SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, April 23, 2010

PEMBINAAN BLOG MASJID-MASJID GUGUSAN FELDAJELAI F






ALHAMDULILLAH..lanjutan daripada keputusan mesyuarat bersama AJK Masjid-masjid di sekitar gugusan Jelai Felda tempohari, blog-blog berkenaan telahpun terbentuk. Walaupun masih di peringkat awal dengan menyediakan header dan organisasi blog masjid berkenaan , namun usaha ini patut dipuji. Tahniah kepada blogger muda SMK Jelai Felda yang berani menyahut cabaran dan menyumbang tenaga dan idea bagi menyediakan blog dan menguruskannya selepas ini.

Ini adalah salah satu usaha kita dalam membentuk modal insan yang berguna kepada sekolah dan masyarakat. Pelajar-pelajar dilatih bukan semata-mata untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri mereka, namun mampu pula menyumbang dan menyebarluaskan ilmu yang diperolehi untuk kesejahteraan masyarakat. Tahniah juga kepada guru-guru , terutamanya En. Norhaslin, Cik Marniemariam dan Cik Shafadan Tuan Syed Nasir, yang begitu pro-aktif melaksanakan segala idea tentang pembangunan ICT di sekolah ini.

Hal ini sebenarnya selari dengan hasrat KPM mewujudkan sekolah Berprestasi Tinggi. Antara cirinya ialah sekolah yang ada menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Kepakaran dan kemudahan yang kita ada di dalam ICT, haruslah dimanfaatkan seluruhnya.

InsyaAllah, dijangkakan pada awal Mei 2010 ini akan diadakan kursus ICT dan Maklumat kepada semua AJK masjid gugusan Jelai Felda ini. Pemasangan streamyx kepada semua masjid , sedang dilaksanakan dan akhirnya nanti, seluruh masjid ini akan mempunyai jaluran internet dan WIFI. Hasrat akhirnya ialah untuk melihat fungsi masjid bukan sekadar tempat ibadat tetapi sebagai pusat ilmu dan maklumat. Anggota masyarakat juga diharapkan agar menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan untuk melayari internet, khususnya kepada para pelajar. Saya pasti, manfaat ini akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar-pelajar dan unsur negatif dapat dihindarkan.akhirnya, diharapkan para pelajar dan remaja dapat mendekatkan diri dengan masjid.

InsyaAllah dalam tempoh terdekat ini kita akan dapat merealisasikan hasrat untuk mewujudkan masyarakat perihatin di gugusan Jelai Felda ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...