SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, November 29, 2009

SEKADAR MENGINGATI...

sekadar untuk mengingatkan kita tentang tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dalam apa sahaja bidang..sama ada sebagai guru, pelajar, ibubapa atau manusia...

Ingatan ini selalu saya sebut kepada semua warga SMK Jelai Felda pada setiap awal tahun untuk tujuan saling mengingati...



Pesan Jibril a.s
kepada Nabi Muhammad s.a.w
Hiduplah dengan apa cara yang kau sukai,
tetapi sesungguhnya kau tetap akan mati,
Cintailah sesiapa sahaja yang engkau sukai,
tetapi sesungguhnya engkau tetap akan berpisah,
Dan berbuatlah apa sahaja yang engkau sukai,
sesungguhhnya engkau akan diberi BALASAN dengannya


Dan renungkan juga kata-kata di bawah ini...

Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar. Dia berikan kaktus berduri
Aku minta kupu-kupu ,Diberikannya ulat berbulu..
Aku sedih dan kecewa…
Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali
Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Tuhan,
Indah pada masa yang ditetapkannya..
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan,
tetapi dia memberi apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita rasa sedih, kecewa, terluka..
Tetapi jauh di atas sana,
Dia sedang mengatur apa yang terbaik untuk kehidupan kita
(sumber: Muhammad Farhan Al-Hafiz)

Kadang-kadang dalam kita bekerja dan menjalani kehidupan ini memang ada ranjau dan dugaan yang harus kita tempohi. Kadang-kadang, kita berasakan ingin sahaja mengalah…namun hakikatnya kita harus yakin segala-galanya datang daripada Allah dan ia suatu ketentuan yang pasti tidak bisa kita jauhi kerana Allah sentiasa mahu menduga sejauh mana keimanan dan keyakinan kita akan KEKUASAAN ALLAH. Apa yang perlu kita haruslah teruskan usaha, berdoa dan terus berdoa…selainnya terserah kepada Allah.
Bagi seluruh warga SMK Jelai Felda…renungkan....

PROGRAM JUARA-Projek Sasaran Pelajar Straight 'A' -PMR 2010/2011






Dalam usaha merealisasikan hasrat JPNS untuk menjadi negeri cemerlang dalam peperiksaan ' PMR dan SPM , SMK Jelai Felda telah mewujudkan Program JUARA- iaitu program untuk melahirkan pelajar Straight A PMR 2010-2014. Program ini adalah berupa program bimbingan pelajar cemerlang yang disasarkan untuk mencipta kecemerlangan, Program ini adalah sebahagian daripada program kecemerlangan kurikulum sekolah yang mensasarkan kumpulan pelajar seperti:

1. Kumpulan Pelajar Straighr 'A' - Program Juara
2. Kumpulan Pelajar Cemerlang - Pelajar Elite (Pelajar UIAM/ Sebahagian UITM)
3. Kumpulan Sasaran gred C ke atas - Kumpulan Sandaran
4. Kumpulan Sasaran Mesti Lulus - Kumpulan Harapan

Untuk Program JUARA, seramai 6 pelajar Tingkatan 1 (2009) dan 3 pelajar Tingkatan 2 (2009)
telah dipilih untuk mengikuti kelas tambahan kendiri menggunakan Portal Score A di makmal komputer sekolah setiap hari semasa cuti sekolah ini dari jam 8.00 hingga 12.00 tengahari. Di samping itu , pelajar ini juga dibekalkan dengan buku latihan untuk mereka siapkan semasa cuti sekolah ini. Beberapa orang guru akan diarahkan untuk memantau perkembangan dan latihan pelajar ini. Mereka juga akan dimasukkan terus sebagai mentee atau anak angkat pengetua untuk tujuan pemantauan yang lebih rapi. Sambutan pelajar dan ibu bapa amat memberangsangkan dan diharapkan ia akan berjaya mencapai matlamatnya.

Wednesday, November 25, 2009

PAMERAN THINKQUEST SMK JELAI FELDA PALING MERIAH...











