SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, July 5, 2013

MESYUARAT AJK INDUK SARANA SMKTTJ -30 JUN 2013

SARANA SMKTTJ yang semakin aktif dan memperluaskan aktivitinya memerlukan penglibatan  dan komitmen yang semakin tinggi daripada para ibu bapa.

Justeru itu, suatu mesyuarat khas jawatankuasa induk Sarana SMKTTJ telah diadakan di Balai Konfrensi pada 30 JUN 2013 yang lalu dengan dihadiri oleh sebahagian AJK setiap kelas dan jawatankuasa induk. Turut hadir pada malam berkenaan ialah Tuan pengetua sendiri.

Mesyuarat ini pada asasnya adalah bertujuan :

1. Untuk merangka aktiviti selanjutnya bagi Sarana
2. Membentuk jawatan kuasa sambutan bagi lawatan yang bakal 
    diterima , di kalangan ibu bapa sendiri.
3. Cadangan mengadakan hadiah kecemerlangan kepada anak-anak di
    dalam kelas masing-masing ( dana oleh ibu bapa sendiri)
4. penglibatan ibu bapa di dalam sukan sekolah pada 6 Julai 2013

Tuan pengetua telah meminta agar Jawatankuasa Sarana agar membentuk jawatankuasa di kalangan ibubapa yang akan bertindak sebagai jawatankuasa yang menguruskan semua lawatan benchmark pihak luar ke sekkolah ini nanti. 

Hal ini penting memandangkan banyak lawatan ini akan diadakan pada masa sessi persekolahan berjalan dan ini akan dapat membantu menngelakkan para guru terpaksa meninggalkan kelas untuk tujuan sambutan ini. Justeru itu, dengan adanya penglibatan ibubapa ini nanti , akan lebih memudahkan lagi perjalanan aktiviti dan ia juga akan dapat meningkatkan keyakinan pelawat akan perjalanan program  Sarana dari sudut ibu bapa.

Pada malam itu juga pihak sarana ibu bapa telah menyatakan hasrat untuk menyediakan dana bagi mengiktiraf pencapaian anak-anak mereka di dalam pelajaran.
Bagi pihak sekolah ini merupakan suatu inisiatif ibu bapa yang amat baik dan yakin akan dapat membantu peningkatan kecemerlangan anak-anak mereka di dalam pelajaran.

pihak ibu bapa juga telah mencadangkan agar diadakan anugerah dan penghargaan buat kelas-kelas Sarana cemerlang. menurut Tuan pengetua, cadangan itu memang sudah ada di dalam perancangan sekolah . Tuan Pengetua memaklumkan anugerah berkenaan akan disampaikan semasa Hari Kualiti dan Anugerah kecemerlangan Sekolah pada bulan September nanti. Aspek penilaian yang akan diberikan keutamaan adalah aspek penglibatan aktif ibu bapa di dalam aktiviti -aktiviti Sarana.

Bagi kejohanan sukan sekolah yang akan diadakan pada 6 Julai nanti, Tuan Pengetua menyatakan bahawa kejohanan itu akan dikenali sebagai Kejohanan Sukan Tahunan sekolah-Sarana. justeru itu, ibu bapa akan dilibatkan sebagai jawatankuasa di dalam kejohanan ini, mennjadi penyampai hadiah kepada semua pemenang dan akan turut mengambil bahagian di dalam pertandingan yang diadakan.

pada malam itu juga terdapat ramai muka-muka baharu yang turut melibatkan diri di dalam Sarana sekolah . ternyata mereka amat teruja untuk melibatkan diri dan menyumbang demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak mereka. InsyaAllah, semoga segala usaha murni dan hebat ini akan diberkati Allah dan dibalas dengan kecemerlangan anak-anak mereka.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...