
Seramai 10
orang pelajar yang mewakili setiap
sekolah yang mengambil bahagian di dalam program ini telah menerima
senaskah Al-Quran . Di samping itu juga setiap sekolah juga menerima
sumbangan sekitar 300 naskah Al-Quran daripada stok yang ada di SMKTTJ
untuk menampung kekurangan di setiap sekolah berkenaan. hampir 2500
naskah Al-Quran pelbagai corak telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan
orang ramai, badan tertentu untuk menjayakan program ini.
Al-Quran ini
turut disampaikan kepada semua guru pengiring dan jawatankuasa program.
Turut hadir di dalam majlis ini ialah Tuan Mohd. Radzi , Pengetua SMK
Seremban Jaya 2.

Semoga
semua amal kebajikan kita diberkati Allah dan dimurahkan rezeki serta
dipermudahkan kehidupan kita selama-lamanya. insyaAllah...
No comments:
Post a Comment