SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, April 20, 2013

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI ICT DI SMK SENAWANG BERSAMA COSMOPOINT..

 ALHAMDULILLAH...Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team ICT SMKTTJ di atas kejayaannya membantu di dalam Program Kursus Pembinaan Blog di SMK Senawang yang berklangsung pada 13 April 2013 yang lalu.

Turut serta di dalam program ini ialah Team ICT Cosmopoint Seremban yang juga Co-partner ICT SMKTTJ yang menjadi pembimbing dan fasilitator di sepanjang kursus berkenaan berlangsung.

program ni adalah program kedua kolaborasi bersaama SMK Senawang setelah Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana 2012 yang berlanbgsung dalam bulan Ramadhan tahun lalu.

Kursus  ini adalah di atas permohonan SMK Senawang di dalam usaha untuk memperkenalkan penggunaan blog di kalangan guru-guru mereka. Seramai 90 orang guru telah menyertai kursus sehari ini . Team ICT SMKTTJ yang terdiri daripada 2 orang guru iaitu , Cik KHALILA KUDRI  dan PUAN ASYIRAH  bersama dengan 6 orang pelajar telah bertindak sebagai fasilitator di sepanjang kursus berkenaan.

Program ini adalah sebahagian daripada Program  Khidmat Komuniti SMKTTJ  yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Satu lagi program yang sedang di atur adalah Program Kursus Fotografi di bawah Lensa SMKTTJ keopada pelajar sekolah rendah di sekitar taman Tuanku Jaafar ini.

Kursus Pembinaan Blog ini jugfa adalah sebahagian daripada promram pembudayaan ICT yang selalu saya war-warkan kepada semua sekolah agar ia menjadi suatu budaya yang di amalkan oleh setiap sekolah. Melalui kursus pembinaan Blog ini , kita cuba membawa idea berkaitan kepentingan E -document dan e -learning yang selari dengan program ICT di dalam pembelajaran dan perkhidmatan.
 
 Ada beberapa perkara penting yang selalu kita tekankan melalui pembinaan blog; Antaranya ialah;

1. E document

Melalui e-document ini diharapkan semua maklumat berkaitan dengan aktiviti sekolah, unit , kelas dan sebagainya dapat dikumpulkan secara segera, mudah dan cepat serta menarik  dan mudah pula untuk dijadikan rujukan semua. Melalui blog kita dapat mengadakan laporan yang lengkap dan menarik kerana gambar, video dapat dipaparkan secara terus dan boleh dicetak semua jika memerlukannya. Ia sudah pasti akan dapat mengelakkan masalah penyimpanan laporan (jika di dalam fail biasa) dan sukar mencarinya.

 Melalui e-document ini juga, kita dapat berkongsi maklumat bersama-sama rakan lain di serata dunia dan pula maklumbalas segera bagi tujuan penambahbaikan dan perkongsian ilmu.

2. Web Master

Saya seringkali bertanyakan kepada guru atau web master di sekolah berkaitan dengan maklumat atau data yang agak ketinggalan. Rata-ratanya mengatakan bahawa ketiadaan masa dan sukar mendapatkan bahan untuk dimasukkan ke dalam web sekolah. Justeru itu saya mencadangkan supaya web berkenaan dilinkkan ke semua blog  , iaitu dengan kata lain, web hanya menjadi muka depannya sahaja dan isinya adalah dariada blog-blog berkenaan. Oleh itu , kita dapat mengurangkan masalah web master tadi  dan mewujudkan lebih ramai web master ( melalui penulisan di blog masing-masing) secara tidak langsung. Menerusi ini juga , web berkenaan akan mudah diurus dan lebih semasa maklumatnya.

3.E - Learning

Melalui blog juga para guru akan dapat berkomunikasi dengan pelajarnya dan meng upload  dan mendownload bahan P & P untuk kegunaan pelajar mereka. Banyak bbahan-bahan di dalam internet  seperti latihan atau video menarik yang bboleh disimpan di blog dan dapat pula di ambil oleh pelajar.

Proses pelajar menulis laporan dan cerita dapat diterapkan melalui penghasilan blog. Melalui blog kita akan mula mengasah bakapt penulisan kita dan jika kita lakukan dengan lebih kerap, InsyaAalah, lama kelamaan bakat berkenaaan akan terhasil.

Diharapkan agar kursus berkenaan bermanfaat kepada semua warga SMK Senawang . Semoga pembudayaan ICT terus bverkembang di setiap sekolah di negeri ini. Pembudayaan ICT inilah suatu aspek yang banyak ditinggalkan di setiap sekolah. Pembudayaan ICT melibatkan pembentukan dan penglahiran susana dan pewujudan aktiviti ICT yang berterusan di dalam sekolah. Semoga SMK Senawang akan menjadi rakan ICT yang baru bagi SMKTTJ...dan kami bersedia untuk bersama anda lagi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...