SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, July 30, 2013

TAKLIMAT SARANA DI SMAR( SM AGAMA REMBAU)-KOMITMEN IBUBAPA YANG HEBAT..-27 JULAI 2013

JEMPUTAN yang saya terima  khususnya daripada Pengerusi Sarana SMAR , Puan Rozita memperlihatkan komitmen dan kesungguhan beliau untuk menjayakan Sarana di sekolah di mana beliau menjadi Pengerusi Sarana ini sebagai sebuah sekolah yang hebat.

Semangat tinggi beliau bermula sejak bulan JUN 2013 yang lalu, apabila beliau menghubungi saya untuk terus datang ke sekolah untuk melihat perlaksanaan Sarana di sekolah ini. Kehadiran beliau hanya berseorang diri sahaja.

Menurut beliau , beliau mengambil inisiatif sendiri untuk hadir ke SMKTTJ untuk mendapatkan gambaran sebenar dan bagaimana kaedah perlaksanaan Sarana disebabkan , di sekolah beliau , program ini belum bermula lagi.

Lanjutan daripada lawatan beliau  bersaorang diri itu, beliau terus mengumpulkan beberapa orang guru dan AJK Sarana serta PIBG untuk dapat melawat ke SMKTTJ pada 23 Julai 2013 yang lalu , agar mereka dapat merasakan apa yang beliau telah lihat dan alami berlaitan Sarana di SMKTTJ  utnuk dikongsikan bersama.

Bersama lebih kurang 15 orang guiru, AJK Sarana dan PIBG, beliau dan rombongan telah diberikan taklimat dan dibawa melawat ke sekitar kelas-kelas di SMKTTJ untuk melihat dan bertanyakan serta mendapatkan feedback terus daripada guru, pelajar dan ibubapa dari kelas-kelas tersebut.

Ternyata semangat beliau rupa turut dikongsi oleh ratusan ibubapa yang lain ketika saya sampai di persekitaran sekolah berkenaan pada 27 Julai yang lalu.  Deretan kereta di kawasan luar sekolah dan tepi jalan menggambarkan semangat ibubapa untuk mendapatkan maklumat terus  dan tepat mengenai Sarana daripada Tuan Pengetua SMKTTJ.

Ternyata benar! Bilangan ibubapa yang hadir adalah yang paling ramai setakat ini dan mereka telah mendengar dengan tekun dan penuh minat.


Kehadiran ibubapa ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran semua AJK PIBG dan guru-guru sekolah , termasuk Puan Pengetuanya.

Alhamdulillah, lega rasanya . daripada riak wajah mereka , terlihat kefahaman yang jelas dan kepuasan di hati mereka setelah mendapat maklumat yang sebenar. Saya juga amat berpuas hati dan syukur, taklimat yang disampaikan , mudah difahami oleh ibubapa dan semua yang hadir.

Respon daripada kefahaman ini , begitu cepat diserap oleh ibubapa sepertimana ditunjukkan oleh seorang penjaga (haji) yang terus bertindak mengemaskan surau, melipat tikar dan membersihakan surau sebaik tamat taklimat saya. Beliau bangga menjadi orang pertama yang menjayakan Sarana di sekolah berkenaan. Saya ucapkan tahniah kerana , pertama kini beliau sudah benar-benar faham  dan yang keduanya, beliau sudah dapat menunjuk contoh perlaksanaanya dengan cepat dan tepat.

Melihat daripada respon setiap penjaga pada hari itu, saya yakin , sekolah ini akan menjadi sekolah yang hebat dan berjaya di dalam melaksanankan Sarana.. InsyaAllah...

Buat Puan Rozita, terima kasih dan tahniah...Puan sudah berjaya membawa perubahan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa di sekolah puan...Tahniah...!



PUAN IBAH..CONTOH KEJAYAAN SARANA IBU BAPA SMKTTJ..DI GOTONG ROYONG 20JULAI 2013

PUAN IBAH....

