Bermula dengan panggilan telefon seorang guru yang juga kenalan saya dari sekolah ini yang berhasrat untuk datang melawat SMKTTJ untuk melihat program SARANA Ibubapa dan disambung pula dengan perbualan ringkas ddengan Tuan Pengetua sekolah berkenaan , maka sampailah saya ke SMK Dato Shamsudin Naim, rantau untuk memberikan taklimat berkenaan program SARANA.
Dengan ditemani oleh Pengerusi Sarana SMKTTJ, Encik Azlan Shaari kami telah menyampaikan taklimat kepada AJK PIBG sekolah ini dan pengurusan sekolah.
Ternyata SARANA amat asing pada pendengaran mereka dan apatah lagi untuk memahami bagaimana untuk memulakan Sarana berkenaan. Objektif oenerangan pada hari itu ialah untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang Sarana dan menerangkan bagaimana sekolah berkenaan dapat menggerakkan dan melaksanakan program ini secepat mungkin.
Ternyata mereka amat kagum dengan perlaksanaan sarana di SMKTTJ. Tambah menambahkan keyakinan mereka ialah dengan kehadiran encik Azlan sendiri. Sebagai seorang penjaga yang terlibat langsung dengan Sarana dan telahpun membuktikan kejayaannya, maka mereka amat teruja untuk melaksanakan Sarana di sekolah berkenaan.
Ternyata pada akhir penerangan saya dan ditambah pula dengan penceritaan dari hati ke hati oleh Encik Azlan , mereka amat berpuasa hati dan telah nampak bagaimana untuk memulakannya. Menurut Tuan Pengetuanya, Puan Kaur, " selama uini kami memang kabur dan tidak faham. Selepas penerangan , barulah kami nampak dengan jelas". Menurut beliau, mereka akan memulakan aktiviti yang sama seperti di SMKTTJ dan akan memulakannya dengan sebuah kelas dahulu. Saya bersetuju dengaan cadangan beliau dan itulah yang sewajarnya.
Sebenarnya konsep inilah yang menjadi pegangan SMKTTJ semasa memulakan Sarana dahulu. Kita memulakan dengan perkara yang asas, dengan yang kecil dahulu dan menjadikannya sebagai model untuk dijadikan ikutan atau sebagai bukti kejayaan kepada kelas-kelas lain dan ibubapa .
Dengan memulakan pada unit yang kecil juga dapat menjamin kualiti yang tinggi dan mudah dikawal.
Saya sempat mempelawa pihak SMK Dato Shamsudin Naim , pengetua ,
pengurusan dan guru-guru serta para ibubapa sekolah berkenaan untuk
melihat sendiri perlaksanaan sarana ini di SMKTTJ.
Daripada pemerhatian dan perbincangan dengan kebanyakan sekolah yang ingin menjayakan program ini ialah:
1. Tidak faham apa itu sarana
2. Tidak tahu bagaimana untuk memulakannya
3. Tidak yakin akan sambutan ibubapa
4. Tidak yakin akan sambutan para pelajar
Saya nyatakan bahawa untuk berjaya, kita perlulah ada keyakinan. Yakinlah bahawa semua boleh dilakukan dengan keyakinan yang kuat.
Saya juga sempat memvbuat analisis dan membuat kesimpulan bahawa antar faktor yang menyebakan kita tidak berjaya melaksanakan Sarana ini ialah:
1. Sikap negatif kita di sekolah terhadap ibubapa
2. Sikap negatif ibubapa terhadap sekolah
3. Ketiadaan ruang untuk penjaga , komuniti dan swasta untuk menyumbang
Oleh itu, untuk menjadikan Sarana lebih berjaya, sikap- sikap di atas perlulah diubah. Sekoalh mestilah memberi ruang kepada ibu bapa , komuniti untuk menyumbang . Oleh itu sekolah m mestilah 'dibuka' kepada masyarakat.
Nota: Dalam pertemuan dengan Pengetua Kaur pada 8 Julai 2013, beliau memaklumkan bahawa program di sekolahnya telah berjalan dengan baik dan ternyata beliau telah 'merasai' kesan positif daripada perlaksanaan sarana..Tahniah....!
No comments:
Post a Comment