SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, April 26, 2010

SURAU AL-HIDAYAH SMK JELAI FELDA SEMAKIN CANGGIH...






DALAM usaha menjadikan surau sebagai pusat kegiatan pelajar, pihak sekolah melalui jawatankuasa surau Al-Hidayah dan Panitia Agama Islam telah berusaha melengkapkan kemudahan surau. Antaranya ialah memasang skrin, LCD Projektor, PA System baru yang berkuasa tinggi, mengubahsuai ruang untuk dijadikan bilik urusan surau, membina point/ plug baru , keyboard tanpa wayar dan memasang langsir pemisah antara lelaki dan perempuan.

Alat penghawa dingin sebanyak 2 unit yang dipasang tempohari masih tidak cukup dan pihak surau memerlukan sekurang-kurangnya 3 unit lagi alat tersebut. Pelbagai usaha dilakukan untuk merealisasikannya. Diharapkan agar . ada di kalangan penderma yang sanggup membantu pihak sekolah.

Pihak surau juga telah mendapat sponsor air minuman pada hari khamis daripada syarikat DMart Jelai Felda untuk kegunaan semasa bacaan yasin pada setiap malam Jumaat dan pagi Jumaat. Terima kasih diucapkan dan diharapkan akan ada penyumbang lain yang sudi membantu dalam aspek lain pula. Air minuman ini diminum oleh para pelajar yang berkunjung ke surau pada setiap masa. Alhamdulillah, perubahan tingkahlaku pelajar telah jelas kelihatan, berkat doa dan bacaan yasin yang dilakukan.

Bagi kegiatan BADAR pula, tabung derma yang dilancarkan pada setiap Jumaat, memberikan kelapangan sedikit untuk mereka menjalankan aktiviti. ini termasuklah minuman dan makanan biskut pada waktu malam, di mana terdapat ramai pelajar yang telah hadir mengulangkaji pelajaran di surau pada setiap malam.

Kemudahan streamyx dan internet tanpa wayar (WIFI) juga telah boleh digunakan di surau. Diharapkan para pelajar dapat mewnggunakan segala kemudahan ini untuk meningkatkan tahap akademik dan sahsiah mereka. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya dalam usaha kita mengangkat martabat sekolah kita ini.

Sekalung tahniah kepada Panitia Agama Islam dan Ustaz Rizal Kemis yang berusaha bersungguh-sungguh memajukan aktiviti surau. Semoga surau kita akan menjadi surau contoh dan terbaik untuk pelajar manfaatkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...