SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, September 27, 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK WANITA -SMKTTJ VS SINGAPORE: 6-0 -13 SEPTEMBER 2012, PADANG SMKTTJ

Kemantapan Pasukan Bolasepak remaja Perempuan SMK Taman Tuanku Jaafar, sekali lagi berjaya menarik minat pasukan- pasukan bolasepak negara lain untuk mengadakan lawatan dan perlawanan persahabatan dengan pasukan ini. Pada 13 September 2012 yang lalu, Pasukan bolasepak SMK TTJ telah menerima kunjungan Pasukan Bolasepak sebuah Kolej di Singapura di padang sekolah. Pasukan Singapuira ini sebenarnya adalah terdiri daripada pemain-pemain yang sudah berusia sekitar 23 hingga 28 tahun.
Walaupun pasiukan kita yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan 4, mereka mampu menunjukkan mutu permainan yang hebat. Keputusan akhir adalah SMK Taman Tuanku Jaafar telah berjaya mengalahkan pasukan Singapura ini dengan jaringan yang besar iaitu 6 - 0. Tahniah kepada pasukan bolasepak sekolah di atas pencapaian yang hebat!
BuaT masa ini pasukan sekolah ini masih lagi meneruskan siri latihan mereka pada setiap petang di padang sekolah. Program dan aktiviti terbaharu yang akan mereka serta ialah Lawatan dan perlawanan persahabatan dengan sebuah sekolah di Kuantan , pahang pada 19 Oktober 2012 nanti. Pasukan ini juga dalam ranka persiapan , menyediakan diri untuk Peratndinga Bolasepak ERemaja Asean yang akan berlangsung di Vietnam pada 2013 nanti.

OH ....PANTAI PORT DICKSON.....

Monday, September 17, 2012

CALON PELAJAR CEMERLANG PMR & SPM 2012...SASARAN KECEMERLANGAN

INILAH PELAJAR HARAN DAN SANDARAN KECEMERLANGAN SMK TTJ 2012..... SYABAS & TAHNIAH! Tiada ucapsn ysng lebih layak untuk diucapkan kepada kelompok pelajar yang dijadikan sandaran dan harapan untuk kita mencipta kecemerlangan. Pemilihan mereka ini iaitu yang terdiri daripada 32 pelajar PMR dan 20 pelajar SPM, mebuktikan kesungguhan pihak sekolah untuk mencipta kecemerlangan dan melakukan lonjakan yang besar di dalam peperiksaan awam pada tahun ini.
Kumpulan pelajar ini adalah mereka yang dimasukkan di dalam senarai pelajar sasaran "straight A's' bagi PMR 2012 dan pelajar sandaran minimum 7A ke atas bagi pelajar SPM. Bagi tahun ini kita juga mensasarkan sekurang-kurangnya 1 orang akan memcah rekod pencapaian 10A+ dan bakal menerima ganjaran di dalam program Target A sekolah. Pemilihan pelajar ini dan pemaparan wajah mereka ini adalah bertujuan untuk setiap guru dapat berusaha menyediakan segala kemudahan dan bantuan kepada mereka untuk mencapai sasaran dan memudahkan pemantauan . Bagi pelajar pula, ia akan memberikan keinsafan kepada mereka akan tanggungjawab dan tugas mereka bagi mencipta mencapai kecemerlangan sekolah. Mereka mesti bersedia memikul tanggungjawab ini dn memastikan mereka berjaya. kita berharap pelajar-pelajar ini tidak akan leka atau tertekan dengan pemilihan ini. Sebaiknya , jadikan ia sebagai suatu penghormatan dan motivasi untuk mempertingkatkan dan mempersiapkan diri untuk mencapai kejayaan yang disandarkan.
Bagi memastikan kejayaan ini dapat dikecapi oleh mereka, pihak sekolah telah menyusun program khas kepada mereka. Antaranya ialah: 1. Klinik Kecemerlangan Mata Pelajaran. 2. Program lonjakan Saujana 3. Mentor -mentee 4. Mystar A 5. Motivasi Kecemerlangan Melalui Program Klinik Kecemerlangan Mata Pelajaran, pencapaian mereka di dalam peperiksaan percubaan akan dianalisis dan dikenalpasti kelemahan mereka mengikut topik-topik dan mereka akan diarahkan untuk bertemu guru-guru mata pelajaan terbabit untuk proses baikpulih. Proses ini akan berjalan sehingga semua masalah mereka dapat diselesaikan. Pelajar juga akan diberikana kelonggaran unuk tidak menyertai aktiviti seperti pelajar lain dan berhak memilih untuk menetukan masa dan aktiviti mereka sendiri. Melalui Program Lonjakan Saujana pula mereka akan dibekalkan dengan bahan dan modul yang diperlukan serta diberikan mentor khas untuk mereka. Pencapaian dan perubahan diri mereka akan sentiasa dibawah pengawasan guru/ mentor dan segala masalah mereka akan segera di atasi. Pelajar Cemerlang ini juga akan dibekalkan dengan Portal Mystar A secara percuma sehingga tamnat musinm peperiksaan nanti untuk mereka mengaksesnya. Bagi tujuan ini, pihak sekolah telah menyediakan jadual waktu khas untuk mereka mengakses portal ini pada waktu sekolah dan semasa di rumah. Seorang Guru Kaunseling telah diperuntukan , khas bagi memastikan program ini berjalan lancar. Sementara itu, bagi memastikan mereka di dalam keadaaan siap-siaga untuk menghadapi peperiksaan, satu motivasi khas kecemerlangan akan diberikan kepada mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan nanti.
Marilah kita bersama-sama , seluruh warga SMKTTJ, agar mereka ini mencapai sasaran yang ditetapkan dan bersemangat tinggi untuk membuktikan kita Hebat....Seperti yang selalu diungkapkan oleh Tuan pengetua, "Ciptalah sejarah dan jadilah sebahagian daripada sejarah kecemerlangan SMKTTJ" , yang akan menjadi kenagan abadi kita sepanjang hayat, sebagai bukti keberadaan kita di sekolah ini...Moga-Moga Allah memakbulkan permohonan kita ini...InsyaAllah..Amiiiiinnnnn.

