SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, July 13, 2013

TERIMA KASIH EN.YAZID & HJH.RUZITA...JASAMU TIDAK TERNILAI..MAJLIS PERPISAHAN DI ROYAL ADELPHI, SEREMBAN-8 JUL 2013

TERIMA KASIH..!

Semoga kedua-duanya akan beroleh kejayaan dan kecemerlangan di tempat baru buat 2 orang guru SMKTTJ iaitu Encik Yazid dan Puan Hjh. Ruzita Moharad. Encik Yazid yang telahpun berpindah sejak bulan jun 2013 yang lalu ke SMK Seremban 3 (sekolah baru) sebagai caretaker dan Puan Hjh. Ruzita pula akan mula berpindah pada 1 Julai 2013 ke SMK Tinggi Kajang

Kedua-dua mereka ini adalah antara 'orang lama' yang telah banyak  berjasa kepada sekolah. Encik Yazid adalah antara kelompok pertama guru-guru SMKTTJ pada tahun 2001 dahulu yang membuka sekolah ini.


Perpindahan mereka ini adalah di atas dua sebab yang berbeza. Encik Yazid telah dinaikkan pangkat sebagai 'caretaker' atau bakal sebagai
GPK di sekolah baru SMK Seremban 3. Sebagai orang yang berpengalaman membuka sekolah SMKTTJ dahulu, pihak JPNS melihat bahawa beliau merupakan calon yang amat sesuai untuk memikul tanggungjawab membuka sekolah baru SMK Seremban 3. Seluruh warga sekolah mendoaakan kejayaan beliau.

Di SMKTTJ, jawatan terakhir Encik Yazid adalah sebagai guru Videografi dan Penyelaras Majalah sekolah. jawatan sebagai guru videografi diserahkan kepoada beliau apabila diwujudkan krew video di dalam Kelab Lensa. Sejak ityu Encik Yazid telah banyak membantu urusan rakaman video walaupun pada asalnya beliau terpaksa belajar daripada mula untuk mengoperasikan video sekolah. Sumbangan video yang terbesar dihasilkan beliau ialah Video SARANA SMKTTJ yang mana bahan ini telah pun beredar di sekolah-sekolah di seluruh negara dan menjadi masterpiece bagi program SARANA SMKTTJ  dan model bagi KPM sendiri.


Sementara itu , Hjh. Ruzita pula bertukar ke Kajang di atas permintaan beliau sendiri disebabkan faktor jarak rumah yang jauh . Beliau yang telah berpindah rumah di Kajang sejak 2012 yang lalu terpaksa berulang-alik setiap hari  dalam jarak yang jauh.

Tugas terakhir beliau adalah sebagai KP Perdagangan dan bekas Setiausaha Kooperasi sekolah.

Beliau terkenal dengan guru yang amat dedikasi serta sentiasa memnbantu apabila diperlukan. Kehilangan beliau memang sukar diganti.

Segala jasa dan sumbangan kedua-dua guru ini akan sentiasa di dalam kenangan dan tercatat sebagai sebahagian daripada sejarah kegemilangan sekolah ini.

Kepada sahabat-sahabat yang meraikan dan menjemput Pengetua untuk bersama , diucapkan terima kasih dan didoakan semoga murah rezeki...

1 comment:

MH said...

Kedua-dua cikgu tersebut merupakan aset paling penting bagi SMKTTJ .. T_T .. Semoga cikgu2 berjaya dalam segala urusan yang mendatang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...