SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, March 3, 2017

Sekitar Majlis Perasmian Program Guru Penyayang SMK SENAWANG 2017-25 JANUARI 2017

Sekitar Majlis Perasmian Program Guru Penyayang SMK SENAWANG 2017 pada 25 Januari 2017 yang disempurnakan oleh Dato David Chong, Ahli Majlis MPS.

Sempena majlis perasmian tersebut, diadakan juga Majlis Sambutan Hari Lahir Warga SEMSE buat kali pertama. Majlis yang sama turut diadakan pada 26 Januari 2017 bagi sessi petang.
Seramai lebih 116 orang warga sekolah yang terdiri daripada para pelajar, guru dan kakitangan sekolah menyambut hari lahir mereka pada bulan Januari ini.

Pada majlis yang sama juga telah diadakan majlis penyampaian Ang Pau Tahun Baru Cina buat 24 orang pelajar Cina di sekolah ini. Dato David Chong menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada pelajar berkenaan. Turut menyumbang Ang Pau ialah rakan Sarana Encik Chow Chee Weng. Sumbangan beliau disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Sambutan di kalangan warga sekolah amat baik dan jelas kelihatan kegembiraan pada wajah mereka.
Pada majlis ini pihak sekolah menyumbang 5 biji kek sementara pihak UBK menyumbang cenderahati berupa pen dan kad hari lahir.

Sambutan ini akan berterusan untuk setiap bulan sehingga penghujung tahun.
InsyaAllah pihak jawatakuasa berharap akan dapat membawa bersama tetamu istimewa untuk sama-sama meraikan sambutan hari lahir warga sekolah ini pada setiap bulan.

Diharapkan dengan sedikit sumbangan ini akan menjadi tanda sebagai satu ingatan dan penghargaan sekolah terhadap seluruh warga sekolah yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah dan sebagai tanda bahawa setiap dari anda amat berharga buat sekolah..

'SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA-GONG XI FA CAI
SELAMAT BERCUTI...


LikeShow more reactions
Comment

MAJLIS PERSARAAN GPK HEM SMK SENAWANG- EN. PRIASAMY - 14 FEB 2017

Dimajlis Persaraan GPK Hem SMK SENAWANG En. PARIASAMY pada hari ini.
Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak 2011 hingga kini.
Beliau ini seorang yang sangat teliti dan sangat sabar .
Semoga beliau dapat menjalani tempoh persaraan dengan tenang dan bahagia di samping keluarga.
LikeShow more reactions
Comment

Projek Motivasi Kindness di SMK Senawang-18 Febuari 2017

Projek Motivasi Kindness di SMK Senawang



Pada 18 Februari 2017, seramai 40 orang sukarelawan telah menyertai Projek Motivasi Kindness di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang, Negeri Sembilan. Projek ini menglibatkan hampir 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 4. SMK Senawang merupakan sekolah pertama terpilih dalam melaksanakan Kindness School di peringkat sekolah menengah. Pelbagai aktiviti kebaikan telah dikongsi bersama para pelajar dan sukarelawan.
Projek Motivasi Kindness merupakan fasa pertama dalam melaksanakan Kindness School. Kindness School merupakan sebuah projek yang fokus dalam menyebarkan kebaikan secara menyeluruh di peringkat sekolah. Objektif utama Projek Motivasi Kindness adalah untuk menyemai dan menghidupkan suasana kebaikan di peringkat sekolah dan seterusnya membasmi masalah di sekolah seperti meningkatkan peratusan kehadiran pelajar ke sekolah dan meminimakan peratusan kes buli dalam kalangan pelajar.