Saya hanya mengenali beliau  hanya setelah wujudnya Sarana ibubapa di sekolah ini. memang betullah seperti mana kata ibubapa lain, bahawa sarana ini telah menemukan pihak sekolah dengan ibu bapa yang selama ini ramai yang 'menyembunyikan diri dan kehebatan mereka .

Beliau mempunyai anak di kelas 3UIA. Salah sebuah kelas yang paling berjaya di dalam program Sarana ini. Beliau turut menjadi AJK Sarana di dalam kelas berkenaan dan terlibat di dalam banyak aktiviti yang berkaitan dengan Sarana.

Saya terserempak dengan beliau di luar kelas anak beliau (3UIA) ketika sedang membantu anak beliau mengecat dinding kelas berkenaan.  Simpati dengan keadaan anaknya yang agak terkial-kial untuk melakukan kerja-kerja berkenaan, lantas beliau membantu dengan mengecat dinding berkenaan sambil menunjukajar anak beliau untuk melakukan kerja berjkenaan  dengan betul dan kemas.

Inilah salah satu contoh sumbangan yang dapat dilakukan oleh para ibu bapa di dalam Sarana ibu bapa ini.  Sebenarnya banyak perkara yang dapat disumbangkan oleh iabu bapa dalam membantu sekolah. Aapa yang penting ialah memberi kefahaman akan keperluan dan kepentingan serta manfaat Sarana berkenaan kepada semua ibubapa.  Selain itu, hubungan dan kebebasan yang diberikan kepada ibubapa untuk hadir ke sekolah menyumbang tenaga dan masa seperti ini amat perlu. Jika ini dilakukan , saya yakin ibubapa akan mudah dan sedia membantu sekolah pada bila-bila masa sahaja.

Komitmen ibu bapa sebgeini sudah pasti akan dapat membantu anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan di dalam pelajaran, sahsiah dan setiap aktiviti mereka.


Perasaan sayangkan dan menghargai sumbangan ibubapa mereka , akan mudah terserap di dalam sanubari mereka. Justeru itu , tidak hairanlah ramai para ibubapa yang membuat pengakuan ikhlas akan perkembangan hebat berkaitan anak mereka semenjak sarana ini diperkenalkan dan mereka sendiri terlibat secara langsung.

Sepertimana yang sering dimaklumkan oleh Puan Ibah sendiri anak beliau telah menunjukkan perubahan yang amat positif semenjak beliau terlibat di dalam Sarana ini. Antara perubahan yang dilihat ialah, anak beliau semakin rajinm belajar, mengikut jadual waktu yang disediakan, menyiapkan latihan dan setiap kerja rumah yang diberi dan semakin fokus di dalam pelajarannya.


Kita doakan agar segala   sumbangan ibubapa ini di dalam menjayakan Sarana di SMKTTJ ini akan dibalas dengan keberkatan, kemurahan rezeki dan kecemerlangan anak-anak di dalam pelajaran dan kebahagian hidup mereka sekeluarga. Inilah jariah yang amat besar maknanya dan komitmen paling jelas ibubapa terhadap pelajaran anak-anak mereka.

Kepada seluruh ibubapa Sarana di SMKTTJ, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan jasa baik tuan-tuan dan puan-puan sekelian.


Tuan-tuan adalah ibubapa yang hebat! Tuan-Tuan adalah insan terpilih yang dipilih Allah untuk menjadi contoh teladan dan memikul tanggungjawab melaksanakan program ini. Ketikan ramai lagi yang tidak terpilih oleh Allah untuk menjadi contoh dan memikul tanggungjawab yang hebat ini, tuan-tuan adalah insan hebat yang menerajui program ini.



"Hanya orang yang terpilih dan hebat diberikan kepercayaan oleh Allah untuk memikul tanggungjawab seperti ini.... ANDA MEMANG HEBAT!

