SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, April 2, 2010

KEM IBADAH- Anjuran bersama SMK Jelai Felda dan MAINS











Hari ini berlangsungnya Program Kem Ibadah , Anjuran Bersama SMK Jelai Felda (Panitia Paendidikan Islam) dengnan MAINS dan Persatuan Pelajar Timur Tengah di sekolah ini , sehingga hari ahad nanti. Seramai 70 orang peserta dengan 12 orang fasilatator terlibat dalam program ini. Di samping itu , beberapa orang guru turut terlibat sebagai AJK program. Program diadakan di surau Al-Hidayah SMK Jelai Felda, yang semakin canggih dengan aircon dan ruang ICT dan PA Systemnya.

Sasaran pelajar adalah kepada golongan pelajar daripada kumpulan pelajar Harapan yang terdiri daripada pelajar UKM, USM, UTM. Tujuan program ini adalah sebagai pengukuhan ibadah mereka terutamanya solat. Ibadah solat dilihat mempunyai pengaruh dan kesan yang besar terhadap pembentukan peribadi dan kemajuan pelajaran mereka. Solat mendekatkan hubungan antara makluk dan penciptanya dan secara tidak langsung akan memudahkan segala urusan dan doa dimakbulkan. Apatah lagi dalam usaha setiap pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PMR. Selain usaha gigih mengulangkaji pelajaran, doa juga menjadi penentu kejayaan pelajar. Allah akan memudahkan urusan umatnya , jika umatnya membantu ke jalan Allah.

Para pelajar juga didedahkan dengan latihan mengenal diri, iaitu mengenal diri sebagai makhluk Allah dan peranan yang patut dilaksanakan.

Diharapkan melalui program ini , sahsiah sebahagian pelajar ini akan dapat dibentuk dan seterusnya dapat menjadi pelajar yang berdisiplin. Hanya disiplin yang tinggi dapat menjamin kejayaan diri.

Saya sempat bersama sehingga jam 8.30 malam tadi ,dan melihat pelajar-pelajar bersemangat untuk mengikuti program ini.

Terima kasih dan syabas kepada semua AJK program, para guru dan MAINS yang telah membantu menjayakan program ini. Ini merupakan satu lagi contoh koloberasi antara sekolah dan agensi luar demi membantu melahirkan pelajar cemerlang di sekolah ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...