Pelajar-pelajar berkumpul sebelum program bermula

Dewan SMK Senawang
Fasilitator bantu mengumpulkan kata-kata positif untuk Kindness Jar guru-guru
Persiapan telah dilakukan sebulan sebelum projek diadakan, perbincangan dengan pengetua dan guru-guru di SMK Senawang telah diadakan bagi memudahkan perancangan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk di ketengahkan bersama-sama pelajar. Modul-modul yang sesuai dan mudah difahami di pilih sebagai salah satu pendekatan bagi menarik minat pelajar untuk mengenali Kindness dengan lebih mendalam.
Program bermula dengan pendaftaran seawal 8 pagi di pintu masuk dewan SMK Senawang. Kehadiran pelajar-pelajar yang semangat untuk menyertai program yang julung kali diadakan ini. Keceriaan para pelajar menjadikan para sukarelawan yang juga merupakan fasilitator turut bersemangat untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar-pelajar mengenai Kindness Malaysia. Sebelum majlis perasmian bermula, saya, Pengarah projek merangkap pengerusi majlis telah berkongsi dengan pelajar mengenai Kindness Jar. Kindness Jar merupakan salah satu terapi bagi membantu menangani tekanan. Perkataan-perkataan positif yang boleh menukar emosi kepada yang lebih baik ditulis oleh orang disekeliling kita. Modul Kindness Jar di SMK Senawang di ketengahkan untuk para pelajar dan guru-guru. 

Kindness Jar merupakan terapi emosi


Kindness jar untuk guru-guru
Majlis Perasmian bermula pada jam 9 pagi, dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan dan pengenalan daripada Pengasas Kindness Malaysia dan Pengetua SMK Senawang. Projek Motivasi Kindness telah dirasmikan oleh Datuk Nor Adnan bin Zainal, Director MyEG Berhad merangkap Penasihat Kindness Malaysia. Selesai majlis perasmian, aktiviti seterusnya ialah forum 'Inspirasi Kebaikan' yang dikongsi oleh para sukarelawan yang terpilih. Tiga orang panel dan seorang moderator telah berkongsi pengalaman dalam menyertai Kindness Malaysia dan berkongsi kelebihan dalam melakukan kebaikan. Pelbagai ilmu untuk para pelajar yang boleh digunakan dalam melakukan kebaikan dan menyebarkan nilai-nilai kebaikan. Selesai forum program berehat sebentar sebelum sambung untuk latihan dalam kumpulan (LDK 1).

Perasami dan barisan VIP

Ucapan Pengasas Kindness Malaysia

Barisan ahli panel forum 'Inspirasi Kebaikan'

LDK 1 mengetengahkan dua modul. Modul yang pertama ialah kajian kes. Para pelajar diberikan kajian kes satu situasi dan dikehendaki untuk menyelesaikan masalah tersebut. Penyelesaian masalah ini bergantung kepada kebijaksanaan pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan cara kebaikan atau sebaliknya. Modul ini juga untuk menguji kefahaman dan daya pemikiran kearah kebaikan. Selesai modul 1, aktiviti latihan dalam kumpulan diteruskan dengan modul dua iaitu stone painting. Melukis kata-kata positif pada batu sungai dengan lakaran yang kreatif. Hasil lukisan akan diletak di tepi - tepi jalan sekitar sekolah bagi memberi semangat kepada sesiapa yang melalui kawasan tersebut. Unsur positif yang dilakarkan pada batu tersebut dapat mengembalikan semangat dan mengurangkan tekanan kepada pembaca.

Latihan dalam kumpulan perbincangan setiap modul

Perkongsian bersama pelajar setiap kumpulan

Stone painting perkataan positif

kata-kata yang boleh memberi semangat

Hasil lakaran stone painting 


Selesai makan tengah hari dan solat Zuhur, aktiviti diteruskan dengan kindness jar, pada kali ini kindness jar untuk para pelajar dan fasilitator. Tiga kumpulan digabung bagi mendapatkan jumlah yang banyak kata-kata positif mengenai diri sendiri dalam kindness jar. Fasilitator turut menerima kertas-kertas yang ditulis kata-kata positif daripada pelajar-pelajar untuk diisi dalam kindness jar fasilitator. Seterusnya LDK 2 diteruskan dengan modul 3 iaitu Aktiviti kebaikan yang boleh dilakukan di lokasi terpilih. Setiap kumpulan akan mendapat satu lokasi yang berlainan untuk dibincang aktiviti kebaikan yang bersesuaian untuk dilakukan dikawasan tersebut. Antara lokasi-lokasinya ialah hospital, stesen bas, kedai makan dan pasar malam. Idea-idea kebaikan yang kreatif akan dibentang oleh para pelajar semasa sesi pembentangan pada sebelah petang.

