Pembentangan program SARANA ibubapa di Auditorium Masjid Al-Azim , Melaka pada 26 April 2013, jam 2.30 petang hingga jam 6 petang. Pembentangan SARANA ibubapa SMKTTJ dengana tajuk 'the Track', iaitu bagaimana untuk menggunakan Sarana ini di sekolah. Pembentangan di hadapan hampir 200 orang pengetua dan wakil pengetua seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Turut hadir mendengar pembentangan ini ialah Timbalan Pengarah pengurusan Sekolah Hariah KPM, Datin rashidah, Encik Azmi Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNS, Puan Hjh. Rodiah md Jan, PPD Jempol-Jelebu, Timbalan pengarah Jabatan Pelajaran Melaka dan pegawai dari kedua-dua negeri serta KPM.
Alhamdulillah, selesai pembentangan, ramai yang memberikan respon yang baik dan menyatakan hasrat untuk melawat SMKTTJ sertaa berkongsi pengalaman bagaimana untuk melaksankan program ini.
SARANA ini sebenarnya merangkumi 2 bahagian iaitu Sarana Sekolah dan sarana Ibubapa.
Sarana Sekolah lebih menummpukan kepada penglibatan komuniti/ swasta dan ibu bapa di dalam membantu program-program serta aktiviti sekolah. Peranan ini banyak dilaksanakan melalui kerjasama agensi swasta, kerajaan dan kolej/ universiti atau sebagainya melalui program-program di sekolah. Di samping itu, PIBG pula banyak membantu dengan menyalurkan bantuan kewangan bagi menjaya program dan aktiviti di sekolah. Aktiviti sebegini memang banyak dilakukan disekolah-sekolah.
Apa yang jelas, melalui Sarana Sekolah ini , penglibatan ibubapa secara menyeluruh, sukar diperolehi. Melalui PIBG, penglibatan adalah terhad kepada beberapa ajk PIBG . Ia juga sering melibatkan program yang bermusim atau bersifat one off.
Namun melalui Sarana Ibubapa, ia menitikberatkan penglibatan ibubapa di dalam program dan aktiviti sekolah secara terus. Ini bermaksud , ibu bapa hadir ke sekolah melibatkan diri , memberikan sumbangan sendiri sama ada material, wang ringgit, tenaga dan idea terhadap aktiviti berkenaan. Kehadiran mereka juga dicirikan dengan kesukarelaan mereka untuk membantu TANPA bayaran. Segala perancangan dan aktiviti juga adalah diuruskan oleh ibubapa sendiri dan bukannya melalui PIBG. Sesiapa pun ibubapa boleh memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk dan kemahiran yang mereka ada.
Melalui Sarana Ibubapa ini, kita cuba menarik penglibatan semaksimum mungkin penglibatan ibubapa di dalam aktiviti sekolah (yang dirancang sendiri oleh mereka / hasil persetujuan bersama sekolah). Ia juga bertujuan untuk menjana semua aspek kerjasama bersama ibubapa bagi membolehkan mereka membantu sekolah mengikut kepakaran, kemahiran , idea dan pengalaman mereka serta tenaga mereka bersama. Justeru itu, sekolah akan mendapat manfaat yang terlalu banyak hasil kerjasama ini.
Secara umumnya, Sarana ibubapa ini mengambil idea yang telah dilaksanakan di negara barat , Korea atau Jepun, di mana ibubapa hadir ke sekolah menyumbang tenaga, kepakaran dan wang ringgit membantu menjayakan program sekolah. Ia bukan sekadar hadir saja seopertimana yang sering dilakukan oleh ibubapa pelajar di Malaysia ini. Di negara-negara seperti ini, ibubapa yang punyai kepakaran akan melakukan kerja-kerja di sekolah. Ada ibubapa yang mengajar membaca, membersihkan kelas anak-anak mereka , memotong rumput di padang sekolah, membaiki perabot, mengajar bahasa, mengajar membaiki atau menservis komputer, melatih pasukan sekolah dalam sukan dan sebagainya.
Fenomena sebegini, memang suatu yang baru bagi masyarakat kita di Malaysia ini. Ibubapa kita ramai yang hadir ke sekolah di dalam aktiviti berkala seperti semasa pendaftran tingkatan 1, Mesyuarat PIBG , sukan sekolah dan sebagainya. Namun , kehadiran mereka hanya sekadar hadir dan balik tanpa menyumbang sesuatu seperti yang dinyatakan tadi.
Justeru itu, ia perlukan komitmen dan usaha gigih semua pihak khususnya pengurusan sekolah memikirkan bagaimana untuk memenangi hati ibubapa ini untuk hadir ke sekolah dan seterusnya menyumbang secara sukarela. Keterbukaan sekolah juga harus menjadi perkara yang utama. kesanggupan sekolah menerima pandangan, idea ibubapa ini penting sebelum jalinan perhubungan itu dapat dijalankan dengan baik.
Bagi SMKTTJ, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga dan ibubapa pelajar sekolah ini yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjayakan seruan kerajaan ini. Sesungguhnya , ibubapa pelajar ini telah menunjukkan sikap yang hebat yang tidak terdapat di sekolah-sekolah lain. Semoga program ini akan berterusan suksess dan sekolah ini akan menjadi rujukan kepada kejayaan program ini.
No comments:
Post a Comment