Saya hanya mengenali beliau hanya setelah wujudnya Sarana ibubapa di sekolah ini. memang betullah seperti mana kata ibubapa lain, bahawa sarana ini telah menemukan pihak sekolah dengan ibu bapa yang selama ini ramai yang 'menyembunyikan diri dan kehebatan mereka .
Komitmen ibu bapa sebgeini sudah pasti akan dapat membantu anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan di dalam pelajaran, sahsiah dan setiap aktiviti mereka.
Perasaan sayangkan dan menghargai sumbangan ibubapa mereka , akan mudah terserap di dalam sanubari mereka. Justeru itu , tidak hairanlah ramai para ibubapa yang membuat pengakuan ikhlas akan perkembangan hebat berkaitan anak mereka semenjak sarana ini diperkenalkan dan mereka sendiri terlibat secara langsung.
Sepertimana yang sering dimaklumkan oleh Puan Ibah sendiri anak beliau telah menunjukkan perubahan yang amat positif semenjak beliau terlibat di dalam Sarana ini. Antara perubahan yang dilihat ialah, anak beliau semakin rajinm belajar, mengikut jadual waktu yang disediakan, menyiapkan latihan dan setiap kerja rumah yang diberi dan semakin fokus di dalam pelajarannya.
Kita doakan agar segala sumbangan ibubapa ini di dalam menjayakan Sarana di SMKTTJ ini akan dibalas dengan keberkatan, kemurahan rezeki dan kecemerlangan anak-anak di dalam pelajaran dan kebahagian hidup mereka sekeluarga. Inilah jariah yang amat besar maknanya dan komitmen paling jelas ibubapa terhadap pelajaran anak-anak mereka.
Kepada seluruh ibubapa Sarana di SMKTTJ, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan jasa baik tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Tuan-tuan adalah ibubapa yang hebat! Tuan-Tuan adalah insan terpilih yang dipilih Allah untuk menjadi contoh teladan dan memikul tanggungjawab melaksanakan program ini. Ketikan ramai lagi yang tidak terpilih oleh Allah untuk menjadi contoh dan memikul tanggungjawab yang hebat ini, tuan-tuan adalah insan hebat yang menerajui program ini.
"Hanya orang yang terpilih dan hebat diberikan kepercayaan oleh Allah untuk memikul tanggungjawab seperti ini.... ANDA MEMANG HEBAT!
No comments:
Post a Comment