Kindness Jar untuk fasilitator
Kindness Jar dalam kalangan pelajar

Cabutan undi lokasi terpilih untuk aktiviti kebaikan

Fasilitator membantu pelajar-pelajar dalam menjana idea

Selesai perbincangan, semua pelajar berkumpul untuk sesi perbentangan. Perbentangan ini akan dibentangkan kepada semua pelajar yang menyertai Projek Motivasi Kindness, guru-guru yang hadir, fasilitator dan wakil PIBG sekolah. Setiap wakil kumpulan akan membentangkan idea masing-masing dan akan di beri komen cadangan atau penambahbaikan oleh guru-guru dan wakil PIBG sekolah. Objektif perlaksanaan aktiviti ini adalah untuk mencungkil idea-idea yang kreatif dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kebaikan. Aktiviti kebaikan ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, malahan dapat dijadikan inspirasi kepada orang lain yang melihatnya. Mungkin sebelum ini kita tidak pernah terfikir untuk melakukan kebaikan tersebut, tetapi dengan perbincangan dapat membuka minda kita untuk melakukan kebaikan dimana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu.

Persediaan perbentangan

Perbentangan salah sebuah kumpulan

Kebaikan yang boleh dilakukan di shopping complex


Majlis penutup diteruskan selesai sahaja sesi pembentangan. Ucapan penutup diberikan oleh YDP PIBG sekolah, En Marzuki bin Abdul Manaf dan Pengetua SMK Senawang yang menyokong aktiviti kebaikan yang perlu diterap dalam diri setiap pelajar. Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan bagi menghargai kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar yang terlibat. Pihak sekolah turut memberikan penghargaan kepada pihak Kindness Malaysia kerana melaksanakan Projek Motivasi Kindness ini dengan jayanya. Pihak Kindness Malaysia juga tidak melepaskan peluang menyampaikan penghargaan tanda terima kasih kepada pihak sekolah atas memberi kepercayaan kepada kami untuk berkongsi ilmu kebaikan dengan para pelajar.

Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan

Penghargaan daripada pihak sekolah kepada Kindness Malaysia

Penghargaan daripada pihak Kindness Malaysia kepada SMK Senawang

Majlis selesai pada jam 6 petang. semua yang terlibat membantu mengemaskan dewan sebagai titik permulaan menyemai benih kebaikan dalam diri. Semoga perkongsian pengalaman bersama-sama pelajar sepanjang Projek Motivasi Kindness dapat memberi iktibar dan tauladan kepada pelajar-pelajar SMK Senawang. Kebaikan perlulah dididik dan disemai sejak di bangku sekolah lagi. Kebaikan juga perlulah bermula dari rumah dan tersebar ke seluruh dunia. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Projek Motivasi Kindness terutama pihak SMK Senawang, para sukarelawan Kindness Malaysia dan juga penaja yang budiman. Semoga Kindness School dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah lain agar dapat membentuk jati diri pelajar kearah kebaikan.

Fatin Amira Nabila binti Tauran
Pengarah Projek Motivasi Kindness
Kindness Malaysia

MASALAH PONTENG DAN KURANG MINAT BELAJAR PELAJAR SEKOLAH..

Hari ini saya terbaca artikel berkaitan laporan GMPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melaporkan tentang gejala ponteng sekolah dan kurang minat belajar di dalam kalangan pelajar-pelajar daripada PPRT.

Antara faktor yang dikemukakan adalah faktro ibubapa yang kurang memberikan erkatian terhadap pelajaran anak-anak mereka disebabkan kesibukan mencari nafkah, ketidakmampuan menampung kos pelajaran anak-anak dan faktor pengaruh hiburan yang banyak di sekitaran kejiranan mereka.

Saya amat bersetuju dengan dapatan ini. Inilah antara faktor yang menjadi penyebab kepada gejala yang disebutkan tadi. Berdasarkan pengalaman mengajar dan mentadbir di sekolah-sekolah harian yang bermasalah seperti ini, ia merupakan suatu isu yang sangat sukar untuk ditangani.

Rata-rata sekolah yang berada di kawasan bandar atau pinggir bandar yang mempunyai kelompok pelajar yang rata-rata status sosio-ekonomi keluarga yang rendah seperti di kawasan perumahan kos rendah atau PPRT, pasti masalah ini amat memeningkan kepala.

