SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, December 25, 2009

SURAU AL-HIDAYAH SMK JELAI FELDA...






ALHAMDULILLAH.. .Syukur ke hadrat Illahi...Surau kita telah berjaya mendapat peruntukan RM5000.00 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Sembilan. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Rizal Kemis di atas usahanya sehingga berjaya mendapatkan peruntukan itu. Ini merupakan satu menifestasi kreativiti dan personal vision yang ditunjukkan oleh beliau untuk melihat perubahan/ inovasi terhadap surau kita. Semoga ia menjadi contoh dan teladan kepada semua atas kepercayaan bersama iaitu, 'jika ada usaha, pasti ada kejayaan'.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh jawatankuasa suarau untuk mengimarahkan surau kita.Banyak usaha seperti:
1. program solat jemaah pada setiap waktu,
2. Qiamulail pada setiap hujung minggu
3. Program Baca Yasin dan solat Hajat pada setiap malam Jumaat
4. Tazkirah selepas solat
5. Baca Yasin, solat Hajat, Solat dhuha dan Tazkirah pada setiap pagi Jumaat
6. Program Khatam Al-Quran
7. Kelas Mengaji Al-Quran
8. Kelas Taranum -setiap petang Rabu
9. Program Ihya Ramadhan/ Solat Tarawih
10. Azan pada setiap waktu

Banyak program ini dilaksanakan sendiri oleh para pelajar dan guru terutamanya BADAR yang banyak membantu mengimarahkan surau. Pelbagai usaha pembangunan juga telah dilaksanakan di surau ini. Antaranya ialah:

1. Penyediaan air minuman (Air Yasin) di surau
2. Pemasangan LCD dan skrin
3. Penyediaan Komputer
4. Pemasangan langsir baru
5. Mengecat baru
6. Penyediaan bahan bacaan dan kitab
7. Penyediaan P.A System baru
8. Terkini..pemasangan Penyaman Udara

Diharapkan dengan peruntukan yang diperolehi ini, pelbagai aktiviti akan dapat dirancang oleh jawatankuasa surau untuk melaksanakan agenda kerohaniaan pelajar kita. Diharapkan juga surau ini akan lebih berperanan sebagai pusat aktiviti pendidikan pelajar, bukan hanya sebagai tempat melakukan solat sahaja. Diharapkan agar pelajar-pelajar menjadikan surau sebagai lokasi utama mereka disamping berasa selesa melakukan ibadat solat dan sebagainya di surau ini.Kecintaan pelajar terhadap amal ibadat dan sentiasa rindukan surau pasti akan memberikan keberkatan dan diharapkan hati pelajar akan terbuka ke arah mengukuhkan iman mereka. Ambillah peluang ini wahai anak-anak didik yang dikasihi...

Kepada ibu bapa dan masyarakat di Jelai , sudi-sudilah bersama dengan guru dan anak-anak di surau kita ini. Tahniah kepada JPW Jelai 2 yang turut serta dalam program setiap hari jumaat di surau ini. Diharapkan segala usaha ini akan berterusan demi memastikan anak-anak kita menjadi insan berguna kepada bangsa , agama dan negara...sudah pasti ..inilah harapan dan doa kita untuk setiap anak-anak kita...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...