TAHNIAH DAN SYABAS !
Penghargaan yang seharusnya diberikan kepada PPKI SMKTTJ yang telah berjaya membentuk kerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan melalui program Pelepasan benih Ikan di Sungai Gadut dan Penyerahan Tangki Ternakan Ikan serta Akuarium di bilik PPKI pada 25 April 2013 yang lalu.
di dalam program pelepas ikan di Sungai gadut ini, sebanyak 20 000 ekor benaih ikan baung, lampam dan punyu telah dilepaskan.
Majlis pelepasan benih ikan ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd. Yasin , Pengarah Bahagian kewangan Jabatan Perikanan , Putrajaya yang juga sebagai care taker Jabatan perikanan Negeri Sembilan.
Sebagai tanda perasmian, Encik Mohd Yasin dan Tuan Pengetua telah bersama-sama melepaskan benih-benih ikan tersebut ke dalam Sungai Gadut.
Turut bersama melepaskan benih ikan ini ialah pemangku pengarah Jabatan perikanan Negeri Sembilan , Pegawai-Pegawai Jabatan Perikanan , Encik Akashah, GPI, Encik Abd. Malik , Penyelia Petang , Encik sharul Rizan dan guru-guru PPKI serta para pelajar.
hampir semua pelajar PPKI yang hadir juga telah diberikan peluang untuk melepas benih ikan berkenaan.
Ternyata program ini adalah suatu program yang amat bermakna bagi semua ,khususnya bagi para pelajar ini. Ini suatu pengalaman yang menyeronokkan mereka.
Tambah menyeronokkan , ialah ia dilakukan secara santai terutamnya berkaitan dengan jamuan yang diadakan di persekitaran tepi sungai seperti suasana perkelahan.
Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kesudian pihak Jabatan Perikanan untuk memilih PPKI SMKTTJ sebagai rakan di dalam program ini.
Menurut Encik Mohd. Yasin, program sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai aktiviti sokongan jabatan kepada PPKI SMKTTJ.
Antara objektif program inilah untuk membentuk kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar dan menyedarkan masyarakat akan kepentingan memelihara alam sekitar khususnya sungai sebagai bekalan ikan iaitu sumber protien pada masa hadapan.
Semua benih ikan ini diramalkan akan matang dalam tempoh 4 bulan ke 6 bulan dan boleh dituai hasilnya.
Di dalam program yang dilancarkan pada hari ini juga, para pelajar ini akan diberikan kursus penjagaan ikan ternakan dan juga kegunaan -kegunaan baja daripada air kolah ternakan untuk tujuan perkebunanan.
Diharapkan , melalui program ini , para pelajar PPKI akan dapat dibekalkan dengan kemahiran dan pengetaahuan yang betul tentang ternakan ikan dan mungkin ini akan dapat membantu mereka untuk mengusahakan bidang penternakan ikan ini sebagai kerjaya mereka setelah keluar daripada alam persekolahan nanti.
Terima kasih Jabatan perikanan Negeri sembilan di atas jasa baik tuan semua...
No comments:
Post a Comment