PAMERAN oleh SMK Jelai Felda menjadi tumpuan tetamu dan pengunjung majlis Anugerah Teknopen Negeri Sembilan. Dengan corak pamaeran dan persembahan yang berkualiti dan profesional benar- benar meletakkan SMK Jelai Felda jauh lebih matang berbanding sekolah-sekolah lain di dalam Thinkquest. Pasukan ini sebenarnya sudah berpengalaman luas dalam mengadakan pameran dan saban tahun mereka akan diundang untuk mengadakan pameran pada setiap majlis anugerah kecemerlangan peringkat negeri di Negeri Sembilan ini. Terbaharu, mereka telah dijemput mengadakan pameran pada Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik JPNS pada bulan Oktober 2009 yang lalu.

Pada hari ini , gerai pameran SMK Jelai Felda telah dikunjungi oleh YB Shamsul Khahar bin Hj. Mohd Deli, Exco Pendidikan Negeri Sembilan, Pn. Hjh. Rohani dan Encik Ismail daripada Jemaah Nazir N. Sembilan, pegawai daripada BTP Persekutuan dan pegawai-pegawai JPNS serta tetamu lain. Mereka melahirkan kekaguman terhadap kehebatan pelajar dan warga SMK Jelai Felda di dalam ICT.

Suatu lagi mercu tanda kecemerlangan SMK Jelai Felda tercipta pada hari ini... Tahniah dan SYABAS!

SMK JELAI FELDA- CEMERLANG DI ANUGERAH TEKNOPEN, BTP, NS -25 NOV 2009






SMK JELAI FELDA...mengungguli sekali lagi anugerah Teknopen 2009 dalam kategori Thinkquest (Think. com). Smk Jelai Felda memenangi kategori:

1. laman web Thinkquest -Johan
2. Best Coach Thinkquest - En.
Norhaslin dan Pn. Norhayati
Abdullah
3. Penguna Paling Aktif Thinkquest- Johan
4. Laman web Thinkquest- Ketiga
5. Project Base Learning - Naib Johan

Kejayaan ini adalah suatu yang manis selepas kejayaan menjadi Johan di peringkat Kebangsaan bagi Laman web Thinkquest dan Anugerah Best Coach yang juga dimenangi oelh En. Norhaslin dan Pn. Norhayati Abdullah.

Usaha lebih gigih pasti akan kita lakukan pada tahun 2010, dengan meletakkan sasaran untuk:

1. Mengekalkan Johan Laman Web Thinkquest Kebangsaan dan Negeri
2. mengekalkan Best Coach Kebangsaan dan Negeri
3. Mensasarkan Johan PBL Negeri dan Kebangsaan
4. Mendapatkan tempat dalam pertandingan Laman Web Thinkquest peringkat Antarabangsa
5. Johan Laman Web PSS Negeri
6. Johan Guru Innovatif ICT Kebangsaan
7 Johan Kepimpinan ICT Kebangsaan

InsyaAllah, dengan berkat kesungguhan dan yakin boleh yang kuat di kalangan semua warga SMK Jelai Felda, kita akan berjaya mencapai cita-cita sedemikian.

Tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat khususnya kepada guru pembimbing, Encik Norhaslin, Pn. Norhayati Abdullah, Tn. Hj. Kasim dan anak-anak cemerlang SMK Jelai Felda yang telah mengharumkan nama sekolah kita. Semoga kita akan lebih berjaya pada tahun hadapan.

Tuesday, November 24, 2009

BATIK RASMI GURU DAN STAF SMK JELAI FELDA...





Syukur ...Alhamdulillah... tahun 2009 ini kita mampu mempunyai batik rasmi untuk kegunaan semua guru dan kaki tangan SMK Jelai Felda! Ramai juga yang bertanya, "apa perlunya kita ada batik rasmi sebegini!" Ada juga yang merasakan terbeban untuk 'memiliki' batik sebegini.