KEMERIAAHAN HARI KELUARGA SMK TMN TUANKU JAAFAR 2012..14 SEPTEMBER 2012

Friday, September 14, 2012

Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri SMK Tmn Tuanku Jaafar 2012- 14 September 2012

ALHAMDULILLAH..mAJLIS jALINAN mESRA aIDIL fITRI smk ttj 2012 pada tahun ini dapat dilangsungkan di dalam suasana yang penuh meriah dan gembira pada hari ini , 14 September 2012 bersamaan 27 Syawal 1433. Kemeriahan sambutan dapat dirasakan disegenap wajah warga sekolah dan tetamu yang hadir. Sambutan yang menjadi salah satu acara besar di dalam kalender sekolah dan menjadi tradisi sekolah sejak sekian lama menggabungkan seluruh tenaga warga sekolah yang terdiri daripada semua pelajar, guru , staf , pekerja swasta , ibubapa dan tetamu undangan. .
Tetamu undangan kita pada tahun ini ialah Tang Berbahagia, Dato Firdaus Harun di samping beberapa orang tetamu jemputan kita yang terdiri daripada antaranya iaitu, Encik Hafis dan Encik Faisal daripada Cosmopoint, Seremban, Encik mana dan Encik Asri Ninggal daripada Maybank Negeri sembilan dan Senawang, Encik Aminuddin daripada SKF, Cif Inspektor Jusman (balai Polis Senawang), Encik Saravanan (Tafe College), Encik Hazli (BTN), Tn. Hj. Awalludin (SMK Senawang), Tn. Hj. hamidon (SMK Senawang 3), wakil daripada Kastam, Kilang TOTO, Encik Izham (Samsung), wakil Surau Assobirin, wakil Masjid Tuanku Jaafar, YDP PIBG, Usahanita, dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan.
Kehadiran para tetamu , khususnya daripada pihak swasta dan badan kerajaan ini memberikan suntikan semangat kepada warga sekolah untuk menghasilkan kejayaan dan kualiti kerja yang lebih tinggi. ia juga sebagai satu penghargaan kepada warga sekolah , untuk melihat aktiviti dan usaha gigih pada guru dan pelajar untuk menjayakan program sekolah demi kejayaan sekolah.
Sesuai dengan nama program iaitu jalinan Mesra Aidil Fitri, sesungguhnya program ini menemukan setiap warga sekolah sesama sendiri, merapatkan hubungan dan menjalin kemesraan antara satu sama lain. Pada hari ini, kita lari sedikit daripada rutin harian dan suasana yang penuh formal. Sebaliknya, kemesraan, gurauan, usikan dan senyuman menghiasi suasana . Warga sekolah juga pada hari ini dipertemukan dengan pihak swasta dan agensi kerajaan bagi tujuan merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama di dalam memajukan pendidikan di sekolah di dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan nanti.
Bagi warga sekolah majlis ini juga membuktikan komitmen seluruh warga sekolah untuk menjayakan program dengan cemerlang. Kerjasama yang dijalinkan terbukti dengan kesanggupan semua warga untuk berkongsi menyediakan makanan dan membuat persiapan sambutan dengaN HEBAT!
Hari ini juga memperlihatkan setiap warga sekolah memperagakan pakaian raya yang serba cantik dan menawan. Bukan hanya pelajar sahaja yang kelihatan segak dan bergaya, namun yang lebih hebat , sudah pastilah guru dan staf .
Program pada hari bermula pada seawal jam 7.15 pagi dengan aktiviti baca surah yasiin , diikuti solat dhuha dan solat hajat. Seterusnya para pelajar diberikan sedikit taskirah pagi bagi memenuhi ruang waktu sementara kehadiran tetamu undangan. Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu yang Berbahagia Dato Firdaus Harun ( Bekas ahli Parlimen Rembau). Seterusnya ia diikuti dengan bacaan doa dan ucapan ringkas daripada Tuan pengetua. Dalam ucapannya , Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran para tetamu undangan dan seluruh warga sekolah serta mengucapkan selamat hari raya aidil Fitri Maaf zahir Batin. Beliau seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran tetamu undangan dan ia amat bersesuaian sekali dengan nama majlis iaitu 'Jalinan Mesra Aidil Fitri', yang bermaksud di antara tujuan majlis itu ialah untuk menjalinkan hubungan antara sekolah dan masyarakat, komuniti dan agensi swasta dan kerajaan, untuk sama-sama berganding bahu untuk mencemerlangkan sekolah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan semua agensi swasta, kerajaan dan kolej-kolej ini yang termasuk di dalam rakan kolaborasi sekolah, sebagaiu tanda terima kasih di atas bantuan mereka selama ini.

