ALHAMDULILLAH...
Berakhir sudah suatu tanggungjawab yang dipikulkan kepada SMKTTJ dengan berlangsungnya majlis penutupan rasmi Karnival Permainan Program Pendidikan Khas (PPKI) Peringkat Negeri di Gelanggang Budaya Paroi pada 23 April yang lalu.
selaku Pengerusi Pengelola, kami mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada guru-guru PPKI SMKTTJ yang telah berjaya memikul tanggungjawab ini dengan cemerlang. Khususnya buat penyelaras PPKI , Encik Shahrul Rizan dan rakan guru yang lain.
Upucara penutupan rasmiu telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah pelajaran Negeri sembilan iaitu, Puan Hjh. Kalsom Binti Khalid. Turut hadir ialah Ketua Sektor Pendidikan Khas, Puan Hjh Ipon, dr. Zawawi, Penolong PPD Kuala Pilah, Ketua sektor ICT, Puan Zainab, Encik Yumin Sirat, Penyelia PPKI JPNS dan beberapa pegawai JPNS yang lain
Majlis penutupan pada jam 3.15 petang itu berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan telah turun.
Semua aktiviti permaiunan yang melibatkan permainan futsal, Petangue dan bola jaring telah dapat ditamatkan mengikut masa dan berjalan lancar.
Turut serta di dalam pertandingan ini para pelajar PPKI bermasalah pendengaran di samping sebahagian besarnya ialah pelajar bermasalah pelajaran.
SMKTTJ telah berjaya memenang acara petangue berpasukan dan individu, yang secara tidak langsungnya sebagai wakil PPD Seremban.
Para pemain di pertandingan ini akan dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan di dalam Karnival Permainan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Port Dickson, Negeri sembilan , sekitar bulan Jun 2013 ini.
Diharapkan semua pasukan akan bersedia untuk bertanding dan menaikkan nama negeri dengan mencapai kejayaan yang hebat..
Terima kasih pada semua dan terima kasih kepada JPNS yang telah memberikan kepercayaan kepada SMKTTJ untuk menjadi pengelola pertandingan ini.
No comments:
Post a Comment