Kedar kehadiran ke sekolah amat rendah , sekitar 80% , kes salahlaku pelajar yang tinggi, dan kurangnya kerjasama di kalangan ibubapa di dalam memberikan perhatian terhadap pelajaran anak-anak, dan sukar mendapatkan tumpuan para pelajar ketika sessi PdP di jalankan di dalam kelas.

Kesemua faktor di atas ini menjadi penyebab kepada prestasi lemah sekolah  di dalam akademik.

Rata-rata ibubapa di kawasan-kawasan seperti ini amat kurang dapat memberikan perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Mereka ini sibuk mencari nafkah dengan melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk meneruskan survival mereka. Apa yang utama bagi mereka ialah memenuhi desakan untuk hidup!. Mencari seberapa banyak wang untuk membayar keperluan harian, menjelaskan bil-bil . Ada di kalangan ibubapa ini yang melakukan 2 atau 3 kerja sehingga malam hari bagi menampung keperluan hidup . Mereka terpaksa memberikan kepercayaan penuh kepada anak-anak untuk menguruskan diri untuk ke sekolah dan belajar . Anak-anak yang kurang dipantau ini , akhirnya memilih untuk tidak hadir ke sekolah atau melencong ke tempat lain, walaupun mereka keluar sekolah setiap hari dengan pakaian sekolah, namun mereka tidak sampai ke sekolah sebaliknya mereka merayau ke tempat lain. Kadang kala, ada ibubapa yang yang tidak tahupun bila anak-anak mereka keluar rumah untuk ke sekolah kerana mereka masih tidur, kepenatan bekerja pada malam hari. Hal ini ditambah lagi lagi dengan sikap sesetengah golongan bapa yang melepaskan segala tanggungjawab persekolahan anak-anak kepada pihak isteri!

Memang amat sukar bagi sekolah-sekolah yang berada di dalam persekitaran SES yang sebegini untuk cemerlang atau memenuhi KPI Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan kehadiran minima 95% setiap hari. Rata-rata pihak pengurusan sekolah yang sebegini "pening' kepala memikirkan pelbagai kaedah untuk memastikan kehadiran penuh pelajar mereka. Kadang-kala keperihatinan sekolah sudah sampai ke tahap melebihi keperihatinan ibubapa para pelajar ini sendiri!.

Dengan kedudukan SES yang rendah ini, memang berlaku kes ketidakmampuan sebilangan ibubapa ini untuk memberikan yang terbaik bagi pendidikan anak-anak mereka. Ramai juga yang tidak mempunyai wang belanja , pakaian yang lengkap, alat-alat tulis atau bahan-bahan tambahan , atau untuk mendapatkan tuisyen tambahan di luar sekolah kerana tidak mampu.

Sistem persekolahan kita sekarang bukan seperti sistem pada zaman 60 an atau 70an dahulu. Program sekolah sudah pelbagai, aktiviti sekolah sudah semakin rencam dan tuntutan kecemerlangan sekolah sudah semakin tinggi. Dengan sistem band sekolah, KPI dan perbandingan antara sekolah-sekolah berdasarkan pencapaian GPS sekolah, masing-masing sekolah berlumba-lumba ingin mencipta kecemerlangan.

Pelbagai aktiviti dan program peningkatan kecemerlangan sekolah dilakukan. Ini semua memerlukan perbelanjaan dan dana yang banyak. Hal ini belum lagi dikira dengan keperluan dana yang tinggi untuk kerja-kerja membaiki kerosakan akibat vandalisme yang tinggi , menambahkan keperluan dan alatan sekolah yang rata-ratanya terpaksa ditampung oleh pihak sekolah. Dengan pemotongan peruntukan membaikpulih kerosakan dari JPN,  pihak sekolah terpaksa berusaha mendapatkan dana tambahan untuk tujuan tersebut.

Selain peruntukan tahunan yang disalurkan KPM, sumbangan PIBG adalah sumber tambahan kewangan sekolah untuk menampung keperluan tadi. Malangannya bagi sekolah-sekolah begini, sumbangan ini juga amat sukar untuk diperolehi daripada sebahagian ibubapa. Ramai yang enggan menjelaskan sumbangan PIBG ini. Ada yang meminta sekolah mengecualikannya . Namun, saya pasti semua orang juga akan memohon pengecualian. Akhirnya, siapakah yang akan bekerja untuk mencari dana untuk menampung kewangan yang sepatutnya disumbangkan oleh ibubapa ini? Jawapannya ialah CIKGU...

