SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, February 27, 2011

KARNIVAL NASYID DAN MOTIVASI UST. NAZREY JOHANNY (KUMPULAN RAIHAN)
















PADA 26 Febuari 2011 yang lalu, berlangsunglah Karnival Nasyid dan Motivasi SMK Jelai felda kali ke 2. Program ini adalah lanjutan daripada program yang dimulakan pada November 2010.

Pada kali ini , program Karnival nasyid ini berkonsepkan gabungan pertandingan nasyid, titpan ilmu dan motivasi. Program kali ini juga menampilkan artis jemputan kita iaitu Ustaz Nazrey Johanny, bekas penyanyi utama kumpulan Raihan (kini bergerak secara solo), yang turut memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir. Program pada hari ini diselang-selikan antara pertandingan nasyid oleh 14 kumpulan nasyid yang terdiri daripada para pelajar sekolah ini, info fakta berkaitan agama , yang berupa petikan maksud Al-Quran dan Hadis , serta motivasi dan persembahan lagu oleh Ustaz Nazrey johanny. Pada hari ini juga Ustaz Nazrey Johanny telah menyampaikan sejumlah 10 buah lagu, daripada album solonya dan lagu-lagu hit daripada kumpulan Raihan dahulu.

Ternyata, kehadiran Ustaz Nazrey telah menyuntik semangat para pelajar ini untuk bertanding. Pada awalnya , hanya terdapat 8 kumpulan yang bersetuju untuk mengambil bahagian, namun pada saat akhir ia bertambah menjadi 14 pasukan. Rata-rata persembahan mereka menyakinkan dan penuh dengan kreativiti. Ia diakui oleh Ustaz nazrey yang ternyata kagum dengan kreativiti dan mutu suara serta persembahan sebahagian kumpulan tersebut.

Ustaz Nazrey juga ternyata seorang motivator yang bijak. Beliau dapat menarik perhatian pelajar dan ditambah lagi denngan dendangan lagu beliau yang sungguh merdu. Ternyata pelajar tidak bosan walaupun isu yang ditimbulkan adalah isu biasa seperti menjadi anak yang soleh, soal maruah diri, solat dan kewajiban menjadi hamba Allah yang baik serta peranan pelajar dan ibu bapa dalam memberikan perhatian terhadap pelajaran. Pihak sekolah amat berbesar hati dan syukur di atas kesudiaan beliau hadir ke SMK Jelai Felda.

Bagi pihak sekolah , saya merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya guru-guru, PIBG, Ibu bapa yang hadir serta para pelajar yang memberikan kerjasama yang hebat. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam di bawah bimbingan Ustazah Fatimah Silong selaku Kutua Bidang, Ustazah Sepiah, selaku Ketua Panitia dan Ustaz Tizal Kemis, selaku penyelaras dan pemimpin BADAR yang telah memberikan kerjasama yang amat cemerlang. Semoga jasa baik guru-guru dibalas Allah dengan keberkatan. Terima kasih kepada PIBG yang telah memberikan peruntukan untuk menjayakan program ini.

Sekalung tahniah juga kepada Ustaz Nazrey Johanny di atas kesudian beliau ke sini menerima undangan dan juga kepada Pengurus beliau , Saudara Zulkhairi, yang juga rakan saya yang sudi menerima pelawaan saya membawa ustaz Nazrey ke Jelai Felda dengan memberikan kemudahan yang 'special' !. Perancanga sedang diatur untuk menjayakan program bersamaa antara BADAR dan Ustaz Nazrey untuk berduet di dalam program yang akan diberitahu kelak . InsyaAllah...

Diharapkan , program ini akan berterusan pada setiap tahun. Moga-moga dengan hasrat untuk menerapkan jiwa keislaman dan membawa pelajar ke arah seni berteraskan Islam akan tercapai. moga-moga roh keislaman terlekat jua disanubari para pelajar di SMK Jelai Felda ini dan seterusnya akan dapat membentuk sahsiah Islamiah di kalangan mereka....seperti petikan dari lagu nasyid:

"berhibur tidak salah
kerana hiburan itu adalah indah
Cuma ia menjadi salah
jika disalahguna"

UTAMAKANLAH HIBURAN YANG MENGINGATKAN KITA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA...

Thursday, February 24, 2011

MENTEE PENGETUA DI BAWAH PROGRAM LONJAKAN SAUJANA







Inilah wajah-wajah pelajar terbaik SPM SMK Jelai Felda yang dimasukkan ke dalam Program lonjakan Saujana Peringkat PPD Tampin dan sekolah.

