SMKTTJ kini menjadi juara bagi program ini dan menjadi model serta benchmarking bagi sekolah-sekolah lain di seluruh negara dan di negeri Sembilan ini.

Justeru itu, kisah kejayaan ini telah menarik minat beberapa media dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat rakaman tentang perlaksanaan Sarana ini untuk menjadi contoh dan tatapan umum.
Pihak TV3 , khususnya krew Wanita Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O telah sudi hadir ke sekolah ini untuk membuat rakaman perlaksanaan program Sarana ini. Krew Wanita Hari Ini melalui wartawannya Hazrena dan Nasi Lemak Kopi O , (wartawan Noorhakimi) telah membuat liputan pada sepanjang perjalana program bermula jam 9 pagi sehinggalah tamat sekitar jam 9.30 malam.


Selain itu juga, kenduri ini turut dibantu oleh ahli-ahli PEKEB ( Persatuan Isteri-Isteri Polis) Senawang , iaitu seramai hampir 20 orang. Tugas mereka adalah menbantu urusan masak-memasak pada hari tersebut.
Polis Senawang juga menyumbang tenaga dan alatan bagi menyediakan PA System bagi program ini bersama-sama dengan Kesihatan Daerah seremban.
Semua peralatan dan tenaga ini dilakukan secara sukarela/ tanpa bayaran.
Apa yang jelas di dalam program ini ialah , kerjasama dan komitmen semua pihak di dalam membantu kajayaan program sekolah. Sarana ini telah membuka ruang dan peluang untuk sekolah dan semua pihak sama ada ibubapa , swasta, komuniti dan PIBG serta sekolah untuk salaing membantu. Banyak ruang dan bentuk bantuan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak ini.

Kehadiran mereka ini juga sebenarnya adalah suatu suntikan motivasi dan semangat kepada para guru serta pelajar yang juga merupakan anak-anak mereka.

Bagi para guru, mereka melihat bahawa , kejayaan Sarana ini telah dapat membantu mereka menguruskan perkara-perkara yang selama ini ditanggung secara berseorang oleh para guru. Banyak kerja-kerja yang dahulunya dilakukan sendirian oleg guru , kini sama-sama dipikul oleh ibubapa.

Bagi para pelajar pula, mereka dapat merasai komitmen dan klesungguhan ibubapa mereka untuk melihat kejayaan mereka sehingga mendorong ibubapa mereka ini untuk berganding bahu dengan lebih erat bersama-sama guru demi kejayaan mereka.

Bagi pihak sekolah, ini merupakan suatu kebanggaan melihat hubungan eratantara sekolah dan masyarakat serta ibubapa dapat dijalinkan dengan hebat. Sekaligus ia menepis sama sekali kata-kata bahawa sukar untuk mendapatkan kerjasama dengan masyarakat dan ibu bapa untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sekolah.


Hanya dengan semangat dan komitmen serta cita-cita hebat ini kita mudah merealisasikannya. Di samping itu, sikap kerjasama dan membuang segala ego masing-masing demi kejayaan sekolah aadalah satu lagi kunci kejayaannya.


No comments:
Post a Comment