AGIHAN AL-QURAN KEPADA PESERTA DAN SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM PEMBUDAYAAN AL-QURAN DAN TADARUS PERDANA -SARANA SMKTTJ BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH ZON SENAWANG, 11 JULAI 2013











SOKONGAN IBUBAPA MENGHIAS BILIK OPERASI SARANA







Monday, July 29, 2013

CERAMAH KECEMERLANGAN BERSAMA PENDAKI GURNUNG EVEREST DARI JELAI FELDA, GEMAS- 17 JULAI 2013


RAKAMAN RTM UNTUK PROGRAM DIALOG, SIARAN LANGSUNG DI TVI- 26 JUN 2013


SARANA SMKTTJ  semakin mendapat perhatian di negara ini . Nama SMKTTJ semakin dikenali hasil daripada Program Sarana yang dijalankan di sekolah ini dan telah berjaya dengan cemerlang.

Sehingga kini SMK TTJ telah menjadi benchmark dan rujukan serta contoh bukti perlaksanaan Sarana yang berjaya di peringkat kementeria Pelajaran Malaysia.

Bermula dengan penglibatan kita di dalam majlis penilaian sarana yang diadakan di  melaka pada 16 April 2013, di mana Tuan Pengetua telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel yang membentangkan perlaksanaan Sarana ini , nama SMKTTJ terus penjadi tumpuan pelbagai pihak.

Seterusnya Tuan Pengetua dan sekolah telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel Forum penglibatan ibu Bapa, komuniti dan swasta di dalam program sekolah serta diberi tanggungjawab menyediakan pameran aktivti sarana SMKTTJ pada Perayaan Hari Guru  Kebangsaan  di Kompleks Belia Paroi pada 13- 16 Mei 2013.

Seterusnya , SMKTTJ terus menerima kunjungan beberapa orang tetamu  termasuklah Yang Berbahagia Datuk Dr Khir Mohd. Yusof , Timbalan Ketua Pengarah KPM yang telah hadir ke sekolah pada pagi 16 Mei 2013 yang lalu. Kehadiran beliau adalah hasil daripada pembentangan yang dilakukan oleh Tuan             Pengetua semasa Forum Hari Guru  Peringkat Kebangsaan berkenaan. Ternyata , beliau amat berpuashati dan terkejut apabila melihatkan pencapaian kita di dalam program Sarana ini.

Justeru itu, SMKTTJ terus mendapat perhatian. Apabila KPM mengadakan sessi penerangan di dalam Program Dialog di TV 1 , RTM, pihak KPM telah meminta pihak RTM untuk mengambilk berita dan bahan-bahan berkaitan Sarana berkenaan di SMKTTJ.

Krew RTM yang terdiri daripada penerbit dan juru kamera telah datang ke sekolah dan telah melakukan rakaman berkenaan. Di dalam program rakaman ini , beberapa temu bual telah dilakukan  melibat Tuan Pengetua, Ibu Bapa dan pelajar serta Guru. Rakaman keceriaan beberapa buah kelas juga telah dilakukan dan ternyata ia amat memeranjatkan krew berkenaan.

Rakaman ini telah disiarkan secara langsung semasa Program Dialog di TV1 pada 26 jun 2013 yang lalu.


GOTONG ROYONG MENCERIAKAN SEKOLAH/ KELAS -SARANA , 20 JULAI 2013








RAKAMAN SARANA SMKTTJ DI DALAM MAJALAH 3 , TV3- 22-24 JULAI 2013

ALHAMDULILLAH....

PROGRAM SARANA SMKTTJ  terus mendapat perhatian daripaa pelbagai pihak. ejayaan sekolah menjayakan program ini bersama-sama ibu bapa dengan cemerlang ternyata telah mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah ini.


Kalau dahulu, SMKTTJ terkenal dengan maslah yang pelbagai . daripada sebuah sekolah yang dikenali sebagai sekolah bermasalah disiplin, vandalisme , dan pergaduhan, kini SMKTTJ telah mula dikenalai dengan imej baru yang hebat sebagai sebuah sekolah cemerlang khususnya di dalam program Sarana.
Program sarana di sekolah ini hasil kerjasama hebat antara sekolah dan ibu bapa ternyata telah  menarik perhatian ramai pihak yang ingin mencontohi pencapaian dan melihat apakah ramuan yang digunakan yang membolehkan kerjasama ini terjalin begitu hebat. Justeru itu,, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan pihak TV3 untuk melakukan rakaman aktiviti dan perjalanan kejayaan Sarana di sekolah ini.

