SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, April 2, 2010

MELAWAT PENGETUA BARU SMK PASIR BESAR...


Pagi tadi, saya sempat bersama Encik Kamaruzzaman , Pengetua SMK Bukit Jalor, mengadakan lawatan atau ziarah teman sekerja di SMK Pasir Besar iaitu Tn, Hj. Ramli Ibrahim, yang baru dinaikkan pangkat sebagai pengetua di situ.

Lawatan ini diadakan sebagai tanda hormat dan untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan dan sebagai pemberi semangat untuk beliau bertugas di jawatan yang baru. Sempatlah juga kami berbincang tentang hal-hal berkaitan pentadbiran, bertukar pandangan dan berkongsi buah fikiran untuk memajukan sekolah masing-masing. Di sampin itu beberapa perancangan juga diatur untuk mengadakan program bersama ketiga-tiga buah sekolah berkenaan.

Walaupun baru, Tn. Hj.Ramli ini adalah seorang yang banyak pengalaman dan pernah memangku jawatan pengetua beberapa lama. Beliau juga telah membuktikan kehebatannya dalam mengangkat pencapaian akademik di sekolah lama beliau iaitu di SMK Bukit Rokan. Walaupun beliau memaklumkan akan bersara dalam tempoh 2 tahun lagi, kami yakin beliau mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Sebagai rakan, saya mengucapkan , 'SELAMAT BERTUGAS DENGAN CEMERLANG'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...