SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH





Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan iltizam dan kesungguhan kita untuk terus berjuang membela anak didik kita di SMK Jelai Felda.

Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya diallui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.

Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Mari kita dalami bait2 lagu Ma'al Hijrah di bawah:

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..

Bagi kita di SMK Jelai Felda , kita harus mengambil iktibar dan pengajaran daripada semangat hijrah untuk kita merubah pemikiran, perlakuan, sikap serta tindakan kita ke arah yang lebih baik. Islam sentiasa menggalakkan kita menuju kejayaan dan kecemerlangan. Mulakanlah perubahan ini. Mulakan di dalam setiap aspek kehidupan kita segera.

Dalam usaha kita untuk berubah, kita haruslah:

1. Menetapkan sasaran atau pencapaian yang kita inginkan.
2. Merangka strategi dan tindakan yang tepat, yang meninggalkan kesan / impak.
3. Memberikan komitmen/ pengorbanan untuk memastikan tindakan dan perancangan tadi
berjaya/ dapat dilaksanakan.
4. Melakukan 'dendaan kendiri' terhadap kegagalan melaksanakan tindakan tadi.

Hal ini sebenarnya sesuai dengan prinsip iman. Iman itu adalah sesuatu yang diniatkan, dilafazkan, dilakukan (perbuatannya). Oleh itu dalam mencipta kejayaan, kita haruslah lakukan perkara-perkara tadi . Niat, sebut dan amal.

Bagi warga SMK Jelai Felda, khususnya anak-anak didik, beranilah berubah ke arah yang lebih baik. Lihatlah kelemahan diri dan atasilah kelemahan tersebut.

Jika kurang rajin belajar, tingkatkan masa belajar
Jika kurang melakukan solat, cukupkan
Jika buruk akhlak diri, sucikan dengan amalan yang baik

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH...SEMOGA MENJADI INSAN MULIA DAN MENDAPAT KEBERKATAN HIDUP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...