SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Wednesday, February 15, 2012
Perjumpaan Profesional Pengetua dan pelajar tingkatan 5-14 feb 2012
BERMULA 14 feb 2012, bermulalah satu lagi siri program ke arah meLONJAKKAN KECEMERLANGAN sekolah khususnya bidang akademik , iaitu Program Perjumpaan Profesional Pengetua dan Pelajar Tingkatan 5 sessi 2012.
Perjumpaan ini dimulakan dengan pertemua Tuan Pengetua dengan pelajar 5UIA di pejabat Tuan pengetua sendiri. Perjumpaan ini akan berterusan bagi semua pelajar tingkatan 5 dan akan diikuti dengan pelajar tingkatan 3 .Perjumpaan turut disertai oleh Guru Kaunseling iaitu, Encik Paramesivam dan Puan NoAzian Abdul Hani.
Tuan Pengetua telah menggariskan 4 tujuan utama perjumpaan ini.
:
1. Menyampaikan harapan pihak sekolah terhadap mereka dalam mencipta kejayaan cemerlang di dalam SPM dan menyedarkan pelajar akan tanggungjawab mereka dan peranan yang sepatutnya mereka mainkan di dalam mencapai kecemerlangan.
2. Menyedarkan keperluan mereka menjaga akhlak dan menjadi pelajar contoh serta melengkapkan diri mereka dengan nilai tambah sebagai persediaan mereka aapabila keluar dari sekolah ini nanti.
3. Membincangkan masalah mereka dan menawarkan bantuan untuk mereka meningkatkan kecemerlangan mereka.
4. Memberikan tips dan motivasi kecemerlangan diri.
Dalam hal ini diharapkan , perjumpaan ini tidak disalah anggap oleh sebahagian guru sebagai strategi memerangkap guru. Sebenarnya niatnya ialah untuk membantu menyelesaikan masalah pelajar dan mendapatkan maklumat secara direct dan bantuan dapat disalurkan terus dan disampaikan kepada semua pihak dengan segera tanpa ada birokrasinya. Dalam perjumpaan ini , Tuan Pengetua lebih menekankan kesedaran diri pelajar untuk berjaya.
Antara dapatan yang diperolehi setakat 2 kelas utama ini ialah:
1. Pelajar menghadapi masalah pada topik di tingkatan 4
2. Pelajar kita lambat bertindak dan tidak selaridengan usaha guru. Guru-guru laju mengejar silibus sebagai persediaan mengadakan gerak gempur, tetapi pelajar lambat menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan dan pelajar tidak bersedia mengikuti pembelajaran kerana tidak respon kepada arahan guru.
3. Pelajar juga ramai yang tidak mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan, tiada perancangan, sasaran dan banyak bergantung kepada guru .
Sebenarnya perkara-perkara berkaitan inilah mahu kita selesaikan. Pengetua juga menekan tentang disiplin diri dan komitmenyang harus dibuat oleh pelajar untuk berjaya.
Kita berharap agar program ini akan berterusan. Perjuampaan di dalam suasana santai ini diharapkan akan dapat membuka minda pelajar untuk membuat perubahan ke arah kecemerlangan. Bantuan akan diberikan sepenuhnya kepada pelajar.Namun pelajar juga perlu memberikan komitmen yang jitu.
Tuan Pengetua juga akan memastikan setiap pelajar punyai target pencapaian individu sebagi ingatan mereka.
Pengetua juga akan memberikan komitmen untuk memantau pencapain dan disiplin mereka secara terus. Sebarang salahlaku dan sikap malas mereka akan terus dilaporkan kepada pengetua dan akan diambil tindakan oleh Tuan Pengetua sendiri.
Diharapkan agar program ini akan memberi impak besar terhadap kesedaran mereka untuk berjaya dengan cemerlang.
Akhir sekali, ada pepatah:
"Kita boleh membawa kuda ke sungai untuk minum,
Tetapi kita tidak boleh memaksanya minum"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment