JEMPUTAN yang saya terima khususnya daripada Pengerusi Sarana SMAR , Puan Rozita memperlihatkan komitmen dan kesungguhan beliau untuk menjayakan Sarana di sekolah di mana beliau menjadi Pengerusi Sarana ini sebagai sebuah sekolah yang hebat.
Semangat tinggi beliau bermula sejak bulan JUN 2013 yang lalu, apabila beliau menghubungi saya untuk terus datang ke sekolah untuk melihat perlaksanaan Sarana di sekolah ini. Kehadiran beliau hanya berseorang diri sahaja.
Menurut beliau , beliau mengambil inisiatif sendiri untuk hadir ke SMKTTJ untuk mendapatkan gambaran sebenar dan bagaimana kaedah perlaksanaan Sarana disebabkan , di sekolah beliau , program ini belum bermula lagi.
Lanjutan daripada lawatan beliau bersaorang diri itu, beliau terus mengumpulkan beberapa orang guru dan AJK Sarana serta PIBG untuk dapat melawat ke SMKTTJ pada 23 Julai 2013 yang lalu , agar mereka dapat merasakan apa yang beliau telah lihat dan alami berlaitan Sarana di SMKTTJ utnuk dikongsikan bersama.
Bersama lebih kurang 15 orang guiru, AJK Sarana dan PIBG, beliau dan rombongan telah diberikan taklimat dan dibawa melawat ke sekitar kelas-kelas di SMKTTJ untuk melihat dan bertanyakan serta mendapatkan feedback terus daripada guru, pelajar dan ibubapa dari kelas-kelas tersebut.
Ternyata semangat beliau rupa turut dikongsi oleh ratusan ibubapa yang lain ketika saya sampai di persekitaran sekolah berkenaan pada 27 Julai yang lalu. Deretan kereta di kawasan luar sekolah dan tepi jalan menggambarkan semangat ibubapa untuk mendapatkan maklumat terus dan tepat mengenai Sarana daripada Tuan Pengetua SMKTTJ.
Ternyata benar! Bilangan ibubapa yang hadir adalah yang paling ramai setakat ini dan mereka telah mendengar dengan tekun dan penuh minat.
Kehadiran ibubapa ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran semua AJK PIBG dan guru-guru sekolah , termasuk Puan Pengetuanya.
Alhamdulillah, lega rasanya . daripada riak wajah mereka , terlihat kefahaman yang jelas dan kepuasan di hati mereka setelah mendapat maklumat yang sebenar. Saya juga amat berpuas hati dan syukur, taklimat yang disampaikan , mudah difahami oleh ibubapa dan semua yang hadir.
Respon daripada kefahaman ini , begitu cepat diserap oleh ibubapa sepertimana ditunjukkan oleh seorang penjaga (haji) yang terus bertindak mengemaskan surau, melipat tikar dan membersihakan surau sebaik tamat taklimat saya. Beliau bangga menjadi orang pertama yang menjayakan Sarana di sekolah berkenaan. Saya ucapkan tahniah kerana , pertama kini beliau sudah benar-benar faham dan yang keduanya, beliau sudah dapat menunjuk contoh perlaksanaanya dengan cepat dan tepat.
Melihat daripada respon setiap penjaga pada hari itu, saya yakin , sekolah ini akan menjadi sekolah yang hebat dan berjaya di dalam melaksanankan Sarana.. InsyaAllah...
Buat Puan Rozita, terima kasih dan tahniah...Puan sudah berjaya membawa perubahan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa di sekolah puan...Tahniah...!
No comments:
Post a Comment