Walaupun kerajaan menyediakan peruntuk awal persekolahan dan BRIM , namun ramai ibubapa yang seakan "terlupa" akan keperluan pendidikan anak-nak mereka ini ketika mendapatkan wang berkenaan dan menunaikan tanggungjawab mereka.

Apabila kawalan ibubapa yang semakin longgar dan ditambah dengan pengaruh hiburan yang merata di media dan kejiranan, ramai anak-anak pelajar ini yang hanyut dan memilih berhibur dan gaya hidup bebas sebagai keutamaan berbanding pelajaran atau ke sekolah. Gaya hidup begini yang memerlukan wang yang banyak seterusnya mendorong sebahagian mereka ini bekerja sambilan atau terus bekerja tetap walaupun masih bersekolah. kadang-kala juga, ibubapa seakan rela dan membiarkan anak-anak mereka tidak ke sekolah atau fokus kepada pelajaran kerana sekurang-kurang dapat mengurangkan beban kewangan keluarga.

Salah satu kaedah yang dijalankan oleh sebahagian sekolah ialah dengan menyediakan perkhidmatan watsapp kelas antara guru-guru tingkatan dengan penjaga bagi memaklumkan kegiatan anak-anak dan aktiviti sekolah. Namun, bagi sesetengah ibubapa daripada kelompok SES yang rendah ini, seakan-akan tidak memperdulikan maklumat ketidakhadiran anak-anak mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengatasinya. Ada juga yang ibubapa begini memaklumkan bahawa mereka telah hilang kemampuan untuk mengawal anak-anak mereka dan menyerahkan segala-galanya kepada sekolah.

Pada pandangan saya, sudah sampai masanya pihak kerajaan menampung segala kos pendidikan atau bayaran-bayaran yang ada di sekolah terutamanya bagi golongan ibubapa yang miskin atau tidak berkemampuan ini. Bayaran eloklah disalurkan terus ke sekolah agar pihak sekolah boleh memastikan pelajar-pelajar begini dapat dibantu secara terus dan mereka dapat bersaing sma seperti pelajar yang berkemampuan. Dengan bantuan yang disalukan terus ke sekolah ini, pihak sekolah boleh memastikan segala bayaran yang sepatutnya dibayar dapat dipotong terus daripada peruntukan tersebut dan ibupa tidak lagi boleh menggunakan alasan anak-anak mereka tidak mahu ke sekolah kerana malu tidak ada keperluan persekolahan yang cukup, tidak membayar sumbangan PIBG atau pelbagai alasan lagi yang kebanyakannya menyalahkan pengurusan sekolah.

Pihak kerajaan boleh menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk anak-anak golongan kurang berkemampuan ini untuk ke sekolah. Rata-rata ibubapa daripada golongan ini sering bersungut tentang kos bas sekolah yang tinggi dan mereka tidak mampu menjelaskannya.

Ibubapa pelajar di kawasan-kawasan begini juga perlu diberikan bimbingan dan pendedahan tentang ilmu keibubapaan dan kepetingan pelajaran secara terus agar mereka dapat diperingatkan akan kepetingan pelajaran anak-anak mereka. Mereka perlu didedahkan bahawa mereka tidak harus terlalu menumpukan kepada mencari nafkah semata berbanding memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Mereka tidak perlu terlalu bermati-matian mengumpul harta dunia ini sedangan harta mereka yang paling bernilai iaitu anak-anak mereka ini diabaikan begitu saja.

Ibubapa golongan ini juga perlu disedarkan akan keperluan mereka bertindak ikut KEUTAMAAN. Keutamaan bagi mereka ialah memberikan didikan kepada anak-anak ini. Perubahan sikap dan mentelati kelompok ini harus dibetulkan. Mereka perlu diberikan set pemikiran yang mengutamakan kecemerlangan pendidikan anak-anak dan pembentukan keluarga yang sempurna demi kehidupan yang lebih baik dan berfokus.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...