SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, February 2, 2012

Wajah Baru Makmal Komputer SMK TTJ







WAJAH BARU makmal komputer SMKTTJ....

Alhamdulillah..akhirnya harapan dan doa kita kepada Allah agar dibekalkan komputer baru untuk kemudahan pembelajaran ICT di sekolah ini dimakbulkan jua.

Makmal baru ini dibekalkan dengan 8 buah server dengan 40 monitor untuk kegunaan pelajar dan sebuah server serta satu unit monitor untuk kegunaan guru. Di samping itu, kita juga dibekalkan dengan 40 set kerusi baru dan 22 buah meja baru serta pendawaian baru untuk melengkapkan makmal tersebut. Pihak sekolah merasa bersyukur kerana akhirnya kita mendapat makmal baru ini bagi menggantikan peralatan komputer yang telah uzur dan banyak yang rosak. Segala kerja pemasangan komputer di siapkan sehingga minggu pertama persekolahan yang lalu.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada BTP KPM terutamanya kepada Tuan Pengarah BTP KPM yang 'mendengar' rintihan saya terhadap kedhaifan makmal komputer dan peralatan komuter di sekolah ini semasa kami berkursus di Korea dahulu.

Makmal komputer ini dahulu amatlah dhaif. Sekolah yang mempunyai bilangan pelajar seramai 1545 orang, hanya mempunyai 22 buah komputer sahaja dan bilangan yang boleh guna hanyalah sekitar 9 buah sahaja. Kemudiaan keadaan bertambah parah apabila banyak komputer tersebut yang rosak dan berkeupayaan rendah.

Masalah utamanya ialah kebanyakan komputer ini tidak diselenggara dengan baik. Hal ini menimbulkan masalah apabila tuan pengetua mahu menjadikan ICT sebagai salah satu daripada watak sekolah! Ini belum lagi melihatkan masalah yang sama berlaku pada komputer yang berada di pejabat dan di makmal sains dan sebagainya. Mujurlah dengan kemampuan yang kita ada dan kerjasama dengan PIBG , kita telah berusaha sedikit demi sedikit memperbaiki peralatan tersebut.

Diharapkan dengan adanya bekalan komputer baru ini , usaha ke arah membudayakan ICT akan berjalan dengan lancar. Bagi menampung kekerungan komputer ini, pihak sekolah juga telah melancarkan Program 1 Guru 1 Komputer, iaitu dengan meminta para guru membeli ataiu menggunakan komputer masing-masing untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Diharapkan juga agar para pelajar dapat memanfaatkan komputer ini untuk tujuan pembelajaran sepenuhnya. Jagalah keselamatan komputer dan menjaga kebersihan dan keselesaan di makmal ini.

bagi menjamin keselamatan, pihak sekolah tela memasang CCTV di dalam makmal ini untuk tujuan pengawasan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...