SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, January 21, 2012

















ALHAMDULILAH...Tugas pertama sebagai Pengelola Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah seremban 2 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah terlibat menjayakan program ini dengan cemerlang.

Selama 2 hari beberapa orang guru kita telah berkampung di Centre Court Paroi untuk mengendalikan dan memastikan perjalanan kejohanan ini lancar dan baik. majlis penutupan kejohanan telah dilangsung pada jam 3.30 petang , khamis 19 Januari 2012 oleh wakil PPD Seremban, Encik Azman. Turut hadir ialah Tuan Pengetua sebagai Pengerusi Pengelola. Syukur kejohanan berlangsung dengan aman dan tenangtanpa sebarang masalah.

Sebanyak 20 buah sekolah dengan sejumlah 605 orang pelajar mengambil bahagian di dalam 55 pertandingan pada sepanjang 2 hari kejohanan berlangsung. Bagi pasukan tuan rumah, SMKTTJ, kita telah berjaya menjadi Naib Johan peringkat umur 15 tahun apabila terpaksa tunduk kepada SDAR dengan jumlah jaringan yang kecil. Diharapkan , pasukan sekolah akan berusaha lebih gigih lagi pada masa-masa akan datang bagi memastikan kita benar-benar bersedia. Namun begitu, kita berasa syukur kerana pencapaian ini sebenarnya merupakan peningkatan daripada pencapaian tahun lalu iaitu sekadar pusingan awal sahaja. Pencapaian ini sebenarnya adalah menifestasi daripada cita-cita kecemerlangan kita sesuai dengan slogan kecemerlangan kita iaitu , "LONJKKAN KECEMERLANGAN".

Kecemerlangan kita sebagai penganjur juga telah mendapat pujian daripada pihak PPD dan beberapa buah sekolah yang menganggap penganjuran kita ini bagus berbanding penganjuran sebelumnya. Tahniah!.. Inilah yang dikatakan 'kualiti " di dalam kerja sepertimana yang dimaksudkan oleh Tuan pengetua di dalam taklimat awal tahun. Semoga kita mampu mengekalkan kecemerlangan dan kualiti kerja yang hebat ini di dalam penganjuran-penganjuran seterusnya.

P/s Pencapaian di dalam Kejohanan Badminton juga telah meningkat dengan kejayaan tempat ke 3 bagi pelajar kita di peringkat daerah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...