SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, January 10, 2010

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2010






Pada 31 Disember 2010, mesyuarat guru kali pertama 2010 telah diadakan di Bilik Gerakan. Mesyuarat ini penting bagi menerangkan kepada guru-guru ,staf sokongan dan pekerja swasta sekolah akan perancangan dan halatuju sekolah. Tujuannya ialah agar kita semua sehaluan dan searah dalam memacu visi sekolah ke arah sekolah cemerlang.Mesyuarat bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.

Pada tahun ini juga, kita telah mempunyai visi baru yang lebih jelas dengan inspirasi setiap warga sekolah dan KPM. Bagi tahun baru ini juga, pihak sekolah telah menerima kehadiran 5 guru baru. Mereka ialah Pn. Hashimah, Pn, Siti Aisyah, Encik Shahrul, Puan Masdiana, Puan Ezdiani. Diharapkan agar mereka akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di dalam mendidik anak-anak di Felda Jelai ini.

Dalam mesyuarat berkenaan , saya telah menjelaskan cabaran dan sasaran yang perlu dihadapi serta dipenuhi pada tahun ini. Apa yang pastinya , tahun ini akan merupakan tahun yang sibuk, tahun mencipta kecemerlangan, tahun mencipta kejutan, dan segala urusan dan tugas perlu dilakukan dengan sempurna, cepat, tepat dan memberi impak yang kuat. Pelbagai usaha yang melibatkan perubahan sistem, perubahan prosedur, pembangunan telahpun dilaksanakan di sepanjang cuti persekolahan yang lalu. Buat tahun ini, beberap inovasi telah dilakukan: Antaranya ialah:

1. Bilik Ketua Bidang Baru
2. Bilik Fail Khas
3. Bilik BBM
4. Bilik Disiplin dan Pengawas baru
5. Penaiktarafan tandas
6. Pemasangan tiles pada laluan pejabat
7. Pemasangan Sudut Jelai Terbilang
8. Pemaparan takwim di datan Perhimpunan
9. Pemasangan penyaman udara di ruang makan guru di kantin
10.Penaiktaran PA System dan LCD di surau
11.Pembukaan Gimnasium di blok C
12.Imej baru Anjung Juara
13.Imej baru kantin sekolah
14.Sudut-Sudut Ilmu
15.Imej baru kepada pengurusan kelas
18.Imej baru baju sukan sekolah/ rumah sukan
19.Pengenalan kepada program Menggapai Bintang
20 Program Skor A baru dengan tawaran lebih menarik
21.Pembukaan Kelas Olahraga di kelas 1 UiTM

Apa yang diharapkan agar para pelajar dan seluruh warga SMK Jelai Felda berasa seronok belajar dan bekerja dalam persekitaran yang lebih selesa dan cantik. Semoga segala ini akan dapat dijaga dan dihargai oleh setiap warga sekolah dan dimenifestasikan melalui keputusan yang dapat dicapai di dalam setiap bidang, terutamanya akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...