Pelajar -pelajar ini diletakkan di bawah mentornya iaitu Tuan Pengetua sendiri. Pelajar ini terdiri daripada :

1. NUR AQILAH BINTI KAMARUDDIN (5UIA)
2. HASLINA BINTI MANSOR (5UIA)
3. SOLEHA BINTI AHMAD (5 UIA)
4. NORLIAYANA BINTI ABD. RAZAK (5 UIA)
5. NOR HEZRY BIN MOHAMMAD NORDIN (5 UIA)

Kesemua pelajar ini akan mengikut program latihtubi agresif pada setiap hari melalui latihan-latihan mingguan yang akan dibekalkan oleh guru-guru mata pelajaran yang telah dikhaskan untuk mereka. Mereka adalah sebahagian daripada kira-kira 90 orang pelajar lain yang termasuk di dalam program ini. Purata latihan yang mesti disiapkan oleh mereka adalah melebihi 100 yang melibatkan kertas 1 dan 2.

Melalui program ini juga pelajar akan sentiasa dipantau termasuklah akan dihubungi melalui telefon pada waktu malam untuk memastikan mereka berada di rumah untuk belajar. Markah pencapaian mereka di dalam setiap ujian dan segala latihan akan dipantau dan akan diteliti. Jika mereka menghadapi masalah pembelajaran , mereka akan segera dirujuk kepada guru mata pelajar oleh mentor.

Pelajar ini akan melalui ujian dignostik bagi mengetahui kelemahan di dalam setiap topik dan kemudiaannya akan diuji melalui ujian serentak seluruh Tampin pada peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan. Melalui ini , kita akan dapat memastikan kedudukan dan pencapaian mereka berbanding pelajar lain di seluruh Tampin.

Adalah diharapkan mereka akan sentiasa menunjukkan pencapaian dan komitmen yang tinggi bagi memastikan diri mereka sentiasa menjadi yang terbaik.

SELAMAT BERSARA CIKGU JEEVA...






Hari ini Encik Jeevaratnam, guru Bahasa Inggeris sekolah ini menamatkan perkhidmatan sebagai guru kerana berpencen.

Sepanjang perkhidmatannya di bawah saya selama hampir 3 tahun, saya dapati beliau seorang yang mempunyai semangat dan komitmen yang amat tinggi. Beliau sentiasa mengambil langkah pro-aktif dan sentiasa cepat menyahut saranan dan idea yang dikemukakan.

Pada tahun lalu, beliau bersama dengan isterinya iaitu Puan Mary telah menjadi guru kelas Tingkatan 3 UPM, telah menunjukkan komitmen yang sungguh hebat. Kelas tersebut telah menjadi kelas yang pertama sekali menjadi johan dalam pertandingan kelas terbaik dalam pertandingan mingguan. Kelas ini juga telah mengadakan beberapa inovasi dan pembaharuan hasil cetusan idea oleh Encik Jeeva dan Pn. Mary. Gandingan mereka berdua juga telah membolehkan semua yuran dapat dikutip dengan sempurna.

Sebagai pengendali Bilik SAL, beliau telah membuat beberapa pembaharuan dan hiasan yang menarik sehingga menjadikan suasana bilik berkenaan cantik dan selesa. Antaranya ialah beliau menyumbang bunga dan hiasan dinding dari wang saku mereka sendiri. Beliau juga adalah guru pertama yang meletakkan gambar beliau sebagai pengendali bilik SAL di luar bilik berkenaan untuk pengetahuan umum pelajar.

Salah satu keistimewaan Encik Jeeva ialah beliau adalah di antara orang yang palin awal sampai di sekolah, seawal jam 6. 45 pagi!. Beliau juga akan menjadi orang yang paling awal tiba di lokasi perkhemahan pada setiap kali siri perkhemahan diadakan. Saya teringat peristiwa semasa perkhemahan di Asahan Melaka pada tahun 2010. Beliau telah terus tiba ke lokasi dari sekolah pada hari Jumaat dan sampai di situ sebagai orang pertama tiba. Beliau juga turut berada di situ sehingga tamat perkhemahan selama 3 hari.

Kenangan yang pasti tidak saya lupakan adalah ketika pertama kali tiba di sekolah ini dan beliau telah berjumpa saya untuk berbual. Pada ketika -ketika beliau seolah-olah berasa tertekan dan kerap berasa sedih. Namun alhamdulillah..sejak hari berkenaan beliau terus ceria sehinggalah pada hari terakhir perkhidmatannya.