Perkampungan Ilmu Siri 2- 2012 , 8 September 2012

Klinik Mata pelajaran 2012-Geografi

Kesungguhan setiap warga sekolah untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademik diteruskan memasuki fasa ketiga. Fasa ini amat penting dan kritikal. Fasa bermula dari Ogos -November. Pada fasa ini, kita meningkatkan lagi persediaan di dalam menghadapi peperiuksaan yang sebenar. Dalam fasa ini, terdapat beberapa program besar iaitu: 1. Gerak Gempur ( Ogos -November) 2. Perkampungan Ilmu Siri 2 3. Suntikan Pecutan akhir
Jika pada siri pertama dulu (Jun 2012), fokus dan kumpulan sasaran kita adalah pelajar-pelajar cemerlang . Sasaran kepada kumpulan ini adalah untuk : 1. meningkatkan bilangan A 2. meningkatkan GPS sekolah 3. meningkatkan peratusan lulus semua A Sementara itu bagi siri kedua ini pula kita mensasarkan kepada kumpulan pelajar-pelajar yang berada di dalam kumpulan 'Harapan' , iaitu kumpulan pelajar yang punyai potensi untuk lulus. Sasaran kita pula pada kali ini ialah untuk: 1. meningkatkan peratusan lulus semua mata pelajaran 2. mengurangkan kegagalan 3. meningkatkan GPS 4. meningkatkan peratusan kelulusan
Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh pelajar dan guru-guru di dalam melaksanakan perancangan sekolah ini amaat menggalakkan. kehadiran pelajar ke program ini membuktikan kesungguhan setiap warga sekolah untuk mencapai kecemerlangan. Ia juga membuktikan bahawa kejayaan boleh dan mampu dicapai dengan kesungguhan, komitmen dan pengorbanan. Bagi pelajar-pelajar, ambillah peluang ini demi kejayaan anda. Kejayaan perlukan pengorbanan. Kejayaan perlukan kesungguhan. Ambillah iktibaar daripada kesungguhan para guru yang sentiasa sanggup berkorban dan memberkan komitmen semata-mata untuk memastikan kejayaan anak-anak didik di dalam peperiksaan. Sebenarnya, kalau diteliti, telah terlalu banyak program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi untuk membantu pelajar. Pelajar perlu seia dan sekata dengan para guru dan perancangan sekolah. Gunakanlah kesempatan ini untuk membaiki kelemahan diri masing-masing di dalam subjek -subjek yang kita lemah. Gunakan khidmat para guru yangh sentiasa sanggup dan rela membimbing dan membantu anda. Teruskan perjuangan dangan gigih sehingga ke tamat peperiksaan. Elakkan diri daripada ponteng dan malas. Ini kerana peperiksaan ini menetukan masa hadapan setiap orang.
InsyaAllah, program seperti ini akan diteruskan lagi sehingga kita benar-benar pasti bahawa tidak ada pelajar yang tercicir di dalam mencapai kecemerlangan. Di samping itu, klinik ini juga menumpukan sasaran kepada pelajar yang berpotensi lulus cemerlang. (near miss cemerlang). Klinik ini mengambil konsep klinik pakar yang mana beberapa orang guru akan membuka klinik mata pelajaran tertentu dan pelajar yang bermasalah di dalam subjek berkenaan akan datang berjumpa guru-guru berkenaan untuk mendapatan 'rawatan' kepada masalah mata pelajaran mereka. seterusnya, pelajar ini akan bergerak pula ke klinik lain untuk mendapatkan perkhidmatan bagi subjek-subjek lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...