SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, July 13, 2013

TAHNIAH SARANA...INISIATIF IBU BAPA SMKTTJ YANG HEBAT-

https://www.facebook.com/
Dalam suatu temuramah , saya pernah  menyatakan bahawa saya  sama sekali 'terperanjat' dan tidak menduga bagaimana hebatnya penangan SARANA SMKTTJ terutamanya di dalam penglibatan ibu bapa para pelajar di dalam program-program sekolah.

Terbaharu ialah Program Solat Hajat, dhuha dan baca Yasin Sarana yang telah dianjurkan sendiri oleh ibu bapa melalui jawatankuasa Sarana ibubapa.

Program ini adalah merupakan satu lagi usaha hebat para ibubapa di sekolah ini yang  begitu perihatin akan masa depan anak-anak mereka dan peranan mereka sebagai ibubapa.

Menurut Encik Azlan Shaari, pengerusi Sarana Ibubapa SMKTTJ, program ini lahir daripada kesedaran para ibu bapa akan peranan mereka untuk  membantu sekolah dan anak-anak di dalam menghadapi peperiksaan dan pelajaran mereka. Sebagai ibubapa , mereka tergerak untuk  bersama sekolah bermunajat memohon kemudahan dan kejayaan anak-anak mereka kerana selama ini mereka merasakan bahawa hanya pihak sekolah yang bersungguh-sungguh mendoakan kejayaan anak-anak mereka, sedangkan ibuba tidak.


Bagi pihak sekolah, aktiviti baca yasin , solat hajat dan dhuha , memang telah lama dilakukan dan ia berjalan pada setiap jumaat. Ini dilakukan dengan kepercayaan bahawa di dalam memohon kejayaan daripada Allah ini , ia perlu dilakukan secara berterusan dan tidak hanya menunggu sehingga hampir peperiksaan sahaja seperti kebiasaannya.

Oleh itu , dengan adanya usaha yang sama yang dilakukan oleh ibubapa ini , ia akan menjadikan acara ini semakin berkesan terutamanya kepada para pelajar. para pelajar amat teruja apabila melihat ibu bapa mereka juga sama-sama mendoakan kejayaan mereka dan sanggup meluangkan masa untuk bersama.

Program yang dianjurkan ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada 'partners' SMKTTJ yang baru iaitu IKRAM . Melalaui Ustaz Shahril , telah bersedia mnembantu menjadi pembimbing kepada program ini yang diadakan pada setiap minggu.

Kini , program ini telah memasuki minggu yang kedua dan kehadiran para penjaga juga telah  meningkat. pada minggu pertama yang lalu, kehadiran hanyalah sekitar 10 orang, namun kini kehadirannya telah meningkat menjadi 30 orang. Kita yakin bilangan ini akan bertambah apabila maklumat program ini dapat disebarluaskan  lagi.

Setakat ini beberapa perancangan telah diatur supaya lebih ramai lagi ibubapa melibatkan diri di dalam program ini . Antara perancangan yang diatur ialah untuk membuat hebahan di masjid, surau  dan melalui banner yang akan dipasang di sekitar persimpangan jalan di Taman Tuanku Jaafar ini.

Bagi pihak sekolah , kita mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada  pihak pengajur dan ibu bapa yang dapat hadir.  Ketahuilah bahawa ini adalah jihad yang telah tuan-tuan lakukan demi kecemerlangan anak-anak tuan-tuan. bagi ibu bapa yang masih tidak dapat hadir atau belum tergerak lagi untuk hadir, bukalah minda anda dan marilah bersama-sama kita mendoakan kejayaan anak-anak kita.

Tanggungjawab ibu bapa di dalam membantu kejayaan anak-anak bukan hanya selesai sekadar memberikan wang saku ke sekolah , menyediakan kelengkapan dan keperluan sekolah , namun apa yang lebih besar dan bernilai di hati para anak-anak ini ialah komitmen dan semangat ibubapa mereka yang dicernakan melalui tindakan seperti menghadiri program seperti ini.
Bagi ibu bapa sekelian, yakin dan percayalah bahawa peningkatan keyakinban dan motivasi diri yang hebat berlaku pada diri anak-anak yang ibu bapa mereka terlibat secara langsung di dalam program seperti ini. Tanyalah para pelajar sekolah ini. Mereka pasti akan menjawab bahawa mereka terasa menjadi suatu tanggungjawab mereka untuk terus meningkatkan kecemerlangan dan usaha mereka demi membalas jasa ibu bapa mereka yang telah berkorban seperti sekarang.

Semangat ibubapa SMKTT melalui Sarana bukan hanya sekadar program seperti ini sahaja. Malahan mereka juga telah  mengambil inisiatif untuk mewujudkan hadiah kecemerlangan kepada anak-anak mereka di dalam kelas.  mereka juga telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mengadakan majlis sambutan hari lahir para pelajar di dalam kelas  masing-masing pada setiap bulan atau 2 bulan sekali. Ini membuktikan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang masih hebat dan akan tetap menjadi penyumbang utama kejayaan anak-anak mereka.

Bagi pihak sekolah , saya mengucaapkan terima kasih dan teruskanlah usaha seperti dengan cemerlang. Andalaah ibubapa yang bertuah kerana dibukakan hati oleh Allah untuk membantu anak-anak di saat mereka amat-amat memerlukan bantuan tuan-tuan.

kepada IKRAM, tahniah dan terima kasih...Inilah SARANA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...