SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, February 20, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMKTTJ...

















ALHAMDULILLAH...Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 17 Febuari 2012 yang lalu ternyata berjalan dengan lancar dan meriah. Sambutan kali ini diadakan serentak dalam satu hari bagi sessi pagi dan petang.

Sambutan pada sessi pagi Jumaat itu, menampilkan personaliti Muhammad Husaini , Naib Johan Akademik Al-Quran , manakala pada petangnya pula menampil tokoh penceramah muda yang terkenal di Seremban ini iaitu Ustaz Muhammad Khusairi.

Sambutan pada sessi pagi bermula seawal jam 7.15 pagi apabila para pelajar , guru dan staf berkumpul di Dataran Cendiakawan dengan berpakaian pelbagai warna dengan berselawat sebelum memulakan perarakan di padang sekolah sambil berselawat. Sekitar jam 7.45 pagi, perarakan bermula dengan para pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan saudara Husaini meminpin bacaan selawat. Suasana pada pagi itu ternyata amat meriah dan berwarna warni dengan pakaian serba indah dan semangat paara pelajar yang dijelmakan melalui selawat ke atas junjungan Nabi Muhammmad s.a.w.

Perarakan di sekeliling pada sekolah dan kembali semuala ke Dataran Cendiakawan memakan masa kira-kira 20 minit. Ternyata semua orang berpuasahati dapat merasakan suasana perarakan yang pertama kali di adakan di sekolah ini sempena Maulidur Rasul...

Acara seterusnya ialah persembahan marhaban oleh kumpulan Marhaban yang dianggotai oleh Ustaz Mohd. Nizam, Encik Rais dan Tn. Hj. Zakaria. Kemuncak sambutan adalah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Saudara Husaini... Alunan bacaannya yang indah ternyata menjadikan susana senyap dengan semua warga sekolah menghayati setiap patah ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan. Seterusnya, tazkirah ringkas disampaikan oleh saudara Husaini menyentuh soal menghayati erti kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w dan perkaara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk menyatakan kasih sayang kita kepada Rasullullah s.a.w.

Padapetang harinyapula sambutan bagi pelajar sessi petang dilangsungkan di ruang legar sekolah dengan ceramah daripada Ustaz Khusairi. Kebijaksanaan beliau berceramah berjaya menarik minat pelajat mengikutinya dengan khusyuk.Isi kandungan ceramahnya banyak berkaitan dengan sunnah Rasul yang perlu kita ikuti semampu yang boleh sebagai bukti kasih sayang kitta terhadap baginda Rasuillullah.

Tuan Pengetua telah berkesempatan menyertai kedua-dua majlis dan sempat menyempaikan cenderamata tanda terima kasih kepada kedua-dua tetamu jemputan.

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya mengatur program ini dengan cemerlang. perarakan yang pertama kali diadakan ini membiktikan kita mampu melakukan yang terbaik. Keikhlasan , keyakinan dan kesungguhan ternyata membuahkan hasil yang hebat. Semoga sambutan pada kali ini akan menjadi benchmarking bagi sambutan-sambutan lain dan semoga kita dapat meneruskan kecemerlangan ini pada setiap majlis yang diadakan. Di samping itu, kita berharap agar Panitia pendidikan Islam akan dapat meneruskan program-program kerohanian lain dan penubuhan BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian) sekolah akan terjelma.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...