Hakikatnya, ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk menuju ke arah sekolah cemerlang! Untuk ke arah sekolah cemerlang ada beberapa ciri yang perlu kita wujudkan. Antaranya ialah:

1. Sekolah yang mempunyai imej yang cemerlang
2. Mempunyai watak atau kebitaraannya
3. Kesepaduan dan teamwork yang padu
4. Budaya kerja yang cemerlang
5. Visi dan misi yang jelas dapat dihayati oleh semua warga dan semuanya bergerak ke arah
yang sama
6. Hubungan erat dan mesra antara semua warga sekolah melalui komunikasi yang bagus.
7. Memegang kukuh budaya inovasi dalam kerja
8. Mencipta seberapa banyak kecemerlangan dengan cepat dan pantas
9. Bertindak di luar kebiasaan

Segala usaha ini sebenarnya telah kita lakukan pada tahun ini dan alhamdulillah kita sudah mencipta kejayaan yang cemerlang. Jadinya, batik rasmi ini juga sebenarnya adalah sebahagian daripada perancangan ke arah mencipta kecemerlangan tersebut! Diharapkan melalui pemakaian yang seragam ini kita akan kurang berbicara ' siapa aku' sebaliknya kita lebih banyak berbicara 'kira serupa' dan 'kita sekeluarga' , yang tidak ada seseorang yang merasakan dia sangat penting, tetapi sebaliknya merasakan 'kita semua penting' untuk mencipta imj dan membawa sekolah kita ke arah kecemerlangan.

Tahniah kepada semua guru dan staf yang berani menyahut cabaran untuk membuktikan 'KITA MEMANG HEBAT'

Friday, November 20, 2009

SELAMAT BERCUTI ...

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan. Bagi anak-anak yang tidak menduduki peperiksaan awam(SPM), ini merupakan hari yang amat dinanti-nantikan. Di dalam minda masing-masing sudah terbayang apa yang tidak dapat dilakukan selama ini semasa hari persekolahan. Tidak perlu bangun awal untuk datang ke sekolah. Tidak perlu berhadapan dengan tugasan di bilik darjah dan bebas! Bebas nak berambut panjang! Bebas nak bersiar-siar atau melancong dan segalannya. Memang itulah hakikatnya cuti sekolah.

Namun, bagi pelajar di sini, mereka telah dibekalkan oleh guru masing-masing dengan kerja sekolah! Nah! Cuti sekolah bukan lagi masa untuk enjoy sepenuhnya! Masa cuti sekolah adalah persiapan bagi menghadapi tahun baru, tahap baru yang lebih sukar. Bagi pelajar tingkatan 2 , 2010 adalah tahun PMR dan bagi yang di tingkatan 4 , SPM akan setia menanti pada tahun 2010!. Sebenarnya, dalam belajar, tidak ada istilah rehat atau berhenti! Belajar seharusnya sudah menjadi darah daging! yang sentiasa mengalir setiap masa dan sentiasa hidup! Bagi pelajar, alangkah sayangnya jika masa selama hampir 45 hari sehingga menanti sessi persekolahan 2010, dibiarkan terbuang begitu sahaja!

Ada pelajar tingkatan 5 yang datang berjumpa saya dengan mengakui "saya rugi cikgu. Saya dah terlambat sedar untuk belajar dulu!". Nah. bagi pelajar lain, adakah aanak-anak bersedia mengalami penyesalan sebegini, di saat kita punyai banyak masa untuk memanfaatkan untuk pelajaran!

Bagi guru-guru, cuti ini sekurang-kurangnya dapat memberi ruang untuk bersama keluarga yang 'tertinggal' sejak sekian lama. Selama ini kita asyik dengan kerja sekolah, mendidik anak-anak di sekolah ini yang kadang-kadang mengabaikan keluarga , hatta anak kita sendiri. Gunakan cuti ini sebaik-baiknya untuk persiapan kita pada tahun 2010. Namun, setiap guru di sekolah ini telah maklum, cuti pada tahun ini tidak sebebas tahun sebelumnya. Kita terpaksa bersiap sedia menyediakan keperluan untuk anugerah sekolah cemerlang, jika dicalonkan nanti!

Terima kasih cikgu-cikguku yang budiman! Terima kasih anak-anak didik di SMK Jelai Felda yang sedikit sebanyak sudah menyedari peri bernilainya harga diri dan maruah diri hasil daripada kecemerlangan yang kita cipta daripada usaha gigih sepanjang tahun 2009 ini.

'SELAMAT BERCUTI DAN JUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN 2010
'2010- KITA LONJAKKAN KECEMERLANGAN....

PAMERAN PEND. KHAS SMK JELAI FELDA DI PERKHEMAHAN PEND KHAS KEBANGSAAN











PENDIDIKAN KHAS SMK JELAIFELDA-tetap unggul dan hebat di mana-mana sahaja! Ketika tiada sekolah yang mengambil inisiatif mengadakan pameran, kita ke depan untuk menghargai kemahiran pelajar dan guru -guru untuk tatapan massa akan kehebatan pelajar-pelajar berkeupayaan istimewa ini. Tahniah! dan syabas kepada PN. SANIAH dan CIK SITI FARAH serta pelajar seperti Zulaikha dan rakan yang proaktif mengadakan pameran ini. Rata-rata orang ramai kagum dengan kehebatan hasil kraftangan kita dan banyak yang terjual pada hari tersebut.
Pendidikan Khas SMK Jelai Felda juga telah mengadakan inovasi dengan menyediakan blog khas untuk menerangkan aktiviti dan hasil produk mereka. Tempahan juga diterima bagi yang berminat! Sila layari blog pendidikan khas di PPKI SMK JELAI FELDA.blogspot.com dan blog-blog di SMK Jelai Felda di omref-refai.blogspot.com. Ini membuktikan SMK Jelai Felda 'MEMANG HEBAT'.

Tuesday, November 17, 2009

HI-TEA DAN JAMUAN PERPISAHAN








Hi Tea diadakan di Melaka, Seri Malaysia khusus untuk meraikan semua guru dan staf termasuk staf swasta sempena akhir tahun persekolahan. Beberapa guru yang berpindah dan akan berpindah mulai tahun hadapan turut serta. Seronok berkumpul sesekali dalam suasana tidak formal di luar waktu kerja seharian. Saya tersesat sehingga ke Kesang dalam perjalanan ke Air Keroh tempat majlis diadakan. Namun , nasib baik sempat sampai juga! Tahniah kepada Bakis yang telah menganjurkan majlis. Majlis begini penting bagi menghargai rakan sekerja dan seluruh staf dan warga kerja sekolah. Moga-moga pada tahun hadapan majlis akan lebih hebat dan meriah lagi.
Selamat bercuti sekolah kepada guru-guru. Namun kita masih ada kerja yang perlu dilaksanakan semasa cuti dalam persiapan untuk anugerah ASC (Anugerah Sekolah Cemerlang). Terima kasih di atas sumbangan semua dan kerjasama yang diberikan. Mengingati kata-kata Abraham Lincon dan Virginia Wolf yang berkaitan dengan usaha kita mencipta kecemerlangan.."The Best Way To predict the future is To Creat it" dan "You Cannot Find Peace by avoiding life"... Semoga semua warga SMK Jelai Felda akan terus bersemangat tinggi untuk mencipta kecemerlangan...' Creatings Future For Future Generations"

KURSUS ASAS SENI BERSAMA PERIMU ( Pers. Pencinta Muzik Malaysia)






Alhamdulillah... akhirnya hasrat untuk kolobrasi seterusnya dengan Perimu tercapai! Objektif utama kursus adalah untuk memberikan pendedahan seni kepada anak-anak didik di sekolah ini agar dapat mengarahkan muzik mereka ke arah yang betul. Melalui kursus ini pelajar diajar asas bermain gitar, keyboard dan beberapa alat muzik lain. Kursus berlangsung selama 2 hari daripada 17 hingga 18 November 2009 dikendalikan oleh Encik Yusri , Iedet dan seorang rakan. Sasaran seterusnya adalah pembentukan kumpulan nasyid, koir sekolah serta menyediakan pelajar untuk pertandingan muzik pada tahun 2010 nanti. Respon pelajar amat positif dan ternyata pelajar mempunyai bakat yang hebat!. Terima kasih kepada Perimu!

KELAS MARHABAN BERSAMA JPW, FELDA JELAI 2





Kerjasama erat antara sekolah dan komuniti Felda Jelai berterusan dengan kesediaan JPW Jelai Felda 2 mengadakan kursus Marhaban untuk para pelajar secara percuma. Ibu-ibu yang amat perihatin akan keeperluan membantu anak-anak didik SMK Jelai Felda ini hadir memberikan bantuan kepakaran mereka untuk kemajuan sekolah. Diharapkan sokongan sebegini akan berterusan dalam bidang-bidang lain. Cuma kita masih menunggu bantuan daripada kaum bapa! Apapun terima kasih kepada JPW dan ia merupakan suatu inovasi istimewa di sekolah ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...