SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Friday, February 17, 2012
KURSUS GURU BARU 2012-PERKONGSIAN ILMU
KURSUS UNTUK GURU-GURU BARU SMKTTJ telah berlangsung pada Sabtu, 11 Febuari 2012 yang lalu di Balai Konfrensi dengan dihadiri lebih daripada 10 orang guru. Kursus ini adalah kursus wajib bagi setiap guru baru yang ditempatkan di sekolah ini , bermula pada tahun 2012 ini. Guru baru ini bermaksud guru yang baru sahaja masuk bertugas ke sekolah ini pada tahun berkenaan. namun bagi kursus buat kali pertama ini , pesertanya adalah terdiri daripada semua guru yang baru ditempatkan di sini sejak tahun 2011 yang lalu.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk:
1. Memberikan pendedahan budaya kerja sekolah yang harus difahami dan dipatuhi oleh
setiap guru di sekolah ini.
2. Mendedahkan guru-guru baru ini dengan teknik pengajaran yang berkesan daripada
guru-guru cemerlang dan guru yang berpengalaman.
3. Berkongsi pengalaman terbaik atau "best practices", di antara guru-guru baru dan
guru sedia ada.
4. Menerangkan tentang organisasi sekolah, misi, visi, motto dan slogan sekolah serta
perancangan sekolah.
5. Penyediaan Buku Rekod terbaik.
Antara penceramah yang diundang ke majlis ini pada kali ini ialah:
1. Encik Akashah Ismail, GPK Akademik
2. Tuan Hj. Zakaria Ismail, GPK HEM
3. Pn. Hjh. Zainab Nasir, GPK Ko-Ku
4. Pn. Fadhilah Hashim, KB Teknik dan Vokasional
5. Pn. Hjh. Rosiah , Guru Cemerlang Sejarah
Satu lagi kursus yang sudah dirancang oleh pengurusan sekolah ialah Kursus ICT untuk staf dan guru baru . InsyaAllah iakan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Penganjuran kursus ini sebenarnya adalah suatu budaya yang amat baik dan perlu. Bagi guru baru yang baru masuk ke sesebuah sekolah, mereka memerlukan bimbingan dan panduan bagi melalui kehidupan sebagai guru di sekolah ini. Bimbingan dan tunjukaajar guru-guru lama dan berpengaalaman akan memberikan keyakinan bagi mereka untuk melaksanakan pengajaran di dalam kelas.
Guru-guru baru juga perlu diberikan budaya kerja cemerlang yang perlu ada pada diri mereka. Sebagai guru baru mereka seharusnya membacwa bersama lembaran baru kecemerlangan bersama dengan perubahan tempat dan suasana kerja. Kerapkali juga kedapatan guru baru yang tiba di sesuatu sekolah , membawa bersama mereka budaya kurang profesional di sekolah lama mereka ke sekolah baru. Jika ini berlaku, maka, ia akan medatangkan masalah kepada sekolah baru di mana mereka berada. Guru-guru baru juga kadang-kala terdedah dengan budaya kurang molek yang ada di sekolah baru mereka. Justeru itu mereka perlulah dipersiapkan dan dibuka minda mereka agar dapat membuat pilihan dan keputusan baik akan budaya mana yang perlu diikuti oleh mereka. Kita berasayakin , para guru baru ini mempunyai ketrampilan tinggi dan matang untuk membuat keputusan!
Sebagai sebuah sekolah yang berhasrat untuk menuju ke arah sekolah Berprestasi Tinggi, komitmen, kesungguhan dan kehebatan individu guru di dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah amatlah diperlukan. Setiap guru perlu bertindak pantas dan mencipta seberapa banyak kejayaan. Di dalam dunia sekarang, KEPANTASAN dan KECEMERLANGAN adalah 2 perkara yang perlu di dalam menlonjakkan kecemerlangan sekolah. PANTAS mencipta kejayaan, cekap berfikir, cekap dan pantas mengatasi masalah dan mencari jalan alternatif , pantas bertindak di dalam mengeluarkan hasil atau output terbaik dan sebagainya.
KECEMERLANGAN bukan hanya kepada kecemerlangan akademik semata-mata, malahan ia harus meliputi semua aspek. Dalam hal ini , Tuan Pengetua telah menggariskan 14 fokus kecemerlangan yang mesti dicapai oleh setiap warga sekolah.(rujuk Info Terkini).Semoga semua guru baru kita ini akan menunjukkan komitmen dan kesungguhan di dalam pekerjaan mereka dan bersama-sama dengan guru -guru lain meLONJAKKAN KECEMERLANGAN sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment