SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, April 7, 2010

OLAHRAGA MSSDT-SMK JELAI FELDA TETAP UNGGUL...
















Semalam, berakhirlah Kejohanan olahraga MSSDT 2010, yang berlangsung di SMK Dato Taha , Gemenceh. Sekali lagi SMK Jelai Felda tetap unggul , mengekalkan kejuaraan dengan pungutan 26 emas, 19 perak dan 11 gangga. pencabar terdekat adalah SMK Tunku Besar , Tampin dengan 18 emas. Kejayaan ini adalah suatu yang amat membanggakan. Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan olahraga sekolah yang telah berjaya membimbing atlet kita seteruanya menjadi juara. Diharapkan , semua yang terlibat akan terus berlatih untuk mengahadapi kejohanan olahraga MSSNS pada 20 April nanti. Saya yakin atlet kita akan tetap bersinar dan seterusnya terpilih mewakili negeri ke MSSM.

Dalam kegembiraan menghadapi kejayaan ini , diharapkan pihak Jawatankuasa pembangunan Olahraga Sekolah perlu memikirkan secara serius untuk memastikan kejayaan kita pada tahun hadapan.

Isunya pada tahun ini ialah kita ketiada pelapis untuk lelai kelas 2, dan perempuan kelas 2. Akibatnya kita hanya bergantung kepada pelajar tingkatan 1 dan 4. Umpamanya, bagi lelaki kelas 2, kebanyakan peserta adalah disertai oelh pelajar tingkatan 1. Pelajar ini yang kurang matang terpaksa berlawan dengan pelajar tingkatan 2 dan 3 daripada sekolah-dsekolah lain. Ada juga pelajar yang terpilih menarik diri pada saat akhir. untuk tahun hadapan, kita akan berhadapan dengan masalah atlet kelas 2, kerana kekurangan pelapis.

Pihak sekolah telah berusaha sedya upaya untuk menarik minat pelajar menyertai sukan olahraga yang menjadi satu daripada 'watak' sekolah. Rancangan untuk mengadakan kelas tuisyen, kelas persediaan pada waktu malam, skim insentif olahraga dan akademik, kemudahan, peralatan dan insentif lain telah diadakan. Namun, masih ada pelajar yang kurang berminat. Sebaliknya ramai yang tidak mahu berjuang untuk mencatat kecemerlangan dalam olaahraga. Alasan yang biasa diberikan adalah penat dan tidak dapat belajar! Ibu bapa juga ada yang tidak berminat menggalakkaan anak-anak bergiat aktif di dalam sukan olahraga ini. Alasan yang diberikan adalah sama!

Saya memohon jasa baik ibu bapa supaya memberikan sokongan terhadap program sekolah ini. Sukan olahraga adalah satu aktiviti yang telah mengangkat martabat SMK Jelai Felda ke pelusuk negara. Anak-anak Jelai ini telah bertanding dengan peserta luar negara di Stadium Bukit Jalil pada tahun lepas dalam Mini Olimpik! Kita telah melahir atlit yang bertaraf kebangsaan. Olahraga juga telah menutup segala cerita negatif berlaitan Jelai Felda! Ramai atlet negara yang hidup mewah sekarang ini! Ibu bapa harus sedar juga, peluang pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum untuk melanjutkan pelajaran juga telah terbuka luas! Ibu bapa harus berubah fikiran dengan melihat kejayaan bukan hanya dalam pelajaran. Kejayaan dalam hidup adalah begitu luas. Satu perkara yang saya pasti , atlet olahraga ini adalah terdiri daripada pelajar yang amat berdisiplin, hormat guru, mempunyai kematangan dan mampu menjadi pemimpin!

Semalam juga , saya sempat berbincang dengan jurulatih, Encik Azam, tentang langkah-langkah untuk mengatasi amaslah tadi. Beberapa insentif lain akan dicadangkan. Namun, apa yang paling penting adalah kesedaran para pelajar, bahawa:
1) Kejayaan dalam hidup bukan hanya bermaksud kerjayaan di dalam pelajaran. Kejayaan menjadi manusia yang baik dan berguna adalah lebih utama.
2) Ramai atlet sekarang yang berpelajaran tinggi, tubuh yang sihat menjadikan otak yang cerdas! Kelemahan hanyalah berpunca daripada kelemahan perancangan kita. Bukan kerana sukan itu!
3) Kemampuan kita menyumbang bakti adalah amat utama. Selain menaikkan imej diri, ia juga membentuk disiplin diri yang amat berguna pada masa hadapan.
4) Kehebatan yang dimiliki oleh para atlet, adalah suatu yang unik. Tidak semua orang mampu melakukannya. Ini boleh menjadi motivasi dalaman yang hebat!
5) Sukan juga memberi peluang untuk kita melihat dunia luar dengan cara yang mudah dan murah. Semakin hebat dan tinggi pencapain kita, semakin jaauhlah dunia yang akan kita terokai!

Kepada para ibu bapa, berikan kepercayaan dan keyakinan kepada anak-anak untuk bergiat aktif dalam sukan. Pelajar yang aktif ini akan dapat mengelakkan mereka daripada terjebak di dalm aktiviti yang tidak sihat.

Tahniah kepada Aida yang terpilih sebagai atlet wanita terbaik keseluruhan.

Semoga , kita akan terus kekalkan kejuaraan ini demi maruah dan nama henat kita!
Tahniah dan Syabas!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...