Bagi pihak sekolah dan seluruh warga SMK Jelai Felda, kami ucapkan , SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA CIKGU JEEVA AKAN TERUS BAHAGIA DAN SIHAT SELALU.....Jasa dan Bakti cikgu akan tetap jadi kenangan indah buat kami di sini....

Monday, February 21, 2011

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KEROHANIAN DAN BLOG SURAU SMK JELAI FELDA











PADA 11 FEBUARI 2011 yang lalu juga telah berlangsungnya Majlis Perasmian Program Kerohanian sekolah di bawah Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab serta BADAR. Ia juga turut diselitkan dengan perasmian blog Surau Al Hidayah serta pameran aktiviti kerohanian, BADAR dan program-program Bahasa Arab. Majlis telah dirasmikan oleh Yb Dato Hjh. Zainab Binti Hj. Nasir, EXCO dan ADUN Gemas. Majlis berlangsung di surau sekolah. Turut serta pada majlis berkenaan adalah Tuan PPD Tampin, Tuan Pengurus Wilayah Raj aAlias, KPP Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan para tetamu lain termasuk Pengetua STAR dan SMK Gemas serta Guru -Guru Besar di SK Jelai .

Dalam majlis berkenaan para tetamu turut dihidangkan dengan dendangan lagu-lagu nasyid oleh kumpulan BADAR. Seterusnya YB Dato Hjh Zainab juga turut merasmikan Program Imarah Masjid Melalui ICT dengan mengadakan sidang video dengan AJK Masjid di ke empat-empat buah masjid di gugusan Jelai ini. Ternyata semua yang hadir berasa kagum dengan sumbangan sekolah dalam memajukan ICT di felda Jelai ini. Bagi AJK yang terlibat , ini merupakan pengalaman menggunakan ICT yang hebat, kerana mereka sedar bahawa banyak kelebihan dan kebaikan yang dapat dimanfaatkan melalui penggunaan ICT ini.

Program -program kerohaniaan sekolah termasuklah seperti:
1. Bacaan Yasin dan solat hajat serta Dhuha pada setiap pagi Jumaat
2. Solat Hajat dan Yasin setiap malam Jumaat
3. Qiamullail setiap minggu
4. Konvoi ke Masjid-masjid pada setiap 2 minggu sekali
5. Raudatul Sakinah setiap Jumaat khas untuk pelajar perempuan
6. Kursu pengurusan Jenazah
7 Kursus Haji
8. Ziarah dan lain-lain lagi (Rujuk blog surau)

Bagi BADAR, ia merupakan perkumpulan pelajar yang aktif di dalam program-program kerohanian dan amat terkenal di sekitar Jelai dan Gemas ini.

Bagi pihak sekolah, penekanan kepada budaya dan persekitaran Islam di sekolah ini telah banyak membantu ke arah pembentukan sahsiah pelajar. Penekanan kepada aspek menjaga solat, aurat dan perlakuan menjadi keutamaan di samping perkara lain seperti kemampuan membaca Al Quran dan sebagainya. Moga-moga akhlak pelajar kita semakin terpuji dan mampu memberikan wajah dan imej bari di Jelai felda ini.

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan B. Arab terutama Ustaz Rizal dan Ustazah. Sepiah yang telah mampu menggerakkan aktiviti kerohanian pada tahap yang amat membanggakan. Tahniah kepada Encik NurHaslin yang menjadi peneraju utama di dalam program-program ICT dan dalam menjalin kerjasama dengan masjid di Jelai ini.

Sunday, February 20, 2011

Perasmian Kedai Roti dan Kek SMK Jelai Felda











PPKI SMK Jelai Felda mengorak langkah mengadakan inovasi bagi tahun 2011 dengan membuka Kedai Kek dan Roti di bangunan PPKI. Kedai Roti ini adalah lanjutan daripada inovasi 2010 yang lalu , iaitu menternak ikan sembilang.

Bagi Kedai Kek dan Roti PPKI ini , ia mempunyai tujuan utama iaitu:

1. Memberikan latihan dan pendedahan keusahawan kepada pelajar PPKI dalam bidang
pembuatan roti, pengurusan kedai, kewangan , pemasaran dan promosi.

2. Menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas pelajar PPKI untuk mendapatkan wang
saku untuk penerusan hidup mereka.

Kedai Kek dan Roti ini bermula pada awal tahun ini dengan pembelian oven, mixer dan alatan asas pembuatan roti dengan dibantu oleh PIBG. Ia dijalankan secara sambilan ketika waktu lapang dan petang oleh guru, kaki tangan dan pelajar PPKI. Setakat ini hasil jualan masil dalam skil yang kecil kerana kekurangan oven yang
cukup untuk menampung permintaan di kalangan warga sekolah yang meningkat saban hari.

