SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, October 7, 2009

JPW JELAI FELDA SAMA-SAMA MENDOAKAN KEJAYAAN PELAJAR SMK JELAI FELDA

Buat pertama kalinya , pihak JPW Gugusan Jelai Felda telah mengadakan program baca yasin khusus untuk pelajar PMR sekolah ini di sepanjang minggu peperiksaan ini berjalan. Program yang diadakan di surau sekolah ini diadakan pada setiap pagi di sepanjang minggu peperiksaan ini berjalan. Seramai 15 kaum ibu yang amat perihatin ini telah sanggup meluangkan masa hadir membaca yasin sebagai memberi semangat kepada calon PMR di sekolah ini. Terima kasih kepada Ustaz Rizal dan Unit kaunseling sekolah yang telah bekerjasama membantu menjayakan program ini.

Semangat kaum ibu ini amat terpuji dan diharapkan akan diikuti oleh kaum bapa dan masyarakat selebihnya. Ini adalah bukti perpaduan yang wujud di antara sekolah dan komuniti. Diharapkan program seperti ini akan dapat diperbanyakkan dan melibatkan aktiviti-aktiviti lain juga.

Terharu juga apabila melihat seorang ibu yang menitiskan air matanya kerana terharu dan tersentuh dengan doa yang dibacakan oleh ustaz Rizal selepas tamat bacaan yasin!

MERANCANG KECEMERLANGAN OLAHRAGA DI JELAI FELDA...






Dalam usaha memantap dan mengekalkan pencapaian gemilang sukan olehraga di Jelai felda, khususnya di SMK Jelai Felda, suatu mesyuarat pembangunan olahraga peringkat zon Jelai Felda telah dijalankan pada pagi ini 7 Oktober 2009 , bertempat di Bilik Gerakan SMK Jelai Felda. Sasarannya ialah untuk merangka program melatih bakat-bakat olahraga di peringkat sekolah rendah, sebagai pelapis kepada skuad yang ada di sekolah menengah. Mesyuarat dihadiri oleh Encik Muslim Mohd. Din, Penyelia Sukan PPD Tampin, Pengetua SMK Jelai Felda, GPK Ko-Ku SMK Jelai Felda, Jurulatih MSN , Encik Azam, Guru Besar SK Jelai Felda 1,2 dan 3 serta Encik Chin Kee Sheng , Jurulatih SMK Jelai Felda.

Beberapa perancangan telah disusun , antaranya ialah:

1. Mengadakan 'uji bakat' kepada pelajar tahun 6 di ketiga-tiga sekolah berkenaan.
2. Latihan di SMK Jelai Felda bagi bakat-bakat yang terpilih
3. Mencungkil bakat olahraga di peringkat tahun 3,4, dan 5 bermula pada 2010.
4. Mengadakan kelas khas untuk olahraga di tingkatan 1 di SMK Jelai Felda.
5. Meneruskan skim insentif sedia ada
6. Mengadakan pendedahan kepada pelajar kepada kejohanan-kejohanan seperti MSSNS, MSSM. Terbuka Negeri, Terbuka Malaysia dan Antarbangsa
7. Mewujudkan identiti khusus pelajar olahraga di SMK Jelai Felda
8. Memantapkan program pemakanan atlit di SMK Jelai Felda
9. Melengkapkan perlatan, pakaian, dan kebajikan atlit
10. Mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk kemajuan kerjaya atlit selepas SPM

Kejayaan atlit SMK Jelai Felda telah terbukti hebat sehingga ke peringkat kebangsaan. Dalam kejohanan mini Olimpik yang lalu, seramai 8 atlit sekolah ini telah menyertainya dan 4 daripada mereka telah mendapat tempat ke 4. Seramai 5 atlit sekolah juga telah berjaya terpilih ke SUKMA 2010 dan seorang atlit Mohd. Firdaus Mazelan telah mencipta kejayaan layak ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Italy. Namun disebabkan wabak H1N1, maka pemergiannya ditangguhkan.

Semoga dengan perancangan rapi ini dan komitmen daripada semua pihak, SMK Jelai Felda akan kekal sebagai kuasa Olahraga peringkat MSSNS .

Friday, October 2, 2009

BACA YASIN PERDANA BERSAMA MASJID JELAI 3











Alhamdulillah.... majlis khusus untuk persiapan bagi pelajar-pelajar SMK Jelai Felda yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR 2009 kali ini telah dapat disempurnakan dengan kerjasama pengurusan Masjid Jelai 3. Kehadiran amat menggalakkan di kalangan ibu bapa dan pelajar sendiri. Begitu juga para guru yang telah memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar.

Ucapan terima kasih khususnya kepada Jawatankuasa program, Pengurusan Masjid Jelai 3, Tuan Nazir, Tuan Imam, Ketua Kampung Jelai 3 , Tok Penghulu , kepimpinan masyarakat di Felda , ibu bapa dan pelajar-pelajar. Program yang pada asalnya dibuat secara sederhana menjadi menarik dan meriah dengan sumbangan penduduka dan pengurusan masjid yang mentediakan makanan dengan lauk kambing yang enak!

Tidak lupa kepada ahli-ahli BADAR SMK Jelai Felda yang turut membantu mengruskan majlis sehingga tamat. Alhamdulillah berkat bimbingan ustaz Rizal , pelajar ini sudah mampu berdikari dan berbakti kepada masyarakat setempat. Sama-samalah kita doakan agar pelajar sekolah ini akan berjaya di dalam peperiksaan mereka dan menjadi pelopor kepada perubahan di Felda Jelai ini,..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...