Lanjutan itu, pada 22 hingga 24 Julai 2013 yang baru lalu, sekolah telah didatangi oleh Krew Majalah 3 , daripada TV3 untuk mengadakan rakaman selama 3 hari. Krew yang diketuai oleh cik Wnna sebagai penerbit dan juru kamera serta krew lain  (5 semuanya) telah berkampung  di SMKTTJ untuk menyiapkan rakaman tersebut.

pelbagai aktiviti yang melibatkan Sarana telahpun dirakamkan. Antaranya adalah sessi temu bual dengan Tuan Pengetua, Guru-guru, ibubapa dan pelajar.

                
Aktiviti yang sempat dimasukkan ke dalam rakaman ini adalah aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah ini  iaitu:

1. Kelas atau prep malam

2. Bilik Operasi Sarana

3. Keceriaan Kelas


4. Solat hajat, dhuha dan yasin ibu bapa ( setiap Ahad)

5. Berbuka Puasa

6. Solat Tarawih berjemaah

7. Astaka sarana

8. Kelas menservis komputer ( Encik Zul)



Selain daripada itu beberapa aktiviti lain yang telah dilaksanakan, telah diambil gambar dan maklumat berkaitannya untuk dimasukkan juga di dalam program berkenaan.

Sambutan ibubapa dan para pelajar di dalam program rakaman ini amatlah memuaskan . Ibu bapa telah sanggup bersama menjayaklan setiap aktiviti yang diadakan sehinggalah ke jam 12 malam. Kesungguhan untuk bersama-sama sekolah meningkatkan nama sekolah dan imej sekolah ini amatlah dihargai , malah dikagumi.

Moga -moga Program Sarana ini akan terus berkembang dan terus cemerlang sehingga akhirnya. Sesungguhnya , program Sarana ini telah banyak memberi rahmat dan mengharumkan nama sekolah.

Terima kasih buat semua, TV3, ibubapa, guru, para pelajar, masyarakat, PIBG dan KPM serta JPNS.



MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN KEPADA PELAJAR DAN SEKOLAH YANG MENYERTAI PROGRAM

Photo
PhotoMajlis gimik penyerahan Al-Quran bagi Program Pembudayaan Al- Quran dan Tadarus Perdana _Sarana SMKTTJ Bersama Sekolah-Sekolah Zon Senawang 2013 di Balai Konfrensi SMKTTJ pada 11 Julai 2013 yang lalu. 
 
 
 
Seramai 10 orang pelajar yang mewakili setiap sekolah yang mengambil bahagian di dalam program ini telah menerima senaskah Al-Quran . Di samping itu juga setiap sekolah juga menerima sumbangan sekitar 300 naskah Al-Quran daripada stok yang ada di SMKTTJ untuk menampung kekurangan di setiap sekolah berkenaan. hampir 2500 naskah Al-Quran pelbagai corak telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai, badan tertentu untuk menjayakan program ini. 
 
Photo 
Al-Quran ini turut disampaikan kepada semua guru pengiring dan jawatankuasa program. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Tuan Mohd. Radzi , Pengetua SMK Seremban Jaya 2. 
 
 
PhotoTahniah kepada semua pelajar yang menyertai program ini dan terima kasih kepada semua penyumbang, terutamanya Dewan perniagaan Melayu Negeri Sembilan , melalui Encik Ramlan Naim, yang menjadi penyumbang terbesar pada tahun ini iaiatu sebanyak 2000 naskah. 
 
 
Semoga semua amal kebajikan kita diberkati Allah dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan kehidupan kita selama-lamanya. insyaAllah...









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...