Harga julan adalah murah berbanding harga pasaran di pasar-pasaraya. Buat masa ini respon daripada pelanggan amat memuaskan dan rata-rata menyatakan roti dan kerk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan sedap.

Kedai Kek dan Roti ini sedia menerima tempahan dan boleh dirujuk melalui laman blog mereka yang boleh didapati di pautan blog pengetua ini.

Pada 11 Febuari 2011 yang lalu, Kedai Kek dan Roti ini mencatat sejarah tersendiri apabila ia dirasmikan penubuhannya oleh YB Dato Hjh Zainab Hj. Nasir , EXCO Kerajaan Negeri yang turut dihadiri oleh Tuan PPD Tampin, Pengurus Wilayah Felda Raja Alias dan KPP Jabatan Agama Islam N. Sembilan, Ustaz Zakaria Hitam serta para tetamu lain.
Ia juga berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diserahkan oleh pihak sekolah apabila menjadi hos bagi jamuan pada hari tersebut yang diadakan di dalam kedai tersebut. Berkat usaha gigih dan komitmen yang kukuh oleh semua guru, kakitangan dan para pelajar PPKI , kita yakin kedai ini akan bertambah maju dan berjaya di dalam memasarkan produk mereka keluar.

Tahniah , khusu buat Pn. Saniah, selaku penyelaras PPKI dan semua yang terlibat. ANDA SEMUA MEMANG HEBAT !

Thursday, February 17, 2011

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBUDAYAAN ICT DAN KEROHANIAN BERSAMA KOMUNITI











11 fEBUARI 2011, adalah hari yang bersejarah bagi SMK Jelai Felda, Gemas apabila Majlis Perasmian Program Pembudayaan ICT dan Kerohanian bersama Komuniti telah berjaya disempurnakan oleh YB Dato Hjh. Zainab Binti Hj. Nasir, Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Gemas. Turut hadir di dalam Majlis ini adalah Tuan hj. Mad Aris Azis, Tuan PPD Tampin, Tuan Pengurus Felda Wilayah Raja Alias, Ust. Zakaria Hitam, dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Gemas, Pengetua SMK Gemas, Guru Besar, Ketua-Ketua Kampung , Ajk Masjid, Pegawai BTP Negeri dan ibubapa.

Program telah dilangsungkan di Dewan Bestari SMK Jelai Felda sejak jam 8/30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari. Sepenjang program ini berlangsung (sejak Khanis), pihak JAKIM dan RTM telah merakamkan setiap aktiviti yang dijalankan untuk dimuatkan di dalam Program Persada Journal, RTM TV 1.

Program ini merangkum beberapa aktiviti atau program kecil iaitu, Program Imarah Masjid Melalui ICT, Program Kerohanian/ BADAR, Program Kelas UIAM, Program ThinkQuest, Program Kedai Kek dan Roti PPKI.

Program ini mempunyai objektif utama iaitu:

1. Merapatkan hubungan sekolah dan komuniti melalui program koloberasi
2. Sekolah menyumbang kepakaran untuk kesejahteraan komuniti terutamanya di dalam IT
dan Kerohanian/ sebagai satu khidmat kemasyarakatan
3. Memajukan pengurusan masjid melalui ICT
4. Melatih AJK masjid di Gugusan Jelai Felda dengan kemahiran ICT/ Internet
5. Mendekatkan pelajar ke pada masjid melalui pengaksesan internet di masjid dan
menjadi AJK ICT dan rakan ICT masjid
6. Membentuk sahsiah terpuji pelajar berasaskan budaya Islam
7. Membentuk budaya dan senario baru di kalangan pelajar dan remaja Felda melalui k
konvoi ke Masjid.
8. Memodenkan pentadbiran dan pengurusan masjid terutamanya berkaitan ICT
9. Menyumbang ke arah kerjaya di kalangan pelajar lepasan PPKI

Pihak RTM juga merakamkan program dan aktiviti masyarakat d Jelai Felda ini terutamanya masjid, majlis kenduri masyarakat di sini dalam usaha memaparkan hubungan kerjasama yang terjalin di felda Jelai ini. Sesungguhnya ini merupakan suatu peluang bagi sekolah dan masyarakat mempromosikan Felda Jelai ini di samping mengikis segala unsur negatif yang dipaparkan selama ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu , guru-guru, pelajar, ibu bapa dan semua rakan koloberasi sekolah di atas kerjasama menjayakan program ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...