Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana -Sarana SMK TTJ bersama dengan sekolah-sekolah Zon Senawang siri ke2 (2013) telah berjalan dengan lancar.

Tahun 2013 ini merupakan tahun amat istimewa! Bukan sahaja bilngan sekolah yang menyertainya semakin meningkat ( 9 ) buah , namun penyertaan partners atau rakan program kita juga telah semakin meningkat. Perjalanan program juga telah diperhebatkan dengan beberapa pembaharuan dan bantuan yang diterima: Antaranya ialah;

1. Bilangan sekolah yang terlibat serbanyak 9 buah termasuklah sekolah swasta Maahad Tahfis As -Saadiyyah.
2. Bilngan partners yang semakin meningkat iaitu,


Penyampaian al-quran ini telah di serahkan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan iaitu Encik Ramlan Naim di SMKTTJ .
Penerima Al-Quran pada tahun ini amat beruntung kerana bakal menerima Al-quran yang berkualiti berbandinga dengan tahun lalu.
pengagihan Al-Quran ini telah dijalankan pada 11 Julai kepada semua sekolah yang mengambil bahagian. kebanyakan sekolah menerima sekitar 300 naskah Al-Quran yang disumbangkan oleh DPMNS ini.
Menurut Encik Ramlan, sumbangan sebegini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan jumlah yang lebih besar lagi. InsyaAllah jika diizinkan Allah, program ini akan terus berjalan pada setiap tahun dan akan berkembang sehingga meliputi beberapa daerah lain lagi.
No comments:
Post a Comment