambal, Pn. Siti Khatijah Ramli, Pn. Yusrina Hanim Mohd Yunus, Cik Siti Nur Atikah Abdul Padzil dan Cik Nur Zafirah Shafie turut hadir.

Melalui mesyuarat ini juga, Tuan Pengetua telah menzahirkan harapan yang sangat tinggi terhadap pasukan bola sepak perempuan dan mahukan pasukan ini berkembang serta terus mencapai kejayaan. Beliau turut memberikan sokongan yang cukup kuat kepada barisan pengurusan pasukan dan mencadangkan beberapa program tambahan bagi meningkatkan pencapaian pasukan pada masa akan datang.

Beberapa program telah dirancang untuk diadakan. Diantaranya adalah Talent ID – Futsal ( Sekolah Rendah, Pertandingan Futsal Peringkat Sekolah, Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Sekolah-sekolah Jemputan, Lawatan / Suai Mesra- Luar Negara, Pembangunan Akademik dan Stamina, Program Ramah Mesra Bersama Skuad Negeri Sembilan dan Kelas Projek Bola Sepak.

Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Perempuan SMKTTJ juga telah ditubuhkan seperti berikut :

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Tuan Omar bin Ahmad ( Pengetua )
Naib Pengerusi : Puan Hjh. Zainab bt Mohd Nasir ( GPK Koko )
Penyelaras : Puan Moganambal a/p Munusamy
Penyelaras : Puan Siti Khatijah bt Ramli
Setiausaha : Puan Yusrina Hanim bt Mohd Yunus
Pen. Setiausaha : Cik Siti Nurul Atikah bt Abdul Padzil
Bendahari : Cik Nur Zafirah bt Shafie
Jurulatih : Encik Smith M. Ampuling
Pen. Jurulatih : Puan Zhang

Jawatankuasa Kecil :

Kebajikan : Puan Moganambal a/p Munusamy
Fizikal Instructor / Fitness : Puan Siti Khatijah bt Ramli
Blog / Dokumentasi / Foto : Puan Yusrina Hanim bt Mohd Yunus
Latihan : Cik Siti Nurul Atikah bt Abdul Padzil
Akademik : Cik Nur Zafirah bt Shafie


Dicatat oleh BOLA SEPAK PEREMPUAN SMKTTJ di 10:23 PM 0 ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...