SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, April 8, 2013

HAPPY BIRTHDAY LENSA SMKTTJ....6 MAC 2013

 SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KE 2  buat Lensa SMKTTJ!

Lensa yang bermula pada tahun 2011  sebaik kehadairan saya ke SMKTTJ telah berkembang dengan pesatnya dan semakin rancak dengan pelbagai aktiviti . Sekalung tahniah kepada semua Guru Penasihat Lensa terutamanya Puan Sabariah Seman, Puan Yusrina Hanim, puan NorAziah Hani yang menjadi pelopor kepada kewujudan Lensa.

Mengimbas kembali sejarah penubuhannya, lensa bermula dengan nama kelab Fotografi sekolah. Namun di atas idea guru-guru terutamanya Puan Sabariah ia telah dijenamakan semula sebagai Kelab Lensa. ia kemudiannya dikenali dengan krew Lensa. Bagi memantapkan perjalanan Lensa ini, ia kemudiannya diletakkan di bawah Kelab Bestari atau Briged Siber.

Pada asasnya penubuhan Lensa adalah sebagai satu unit yang diberikan peranan sebagai penyedia bahan-bahan berbentuk gambar bagi merakamkan setiap aktiviti sekolah untuk diambil oleh semua warga sekolah bagi melengkapkan blog masing-masing. Justeru itu , Lensa berperanan seolah-olah sebagai satu bekas yang mengumpulkan semua gambar berkaitan untuk dipilih oleh setiap blogger sekolah untuk kegunaan blog masing-masing.










Idea ini timbul berdasarkan pemerhatian dan rungutan sesetengah guru dan pelajar yang menghadapi masalah untuk mendapatkan gambar untuk kegunaan blog masing-masing. Maka kini, mereka tidak perlu risau untuk menyediakan gambar kerana Lensa sedia merakamkan dan menyediakan kemudahan tersebut.










Melihar perkembangan Lensa, ia sesuatu yang amat menarik. Bermula dengan penglibatan sebahagian kecil pelajar dengan alatan kemera kecil , ia berkembang begutu pantas mencatat pertambahan ahli yang ramai sehingga berjumlah 30 orang dengan masing-masing mempunyai kamera DSLR. Suatu yang tambah menarik ialah kamera ini dibeli sendiri oleh para pelajar termasuklah oleh guru-guru penasihatnya
.








Bagi mendorong semangat yang begitu tinggi yang ditunjukkan oleh Lensa ini, maka pihak sekolah membeli sebuah kamera DSLR yang baru dan baru-baru ini menambah peralatan lensa kamera tersebut. minat dan kesungguhan ini mendorong Tuan Pengetua sendiri membeli sebuah kamera DSLR sebagai tanda sokongan!....









Sehingga kini , Lensa telah mempunyai ahli seramai hampir 40 orang pelajar. Krew Lensa juga telah diberikan latihan dan kursus yang  mencukupi iaitu hampir 60 jam berkaitan teknik-teknik gambaran yang betul dan menarik. Kursus dan latihan telah dikendalikan oleh juru gambar yang profesional di beberapa tempat tempat seperti di Putrajaya dan KLCC.  Kursus-kursus ini adalah untuk menambahkan keyakinan ahli di dalam merakam peristiwa dan majlis yang berlangsung di dalam dan di luar sekolah.

Krew lensa juga telah terlibat di dalam beberapa acara di atas jemputan dan permintaan badan-badan dan jabatan pelajaran sendiri. Antaranya ialah pada Karnival Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Majlis Hari Raya anjuran Majlis Pengetua Negeri Sembilan, Kejohanan olahraga dan Balapan PPD Seremban, Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana Taman Tuanku Jaafar , hari Graduasi sekolah, Hari Anugerah Kecemerlangan dan Kualiti Sekolah serta pelbagai acara lain.

Pada tahun lalu juga Lensa juga telah menyertai rombongan kolaborasi ICT bersama RTM-JAKIM dan SAMP 3 dan SMA3, Rumah Zakat, di bandung Indonesia.

Pada tahun ini , InsyaAllah, krew Lensa juga sedang di dalam perancangan untuk mengadakan kerjasama dan lawatan ke Bandung , Indonesia bersama Kolej Cosmopoint , Seremban dan Universitas Pandjajaran, Bandung.

Happy Birthday Lensa...!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...