SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, October 14, 2014

HARI GRADUASI SMKTTJ , ALLSON KLANA, 9 OKT 2014

Alhamdulillah... Majlis Graduasi 2014 SMKTTJ telah selamat disempurnakan pada hari di dalam suasana  yang paling hebat dan penuh tertib!

Seperti yang dinyatakan oleh VVIP kita iaitu Prof. Datuk Dr Asin Bin Dollah, TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, "Sekolah telah berjaya menganjurkan Majlis Graduasi yang cemerlang dan penuh tertib sepertimana majlis Graduasi di IPTA".

Tahniah dan sekalung penghargaan dan syabas! kepada penyelaras program iaitu Puan Faridah jaafar dan Jawatankuasa Hari Graduasi SMKTTJ kali ke 3 2014, yang telah mencipta sejarah sebagai penganjuran majlis yang paling sempurna daripada edisi-edisi sebelum ini.

 Majlis telah berjalan dengan penuh disiplin, teratur dan lengkap dan sempurna. Inilah kualiti dan benchmark yang perlu dijadikan KPI bagi semua acara yang dianjurkan oleh sekolah.

Majlis Graduasi kali ke 3 2014 ini telah diadakan di Allson Klana Resort, Seremban. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang telah disempurnakan perasmiannya oleh Prof. Datuk Dr. Asin Bin Dollah, TNC hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Islam  Malaysia, Nilai.

Turut hadir pada majlis yang gilang gemilang ini ialah Ketua sektor Akademik JPNS, iaitu Puan Radziah, Wakil PPD Seremban, Puan Noraishah, YDP PIBG , Dato Nordin Mohamad, Penasihat Sarana SMKTTJ Datin Hajah khalijah Abd. Hamid, Pengerusi Sarana, Puan Hajah Siti Amrah binti Maulud, Ajk Sarana dan PIBG serta wakil -wakil daripada MSU dan Cosmopint Seremban.
Tradisi Graduasi yang telah berjalan untuk tahun yang ke 3 telah menunjukkan tahap  kesempurnaan yang tinggi. Perjalanan Graduasi dan pengurusan pada tahun ini amat baik dan sempurna. Sekalung tahniah kepada jawatankuasa graduasi yang diketuai oleh Ketua Bidang Bahasa, Puan Faridah Jaafar dan rakan-rakan yang telah menunjukkan kualiti pengurusan yang hebat.





HARI KUALITI & ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKTTJ 2014-27 SEPT 2014












LAWATAN BENCHMARK KEMENTERIAN PENDIDIKAN BHUTAN DAN UNESCO KE SMKTTJ -3 OKTOBER 2014









Saturday, September 6, 2014

MR. RAI...SUMBANGAN KOMUNITI KEPADA SARANA SMKTTJ...

 ALHAMDULILLAH.....

Kejayaan program Sarana di SMKTTJ benar-benar telah membawa rahmat yang besar...

Seperti yang pernah saya katakan di dalam ceramah-ceramah saya di sekolah-sekolah berkaitan Sarana, bahawa program Sarana  ini adalah suatu rahmat dan bukannya bebanan.

Kejayaan Sarana SMKTTJ sudah banyak membawa rahmat. Selain membawa PIBG SMKTTJ memenangi Johan PIBG Cemerlang Kebangsaan Kategori Terbaik Sekolah Menengah , ia juga telah menarik minat banyak pihak untuk membantu sekolah.

Mr. Rai , merupakan salah satu bukti rahmat yang dikurniakan Allah kepada kejayaan program Sarana ini. Beliau yang merupakan bekas guru  saya  yang pernah mengajar Sekolah Menengah Sains  Negeri sembilan (STJ), telah menawarkan diri untuk membantu guru dan pelajar sekolah ini di dalam bidang matematik secara sukarela.

Beliau yang mendapat tahu mengenai saya di SMKTTJ melalui televisyen (Program TV3) telah datang dan menawarkan dirinya.

Melalui pengalaman luasnya didapati para pelajar amat mudah memahami pengajaran beliau. Para pelajar telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran matematik dan mudah memahami pengajaran beliau.

Semasa sessi pengajaran, guru subjek kelas berkenaan turut bersama dan dapat belajar mengenai kaedah pengajaran yang ditunjukkan oleh beliau. Ternyata banyak pengalaman baru dan kaedah pengajaran matematih yang dapat dipelajari oleh para pelajar dan guru berkenaan.


Mr. Rai juga tidak lokek dengan ilmu yang beliau miliki. Selepas setiap satu sessi pengajaran beliau akan memastikan guru subjek matematik di kelas berkenaan mesti hadir dan berbincang berkaitan kaedah pengajaran yang ditunjukkan.

Keistimewaan Mr. rai adalah , beliau kerap menggunakan bahan dan sumber sekitar kelas dan diri beliau sebagai contoh bagi memudahkan pemahaman para pelajar. beliau juga banyak menyelitkan motivasi bagi menaikkan semangat para pelajar agar terus berminat untuk mengikuti mata pelajaran matematik.


 Apa yang sering ditekankan oleh beliau ialah, matematik bukanlah subjek yang sukar. Jika para pelajar dapat memahami dan menguasai asas dan konsep yang betul, mereka pasti boleh menjawab sebarang soalan yang dianggap sukar.

 Sekarang ini, Mr. Rai hadir ke sekolah hampir setiap hari! walaupun usia beliau sudah melepasi 70 tahun, namun semangat beliau untuk membantu para pelajar amat hebat..! saya amat kagum dengan beliau!

Beliau juga telah merancang untuk mengadakan program khas untuk pelajar tingkatan 4 sebaik habis peperiksaan SPM ini sebagai persiapan untuk SPM tahun hadapan. Beliau juga sanggup dan menawarkan diri untuk membantu guru-guru memahami kaedah pengajaran dengan lebih baik. Semangat beginilah yang perlu dicdontohi oleh semua guru dan para pelajar.
 Apabila ditanya kepada beliau: bagaimana dengan bayaran?


Beliau menjawab," Saya sudah kaya!. Saya tidak perlukan wang. Saya sudah ada 7000 lebih anak murid yang berijazah...!Saya hanya mahu membantu dan supaya hidup saya berkat..!

MasyaAllah...hebat guru ini!

Semoga Mr. Rai dipanjangkan usia lagi dan diberikan kekuatan untuk terus berbakti...


Saya menawarkan kepada beliau untuk mernjadi Partner Sarana SMKTTJ seumur hidup!...


LAWATAN YB GHAZALI MENINJAU TANAH MENDAP.- BUKTI KEHEBATAN SARANA SMKTTJ- 4 SEPT 2014

 ALHAMDULILLAH ....

Bukti kehebatan Program Sarana seperti yang dihasratkan oleh KPM...Melalui program terkini , "Sekolah Milik Komuniti" , iaitu lanjutan daripada Program Sarana yang dijalankan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, iaitu Elemen ke 11, Penglibatan komuniti, Swasta dan Ibubapa dalam membantu Program sekolah ( SARANA), terbukti dapat dijayakan di SMKTTJ..

Bermula dengan wassapp yang saya hantar melalui group PIBG& Sarana SMKTTJ mengenai tanah mendap di hujung padang, berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan YB Ghazali , ADUN Paroi, yang begitu perihatin dan turun padang untuk meninjau sendiri keadaan tersebut.

 Kehadiran beliau ini juga adalah hasil tindakan pantas ibu-ibu Sarana yang menghantar ke group DUN Paroi serta penglibatan KRT Fasa 3 yang diketuai oleh Encik Rosli yang membawa perkara ini ke pengetahuan YB Ghazali.


Kehadiran beliau juga membawa bersama pegawai daripada Majlis Perbandaran Nilai bagi menilai keadaan tersebut dan diharapkan akan ada tindakan segera diambil sebelum keadaan menjadi parah lagi.

Sebenarnya inilah kejayaan Sarana yang seharusnya menjadi contoh dan membuktikan kenapa program ini seharusnya disokong dan dilaksanakan dengan cemerlang di semua sekolah. Dengan kemampuan sekolah yang terbatas di dalam mengatasi masalah yang melibatkan pihak luar, maka, bantuan dan pertolongan pihak komuniti amat-amat diperlukan.

Hal ini sudah tentulah memudahkan pihak sekolah . Sekurang-kurangnya masalah seperti ini dikongsi dan dihaayati bersama oleh masyarakat. Semoga dengan penglibatan mereka ini akan membantu masyarakat memahami suasana dan masalah sekolah di dalam mendidik anak-anak mereka.


Pertemuan dengan YB dan komuniti pada hari ini juga dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengemukakan beberapa isu lain yang dihadapi di sekolah ini. 

Perbincangan mengenai hal- hal sekolah disambung lagi di meja sarapan pagi selepas lawatan di padang.

 Antara isu yang dibangkitkan adalah 

1. Penglibatan ibubapa dan komuniti dalam Sarana Smkttj
2. Kemudahan untuk pelajar sekolah yang masih dalam permohonan
3. Masalah keselamatan dan lalulintas di hadapan pagar sekolah semasa pagi dan balik sekolah.
4. Isu ponteng sekolah dan tindakan komuniti di sekitar ttj
5. Isu tong sampah dan masalah pelupusan sampah di sekolah


Nampaknya, YB Ghazali juga menunjukkan komitmen dan minat yang mendalam untuk membantu menyelesaikan segala yang berkaitan. Beliau juga mencadangkan agar diadakan satu mesyuarat khas bersama semua agensi terbabit dan komuniti setempat untuk menyelesaikan segala masalah yang ditimbulkan oleh Tuan Pengetua. beliau juga telah menyatakan persetujuan awal untuk hadir dan mempengerusikan mesyuarat berkenaan demi keselamatan dan keselesaan para pelajar sekolah .



Alhamdulillah, nampak ramai pihak yang amat perihatin dan mahu membantu. Diharapkan segala usaha ini dipermudahkan.

Terima kasih kepada YB Paroi, ahli dan pengerusi KRT TTJ dan pegawai MPN yang hadir serta Pn. Ibah yang banyak membantu.








Monday, August 18, 2014

INILAH KEHEBATAN SARANA SMKTTJ....KERJASAMA IBUBAPA DAN KOMUNITI- 15 OGOS 2014



Inilah kehebatan program Sarana di SMKTTJ...


Masalah dikongsi bersama dan diselesaikan bersama...


Ibubapa dan komuniti membantu menyelesaikan masalah sekolah dengan menggunakan networking masing-masing dan kepakaran dan kemampuan masing-masing. inilah antara intipati di dalam Sarana.


Benarlah seperti apa yang sering kita nyatakan, "SARANA MEMBUAKA RUANG, MENCIPTA PELUANG"


Omar Ahamad's photo.
Sekurang-kurangnya , ruang untuk kita saling memahami dan mengatasi masalah secara bersama dan menghayati masalah dan cabaran yang ada di sekolah. Tanpa ibubapa melibatkan diri secara terus di dalam hal-hal begini,


 Bagaimana mungkin ibubapa dan komuniti dapat menghayati dunia pendidikan dan liku -liku perjuangan guru-guru di sekolah yang sentiasa perihatin akan keperluan dan keselesaan anak-anak muridnya..Syabas! ibubapa dan komuniti Sarana SMKTTJ...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...